Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Monday, August 31, 2009

Hadis Kelebihan Ramadhan



Selamat menunaikan Ibadah puasa kepada tetamu Nur Dania Balqis semua,mudah-mudahan ibadah kita di terima oleh Allah.Dalam kesempatan ini ingin Abi kongsikan sebuah terjemahan hadis panjang,yang Abi salin dari sebuah kitab yang diberi nama Himpunan Kitab-Kitab Fadhail dalam bab yang menyentuh ibadah puasa.Semoga kita sama-sama dapat mengambil pengajaran dari hadis ini.


Kelebihan-Kelebihan Ramadhan


Salman r.a. meriwayatkan bahawa pada akhir bulan Sya’aban Rasulullah s.a.w. memberikan khutbah kepada kami dan bersabda:


“Wahai manusia,telah datang sekarang satu bulan yang mulia(agung),bulan yang diberkati yang mana terdapat di dalamnya satu malam yang tersangat besar kelebihannya daripada seribu bulan.Inilah bulan yang mana Allah mewajibkan siang-harinya untuk berpuasa.Dan dia telah menjadikan Terawih sebagai sunnah di malam itu.Barangsiapa yang ingin mendekatkan dirinya kepada Allah dengan melakukan apa sahaja amalan baik,kepadanya akan diganjari sebanyak amalan fardhu yang dilakukannya di masa-masa yang lain.


“Dan barangsiapa melakukan satu amalan fardhu,kepadanya akan diganjari sebanyak tujuh puluh amalan fardhu yang di lakukannya di masa-masa yang lain.Sesungguhnya ini adalah sebuah bulan kesabaran,dan ganjaran bagi kesabaran yang sejati ialah Jannah(Syurga).Ini juga adalah bulan simpati terhadap saudara-saudara mu.Ini adalah bulan di mana rezeki bagi orang yang benar-benar beriman ditambah.


”Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa,sebagai pembuka puasanya(pada masa matahari terbenam),kepadanya adalah keampunan terhadap dosa-dosanya dan pembebasan daripada api jahanam(Neraka),dan untuknya adalah ganjaran yang sama(dengan orang yang diberinya makan)tanpa mengurangkan pahala orang itu sedikitpun.”


Maka kami pun berkata:”Wahai Rasulullah,tidak semua daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberikan kepada orang yang berpuasa itu bagi membuka puasanya.”


Rasulullah menjawab:”Allah mengurniakan ganjaran yang sama ini kepada dia yang telah memberikan kepada orang yang berpuasa bagi membuka puasanya hanya dengan sebiji tamar atau seteguk air ataupun sekali sisipan susu.”


“Inilah bulan yang pada permulaannya membawakan kerahiman Allah,pada pertengahnnya memperolehi keampunanNya dan di akhirnya mendapat kebebasan daripada api Neraka Jahanam.”


“Barangsiapa meringankan bebenan ke atas hamba-hambanya(hamba-hamba Allah)di dalam bulan ini,Allah akan mengampuninya dan membebaskannya daripada azab api Neraka Jahanam.”


“Dan di dalam bulan ini kita hendaklah melakukan terus sebanyak-banyaknya akan empat perkara,dua daripadanya untuk mendapatkan keredahaan Allah sementara yang dua lagi yang mana tanpanya kamu tdak dapat melakukannya.Dua yang menyukakan Tuhanmu ialah kamu hendaklah bersaksi sebanyak-banyaknya bahawa tidak ada sesuatu yang selayaknya disembah melainkan Allah(iaitulah dengan membaca Kalimah Tayyibah:Laa illaha-illallah) dan sebanyak-banyaknya istighfar(meminta keampunan kepada Allah dengan Astaghfirullah).


“Dan dua(perkara) yang(tanpanya)kamu tidak dapat melakukannya ialah hendaklah kamu memohon pengharapan kepada Allah untuk memasuki Syurga dan meminta perlindungan kepadaNya daripada Jahanam.”


“Dan barangsiapa memberikan seseorang yang berpuasa akan air sebagai minuman,Allah akan membenarkannya untuk meminum daripada telagaku,sekali minum yang selepas meminumnya dia tidak akan berasa dahaga sehinggalah dia masuk ke dalam Syurga(Jannah).”


Diriwayatkan daripada Ibn Khuzaimah di dalam sahihnya.


Semoga ada manfaatnya.Selamat Berpuasa!...

UNTUK INFO RAMADHAN SEBELUMNYA:

Info Ramadhan

Sunday, August 30, 2009

Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang Ke 52


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Alhamdulillah tahun ni kita menyambut lagi Hari Kemerdekaan tanahair kita yang ke-52,mudah-mudahan Negara kita terus aman dan makmur selamanya,Setiap tahun pada tanggal 31 Ogos kita akan meraikan bagi menunjukkan semangat kemerdekaan tanahair kita setelah beberapa puluh tahun yang lalu kita pernah di jajah oleh Negara asing.Kini usia kemerdekaan Negara sudah 52 tahun dan Negara sedang menuju kepuncak kejayaan yang seterusnya.Pelbagai kaum meraikan hari kemerdekaan dengan penuh semangat dan patriotik,bagi menunjukkan semangat itu bendera-bendera jalur gemilang di kibarkan di setiap rumah dan juga permis-permis perniagaan mereka,begitu harmoninya suasana ini.


Pada tahun ini Cogankata Hari Kemerdekaan atau juga di kenali Hari Kebangsaan negara kita ialah Satu Malaysia,Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Di Utamakan ,Secara peribadi memang bagus slogan ini,menunjukkan betapa prihatinnya pihak kerajaan tentang nasib dan permasalahn rakyat,jadi kerajaan perlu membuktikan dengan sebaiknya demi rakyat,pengorbanan rakyat khususnya para pejuang kemedekaan kita yang bertungkus lumus menuntut kemerdekaan demi sebuah Negara yang bebas mestilah dihargai jasa-jasa mereka.Biarlah apa yang dislogankan pihak kerajaan ini disertai bukti yang rakyat betul-betul diutamakan dan bukan hanya slogan semata-mata,rakyat sekarang bijak menilai setiap apa yang di ungkapkan oleh para pemimpin negara.


Sementelahan pula Hari Kemerdekaan kali ini bersamaan dengan bulan ramadhan yang mulia,di harapkan suasana hari semasa sambutan menjelang malam kemerdekaan tidak ada unsur-unsur atau perkara-perkara yang mengaibkan yang mencemari kemulian bulan Ramadhan yang mulia ini.Hiburan-hiburan kosong yang tidak berfaedah diharapkan tidaklah dijadikan bahan untuk meraikan hari yang bermakna buat Negara yang kita cintai ini.Apasalahnya kita tukar agenda hiburan itu dengan Majlis-majlis kesyukuran,doa selamat,Wacana Ilmu,Forum dan pelbagai lagi yang boleh memberi manfaat pada Negara dan rakyat Negara ini khususnya,kalau nak hiburan juga biarlah hiburan yang menjurus kearah yang memenuhi tuntutan rohaniah kita seperti hiburan nasyid-nasyid yang berunsur jihad dan semangat Cintakan Tanahair,Lebih-lebih lagi dalam suasana dan bulan yang Agung dan mulia ini.


Itulah yang diharapkan,mudah-mudahan slogan satu Malaysia yang di asaskan bukan hanya slogan semata-mata, kosong yang tidak memberi makna apa-apa kepada kita semua,Para pimpinan Negara perlu peka dengan situasi rakyat kini,dengan penularan wabak H1N1,krisis ekonomi serta persoalan pembaziran perlulah di sekat dan dihadkan supaya pembaziran yang dilakukan tidak berterusan dan merugikan Negara.Setiap tahun kita melaungkan Merdeka!,Merdeka!,Merdeka!,pada hakikatnya Negara kita merdeka tapi jiwa dan perasaan kita apakah benar-benar merdeka?.Pemikiran kita bagaimana?,apakah sebenar-benarnya merdeka?.Bagaimana pula dengan perasaan kita,jiwa kita,apakah kita sudah merdeka dari belenggu nafsu yang ganas dan jahat?.Fikir-fikirkanlah bersama.


Sejarah telah menunjukkan kepada kita bagaimana tentera Islam yang baru mendapat kemenangan di medan badar,telah mendapat kemenangan dengan jayanya dalam ertikata mereka merdeka dari berperang dengan musuh(beroleh kemenangan besar),tetapi apabila junjungan Rasulullah saw menyatakan yang bahawa mereka baru saja balik dari peperangan kecil tetapi ada peperangan(Jihad) yang lebih besar lagi yang mana peperangan ini akan memerlukan daya juang yang kuat dan memerlukan kekuatan dan kesungguhan yang tinggi bagi memusnahkan musuh yang sangat ganas ini.Mereka bertanya kepada junjungan Rasulullah saw tentang perkara yang dinyatakan oleh junjungan Rasulullah saw,Maka jawab junjungan rasulullah saw yang mereka akan berperang dan berjihad melawan nafsu,ya..nafsu yang sering membelenggu kita,bukan sekadar membelenggu tetapi membelit-belit kita sehingga kita tewas kerananya.


Sabad Rasulullah yang bermaksud;


“Kita baru balik dari peperangan kecil untuk masuk ke satu peperangan yang lebih besar.”Sahabat bertanya,”Peperangan apa itu,ya Rasulullah?”Baginda menjawab,Peperangan hati yakni melawan hawa nafsu.”


Sikap sombong ,angkuh,ego,pemarah,pembengis,menindas,rasa riak dan pelbagai lagi jenis sikap yang ada pada kita yang kita sering tewas dan tak mampu melawannya dengan sungguh-sungguh dan istiqamah,Jihad memerangi nafsu merupakan sebesar jihad yang perlu kita laksanakan(Mujahadatunafsi) kerana merupakan musuh utama dalam diri setiap kita.Untuk itu kita perlu bersungguh-sungguh untuk melawan nafsu yang ganas dan berlaku kejam pada diri kita.Bila kita melakukannya dengan kesungguhan hasilnya nanti kita punyai jiwa yang merdeka atau bebas,pemikiran kita di pandu dengan cahaya keimanan yang terang benderang sebagaimana yang di perolehi oleh Rasulullah dan para sahabat yang lainnya.Barulah kita mendapat sebesar-besar kemerdekaan pada diri kita.Itulah erti kemerdekaan sebenar-benarnya.


Semoga anda mendapat manfaat atas pandangan ini.

ABI 09

Meru,4.25Pagi-Ahad-30HB 08 2009.



UNTUK UCAPAN YANG LAIN:Ucapan


Berbuka Puasa Bersama Emak Dan Bapak(Catatan Sepanjang Ramadhan 1430H)

Hidangan berbuka
Bapak sedang menikmati hidangan berbuka puasa
Emak dan Ecah
Ecah tak dapat ikut..cian..
Sempat bergambar
Amir Ameerul dengan adik-adiknya,tunggu ibunya,nak ke Saujana Utama


Hari ni 28HB 08 2009bersamaa 7Ramadhan 1430H,

Bermakna kita sudah 7 hari menjalankan ibadah puasa,Alhamdulillah rasa cepat pula masa berlalu.Petang ni berbuka puasa di rumah Emak,maklum Ummi tak kat Rumah,Sementara menunggu berbuka puasa lagi berapa jam,Abi berkesempatan membuka Laptop untuk menulis posting yang nak di masukkan dalam blog nanti,Emak sibuk didapur menyiapkan juadah berbuka puasa untuk petang ni,sedang anak-anak buah bermain diluar sesekali terdengar leteran Emak pada anak-anak buah yang membuat bising.


Dalam hati Abi masa kecil dulupun degil jugak,maklum zaman kanak-kanak macam-macam karenah dibuatnya.Tapi yang terkesan di hati Abi waktu ni ialah Emak yang masih macam dulu,bila masa puasa emak masih sibuk melayan cucunya,kadang2 Emak yang paling lambat makan.Macan tulah pengorbanan seorang Ibu..Petang ni berbuka puasa dengan Bapak,Emak dan seorang anak buah.Kak Nani dan anak-anaknya nak buka puasa di Saujana Utama pulak ,pergi ke tempat adik berniaga..sempat jugak Abi amik gambar dia orang nak pergi sana.


Waktu berbuka masuk,hanya Abi,emak,bapak dan seorang anak buah,kurang meriah nampaknya.Juadah biasa-biasa je,semua emak yang masak tak ada yang beli.Syukur Alhamdulillah selesai untuk puasa hari ni,Selepas berbuka puasa solat berjemaah dengan bapak.


“Ya..Allah Engkau Ampunilah kedua Ibu Bapa ku..Lindungilah mereka dan berilah keselamatan pada Ke Duanya,Kasihinilah mereka sebagaimana mereka mengasihi ku..berilah kesihtan kepada mereka…dan Rahmati mereka berdua..Amin.”


ABI 09

Meru.

Pendidikan Anak-Anak Dalam Bab Adab Makan



Alangkah berbahagiannya mereka yang telah mempunyai anak hasil perkongsian pasangan masing-masing,anak-anak menceriakan suasana dalam sesebuah rumahtangga.Anak-anak membuatkan hati kita rasa tenang dan bahagia,Namun dalam kita bergembira dan berbahagia dengan anak-anak jangan pula kita lupa tanggungjawap kita dalam memberikan didikan dan panduan pada anak-anak kita.Bagi mereka yang sudah mempunyai anak yang ramai sudah tentunya punyai pengalaman tersendiri dalam mendidik anak masing-masing.


Alhamdulillah kami baru dikurniakan dengan permata hati(baru 4 bulan) seorang namun begitu persoalan pendidikan dan didikan anak seboleh-bolehnya ingin mengikuti panduan agama dalam mendidik permata hati Abi.Melalui ilmu keibubapaan yang diperolehi melalui panduan bacaan ataupun melalui ceramah,kuliah,motivasi adalah penting untuk Abi dalam mendidik anak Abi Nur Dania Balqis.


Dalam kesempatan ini Abi ingin kongsikan beberapa panduan mendidik anak hasil pembacaan Abi,iaitu berkenaan Adab Makan(dari sebuah buku yang bertajuk:ANAK CERMERLANG-Kaedah Penghayatan Dalam Pendidikan)


Antara yang patut diperhatikan Ibu bapa terhadap anak-anak tentang adab makan(lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ketika ini,cuba kita perhatikan bagaimana cara anak kita makan dan bagaimana adab makan di praktikkan) ialah:


1)Membasuh tangan sebelum menjamah makanan dan selepasnya.


Sabda Rasulullah s.a.w.yang bermaksud:


“Berkat makanan itu ialah berwuduk sebelumnya dan berwuduk selepasnya.”

(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)


2)Membaca Bismillah ketika menjamah makanan dan membaca Alhamdulillah selepas selesai makan.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:


“Apabila seseorang kamu makan,hendaklah membaca Bismillah.Jika dia terlupa di awalnya,hendaklah membaca Bismillah pada awalnya dan akhirnya.”

(Riwayat Abu Daud da Tirmizi)


3)Jangan sekali-kali mencaci makanan yang ada di hadapan kita.


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:


“Rasulullah tidak pernah mencaci makanan sama sekali.Jika dia suka dimakannya dan jika tidak suka dia akan tinggalkannya sahaja.”

(Al-Hadis)


4)Hendaklah makan menggunakan tangan kanan dan makan makanan yang terdekat dahulu.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:


“Wahai anak kecil! Baca Bismillah ,makan dengan tangan kananmu dan makan apa yang ada di hadapanmu.”

(Al-Hadis)


5)Jangan sekali-kali makan bersandar.


Rasulullah bersabda yang bermaksud:


“Aku tidak pernah makan bersandar.”

(Riwayat Abu Juhaifah bin Abdullah)


“Aku lihat Rasulullah duduk iq’aa’(sebelah kakinya didirikan)ketika makan buah kurma.”

(Riwayat Muslim dari Anas r.a.)


6)Sunat mendoakan tuan rumah setelah selesai menjamu selera di rumahnya.


“Telah berbuka di tempat kamu orang-orang yang berpuasa dan telah makan makanan kamu orang yang soleh.Moga-moga para malaikat merahmati kamu.”

(Al-Hadis)


7)Jangan sekali-kali memulakan makan,sehingga orang yang lebih dewasa memulakan terlebih dahulu.


“Apabila kami bersama-sama Rasulullah s.a.w. menghadapi makanan,kami tidak menghulurkan tangan kami sehingga dimulakan baginda dan menjamahnya dahulu.”

( Riwayat Muslim)


8)Jangan membazirkan makanan.


“Kamu tidak tahu makanan mana satu dari makanan kamu yang berkat.”

(Al-Hadis)


Mudah-mudahan ilmu yang sedikit ini dapat di kongsikan bersama,agar beroleh manfaat dalam mendidik anak-anak kita.

Friday, August 28, 2009

Puasa Membentuk Manusia Bertaqwa Kepada Allah.

Bertadarus amalan mulia yang di galakkan dalam bulan Ramadhan

“Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”

(Al-Baqarah:183)

Konsep puasa yang dapat membentuk manusia bertaqwa telah dijelaskan oleh para Ulama dengan beberapa tanggapan dan kesimpulan iaitu:

1) Menurut Ibnu Mas’ud r.a-Taqwa bererti taat kepada Allah,menjauhi maksiat,ingat Allah dan bersyukur kepadaNya dan tidak kufur.

2) Ibnu ‘Abbas r.a-Taqwa bermaksud berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang,berani menegak hukum,kebenaran dan keadilan terhadap diri,ibu bapa,anak dan keluarga.

3) Sayyid Qutub-Taqwa ialah suatu gejala yang ada dalam jiwa yang menyebabkan seseorang yang sentiasa berwaspada,sedar,takut,malu dan susah jika dilihat oleh Allah dalam keadaan yang tidak diredahaiNya.Perhatian dan pengamatan Allah terhadap jiwa dan hati manusia tidak pernah lengah setiap masa.

4) Syeikh Muhammad ‘Abduh-Taqwa ialah membersihkan diri dan memelihara dari perbuatan maksiat dan keji serta melatih diri taat kepada Allah.

Semoga dapat manfaatnya..

Rujukan:Buku 40 Fadhilat Puasa Ramadhan

Tulisan:Drs Hj Hanafi Muhammad,MA.


Untuk Info Ramadhan seterusnya:Info Ramadhan

Puasa Pertama (Catatan Sepanjang Ramadhan 1430H)

Nur Dania Balqis dihari pertama waktu berbuka puasa
Di sisi Ummi tanpa karenah
Abi sedang menikmati hidangan berbuka puasa

Sabtu-22HB 08 2009 bersamaan 1Ramadhan 1430H

Alhamdulillah,hari ni dah mula berpuasa 22HB 08 2009 bersamaan 1Ramadhan 1430H untuk tahun 2009,tahun Hijrah 1430H.Masih di panjangkan umur dan diberi kesempatan untuk bersama-bersama meraikan Ramadhan kali ini,Terima Kasih Tuhan.Ramadhan kali ini adalah Ramdhan yang amat membahagiakan hati Abi dan Ummi kerana permata hati kami Nur Dania Balqis telah hadir di sisi keluarga kami.Syukur pada-Mu ya Allah.Ia menambahkan keceriaan pada kami.


