Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Monday, November 9, 2009

Merokok Membahayakan Kesihatan,Membazir Lagi..!


Gambar Logo Dari:aryaduipangga.blogspot.com/2008/06/logo-riau.html

Bila kita bercakap pasal rokok,tentu ramai penggemar rokok yang ramai di Negara kita bahkan di seluruh dunia amnya,merasa tak seronok dan marah bila perihal perangai buruk mereka di bicarakan,maaflah kepada penggemar rokok yang bermacam –macam jenis citarasa mereka,ada yang hisap rokok dunhill,salem,saat,gudang garam dan ada yang hisap lenteng,cerut,paip dan lainnya.Dan apa yang Abi nak diutarakan disini adalah satu isu yang masih releven di bicarakan,selagi ada orang yang menggemari rokok dan menghisap rokok selagi itulah ianya tetap diperkatakan.Bagi mereka yang menghisap rokok,Mereka adalah penghisap rokok tegar ataupun tidak adalah tetap penghisap rokok.Bahkan ada yang kata tak hisap rokok macam kehilangan sesuatu,ada yang kata tak bujanglah,tak macholah tak hisap rokok,ada yang hebat lagi, aku hisap rokok ni suka-suka je..tapi sebulan berkotak-kotak gak habis,ni baru suka-suka hisap rokok..kalau betul2 tentu beratus kotak kot..?


Kalau nak cakap keburukan hisap rokok ni memang banyak,Anda tentu sudah tahu dan sedia maklum keburukan merokok,kerajaan melalui Kementerian Kesihatan dah banyak buat kempen demi kempen untuk menyedarkan masyarakat tentang bahayanya rokok,para ilmuan,pendakwah,ustaz-ustazah,Ulama dan sebagainya sudah banyak memberitahu perihal itu semua,dari segi kesihatan,penampilan,pembaziran dan sebagainnya,di sini Abi hanya akan mengambil satu juzuk dari tabiat buruk menghisap rokok,iaitu pembaziran penghisap rokok adalah orang membazir dan pemboros.


Dalam keluaran Kosmo beberapa minggu yang sudah ada mengupas tajuk utama muka depan akhbar mereka perihal pembaziran yang di lakukan oleh rakyat Malaysia ini berkenaan rokok dan penghisap rokok,pembaziran yang makan berjuta-juta wang,Perokok bazirkan 328juta..wow! banyaknya..begitulah bunyi tajuk muka depan akhbar harian Kosmo.Hebat rakyat kita!..Kos merokok mahal!walaupun saban tahun harga rokok dinaikkan cukai,harganya pun naik,penggemar rokok masih tetap akan beli dan hisap,naikkanlah sampai puluh ringgit,bagi Abi ia akan tetap dibeli dan terus dibeli dan di hisap oleh penggemar rokok...cita rasa sebenar…


Oklah..tak nak cakap banyak,cuba fikir-fikirkan dan renung-renungkan tak kira siapa,yang hisap ke yang tak hisap ke..baca info atau fakta ni yang abi dapati dari akhbar tersebut:

1)Jumlah perokok di Malaysia kini dianggarkan 3 juta orang.Mengikut ramalan Kementerian Kesihatan, angka itu akan meningkat ke empat jutadalam tempoh sehingga 2015 dan lima juta pada 2020.

2)Kira-kira 90 peratus penghisap rokok adalah lelaki dengan purata menghisap 14 batang sehari.


3)Di Malaysia ,orang melayu perokok paling ramai iaitu 166 juta orang atau 66 peratus daripada keseluruhan tiga juta perokok.

4)Majoriti perokok adalah orang dewasa dan hanya 103 630 perokok remaja.

5)Jumlah perokok wanita juga semakin ketara di Malaysia,sebanyak 2.5 peratus wanita pernah merokok,1.6 peratus masih merokok dan 0.9 berjaya berhenti merokok.


6)Mulai Jun 2009,semua kotak rokok dipasaran Malaysia mempunyai 40 peratus amaran bergambar di bahagian hadapan dan 60 peratus di belakang.


7)Kira-kira 10,000 perokok di Malaysia berhenti merokok setiap tahun,malangnya mereka berhenti kerana meninggal dunia.


Macamana Anda,dah baca info tersebut?..apa perasaan Anda…gerun?takut?biasa je? Atau..itu bukan masalah aku pandai-pandailah dia orang handle…,penggemar dan penghisap rokok bagaimana dengan Anda?...gerun? takut? Baca yang ke-7? Apa perasaan Anda? Fikir-fikrkanlah ye…apapun semuanya hak Anda yang mahu menentukan keburukannya.Jadi bagi mereka yang mahu berfikir,sama-samalah kita jauhi dari gejala buruk dan tabiat buruk menghisap rokok ni,Sayangilah diri Anda,keluarga,anak-anak yang kita sayangi dan semuanya,Dan yang penting jauhi amalan pembaziran,semua sedia maklum membazir adalah kawan Saithon,bukan Abi kata tapi Quran ada memberitahu kita.

Serba sedikit perkongsian pandangan dari Abi untuk Anda semua,Salam Sayang,Sayangilah Keluarga Kita!.

Cetusan Abi
8HB 11 09
Ahad,Jam 9.30mlm

Untuk Pandangan Yang Terdahulu: Cetusan Hati

3 comments:

edda(",) said...

ader ape ngan rokok??? nasib baik la family edda sume tak isap rokok.. harap2 bakal suami edda pun tak la merokok... aminnnn

Masshah said...

emm..bagusnye keluarga edda ye..memang ada ape ada rokok???..membazir!!!..mudah2an jodoh edda tak hisap rokok ye..;)..

armouris said...

info tentang wanita merokok kat sini -
Kenapa Wanita Tidak Sepatutnya Merokok

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI