Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Friday, July 31, 2009

Luahan Abi Ummi Pada Nur Dania Balqis...

Photobucket


Photobucket

Esok adalah Majlis Cukur Jambul Nur Dania Balqis...Abi Ummi Sayang Pada-MU...

Semoga Anak Abi Ummi sihat Selalu..

ABI 09
Meru

Wednesday, July 29, 2009

Ummi Hantar Nur Dania Balqis Ke Klinik Desa.


Hari ni 29HB 07 2009 bersamaan 7 Syaaban 1430H,Hari rabu, Ummi minta balik awal pukul 12.00 keluar dari sekolah,nak hantar Nur Dania Balqis ke Klinik Desa di jalan kopi.Buat cucuk yang tertangguh dah beberapa hari,di sebabkan kehabisan jarum…emm..stok tak adalah tu…Abi tak dapat menemani Ummi di sebabkan kerja pagi jadi Mak menemani Ummi ke Klinik dalam pukul 12.50tengahhari.Kata Ummi Nur Dania Balqis nangis sekejap bila kena cucuk..biasalah baby…


Sebelah Petang Pukul 6.10ptg


Bawa Nur Dania Balqis pula ke Klinik Farmasi Continental untuk ambil Ubat sapu(Antibiotik).Ummi risau di bahagian bahu Nur Dania Balqis macam ada bintik-bintik cacar,jadi cuba tanya doktor yang ada kat situ,doktor cadangkan Ubat sapu sesuai untuk di sapu pada bintik-bintik di bahu Nur Dania Balqis.Abi harap bukanlah cacar,kesian pulak kalau betul-betul cacar..


Balik dari klinik singgah petronas isi minyak.


ABI 09

Meru

Catatan Abi-5


Ke Hospital Putrajaya.


Hari ni 27HB 07 2009 bersamaan 5 Syaaban 1430H,Hari Isnin Abi dan Ummi bawa Nur Dania Balqis ke Hospital Putrajaya.Kami bertolak dari rumah dalam pukul 8.15 pagi,sampai dalam pukul 9.10pagi.Sampai sahaja Abi turunkan Ummi Dan Nur Dania Balqis di pintu hadapan masuk ke ruang pendaftaran,Abi cari parking, maklum saja kalau lambat datang memang alamat pusing keliling-lah nampaknya,Hospital besar macam nilah..parking mesti tak mencukupi,Pusing punya pusing dapatlah nak parking ada seorang nak keluar…apalagi signallah ke kiri booking dulu sebelum orang lain rembat baik Abi ambik dulu.


Selesai parking,masuk ke dalam,ke tempat Ummi sedang menunggu giliran nombor untuk pendaftaran ,Setelah selesai pendaftaran, ke klinik pedetrik(Pakar Kanak-kanak) untuk giliran bertemu dengan doktor pula.Agak lama menunggu kini giliran Ummi bertemu doktor.Sebenarnya appoitmen kali ni untuk mendapatkan keputusan Ultrasound yang di lakukan pada 12hb 6 2009 yang lepas.


Maklum saja kelahiran operation.Pegawai Perubatan yang bertugas hari ni memberitahu hasil pemeriksaan mendapati buah pinggang sebelah kiri Nur Dania Balqis terdapat kesan bengkak yang kecil,ia terjadi sejak dalam kandungan lagi,untuk itu ujian MCU akan di laksanakan pada 18hb nanti.Suspends dalam hati Abi..Tapi kata doktor sikit je bengkaknya Insyallah boleh hilang tapi mahu tak mahu kena jalankan Ujian MCU.Risau gak bila dengar macam ni…Mudah-mudahan hilanglah bengkaknya…Ya..Allah..Semoga Nur Dania Balqis terus sihat dan berilah keselamatan untuknya…Amin.!!!


Dalam pukul 1.50pm kami bertolak balik ke Meru.Cadang nak singgah Kompleks PKNS nak round-round ke Pesta Buku Selangor tapi tak jadi, dah penat…balik je lah…


ABI 09

Meru

Tuesday, July 28, 2009

Hasil Didikan









Abi ingin berkongsi lagi cerita berkenaan bagaimana didikan seorang Ibu terhadap anaknya sehingga begitu mantap keyakinan akidahnya iaitu takutkan Allah lebih dari manusia,cerita ini Abi dapati dari majalah yang sama tempohari iaitu majalah Dunia Baru keluaran bulan November 1995/Jamadilakhir 1416H bilangan:6 dengan Mottonya Aspirasi Keamanan Sejagat Terbitan Karya One Sdn Bhd dalam segmen Sufi Bisnis dalam muka surat 50-51.Sama-sama kita hayati cerita berikut:

“Ibu saya mengajar agar takut pada Tuhan sahaja bukan pada manusia”

ANAK-ANAK ORANG MUKMIN SEDANG ASYIK BERMAIN di pinggir Kota Madinah.Tiba-tiba suasana gempar seketika.Anak-anak tadi bertempiaran lari menyembunyikan diri.Mengapa?

Rupa-rupanya mereka melihat Sayidina Umar ibnu Khattab sedang berjalan melalui tempat mereka bermain.Anak-anak kecil itu gerun dengan sikap tegas yang ada dalam jiwa Umar.Namun dalam kekalutan itu…ada seorang budak yang tidak ikut lari,bahkan terus bermain seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.Sayidina Umar melihat keberanian budak itu,lalu bertanya,”Mengapa engkau tidak lari bersama kawan-kawanmu?”

Anak itu menjawab dengan berani,”Ibu saya mengajar agar takut pada Tuhan sahaja,bukan pada manusia.”

“Siapa namamu?”

“Abdullah bin Zubair”

Abdullah bin Zubair adalah anak Asma’ binti Abu Bakar.Hasil didikan ibunya,bila Abdullah dewasa,ia menjadi abid dan mujahid.

Ya begitulah hebatnya seorang anak hasil didikan oleh wanita yang hebat juga,bagaimana dengan kita ye? Sudahkah kita memberi input-input yang penting pada anak-anak kita?Keyakinan dan kepercayaaan kepada Allah sudahkah kita tanamkan ke dalam jiwa anak-anak kita?...Abi bagaimana? Anda? Semoga sama-samalah kita didik anak kita dengan menanamkan akidah yang kuat agar anak-anak kita berjiwa hamba,rasa bertuhan serta merasa Tuhan ada di mana-mana seperti Abdullah bin Zubair.

Semoga cerita di atas tadi kita jadikan panduan dalam mendidik anak-anak kita.

Sekian,
ABI 09
Meru




Untuk mengikuti cerita yang lain:



Saturday, July 25, 2009

Catatan Abi-4



Hari ni kerja setengah hari balik pukul 4.30ptg.Petang ni selepas waktu Asar Abi dan Ummi pergi keluar cari barang untuk Majlis Cukur Jambul Nur Dania Balqis.

Destinasi pertama:

Ke kedai Bunga Cinta:

Ummi membeli bunga telur dan beg untuk buat isi berkat untuk para tetamu nanti.Beli yang murah-murah je,ikut kemampuan dan bajet yang di tetapkan.

Destinasi Yang ke-Dua:

Pergi ke kedai menjual pelbagai jenis makanan ringan dan bermacam-macam aneka biskut,kerepek dan sebagainya,adalah beberapa jenis barang yang Ummi beli untuk majlis nanti.Yang penting mudah,ringkas dan murah..;)

Destinasi Yang Ke-Tiga:

Juga untuk membeli barang-barang dapur untuk majlis nanti,kali ni giliran Abi pula,peruntukan dan bajet yang telah di tetapkan dan yang telah di rancang.Msing-masing ada bahagian yang di tetapkan.Perancangan Kewangan penting bukan..?

Destinasi di sini Abi ada membelikan beberapa buah buku untuk Nur Dania Balqis,Buku Kisah Tauladan semuanya 10 buah buku yang berharga setiap satu RM1.00 Dan sebuah buku kecil berkenaan Akhlak Islam.Ummi pula sibuk dengan baju untuk Nur Dania Balqis untuk di pakai pada majlis nanti.

Di destinasi yang sama..,sebelum makan kami bersolat Maghrib di tempat solat yang di sediakan,Alhamdulillah selesa tempat solatnya……..Kami isi perut,lapar..Ummi makan nasi ayam manakala Abi makan mee kari sepecial dan ABC..Memang berbaloi..kenyanglah tu..

Balik Rumah

Sampai dalam pukul 8.30mlm.

ABI 2009
Meru.


Untuk Catatan Abi seterusnya:

Jemputan Ke Majlis Cukur Rambut Nur Dania Balqis Dan Majlis Tahlil Aruwah Allahyarham Ayahnda Hj Ibrahim b.Busro.

Kami mengalu-alukan kedatangan Anda




Ustaz Asri dan Rakan2 Insyallah akan hadir menyumbangkan suara

http://www.rabbani.com.my/




Assalamualaikum..

Kepada Semua tetamu yang mengunjungi Laman Blog Nur Dania Balqis,Di sini Abi Dan Ummi ingin menjemput kepada Anda semua datang ke Majlis Cukur Rambut Nur Dania Balqis :

Pada:2HB 08 2009 bersamaan 11Syaaban 1430H

Hari: Ahad

Jam: 1.45pm

Tempat: Lot 918 Bukit Lancung, Shah Alam.

Acara:

1)Tahlil Aruwah sebelum Solat Zohor
2)Bacaan Berzanji dan Marhaban(Ustaz Asri dan Rakan Rabbani)
3)Jamuan Makan

Kedatangan Anda Kami Alu-alukan.


Untuk Ceria Nur Dania Balqis seterusnya;



Setelah Rejab Kini Sya’aban Datang Kembali


Alhamdulillah kita baru sahaja melepasi bulan rejab yang penuh dengan keberkatan dan penuh dengan fadhilatnya,Mudah-mudahan segala amalan kita di bulan rejab di terima oleh Allah swt,kini kita berada pula dalam bulan Sya’aban yang mana tidak kurang hebatnya segala fadhilat dan keberkatannya.


Sabda Nabi Saw:

“Bulan Rejab bulan Allah,Bulan Sya’aban bulanku,Dan Bulan Ramadhan bulan Umatku.”


Semoga segala amalan yang kita lakukan di sepanjang bulan Rejab kita sambung lagi dalam Bulan Sya’aban ini.Bulan Sya’aban juga mengandungi pelbagai fadhilat dan amalan yang kita boleh laksanakan antaranya:



1)Berpuasa


Puasa sya’aban,puasa Isnin,puasa Khamis,puasa sehari,puasa tiga hari dan puasa sebulan sya’aban yang mana masing-masing ada kelebihan dan fadhilatnya tersendiri(rujuk buku:Amalan Mustajab Rejab,Sya’aban dan Ramadhan terbitan Seribu Dinar tulisan Zulehsan Naimullah)


Dalam sebuah hadis yang bermaksud:


Sayidatina Aisyah r.a meriwayatkan:”Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa sehinggakan saya mengatakan baginda tidak berbuka;dan baginda berbuka sehinggakan saya mengatakan baginda tidak berpuasa;dan saya tidak melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasanya satu bulan melainkan dalam bulan Ramadhan,dan saya tidak melihat baginda berpuasa di dalam sesuatu bulan melebihi dari puasa baginda di dalam bulan Sya’aban.”

(Hadis riwayat Bukhari daripada Abdullah bin Yusof)


2)Malan Nisfu Syaaban


3)Membaca Yassin(Pertengahan Sya’aban)


4)Solat Sunat Malam Nisfu Sya’aban


5)Beristighfar,Berselawat dan Berzikir


6)Solat-solat Sunat Lain.


Mudah-mudahan apa yang Abi paparkan secara ringkas ini dapat memberi manfaat ilmu kepada diri sendiri dan kepada Anda semua,Semoga Sya’aban kali ini membawa kehidupan kita lebih harmoni dan di limpahi Rahmat Ilahi.


#Rujukan buku:Amalan Mustajab Rejab,Sya’aban dan Ramadhan, terbitan Seribu Dinar ,tulisan Zulehsan Naimullah

Thursday, July 23, 2009

Bagaimana Dengan Keselamatan Anak-Anak Anda?



Hari ini Abi akan berbicara berkenaan dengan keselamatan anak-anak kita.Sebenarnya Abi bukanlah orang yang layak berbicara berkenaan keselamatan,namun sebagai tanggungjawab antara sesama kita terpaksalah Abi memberi pandangan dan ulasan berkenaan perkara ini.

Di manapun kita,terutamanya anak-anak kita berada adalah tanggungjawab kita bagi memastikan keselamatannya terjamin.Keselamatan merupakan satu perkara yang sangat penting.Persoalan keselamatan anak-anak menjadi penting pada saat ini terutamanya dalam kes kehilangan anak dalam kes culik telah menjadi-jadi saat ini.Siapa yang patut di persalahkan dalam hal ini?Ibu Bapa,Pembantu rumah atau pihak lain?

Kehilangan Adik Nurin Jazlin yang di temui mayatnya dalam beg telah mengemparkan seluruh Negara.Sesungguhnya peristiwa ini haruslah kita jadikan iktibar dan peringatan kita terutamanya mengenai keselamatan anak-anak kita.Kita tidak mahu peristiwa sebegini terjadi kepada orang lain dan pada diri kita.Anak-anak yang kita sayangi,di manja dan di belai selalu seharusnya di tekankan dan di didik tentang keselamatan diri mereka.

Bukan saja keselamatan dalam rumah,keselamatan di kawasan rumah bahkan keselamatan di luar rumah yang mana kita tidak dapat mengawal keselamatannya juga perlu kita beritahu bagaimana cara-cara anak-anak perlu menjaga keselamatan dirinya.Justeru itu marilah kita mementingkan keselamatan diri kita,keluarga kita,masyarakat kita dan Negara kita.

Keselamatan Tanggungjawab Kita Bersama,Sayangilah Anak-Anak Anda!Awas Jenayah Culik Sentiasa Memburu Anak Kita.

Di sini Abi Ingin mencadangkan kepada Kawan-kawan sudilah kiranya untuk berkunjung ke Laman Blog sahabat Abi Iaitu Encik Hafiz di Safetyera.com Untuk mendapatkan maklumat keselamatan dan tips-tips yang sangat berguna untuk kita bersama.





Tuesday, July 21, 2009

Wasiat Lukman Al-Hakim-3



Wasiat Lukman Al-Hakim yang ketiga ingin Abi kongsikan ialah:

Wahai Anak-Anakku!

“Jagalah hatimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangannya,kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja.Ketahuilah,tiada manusia yang lebih hina selain mereka yang telah diperdaya oleh dunia.

Sesungguhnya kehidupan kita ini ibarat sebuah kapal yang belayar di lautan belayarlah dengan kapal yang bernama taqwa,muatannya iman sedang layarnya pula adalah tawakal kepada Allah.”


LUKMAN AL-HAKIM


Mudah-mudahan beroleh manfaat.


Untuk wasiat terdahulu:


Catatan Abi-3

Abi Ke Majlis Perasmian Sambutan Hari Veterinar 2009 Negeri Selangor

Laman Web: Jabatan Veterinar Negeri Selangor.
http://www.dvssel.gov.my/




Hari ni 21HB 07 2009,Abi pergi ke Ke Majlis Perasmian Sambutan Hari Veterinar 2009 Negeri Selangor.Perasmian oleh Y.B Tuan Haji Yaakob bin Sapari, Ahli Majlis Masyuarat Kerajaan Negeri Selangor(Exco)Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian,Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor.Majlis di adakan di Dewan Serbaguna Meru,Klang.

Ramai dikalangan penternak dari seluruh selangor datang,mereka adalah penternak yang berjaya dalam mengusahakan penternakan mereka.Majlis di mulakan dalam pukul 9 pagi dengan acara Lagu negeri selangor,negaraku.lagu jabatan Veterinar dan doa bagi mendapat keberkatan dari Allah sepanjang majlis berjalan.

Selepas ucapan dari orang penting dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar iaitu Dr.Nor Aidah bt.Abd Rahim sebagai Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor,giliran Y.B Tuan Haji Yaakob bin Sapari untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis ini,Dengan paluan 3kali pikulan Gong maka terasmilah sudah Majlis ini.Selepas itu penyampaian sijil dan Anugerah Khidmat kecemerlangan bag pekerja di Jabatan Veterinar Dan Anugerah kepada penternak yang berjaya.

Program ini telah berjalan dari 20hb lagi,Bermacam-macam gerai pameran dan jualan produk hasil ternakan juga di adakan,penerangan khidmat nasihat pinjaman kewangan juga ada.

Selain itu Pertunjukan Ayam serama dan jualan cenderahati serta Taman arnab pun ada.Banyak maklumat berkenaan Veterinar seperti Ceramah berkenaan kesedaran penternakan ayam dan unggas di adakan.Bagi Abi memang sangat bermanfaat dan memberi input ilmu pada Abi berkenaan Veterinar ini.Majlis di akhiri dengan lawatan Y.B dan tetamu kehormat lain melawat gerai-gerai jualan dan pameran.

Jamuan makan di sediakan untuk para tetamu dan para penerima sijil dan anugerah pada Majlis ini.

Abi balik dalam pukul 12.45tgh dalam keadaan hujan lebat,mungkin hujan Rahmat sebab lama tak hujan.

ABI 2009
Meru




Untuk Catatan Abi seterusnya:


Sunday, July 19, 2009

Wasiat Lukman Al-Hakim-2



Wasiat Lukman Al-Hakim yang kedua ingin Abi kongsikan ialah:

Wahai Anakku!

“Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya.Perbuatan ini tak ubah seperti pencari kayu api yang sentiasa menambah himpunan kayunya sedangkan ia tidak mampu mengangkatnya!

Berhati-hatilah terhadap tutur kata dan bicaramu,peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka,nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingimu.Perumpamaanya seolah mereka telah mendapat barang yang berharga darimu!”


Mudah-mudahan beroleh manfaat.


Untuk wasiat terdahulu:

Catatan Abi-2

Pergi Ke Kuang


Pagi ni dalam pukul 10.30am bertolak ke Kuang ke rumah Abang Sujak di Lorong Ros.

Alhamdulillah kami sampai dalam pukul 11.15am.Abang Sujak dan Kak serta anak-anak berada di dapur.Mak ada di ruang tamu di tempat pembaringannya. Tujuan kami nak bertemu Mak ,nak membincangkan pasal Majlis Cukur Rambut Nur Dania Balqis dan kenduri arwah yang akan di adakan pada bulan depan nanti.


Masa terluang Ummi berbincang dengan Mak pasal Majlis yang bakal di adakan nanti,dari hal menu makanan,tetamu semua di bincangkan.Mak beritahu InSyallah Abang Ari(Asri Rabbani) dah setuju nak menyumbangkan suaranya untuk bacaan berzanji dan marhaban nanti bersama-sama rakan yang turut hadir.Mudah-mudahan jadilah bukan senang nak dapatkan khidmat kumpulan Nasyid yang sentiasa sibuk dengan show.


Sambil-sambil berbincang kami di jamu dengan mee laksa,Abang Sujak dan Isteri pun ada bersama-sama makan bersama.Nur Dania Balqis di sebelah Embah..agak senyap dia tak banyak karenahnya.Dalam pukul 12.50 Abang Ari datang,dia singgah sekejap jumpa Mak,baru habis program ceramah di Jeram.Masa terluang singgah untuk berjumpa seorang Ibu yang sangat di kasihinya.Contoh terbaik yang boleh kita ikuti dalam mendidik anak-anak kita.


Dalam pukul 1.40 kami di jemput untuk makan tengahari .Destinasi kedapur baru Abang Sujak ,nampaknya buat penambahan lagi makin luas rumahnya.Sambil makan kami berborak.

Selesai makan….Solat…


Dalam pukul 3.20pm kami bertolak balik dengan harapan perbincangan mengenai Majlis yang nak di buat dapat di laksanakan nanti.


ABI 09

Meru.

GAMBAR-GAMBAR TERKINI NUR DANIA BALQIS.
















Untuk melihat gambar-gambar yang terdahulu klik:
http://nurdaniabalqis.blogspot.com/2009/06/gambar-gambar-nur-dania-balqis.html

Wasiat Lukman Al-Hakim-1


Kali ni Abi nak berkongsi tentang wasiat Lukman Al-Hakim terhadap anak-anaknya,mudah-mudahan kita sama-sama dapat jadikan panduan dalam mendidik anak-anak kita,Bagi Abi ianya sangat penting dalam kita memberi didikan dan asuhan kepada anak-anak kita.Wasiat-nya amat berguna kerana terakam dalam Al-Quran:


Antara Nasihatnya terhadap Anak-nya ialah:


Wahai Anaku…

“Sekiranya kedua ibu bapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan,maka kemarahan mereka itu laksana baja yang menyuburkan tanaman.

Bergaullah dengan orang-orang soleh dan berilmu.Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat serta tunjuk ajar darinya.Sesungguhnya nasihat mereka bagaikan mutiara hikmah bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering yang disirami hujan.


Carilah harta dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya kepada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat.Janganlah kamu membuang dunia ini,kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati.Ketahuilah apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.”



LUKMAN AL-HAKIM


Mudah-mudahan beroleh manfaat.

Friday, July 17, 2009

Hiburan Santapan Rohaniah








Hiburan merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia,tanpa hiburan kehidupan akan terasa kosong,berkemungkinan juga boleh menyebabkan manusia menjadi pasif dan tak bermaya.Oleh itu hiburan sangat di perlukan dalam kehidupan manusia,Untuk menghiburkan hati macam-macam yang di lakukan oleh manusia untuk menghiburkan hati mereka.Bermacam-macam aksi dan perbuatan yang mengambarkan manusia melakukan hiburan,ada yang bernyanyi,berlakun,bermain sukan lasak,memancing,mengembara,berenang dan bermacam-macam jenis hiburan lagi yang dilakukani manusia dalam menghiburkan hati masing-masing,


Islam adalah agama yang sangat syumul(sempurna) lagi lengkap darihal kehidupan dunianya dan akhiratnya adalah saling berkait antara satu sama lain,dunia adalah jambatan ke akhirat.Sudah tentunya elemen hiburan juga terdapat dalam Agama Islam yang suci ini.Malah Islam tidak pernah menghalang penganutnya untuk berhibur selagi mana hiburan yang di lakukannya tidak melanggar batas-batas syariat yang di- gariskan.Nabi Muhammad Saw telah di utus oleh Allah untuk memberi petunjuk dan panduan kepada manusia tentang banyak perkara agar manusia tidak engkar dan menentang peraturan-peraturan yang di perintahkan ke atas manusia.Bahkan perihal hiburan.


Hiburan yang berlandaskan syariat Allah menjadikan manusia bertambah yakin dan tunduk patuh kepada-Nya.Sebagai manusia muslim kita memerlukan hiburan yang menenangkan jiwa dan rohaniah kita.Dengan melihat dan memerhatikan kebesaran ciptaan Allah juga sudah tentunya menjadikan jiwa kita semakin tenang dan bahagia kita rasakan,dengan merenungkan dan memikirkan kehebatan Allah menambahkan keyakinan yang mantap dan jitu pada diri manusia itu.Allah kita jadikan hiburan kita yakni segala perintah yang di wajibkan kepada kita,kita laksanakan dengan hati dan perasaan yang redha dan taat.


Inilah hiburan yang sangat menenangkan jiwa,Allah segala-galanya buat kita, hidup dan mati kita hanya untuk-Nya,Siang ataupun malam Allah lah yang menghiburkan kita dengan pelbagi nikmat yang melimpah ruah untuk kita nikmati dan syukuri.Ini lah bentuk hiburan yang hakiki untuk manusia yang beriman dan bertaqwa.


Cuba kita bayangkan jika seseorang itu melakukan hiburan yang bertentangan dengan syariat,tidak menjadikan syariat sebagai panduan berhibur.Contohnya menjadi Superstar yang di gilai oleh manusia .Segala kehidupannya tidak menjurus kepada Tuhan,menghiburkan manusia sedangkan diri sendiri tidak terhibur bahkan merana sepanjang hidupnya,Ini kerana mereka gagal menggunakn elemen hiburan yang positif untuk membawa manusia ke arah kesejahteraan hidup mereka,hiburan yang di bawa hanya hiburan yang kosong dan tak bermakna malah jauh dari apa yang kekehendaki oleh agama.Amat malanglah seandainya kita menjadikan hiburan yang tiada nilai ketuhannan,kita jadikan santapan rohaniah kita.


Abi berdoa mengharapkan agar Allah menjadikan rumahtangga yang Abi bina mengamalkan hiburan yang murni dan suci(Hiburan berlandaskan syariat Tuhan) dalam mendidik anak Abi Nur Dania Balqis .Justeru itu marilah kita menjadikan hiburan yang berlandaskan kesucian agama dalam Rumahtangga yang sedang kita layari ini.Agar rumahtangga yang kita bina di Redhai dan di Rahmati Allah.




ABI-10hb 07 2009-Jumaat Mlm Sabtu


Jam 9.53 mlm


Teratak Usang Meru

Thursday, July 16, 2009

Kematian Sebagai Motivasi


Sudah bersediakah kita Untuk Mati..?


Semoga hari Jumaat ni merupakan hari yang terbaik buat kita hendaknya,Abi nak berkongsi-kongsi ilmu kepada Anda semua.Sesekali membicarakan tentang mati kan bagus.Betul..?


Setiap anak adam pasti akan menemui kematian,kematian adalah sesuatu yang pasti terjadi,ianya tidak di ketahui bilakah akan tiba waktunya kematian itu.Bila masanya,di mana tempatnya dalam keadaan apa pun tidak di ketahui oleh tiap manusia,tetapi sebagai manusia mesti menyakini sepenuh hati yang namanya kematian itu pasti akan menemui kita.


Ini bersesuian dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud:


“Setiap yang bernyawa pasti akan menemui maut(kematian).”


Jadi sebagai manusia yang di jadikan oleh Allah dengan kesempurnaan,kita sebagai mahluknya sudah sewajarnnya mensyukuri segala nikmat dan rahmatnya kerana dengan izinnya kita masih dapat menghirup udara yang nyaman saban hari,nyawa yang di pinjamkan kepada kita masih kita pergunakannya.


Apakah kita patut melupakan Allah?Dengan kata lain kita melupakan saat atau waktu-waktu apabila sakaratul maut menjemput kita?.Kemataian yang bakal entah bila tiba menjemput kita,kita lupakan begitu sahaja?.


Nabi pernah besabda: “sesungguhnya dengan mengingati mati hati akan menjadi tenang..”


Selalukah kita mengingati mati atau kamatian itu?.Sedarlah kehidupan kita hanya menumpang sahaja di bumi ini,dunia tempat persinggahan sementara sahaja hanya akhirat yang kekal abadi,di sanalah tempat kita selamanya.


Marilah sama-sama kita mengigati mati sebagai motivasi diri kita yang selalu alpa dan terleka dengan nikmat dunia yang semakin hari semakin mencengkam kehidupan kita sehingga kehidupan kita di hayal dan di lekakan dengan nikmat dunia yang sementara ini.


Sekian,

ABI 09

Meru


#Posts ini juga Abi ada hantar dalam Laman Blog Ustaz Amaluddin iaitu Laman Blog http://ustaz-amal.blogspot.com/2009/07/tidak-mengapa-mati-tanpa-otak.html sebagai komen@pandangan artikel yang di tulis Beliau.

Catatan Abi

Petang ni nak hantar Nur Dania Balqis ke Klinik Kesihatan Meru untuk buat suntikan.Tunggu Ummi balik baru pergi.Nur Dania Balqis masih kat umah Kak Leha.Sementara tunggu nak pergi sempat Abi buka Laptop,buatlah apa-apa post yang nak di masukkan dalam Blog nanti.Mata ni mengantuk pulak,maklum malam tadi layan Nur Dania Balqis sampai pukul 4 lebih,kebetulan malam tadi Abi tak kerja jadi tolonglah Ummi jaga dan layan Nur Dania Balqis..nape pulak malam tadi si kecil ni tak tidur,nak kata siang tak tidur tak pulak.maintain tidur waktu siang..mungkin memang dah nak macam tu agaknya.kena sabar je lah.

Pukul 1.30ptg

Tutup Laptop kejap pergi Solat Zohor

Pukul 1.50ptg

Sambil-sambil menunggu Ummi balik dari sekolah buka Laptop semula,sambung semula tulis posts yang nak di masukkan dalan Blog nanti.Tadi ada terbaca dalam paper Kosmo semasa Abi pergi kedai,tentang seorang Ustaz(bergelar artis juga-artis nasyid) yang baru-baru ni heboh tentang hubungannya dengan seorang artis tanahair..”Saya bukan lagi suami seorang selebriti…”Tak selak pun dan tak beli pun paper tadi, Cuma baca bahagian tajuk depan je..nanti je online baca seterusnya..Dalam hati macam-macam karenah rumahtangga ni ye..Itu yang artis..yang bukan artis tu macam mana ye..pandai-pandailah kita layari bahtera rumahtangga masing-masing.

Kehidupan rumahtangga ada ujian dan dugaan masing-masing,pandai-pandailah kita handle..ye tak?Politik Rumahtangga katakan…

Pukul 2.00ptg

Ummi tak sampai lagi,mungkin dalam perjalanan balik…emm..selak-selak kejap paper harakah yang baru beli tadi...macam-macam gak dunia politik ni.Rasuahnya,penyelewengan,macam-macamlah yang berlaku sekarang naik pening Abi tengok.Biasalah rencah kehidupan namanya,kalau tak berlaku macam-macam tak meriahlah kehidupan ini kan..Cuma bagaimana cara mengatasi semua yang berlaku itu dengan cara yang baik.Krisis berlaku di mana-mana,Dunia waktu kini di penuhi bermacam bentuk krisis ekonominya,peperangan,jangkitan virus yang membahayakan…dan macam-macam lagi…

Pukul 2.15

Ummi sampai rumah.Ummi kata tak jadi pergi klinik sebab pihak Klinik Desa tak hubungi lagi pihak Pusat Kesihatan Meru tentang peralihan tempat untuk pemeriksaan Nur Dania Balqis pada masa-masa akan datang.Emm..takpelah mungkin esok kot..
Ummi bawa balik jus kecantikan &kesihatan dan sample kopi Goji keluaran syarikat Fuqaha Enterprise( Di hati ku) yang baru di belinya dari cikgu sekolah.Nak cantik lagi ke..

Pukul 2.45ptg

Lepas Solat Zohor tadi Ummi pergi ke rumah Kak Leha nak ambik Nur Dania Balqis..Ummi bawa tudung yang di belinya tempohari nak hadiahkan pada Kak Leha.Abi masih dalam depan Laptop lagi..aktiviti biasa Abi lah ni…Nak siapkan post ni nak masukkan dalam Blog nanti..Maklumlah sejak jadi Blogger ni asyik mengadap Laptop je.Pantang waktu terluang mesti buka Laptop,Harap-harap Abi terus rajinlah hantar posts ke Laman Blog http://nurdaniabalqis.blogspot.com/

Oklah Abi nak rest dulu…

Wednesday, July 15, 2009

Kisah Anak Derhaka




Kali ni Abi nak berkongsi sebuah cerita pendek yang Abi dapati dari sebuah majalah Dunia Baru keluaran bulan November 1995/Jamadilakhir 1416H bilangan:6 dengan Mottonya Aspirasi Keamanan Sejagat Terbitan Karya One Sdn Bhd dalam muka surat 50 yang masih ada dalam simpanan Abi .Dalam segmen Sufi Bisnis di bawah tajuk:


BALASAN ANAK DERHAKA.


Di sini Abi paparkan semula kisah ini sebagai iktibar dan pengajaran kepada kita semua,berikut kisahnya.


“Itu suara anakku yang sudah lama meninggal dunia."


SEKUMPULAN KAFILAH YANG BERMALAM DI TEPI SEBUAH kampung,terkejut jaga apabila terdengar suara jeritan keldai.Suara itu berterusan sehinggalah menjelang subuh baru ia berhenti.

Pagi itu mereka meninjau di sekeliling kawasan itu,namun tidak terjumpa seekor keldai pun,sebaliknya mereka menemui sebuah pondok buruk yang dihuni oleh seorang wanita tua.Mereka bertanya kepadanya tentang bunyi keldai itu.


“Itu adalah suara anaku yang sudah lama meninggal dunia.Semasa hayatnya dia sering memanggil aku dengan ucapan,’Mari ke mari sekejap hai keldai!Aku benci melihatmu!’Hatiku tidak tertahan dengan kebiadapannya,sedangkan semasa kecilnya akulah yang membelanya dengan penuh kasih sayang hingga dewasa.Tetapi begitulah balasannya kepadaku.Suatu ketika aku berdoa agar Allah menjadikannya keldai.Ketika hampir menghadapi maut,dia berteriak seperti keldai.Hingga kini dia terus berteriak dan aku pernah mengajak saudaraku melihatnya berteriak-teriak dari kuburnya.Jelas kelihatan lehernya seperti leher himar,terjulur dari kuburnya.”


Begitulah kisahnya yang penuh dengan iktibar,Marilah semua termasuk Abi agar sentiasa beringat tentang tanggungjawab kita terhadap Ibu kita,Jangan sampai kita mengguris hati dan perasaan orang tua kita,Sesungguhnya doa ibu sangat mustajab,jangan sampai kita menerima laknat dan kutukan dari Allah di sebabkan kebiadapan kita pada Ibu Bapa .Semoga kita di hindari dari bersikap demikian ,Sama-sama kita didik hati kita agar sentiasa mengasihi orang tua kita dan mendoakan keselamatan,kesihatan,kebahagiannya selalu setiap kali selesai solat kita.


Kepada anak-anak kita,didiklah supaya menghormati orang tua dan tanamkan akhlak terpuji.Ingatan untuk Abi dalam mendidik anak Abi Nur Dania Balqis dan Anda semua.


Sekian.

Abi 09

Tuesday, July 14, 2009

Nur Dania Balqis Ke Klinik Desa

Emm..Anak Ummi dah semangat ni...


Hari ni hantar Nur Dania Balqis ke Klinik Desa Jalan Kopi,biasalah buat pemeriksaan untuk Nur Dania Balqis sebulan sekali,pagi ni Abi keluar cepat dari kilang pukul 7 Abi dah punchcard,Ummi terpaksa pergi lewat ke sekolah,pagi ni pulak hujan lebat,nasib baiklah bawa kereta.Dalam pukul 7.30pagi tadi bertolak,sampai je baru ada dua orang,Ummi dapat no 3 untuk panggilan pemeriksaan nanti oklah tu,emm..ada harapan cepatlah untuk buat pemeriksaan,Macam biasalah ukur,timbang berat naik 4.4kg emm..kena banyak minum susu ni anak Abi dan Ummi ni..

Apapun syukur ada peningkatan dan mudah-mudahan beratnya semakin bertambah dan cepat besar:)..Harapan Ibu bapa nak semua anaknya cepat besar..ye tak..?

Habis pemeriksaan,hantar Nur Dania Balqis ke rumah Kak Leha..Ummi nak gi ngajar..

Semoga Ummi cepat sampai dan selamat dalam perjalanan..Jumpa Nur Dania Balqis petang ni..Hati-hati Ummi pandu kereta I LOVE YOU TOO...


Setengah jam kemudian....sms dari Ummi.."dah sampai..."

Alhamdulillah..Selamat mengajar Ummi...

Tips Mendidik Anak




Mari kita berkongsi Maklumat dan Ilmu,Artikel ini Abi Copy Paste dari Laman http://carimenantu.fotopages.com/?entry=1077024.

Semoga kita dapat manfaat darinya:

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;


1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.

6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

8 ) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9) Kurang melahirkan kasih sayang.

10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.

12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.

14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.

16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.

18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.

19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.

21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.

22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.

25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.

29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.

34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.

38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39) Tidak tegas mendidik anak-anak.

40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Teknik mengajar anak MENGHORMATI and mengeratkan hubungan ibu bapanya

1. Jika si ibu marahkan anak, bapa DILARANG backing anak semasa anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu/bapa yg memarahi. Anak mencontohi apa yg diajar/dididik oleh ibu bapanya. Apabila berlaku percanggahan arahan/undang2, anak akan menjadi keliru arahan/undang2 siapakah yg patut dipatuhi. Si ibu atau si bapa. Apabila berlaku pertentangan pendapat yg terang2 ditunjukkan ibu bapa ke atas anak ketika dimarahi, ia telah menjatuhkan MARUAH dan MARTABAT org yg memarahi (ibu/bapa). Anak hilang rasa hormat dan merasakan perbuatan nakal mereka adalah betul belaka kerana ada yg backing.

2. Bapa DILARANG menengking/mengherdik/bertengkar Ibu di hadapan anak2. Begitulah sebaliknya. Anak mencontohi tindak tanduk ibu bapa. Satu rutin putaran kehidupan akan kembali dilakukan oleh anak ke atas ibu yg sering ditengking oleh bapa di hadapan anak2.

3. Sentiasa masak utk anak dan ajak anak sama2 masak/makan, makanan hasil tangan ibu ini dapat mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu.

4. Ibu bapa MESTI makan bersama anak-anak.

Abi Hantar Ummi Ke Klinik




Hari ni Ummi tak pergi mengajar demam sejak malam tadi ,Malam tadi Abi nak hantar ke klinik Ummi kata esok je,jadi pagi ni Abi hantar ke Klinik An-Nur amik ubat dan mc.Nur Dania Balqis Ummi titipkan kat rumah kak Leha.


Klinik hari ni ramai orang,mungkin masing2 demam dan ada yang amik ubat je.Lambat gaklah giliran Ummi,Abi terasa mengantuk sangat sebab malam tadi kerja malam pagi ni hantar Ummi pergi klinik..emm sabarlah je kan..Isteri tak sihat takkan kita nak biarkan..Esok-esok Abi demam Ummi pulak tolong Abi..emm tolong menolong kerukunan rumahtangga.Saling faham memahami suami dan isteri kan..


Lega bila giliran Ummi dah selesai dapat balik nak tidur tak tahan sangat..mengantuk..

Singgah kejap warung makan cari lauk untuk makan tengahari…


Semoga Ummi cepat sembuh ye…

Monday, July 13, 2009

Usia Nur Dania Balqis 3 Bulan


Semalam 12hb 07 2009 bersamaan 19 Rejab 1430H, Nur Dania Balqis sudah genap 90hari bermakna sudah 3 bulan usiannya.Alhamdulillah setakat ni tiada masalah terhadap kesihatannya dengan izin Allah. Abi dan Ummi sentiasa mendoakan semoga Nur Dania Balqis terus di beri kesihatan yang baik.keselamatan dan yang paling penting kasih sayang dari Abi dan Ummi yang berterusan.


InsyAllah awal bulan depan Majlis cukur rambut Nur Dania Balqis akan di adakan walaupun agak terlewat.Maklum saja perancangan dan kewangan perlu selari.Harap-harap tak tertangguh lagi.

Sunday, July 12, 2009

Abi Ke Program Sukan Perdana Meru 2009




Petang ni lepas balik dari Bukit Lancung Abi pergi ke Padang Meru Empat menyaksikan Program Sukan Perdana Meru anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru,MEBA FC Dan Taman Meru Empat.Program ini sebenarnya berjalan sejak pagi tadi 8.00pagi dan di jangka berakhir Jam 6.30ptg.


Program petang ni adalah kedatangan pasukan Liga Super Selangor,mereka akan membuat sisi latihan di padang ini serta seisi bertemu peminat,walau pun Abi bukan peminat fanatik pasukan bola selangor sebagai masyarakat setempat Abi akan sentiasa menyokong dan mendokong apa saja program yang boleh membawa manfaat kepada masyarakat setempat di sini serta bermanfaat kepada anak-anak muda di sini khususnya di Meru.Sungguh meriah dan ramai penyokong-penyokong pasukan merah kuning yang datang dan menyaksikan program ini.Bagi Abi syabas buat penganjur dan Yb Dr Abd Rani Osman dalam mengajak masyarakat kepada Islam dalam masa yang sama tidak mengkesampingkan persoalan kehidupan dunia iaitu sukan sebagai riadho.


Apapun Semangat kesukanan harus di pupuk sejak kecil lagi kerana ia amat bermanfaat untuk kita semua.Dengan bersukan mewujudkan perpaduan dan kasih sayang kepada kita semua.Anak-anak harus di galakkan bersukan selagi mana tidak melanggar batas-batas yang di tentukan syariat.Bagaimana dengan anak kita?.

'Embah' Rindu Pada Nur Dania Balqis



-->

Sabtu 11hb 07 2009 bersamaan 18Rejab 1430H

Petang:

Dalam pukul 6.00ptg kami bertolak ke bukit Lancung,Embah Nur Dania Balqis dah rindu sangat nak tengok cucunya,Pagi tadi Ummi beritahu Abi yang Mak ada call Ummi mengatakan Mak rindu nak tengok Nur Dania Balqis.Untuk tidak menghampakan harapan Mak petang ni Abi,Ummi Dan Nur Dania Balqis ke rumah Mak.Sampai dalam pukul 7.10 minit dah nak maghrib.
Kelihatan Mak sangat gembira bila melihat cucunya dah sampai.Abi pun mengeluarkan -lah barang2 yang ada dalam kereta untuk di bawa masuk.Biasalah baju,kelambu,tilam Nur Dania Balqis untuk kemudahan tidur anak kan..

Malam:

Malam ni tak tahu nape Nur Dania Balqis lewat tidur sampai pukul 3.30pagi baru tidur,Ummi sampai tertidur, sesekali Ummi bangun bagi susu…Emmm..anak kecil ni malam ni susah tidur pulak ,mungkin kat rumah orang lain tu yang dia macam pelik tengok..agaknyalah.Abi pun tidur lewat malam ni sambil2 Online Internet tengok-tengokan Nur Dania Balqis yang masih bulat matanya…Emm anak Abi ni tak nak tidur nampak gayanya.Sesekali Abi layan Nur Dania Balqis..respon gak lah tapi tak tahu apa yang di katanya,anak kecil kan..Abi cubalah lagukan zikir2 yang Abi hafal biar Nur Dania Balqis Tidur,tapi macm tu gak..Sabolah.
Sekali tu Ummi bangun bawa Nur Dania Balqis masuk buaiyan kat sebelah Embah tidur tapi matanya masih tak nak pejam, celik bulat kata Ummi.

Kesian Ummi..Tidur tak lena malam ni sekejap2 bangun nak susukan Nur Dania Balqis.Apa pu sabar je lah, Anak kecil sesekali memang meragam dan lambat tidurnya.Alhamdulillah akhirnya tidur juga si kecil ni..lena sampai pagi.

Pagi Ahad 12hb 07 2009 bersamaan 19 Rejab 1430H

Abi cadang nak balik pagi tapi tak jadi memandangkan Ummi sakit kepala mungkin di sebabkan malam tadi kurang tidur,Tak kisahlah balik lepas Zohor pun boleh.kata Abi.Bagi Ummi rehat dan tidur dulu.Nur Dania Balqis masuk buiayan kat sebelah Embah.Lena dia tidur dalam buiayan.

Petang Lepas Zohor

Lepas Solat,makan tenghari,Hari ni Adik Nurul dan Ramlan masak nasi dagang,Emm..boleh tahan Adik masak ,boleh bukak Warung kata Abi.Sedang Nur Dania Balqis dengan Adik Nurul sementara Abi dan Ummi makan.

Dalam pukul 3.20ptg kami bertolak balik ke Meru.

Catatan oleh:ABI 2009

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI