“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”
Surah Ar-Rum:21
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
Dalam pertemuan hari ini,Abi nak kongsikan satu lirik lagu nasyid sekitar tahun 1995 dari kumpulan yang mereka namakan SUARA HATI,yang di bawah ni antara lagu yang terkandung dalam Album KEMBALILAH KASIH-Suara Hati.Lagu yang menjadi siulan Abi ketika bujang..he2..menjadi peneman halwa telinga..hayatilah senikata lagunya...Abi kongsikan untuk Anda semua..
Kuserah segala ketentuan Biarlah masa yang berbicara Di pangku wajah yang layu Dan aku telah jemu Aku tidak mahu berpaling Pada yang menganggu Dan menggugat Sapanya meletihkan kita Hadirnya mengundang penat Telah kuserah cinta ini Bukan lagi pada manusia Kerana cinta martabat itu Bersalut segunung kepalsuan Dan kepuraan Aku semakin tidak peduli Apa yang mahu akan terjadi Kerana gerak dan tindakkan ku Mahu bebas dari masalah Aku adalah aku sekarang Biar terbuang tetap berjuang Akan kuserah jiwa ini Sepenuh hati dalam perjuangan Aku adalah aku yang berjuang
SUARA HATI 95
Album:Kembalilah Kasih Solo:Mohd Fadzil Ibrahim Lirik:Pharol M.Joui Lagu:Isman Nadim
Dalam pertemuan kali ini,Abi kongsikan sebuah lagu terbaru yang termuat dalam Album terbaru kumpulan Rabbani,Album Mahabbah..Kasihilah, kamu akan dikasihi..Lagu ini sudah tentunya khas untuk Almarhum Ustaz Asri Ibrahim.Lagu ini dibawa oleh Zulkifli dengan syahdu sekali.Secara pribadi pertama kali Abi dengar lagu ni,menitis airmata ini....
Kepada anda yang meminati kumpulan Rabbani jangan lupa cari Album ini di pasaran..!
KEJORA SINAR ZAMAN
Hiba berbelaikan sepi…jiwa meratapi duka Desir berita hadir…kala berserinya pagi Sukar dipercaya ia…bagai berilusi mimpi Namun bukan mainan dusta…benarlah bagai dikata Tuhan yang Maha Tahu Apa ketentuan takdir Kita hanyalah hamba Berserah kepada Dia Engkaulah kejora sinar zaman… menginsafkan rohani Merdu mengalun rima… bermadah dari hati Menyemaikan cinta Maha Esa…meniup kesyahduannya Menyerap dijika…tenggelam di alam rasa Sukar di cari ganti Mekar kasihmu ria Segar menghibur hati Tak mungkin dilupakan Senandung zikir ku titipkan..hadiah perpisahan Buat dirimu kasih…yang pergi selamanya Wahai Tuhan Dikau maafkanlah…hulurkanlah keampunan Mu Rahmatilah rohnya…sentosa di alam sana Pulanglah…bersama…ketenangan…menuju Allah Damailah…bahagialah…bersama kasihnya
Lagu: Dakmie Lirik: B.Nury Album: Kumpulan Rabbani Terbitan: Rabbani Production (M) Sdn Bhd
Sempena menyambut hari raya korban 1430H,Abi nak kongsikan lirik lagu dari kumpulan Nada Murni yang berkaitan suasana sambutan hari raya Aidil Adha,di dalam lirik lagu ini terdapat panduan untuk kita meraikan hari raya ini.Mari kita sama-sama hayati bait-bait lirik lagu ini,semoga ada manfaatnya..
Meriahkan Aidil Adha
Hari raya haji atau hari raya korban
Atau hari raya Aidil Adha
Ia lebih besar dari raya Aidilfitri
Sambutlah ia dengan tasbih dan tahmid
Meriahkanlah juga dengan sembahyang sunnat
Dua rakaat seta mendengar khutbahnya
Ceriakanlah lagi dengan takbir dan tahmid
Dimerata tempat di mana-mana jua
Didalam kereta apatah lagi di dalam masjid
Begitulah sepatutnya mengikut sunnah nabi
Agar dengan syiar itu kita membesarkan Aidil Adha
Jangan lupa ziarah menziarahi
Sanak saudara dan sahabat handai
Ianya kaum muslimin lebih-lebih yang kita kenal
Bersalam-salamlah dengan bermaaf-maafan
Sesama mereka agar kasih sayang
Rasa ukhwah kita berbunga semula
Elok juga buat rumah terbuka ditetapakan masanya
Semua kaum dipelawa dating tak mengapa
Sebab tidak ada salahnya
Ajaran Islam menggalakkan hidup berharmoni
Di hari raya elok ambil peluang melahirkan sebab-sebabnya
Alhamdulillah syukur dengan izin Allah kita di pertemukan lagi di arena dunia maya,kali ini Abi nak kongsikan sebuah sajak yang telah di nasyidkan oleh kumpulan Nada Murni sekitar tahun 80 an kalau tak silap Abi,memandangakan bait-baitnya yang sesuai untuk kita terutamanya dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan mencabar,sering di rundung rasa pilu,ujian ,mehna dalam kehidupan sehari-harian..ia mengambarkan hati seorang insan yang sangat takut tentang nasib diri sendiri dalam menghadapi kehidupannya sebagai hamba Tuhan….menangislah…kerana nasib kita belum tahu…hayatilah,renungilah….
Menangislah Selalu
Kita patut selalu menangis Mengenang nasib diri sendiri Sebab kematian kita belum tentu lagi Apakah di dalam iman atau sebaliknya Kita patut selalu pilu Kalaupun kita beramal Belum tentu lagi di terima Kalaupun kita dalam petunjuk Tetapi belum tahu apakah sampai kehujung Kita tidak ada masa untuk ketawa Walaupun kita bertaubat belum pasti di terima
Menangislah Selalu
Sebab penutup umur kita Nasib kita belum tahu Apakah husnul khatimah atau su’ul khatimah Pintalah kepada Tuhan Agar petunjuknya sampai kesudah.
Solo: Muhammad Asri Ibrahim Kumpulan: Nada Murni Album: Engkau Menjelang Tiba Terbitan: OVA PRODUCTION
Musim haji kini telah kembali lagi,bagi mereka yang Allah berikan rezeki ke Baitul Haram di ucapkan tahniah kerana dengan izin Allah telah dapat ke sana,Bagi mereka yang sudah applay tapi belum dapat kelulusan tabung haji harap bersabarlah,giliran anda pasti menanti pada masa akan datang,maklum saja ramai yang nak pergi kesana setiap tahun,semua itu dengan izin Allah,kepada mereka yang Allah izinkan pergi,buatlah amalan haji sebaik-baiknya,jaga lah adab dan pantang larangnya,semoga Anda kalian mendapat haji yang mabrur dan diterima oleh Allah SWT.
“Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah” (Al-Baqarah)
Dalam pertemuan ini Abi nak kongsikan satu lirik lagu dari kumpulan Nada Murni dalam album FALSAFAH HAJI terbitan tahun 1996,lagu yang bertajuk ADAB HAJI,lagu yang mengandungi ingatan buat para jemaah haji yang ke Makkatul Mukarramah,hayati dan renungi setiap bait lagu ini.Semoga ada manfaatnya.
ADAB HAJI
Pergi haji ke Makkatul Mukarramah Tempat yang bersejarah Menunaikan ibadah kemuncak Rukun Islam yang kelima Di sana umat Islam menjadi tetamu Allah Kenalah menjaga adabnya dengan sempurna
Menunaikan ibadah di sana janganlah gopoh gapah Tawadhu dan khusyu mestilah ada pada kita Merempuh dan bertolak sesame manusia jauhkanlah Kerana bukan begitu kita beribadah Kepada Allah yang Maha Esa
Jagalah tatatertib agar menyenangi orang lain Ia termasuk ibadah yang disebut Hablum Minan Nas Kalau ada mahkluk yang susah senangkanlah dirinya Ia juga ibadah yang sangat diperintah.
Tawadhu dengan Allah serta malu padaNya Ia adalah sifat hamba yang mesti dimiliki Kerana ibadaj itu hendak melahirkan sifat-sifat Kehambaan Kalau tidak lahir sifat kehambaan daripadanya bukan Ibadah
Perhubungan sesama manusia Kenalah kita jaga Hak mereka jangan sampai dicerobohi Berkasar dan bertengkar elok dielakkan Kerana kasih sayang di dalam Islam mesti Ada dan dijaga
Senikata: Mohamad Asri Ibrahim Senilagu: Mohd Faizal Osman Solo: Mohamad Asri Ibrahim Rakaman: OVA Productions,Channel 11& Dreamwalk Terbitan: OVA Productions Sdn Bhd
Dalam pertemuan kali ini,Abi nak kongsikan sebuah sajak yang telah dinasyidkan oleh kumpulan Nada Murni,lagu yang membawa tajuk Huru-hara,lagu ini juga terdapat dalam versi baru yang di nyanyikan oleh Meal dalam albumnya yang bertajuk ‘Dunia Baru’.Sama-sama kita hayati dan renung-renungkan setiap bait-bait sajak yang telah di nasyidkan ini.Sesungguhnya huru-hara memang sedang berlaku di mana sahaja saat ini,ia tidak akan terhenti selagi mana adanya dua pertembungan antara yang Haq dan yang Batil.Nah..fikir-fikrkanlah siapakah yang Insan yang diharapakan oleh penulis sajak itu untuk mengubah watak dunia masa kini…Huru-hara……
Huru-Hara
Huru-hara berlaku dimana-mana Krisis terjadi disetiap tempat dan masa Peperangan menggila Membunuh manusia memusnahkan harta Kemiskinan kemelaratan di merata dunia
Penzaliman terjadi di seluruh dunia Kerosakan akhlak menghilangkan kemanusiaan Kasih dan sayang hilang dari hati manusia Jiwa manusia kosong dan menderita
Di mana pergi hidup dalam ketakutan Kerana manusia telah ganas macam haiwan Bahkan kejahatan manusia lebih bahaya Dengan akalnya manusia Merosakkan dan memperdaya
Aduh dimanakah kita hendak pergi lari Kemanakah kita mahu selamatkan diri Ke mana oh kemana kita mahu mengadu Kepada siapakah nak minta penyelesaian
Orang kaya tak boleh diharap lagi Orang besar pun juga sama sahaja Para ulamak bukan lagi contoh masyarakat Cerdik pandai petah bercakap Tiada modelnya
Wahai Tuhan kami kasihanilah kami ini Jangan biarkan kami Dalam derita lagi sengsara Seorang penyelamat datangkanlah segera Membawa rahmat dan karomah juga berkatnya
Semoga mendapat manfaatnya dalam perkongsian lagu kali ini.
#Lagu dari Kaset Nada Murni ,Koleksi Top Hits Nada Murni. Solo:Muhammad Asri Ibrahim.
Koleksi album raya Nada Murni yang masih dalam simpanan
Setiap kali kedatangan Syawal,ada sahaja lagu-lagu raya yang di gubah oleh para pengubah lagu sama ada penggubah lagu biasa atau lagu nasyid.mereka akan mencipta lagu-lagu yang sangat puitis dan penuh dengan makna.Lagu-lagu yang mengambarkan kegembiraan di hari raya,keharmonian dan ketenangan di hari raya.Di sini Abi kongsikan 3 buah lagu hari raya yang penuh dengan makna,nasihat dan pengajaran untuk kita renungkan.Lagu yang pernah di nasyidkan oleh Kumpulan Nada Murni,dengan penasyidnya Asri Ibrahim,Munif Ahmad,M.Yusuf.
Album Nasyid hari raya ni masih ada lagi dalam simpanan.
HARI RAYA HANYA DI SYURGA
Di dunia tidak ada hari raya
Di sini tidak ada hari ria
Juga tidak ada hari gembira
Tidak ada hari merdeka
Yang ada hanya melahirkan syukur
Menyatakan segala nikmat Allah
Hari mengagih-agihkan nikmat
Agar semua manuasia merasa
Hari raya diakhirat saja
Hari ria hanya di sana
Hari gembira di sana jua
Hari merdeka di sana semuanya
Setelah kita masuk kesyurga
Di syurga sana ada erti hari raya
Juga hari ria gembira merdeka
Begitulah hakikat hari raya
Lirik:Nada Murni
Lagu:Amaluddin napiah
Solo:Mohd Asri Ibrahim
Album:Potret Aidilfitri (1997) Nada Murni
Terbitan:Permata Audio Productions (M) Sdn Bhd
HARAPAN DI AIDILFITRI
Insan di dunia
Menyambut hari raya
Ingatlah pada mereka yang tidak berharta
Miskin dan papa
Mereka juga umatnya
Bantulah agar mereka bahagia
Dihari mulia
Mereka yang tidak berpunya
Ayah dan bonda juga saudara
Mereka perlu bantuan
Agar sempurna di hari lebaran
Harapkan belas kasihan
Dari mu insan itulah harapan
Harapkan belas kasihan
darimu insan itulah harapan
Miskin didunia
Tiada berharta benda
Redhalah itu ujian dunia padamu
Tapi awaslah jikalau iman tiada
Hidupmu tiada akan bahagia
Di dunia Akhirat
Lirik:Isman,M.Yusuf
Lagu:Isman
Solo:M.Yusuf
Album:Bisikan Aidilfitri(Dwen&Nada Murni)
Terbitan:OVA PRODUCTION
RENUNGAN AIDILFITRI
Kala senja ramadhan beransur menghilang
Sinar syawal aidilfitri mula menjelang
Tafakurlah ketika hari gemilang
Agar terbina sifat kehambaan
Takbir bergema di aidilfitri
Tasbih dan tahmid mengiringi
Segala nikmat mari syukuri
Moga murah rezeki
Ingatlah wahai insan
Tika merayakan hari lebaran
Jangan tenggelam khayal dalam kedosaan
Renungilah ……Insafilah….
Akan dirimu
Di sisi Tuhan
Takbir bergema di aidilfitri
Tasbih dan tahmid mengiringi
Segala nikmat mari syukuri
Moga murah rezeki
Sedarlah wahai pejuang
Jadikan taqwa sebagai bekalan
Dalam mengharungi liku-liku perjuangan
Ungkailah mazmummah kepada mahmudah
Asas kekuatan diri jihad tiada kecundang
Lirik:Nawawi Ibrahim
Lagu:Munif Ahmad
Solo:Munif Ahmad
Album:Nur Aidilfitri Nada Murni
Terbitan:OVA PRODUCTION
Semoga ada manfaat perkongsian lirik dan lagu kali ini.
Selamat berpuasa semua.Alhamdulillah kita masih diberi keizinan oleh Allah swt dalam menghirup nikmatnya yang banyak tak terhingga,semoga kita menjadi hamba yang bersyukur serta kita masih tetap dalam hidayah dan naungannya.Abi ingin kongsikan sebuah lirik lagu yang di nasyidkan oleh Almarhum Ustaz Asri Ibrahim dari Kumpulan Rabbani.Ia merupakan sebuah lagu kegemaran Abi yang sangat mengesankan dalam hati.
Lagu yang apabila di pasang dalam kereta akan di ulang-ulang….
Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?
1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.
Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.
2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.
Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.
3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.
Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.
4. Elakkan terlampau banyak komplain.
Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.
5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.
Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.
6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.
Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.
7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.
Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.
8. Jangan merendahkan keinginan dia.
Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.
9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.
Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?
10. Pesanan Rasulullah S.A.W.
Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.
Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.