Kebetulan awal puasa tahun ini adalah cuti persekolahan di seluruh Negara,jadi peluang keemasan ini Abi amik berbuka dan bersahur dengan Ummi di samping Nur Dania Balqis di sisi.Maklum Ummi mengajar biasanya,Hari pertama berpuasa kena kerja sebelah pagi,Alhamdulillah dapat berbuka puasa dengan Ummi.Buka puasa petang ni ringkas-ringkas je.Tidak ada yang beli semuanya Ummi masak,yang penting tidak membazir ketika berbuka puasa,maklum saja Malaysia kaya dengan pelbagai makanan lebih-lebih lagi dalam bulan puasa macam ni,Bazar-bazar Ramadhan pun di buka di sana-sini,nafsu membeli kadang tidak terkawal walaupun puasa ..macam mana tu ye…


Nur Dania Balqis tidak meragam,kami berbuka puasa dengan tenang,baby kat sebelah pun senyap je sesekali senyum manis terukir di bibir Nur Dania Balqis bila di ajukkan..Syukur..pada-Mu Ya..Allah dengan kelahiran Permata Hati Ini..bisik dalam hati Abi.


Ramadhan mudaha-mudahan memberi ke Rahmatan dan Barokah pada keluarga kami…Amin!!!

Amalan Kebajikan Dan Kebaikan Di Bulan Ramadhan (Ramadhan 1430H)


Alhamdulillah syukur pada Allah yang masih mengizinkan kita menghirup nikmat yang amat banyaknya ,kehidupan yang tenang dan harmoni serta berkat umur yang panjang serta Rahmat dan Keberkatannya kita diizinkan betemu lagi di dalam bulan Ramadhan 1430H kali ini.Semoga di bulan yang baik dan mulia ini dapat sama-sama kita menunaikan tanggungjawab kita dengan menunaikan perintah Allah dan menjauhkan dari perkara yang di murkai.


Kita telah menunaikan ibadah puasa sudah beberapa hari,mudah-mudahan segala amal ibadah kita di sepanjang Ramadhan di terima dan diredahi Allah.Marilah kita kerjakan amal kebaikan dan kebajikan di bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini.Sebagaimana yang kita maklum pada bulan ini pintu-pintu neraka di tutup dan di buka pintu-pintu syurga serta di belenggu syaitan-syaitan.


Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:


“Pada bulan itu ditutup pintu-pintu neraka,dibuka pintu-pintu syurga dan dibelenggu syaitan-syaitan.Sabdanya lagi,dan seorang malaikat akan berseru:’Hai pencita kebaikan,bergembiralah.Hai pancita kejahatan,nantilah sampai Ramadhan berakhir.’”

(Hadis Riwayat.Ahmad dan Nasa’i)


Marilah kita rebut peluang keemasan yang datang hanya setahun sekali ini dengan benar-benar melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh ketaqwaaan kepada

Allah.Perbanyakan amalan-amalan kebaikan dan kebajikan antaranya:

1)Berpuasa di siang Ramadhan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan pada Allah.

2)Solat Terawikh secara Jemaah.

3)Membaca Quran,bertaddarus di surau atau masjid,besama isteri,anak-anak atau ahli keluarga.

4)Berzikir dan berselawat

5)Perbanyakan Solat-solat sunnat

6)Menghidupkan malam dengan berqiamulail.

7)Bersedekah,infaq,derma,memberi makan kepad mereka yang berpuasa(menjamu ketika berbuka puasa).

8)Menolong dan membantu orang susah fakir miskin.


Dan pelbagai amalan kebaikan dan kebajikan yang sangat banyak yang boleh kita laksanakan.Semoga amalan yang kita lakukan ikhlas semata-mata untuk Allah.Oleh demikian mudah-mudahan kita mendapat janji dan jaminan Allah seperti mana yang terkandung dalam nukilan sebuah hadis yang bermaksud:


“Dari Abi Hurairah r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda:’Segala amal kebajikan anak adam dilipatgandakan pahalanya dengan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda.’Allah berfirman:”Kecuali puasa,puasa itu untukKu dan Aku memberikan pembalasan(pahala)kepadanya,ia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.”

(Hadis Riwayat.Muslim)


Semoga mendapat manfaat dan pengajaran dari Ramadhan.


ABI 09

Meru.

Thursday, August 27, 2009

Selamat Berpuasa 1430H


Assalamualaikum semua..Semoga Anda sihat semuanya,Alhamdulillah kini kita berada dalam bulan Ramadhan yang penuh berakah,sudah beberapa hari kta menjalankan ibadah puasa,mudah-mudahan diterima oleh Allah dan jika kita beramal dengan sesungghnya pasti Allah akan memberi ganjaran dan pahala kepada kita,itu janji Allah kepada hamba-hambanya yang taat dalam membuat amal ibadah yang ikhlas.Janji Tuhan adalah pasti,tidak pernah mungkir.


“Dari Abi Hurairah r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda:’Segala amal kebajikan anak adam dilipatgandakan pahalanya dengan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda.’Allah berfirman:”Kecuali puasa,puasa itu untukKu dan Aku memberikan pembalasan(pahala)kepadanya,ia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.”

(Hadis Riwayat.Muslim)


Dalam kesempatan ini,Abi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1430H kepada seluruh Umat Islam biarpun dimana mereka berada dan kepada Para Tetamu Laman Blog ini khususnya,dikesempatan ini Abi ingin memohon jutaan kemaafan andainya dalam menuliskan sesuatu coretan dalam blog ini ada yang menyentuh atau menyinggung perasaan para tetamu,Abi harap mohon maaf zahir dan batin sebanyak-banyaknya,maklum sajalah dalam menulis sesuatu kadang-kadang tidak sedar menyentuh perasaan orang lain dan menyakiti orang lain.


Semoga dapat kita sama-sam menjalankan ibadah puasa dan ibadah yang lainnya di sepanjang Ramadhan ini dengan tenang ,harmoni,tawadhuk dan yang penting dengan penuh keimanan dan ketaqwaan pada Allah swt.


Abi akhiri ucapan Selamat Menyambut Ramadhan dengan Firman Allah yang bermaksud:


“Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu berTAQWA.”

(Al-Baqarah:183)


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA!

Wednesday, August 26, 2009

Catatan Abi-10

Sempat lagi salin lampin

Penat ye...

Majlis salawat beramai-ramai

Kelihatan Rakan dari kumpulan Rabbani
Hamdi Rabbani

Sebahagian yang hadir


Majlis Tahlil Almarhum Ustaz Asri Di Bukit Sentosa.

18hb 08 2009 bersamaan 27 Syaaban 1430H

Petang ni selepas balik dari rumah Mak Bukit Lancung ,Kami bertolak pula ke Bukit Beruntung Majlis Tahlil serta Majlis Akikah anak Aruwah Abang Ari Hamdi Rabbani.Dalam pukul 6.30 kami bertolak ke sana.Cuaca petang ni hujan lebat sepanjang perjalanan,kesian dengan Nur Dania Balqis seharian di hospital selepas tu ke rumah Mak petang ni pula ke Bukit Beruntung…emmm..ciann dia..

Sepanjang-panjang perjalanan hujan turun begitu lebat sekali…namun Alhamdulillah akhirnya kami sampai juga di Bukit Beruntung…Tapi..alangkah pilunya hati ini kami tak dapat jalan masuk ke Bukit Sentosa..beberapa kali pusing-pusing mencari jalan menuju kesana,maghrib dah masuk,akhirnya ambik keputusan solat dulu di sebuah surau,selesai solat kami terpaksa menunggu Adik,Ramlan dan Mak yang baru dalam perjalanan ke Bukit Beruntung,Kami menunggu mereka di Petronas…Maklum saja jalan nak masuk ke rumah Almarhum sangat advancer,bagi mereka yang sesekali datang memang sukar nak ingat lebih-lebih lagi datang sebelah malam seperti kami yang datang sekali-sekala itupun masa Hari Raya..:)..Alhamdulillah sampai juga Adik,Ramlan dan Mak ,kami ikut dari belakang…Samapi juga akhirnya..

Majlis sudah berjalan,kedengaran bacaan tahlil sedang dibacakan oleh Abang Zali (Ustaz Ghazali Ibrahim) melalui speaker yang di pasang.Kami masuk kekawasan rumah,ramai tetamu yang hadir mungkin penduduk taman di situ dan teman-teman artis nasyid,teman Almarhum,para wartawan dan saudara mara yang datang ke majlis malam ni.Kami melalui pintu belakang..mak ,adik,Ummi dengan Nur Dania Balqis masuk ke dalam ,Abi dan Ramlan serta Fadhil yang baru sama-sama sampai tadi duduk di luar tepi rumah.

Doa di bacakan…dan sedikit tazkirah ringkas di sampaikan oleh Abang Zali,Abang Zali memaklumkan malam ni juga majlis akikah untuk Hamdi Rabbani,Sama-sama berselawat dan Cium Hamdi Rabbani kata Abang Zali,Semua tetamu berdiri dan bersalawat beramai-ramai.Sambil di kendong Abang Nasir tetamu mencium Hamdi Rabbani,dari riak muka Hamdi kelihatan gembira dan senyum,Abi dapat jugak cium dahi Hamdi Rabbani.

Selesai…Jamuan makan pun bermula..makan kemudian sebab ramai orang, bagi peluang mereka dulu,maklum kami datang lambat,Nampaknya tetamu ramai malam ni,Ustaz Akhil hai pun turut hadir bersama isteri barunya Waheeda.Kelihatan juga Munif dan geng Hijjaz,Line agak clear Abi carilah makanan yang berkenan..Alhamdulillah syukur kenyang..Terima kasih Tuhan yang Maha Baik..Semasa borak-borak dengan Isman dari kumpulan Hijjaz,mereka akan mengadakan majlis tahlil untuk Almarhum pada puasa kedua di Teratak Hijjaz.

Mudah-mudahan Almarhum damai di sana..dan bersama kalangan Para Solehin dan Hamba-hambanya yang Mutaqqin…Amin!!!..

ABI 09
Meru.


Untuk Catatan Abi seterusnya:Dairi Abi

Tuesday, August 25, 2009

Gambar-Gambar Majlis Tahlil Almarhum Ustaz Asri Ibrahim(Tahlil Malam Ketiga)

Almarhum Ustaz Asri Ibrahim

Putera Almarhum Ustaz Asri Ibrahim
Para Tahfiz dari Darul Furqan
Berbual sambil menikmatai minum petang
Abang Hassan tengah melayani para Tahfiz
Ustaz Adha (Abuhannan08)
Majlis Bacaan 30juzuk bermula
Muslimah yang hadir
Bacaan diketuai oleh Ustaz Adha
Doa mohon Rahmat dan Barokah
Sempat berposing..
Senyum itu indah
Para Ustaz dari Darul Furqan
Tetamu yang hadir Majlis tahlil
Orang-orang kampung yang hadir
Rakan-rakan dari kumpulan Rabbani
Para Tahfiz khusyuk membacakan tahlil
Jamuan makan bermula
Abang2 Rabbani sedang menikmati makanan
Selera Abang kita ni
Anak Abi ni.. Sms sape ni
Ketua kampung Bkt Lancung berbual dengan Abg Muhyuddin
Mesra
Abi dengan anak buah
Posing nampak kak!
Tambah jangan tak tambah
Abdi kenangan dengan Muaz dan Abg wildan
Puteri Almarhum Syamim
Hamdi Rabbani Muhammad Asri
Hammdi Rabbani sempat berposing
Bungkus jangan tak bungkus kak
Agenda terakhir Abuhannan




Untuk Koleksi Gambar-Gambar Nur Dania Balqis Seterusnya:Album Nur Dania Balqis


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI