KE HARI KELUARGA SKTAM 09 DI ASTANA BEACH RESORT PORT DICKSON
Hari Pertama:
Sabtu,12 Zulkaedah 143Oh bersamaan 31hb 10 2009M
Petang:
Bertolak ke Shah Alam,Rumah kak Maimunah,amik Fatin Nabila dengan Nur Amalina,kedua-dua mereka nak ikut ke Hari Keluarga Sekolah Kebangsaan Taman Alam Megah(SKTAM) sekolah Ummi mengajar,Kami bertolak lewat petang,Ummi terpaksa ambil peperiksaan PTK di dewan sekolah seksyen 2 Shah Alam,sepatutnya bertolak dalam pukul 10 pagi.Apa pun kena antar Ummi pergi periksa dulu…
Alhamdulillah Ummi selesai ambil peperiksaan PTK..Dalam pukul 4.55 kami terus bertolak ke Port Dickson.Dalam perjalanan Nur Dania Balqis tidak meragam ok je..
Kami sampai dalam pukul 6.50…Alhamdulillah semuanya selamat dengan aman,sampai je amik kunci bilik dan terus parking kereta.Kami duduk di bilik tingkat 8,rehat-rehat sementara tunggu giliran mandi,pukul 8.00pm ada jamuan makan malam tahunan bagi SKTAM.
Malam:
Pukul 8.05pm,Abi,Ummi dan Nur Dania Balqis turun ke kawasan lapang di tingkat 3 untuk bersama-sama makan malam,sampai dah ramai keluarga masing-masing berkumpul,kami lambat sedikit maklum sampai PD pun lambat,apa pun kami sempat gak joint makan malam ni.Anak buah 2 orang ni pulak lambat datang..malulah pulak…nak makan pun malu…
Majlis di mulakan…
Majlis makan malam di mulakan dengan menjemput Ustaz Syamsir untuk membacakan doa kesyukuran selepas itu Ucapan dari pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan guru-guru dan keluarga masing-masing,Ucapan seterusnya dari pengetua SKTAM Cikgu Rashid dan sekali lagi Ustaz Syamsir di jemput kehadapan untuk membacakan doa makan,acara yang memang ditunggu-tunggu oleh kami semua….makan..
Alhamdulillah Nur Dania Balqis tak meragam,sementara Ummi ambik makanan,Abi pangku dia,matanya melilau macam heran,mungkin dia pelik ramai-ramai ni buat apa..mungkin gk itu yang dalam fikirannya…
Sambil makan-makan pengerusi majlis memaklumkan acara cabutan bertuah akan di jalankan sambil-sambil makan masing standby dengan nombor masing-masing,kami dapat nombor 26.Hadiah paling Istimewa TV 20’ dalam hati best gak dapat tv..juga acara berkenalan dengan keluarga masing-masing,pengerusi jemput wakil keluarga untuk memperkenalkan keluarga kepada mereka yang hadir..Alhamdulillah no kami dapat hamper…bertuah gak Ummi malam ni..
Acara berakhir dalam pukul 10.45,lagi pun hujan gerimis dah turun..kami naik ke atas..Nur Dania Balqis pun dan menunjukkan tanda-tanda matanya mengantuk..
Masuk bilik Abi tak tido lagi…apa lagi online lah..talian memang cantik abis..ok tak pernah putus,memang kawasan wilayah Celcom betul..andailah talian internet kat rumah Abi macam ni..memang berbaloi,ni tak kejap ok..kejap putus..apapun syukurlah kan..boleh online gak;)…
Hari kedua:
Ahad,13 Zulkaedah 1430H bersamaan 1HB 11 2009M
Dalam pukul 7.30 pagi turun ke café Astana Beach Resort untuk sarapan pagi,masih ada yang belum turun lagi untuk bersarapan,pagi ni sarapan nasi lemak…lepas sarapan ada sukanneka tapi hujan turun,hari ni semua pakai baju merah,memang dah ada tema yang mereka buat untuk Hari Keluarga SKTAM kali ni,Glaring In The Sun…tapi pagi ni hujan terpaksalah buat sukanneka di bawah canopy,apapun Berjaya jugak sukaneka diadakan,berjalan lancar walaupun tempatnya sempit,asal nak di buat di tepi pantai,hujan punye pasal buatlah kat bawah canopy…banyak juga permainan untuk anak-anak keluarga guru..Nur Dania Balqis tak leh main lagi…bila besar nanti kalau ada lagi boleh joint..
Acara untuk dewasa pun ada,Abi dan Ummi masuk acara sambut belon berisi air,acara yang riuh dengan tawa ria,maklum sambut belon berisi air,tak leh lepas dan pecah,bila pecah tak leh main kira terkeluar,makin lama jarak makin jauh,ni yang payah sikit..akhirnya kami tewas pecah berderai belon yang berisi air tadi..kemenangan di tangan pasangan pengantin baru Ustaz Rohaizad dan pasangannya..
Acara terakhir untuk anak-anak guru,merebut gula-gula,merebut alatan sekolah pensil,pemadam dan pengasah pensil…Sukaneka berakhir dalam pukul 11.00pagi
Pergi Ke Pantai:
Bawa Nur Dania Balqis jalan-jalan ketepi pantai,sempat amik gambar….Abi mandi sekejap,lama tak mandi laut,sekali-sekali memnag best..
Dalam pukul 12.10 minit balik ke bilik,…Sempat online lagi..
Ummi kemas-kemas barang, pukul 1.30ptg kami nak checkout..Nur Dania Balqis bersama dua anak buah yang ikut Fatin dan Alin.
Selepas solat..sebelum keluar bilik sempat bergambar kenangan..
Pulangkan kunci di Lobby,Akhirnya kami bertolak balik..
Catatan ABI 09
Meru.
Untuk Catatan Terdahulu:Dairi Abi
No comments:
Post a Comment