Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Tuesday, November 13, 2012

Thursday, November 8, 2012

Rindu Ada Anak


Anak-anak adalah amanah dari Allah.


Pada satu masa dan ketikanya, setiap insan yang sudah mendirikan rumahtangga pasti akan merindukan suara-suara anak kecil dalam kehidupan mereka. Terbayang-bayang alangkah indahnya saat-saat yang di impikan terjadi. Siapa yang tidak suka dengan anak-anak kecil, senyuman manis mongel terukir di bibir si kecil itu menjadi dambaan setiap pasangan suami isteri yang mendirikan rumah tangga. Rindu dengan kehadiran si kecil dalam pangkuan dan dakapan kita.

Namun yang di tunggu-tunggu tidak tiba, walau pun sekian masanya telah di usahakan dengan kata-kata cinta yang indah, perlakuan halal yang sangat menyenangkan antara satu sama lain. Renungan mata layu, bagai rela di terkam rasa ridu yang amat mendambakan kehangatan dan kenikmatan ‘cinta’ nan sejati. Di sulami doa dan pengharapan semoga dengan ‘ permainan cinta ‘ yang suci dan halal ini akan terlahir zuriat yang bakal mewarnai kehidupan rumahtangga yang di impikan.

Segalanya ketentuan Allah S.W.T, berdoa, berdoa dan berdoalah, namun usaha di teruskan. Perjuangan ‘Permainan Cinta ‘ teruskan, sebagai usaha bersepadu dan doa, mengharap dan terus mengharap agar Dia Yang Maha Mendengar Pengharapan kita memperkenankan permintaan kita. Jangan putus asa, jangan menyerah kalah. Insyallah, Allah S.W.T mendengarinya.

Jauhilah perasaan-perasaan sedih, putus asa dan perasaan malu. Semua kan kerja Allah, kita hanya berusaha dan mengusaha kannya. Seperti kita menanam biji sawi, jika dengan izin-Nya menjadi ia kan menjadi, jika dengan izin-Nya belum menjadi, ia tetap belum akan menjadi. Apa yang perlu nya berduka dan bersedih. Yakin lah Allah Maha Tahu apa-apa yang hambanya harap kan.

Dugaan pada keluarga, adik beradik, saudara-saudara serta kawan karib, anggap lah sebagai biasa, rela dan reda lah serta bersabar lah, Itu ujian kecil biar pun pedih telinga mendengarnya, dengan perli, atau ejekan. Semuanya serahkan hanya pada-Nya. Semua rezeki dari Allah, jawab lah begitu, mereka pasti akan terdiam membisu. Ya..itu lah perasaan-perasaan yang berkemungkinan  ada pada pasangan yang belum di izin kan oleh Allah SWT untuk memiliki zuriat.

Justeru itu, rai kan ujian ini denga rasa syukur pada-Nya. Suatau masa Allah SWT kan mengurniakan zuriat atau anak-anak yang di rindui.

Sekadar coretan rasa dari seorang insan yang di panggil ‘ Abi ‘.

Sekian Jumpa Lagi..!

Wednesday, November 7, 2012

Rindu Pada Emak




Dalam seminggu lebih lagi emak akan pulang ke tanah air dari mengerjakan ibadah haji,semoga juga beroleh haji yang mabrur dan di terima oleh Allah S.W.T, insyallah panjang umur, jumpa emak. Semoga emak sihat dan di rahmati serta di lindungi oleh Allah S.W.T. Abi sangat rindu ingin menatap wajah emak. Maklum hampir sebulan tak menatap wajah emak secara dekat dan berbual-bual dengan emak. Rasa rindu yang amat, begitu sekali bila berjauhan rupanya. Tak sabar mahu menatapnya dan memeluknya.
                                            
Biasa nya bila Abi balik kerja, singgah rumah emak, tengok emak.Sebagai rutin biasa seorang anak ziarah emak. Dalam hati tatkala melihat wajahnya mendoakan kesihatannya, kesejahteraannya, semoga emak bahagia selalu. Moga doa Abi di terima sebagai amal soleh terhadap emak dan juga bapa.

Kadang-kadang terfikir, bagaimana lah perasaan seorang anak yang sudah tiada emak atau bapa, ya..tak terbayang perasaan Abi. Hari ini Abi masih ada emak dan bapa, masih lagi boleh berbual, boleh menatap wajahnya secara dekat. Masih bisa menyentuh tangannya, ya..sebak rasanya bila kenang beruntungnya masih ada emak dan bapa. Orang lain yang sudah kehilangan emak atau bapa tentu beza perasaannya.

Ya..Allah,,,Ampunkan lah dosa-dosa kedua ibu dan bapa ku, berilah kesihatan dan keselamatan, kebahagian dan kesejahteraan hidupnya, di rahmati dan di lindungi oleh mu, sentiasa dalam dakapan hidayah-Mu. Sentiasa di jalan-Mu yang lurus..Amin Ya Rabb..”

Semoga Allah memperkenan kan doa Abi, juga agar coretan ringkas ini menjadi inspirasi untuk kita terus menyanyangi kedua ibu bapa kita. Khususnya kepada diri Abi sendiri serta anak-anak Abi yang suatu masa jika di izinkan membaca coretan ini.

Sekian.

Jumpa lagi..!

Friday, November 2, 2012

IKTIBAR BUAT ANAK-ANAK


Assalamualaikum para sahabat semua, dalam kesempatan hari ini, Abi kongsikan sebuah cerita yang menarik, tentang kasih sayang ibu dengan anak dan juga kasih sayang anak terhadap ibunya, ianya berkaitan dengan doa. Moga ia boleh menjadi bahan iktibar dan muhasabah untuk kita. Nah Abi sajikan kisah ini yang Abi kutip dari sebuah fecebook;



KISAH IBU

Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.

Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah seger
a dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.

Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.

Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;

”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”

”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”

“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”

“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.

Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.

Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.

Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.


Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.

Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.

Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;

“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”

Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.

Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.

Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?

Sumber: Facebook

Wednesday, October 31, 2012

Ulangtahun Kelahiran Nur Dania Balqis Dan Muhammad Anas


Majlis di adakan pada Ahad, 28 HB 10 2012M Bersamaan 12 Zulhijjah 1433H





Diam tak diam Nur Dania Balqis sudah menginjak usia hampir empat tahun, manakala adiknya pula Muhammad Anas masuk dua tahun. Alhamdulillah yang tidak terhingga kepada Allah SWT yang memberi nikmat anak-anak dengan kesihatan yang baik dan tumbesaran yang sempurna (setakat ini, mudah-mudahan berterusan sihat dengan sebaiknya ).

Bagi meraikan kesyukuran ini, kami telah mengadakan sedikit sambutan bagi mengembirakan hati permata hati kami berdua itu, tak tahulah sama ada mereka sudah menikmati perasaan kegembiraan atau pun tidak, namun melihat riak dan wajah Nur Dania Balqis mungkin sudah dapat merasainya, lebih-lebih lagi bila Pak Cik dan Mak Ciknya memberikan hadiah yang pelbagai. Melihat riak wajahnya gembiralah tu.

Seperti tahun yang lepas ( 2011 ), kami sekalikan majlis hari lahir Nur Dania Balqis bersama hari lahir Muhammad Anas. Majlis ringkas di mulai dengan ucapan terima kasih Abi pada saudara yang hadir, bacaan doa selamat , acara potong kek Nur Dania Balqis dan Muhammad Anas. Selepas itu seperti biasa acara makan-makan dan borak-borak. Menu pada hari itu rojak singapura ( order dengan pelajar Ummi ), nasi goreng dan lain-lain.

Harapan Abi Dan Ummi

“ Semoga permata hati Abi, Nur Dania Balqis dan Muhammad Anas akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, di beri kesihatan dan keselamatan, di lindungi oleh Allah SWT selalu. Bila besar kelak akan menjadi insane yang beragama, cinta dan sayangkan agama. Taatkan ibubapa (Abi dan Ummi), taat perintah Allah SWT dan taat pada Rasulullah SAW, Guru-guru yang soleh serta menghormati masyarakat. Moga kamu berdoa berada dalam Rahmat  dan Reda Allah SWT selalu.

Ingatlah Abi  dan Ummi sayangkan kamu semua, doakan Abi atau Ummi, jika kami tiada lagi bersama kamu suatau hari nanti...I LOVE YOU SO MUCH..!!!. “

Monday, October 29, 2012

Bertemu Lagi


Nur Dania Balqis


Alhamdulillah, baru hari ini Abi sempat menulis untuk mengisi blog ini, sudah berapa bulan tidak menulis sesuatu perkongsian dalam blog ini, rasa rindu untuk menulis sesuatu di sini. Terlebih dahulu Abi ingin mengucapkan SALAM AIDILADHA 1433H, maaflah kerana terlewat mengucapkan perayaan yang sangat beerti buat Umat Islam di seluruh dunia ini. Juga dipanggil dengan nama Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Diharapkan agar para sahabat blogger sihat dan di Rahmati Allah SWT selalu.

Banyak aktiviti, catatan perjalanan kehidupan Abi dan perkembangan Nur Dania Balqis yang Abi tidak sempat kongsikan, biar pun adakalanya sudah dicatat dalam buku nota, namun dek’ kerana semangat untuk menulis menurun maka banyaklah perkara-perkara yang tinggal begitu sahaja. Apa pun yang berlalu biarlah berlalu, namun ruang yang masih ada ini insyallah Abi akan kongsikan sesuatau yang bermanfaat.

Tahniahlah kepada sahabat yang berkorban pada tahun ini, semoga ibadah korban yang dilaksanakan di terima oleh Allah SWT sebagai amal soleh untuk bekalan ke akhirat nanti. Bila menjelang Zulhijjah kita akan ingat ibadah haji dan badah korban antara satu saling berkait. Ibadah haji dituntut bagi mereka yang ada kemampuan, sihat tubuh badan, punyai kenderaan untuk ke sana, malah cita-cita ini tersemat di hati setiap umat Islam.

Syabas dan tahniahlah kepada sahabat yang mungkin sedang menunaikan ibadah haji ini. Allah telah memilih untuk menjadi tetamunya, semoga ibadah haji yang dikerjakan diterima oleh Allah SWT sebagai haji yang mabrur. Bila menulis tentang sahabat yang pergi haji, terkenang pula Abi dengan emak Abi yang sedang turut menunaikan haji bersama adik ipar dan saudara yang lain.

Rindu sangat untuk menatap wajah emak, hampir sebulan tidak berbual dengannya. Namun biarlah emak sedang menjadi tetamu Allah. Di sini kami mendoakan agar emak sentiasa sihat, selamat, dimudahkan segala urusan ibadah hajinya dan di reda dan di rahmati Allah selalu hendaknya. Amin...!.

Ya..begitulah indahnya mereka yang menunaikan ibadah haji, mereka menyerahkan bulat-bulat hanya kepada Allah SWT. Jiwa raga mereka dan pengorbanan mereka sudah tentunya akan menerima ganjaran yang besar dari Allah SWT. Abi mendoakan semua para haji Malaysia dan para haji dari seluruh dunia beroleh haji yang mabrur.

Dengan mengambil semanagt Zulhijjah ini,Insyallah Abi akan cuba menulis kembali diblog ini. Segala rentetan kehidupan ini perlu dinukilkan, biarpun sekelumit Cuma namun ianya akan menjadi bahan sejarah dan kenangan untuk tatapan kedua anak-anak Abi, Nur Dania Balqis dan Muhammad Anas.

Untuk akhirnya, semoga kita semua di Rahmati Allah SWT dalam apa jua situasinya. Hidup tenang, bahagia dan harmoni milik hamba-hamba yang beriman.

Sekian, Jumpa lagi !.

Thursday, October 4, 2012

Maha Suci Allah (2)


Bayi Ajaib, Lahir Dari Ibu Yang Sudah Meninggal 2 Hari


Seorang bayi yang lahir dari seorang ibu yang telah meninggal selama 2 hari membuat gempar dunia perubatan. Secara logik, bagaimana boleh?
Mahmoud Soliman (29), ayah dari bayi ajaib ini tidak pernah membayangkan akan merasakan kesedihan yang bercampur aduk dengan kebahagiaan yang luar biasa. Isterinya, Jayne Soliman (41) meninggal dunia akibat dysfunction otak memberikannya seorang bayi kecil yang cantik setelah Jayne divonis meninggal 2 hari sebelumnya dengan bantuan pembedahan cesar.
Dalam masa kehamilannya, Jayne tidak merasakan apa jua masalah. Namun ketika usia kehamilannya 25 minggu, ia merasakan sakit kepala dan sempat jatuh pengsan. Kemudian Jayne dilarikan ke Hospital John Radcliffe Hospital Oxford. Setelah 2 jam berada di hospital, pasukan doktor mengesahkan bahawa nyawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan lagi.

Pasukan doktor mencuba sedaya upaya dengan pelbagai cara dan dengan berbagai alat agar jantung Jayne tetap boleh berdenyut. Walaupun usaha itu tidak dapat membantu nyawa Jayne, tapi usaha itu dilakukan bagi si bayi yang ada di dalam rahimnya agar dapat diselamatkan. Doktor juga memberikan 2 dos besar steroid sehingga jantung bayinya boleh berkembang dan selepas dua hari pasukan doktor bekerja keras akhirnya Aya si bayi ajaib itu boleh diangkat keluar melalui pembedahan cesar.
Setelah pasukan doktor berjaya mengangkat bayi dari rahim Jayne, si bayi kecil itu di letakkan di bahu ibunya untuk memberi mereka masa bersama sejenak kemudian Aya dibawa ke unit rawatan intensif.
Nama Aya yang diberikan si ayah diambil dari bahasa arab yang bererti keajaiban. itulah nama yang ingin diberikan si ibu, Jayne, ketika dia masih hidup.

Emak Pergi Haji

Tanggal 16 Zulkaedah 1433H bersamaan 2 Oktober 2012 M, Emak telah bertolak ke Mekah menunaikan fardhu haji.

Semoga segalanya di permudahkan oleh ALLAH SWT...


Bagasi yang dibawa





Bersiap-siap..









Bersiap untuk bertolak




 Dalam perjalanan ke Kelana Jaya


Di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya










SEMOGA ALLAH MELINDUNGI DAN MERAHMATI EMAK SELALU.

Konsert Rockustika Al Farabiband "Raikan Cinta Perjuangan"

Konsert Rockustika Al Farabiband "Raikan Cinta Perjuangan" pada 30 Sept 2012 di Bukit Naga , Shah Alam .


















SEMOGA TERUS KEKAL ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN..!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI