Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Showing posts with label Ceria Nur Dania Balqis. Show all posts
Showing posts with label Ceria Nur Dania Balqis. Show all posts

Wednesday, January 27, 2016

Surat Jemputan Ke Program Back To School


Hari ini dapat surat jemputan dari Pusat Khidmat DUN Pandamaran (N47) Negeri Selangor Darul Ehsan. Menjemput kami, ke Program Back To School, penyerahan baucer RM50 kepada ahli-ahli TAWAS yang lahir pada tahun 2009. Nur Dania Balqis lahir pada tahun 2009, layak untuk menerima baucer tersebut. Cuma yang Abi pelik, mengapa sampai ke DUN Pendamaran, sedangkan semasa mengisi borang TAWAS, DUN MERU (N42). Entahlah...Abi tidak kesah semua itu...

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor yang begitu cakna dan prihatin terhadap rakyatnya,tidak kira Melayu, Cina dan India. Semua dilayan sama rata. Ini salah satu program Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES)...

Syabas Negeri Selangor!










Ingatlah duhai anak-anakku

Mencintai Negara atau Negeri sebahagian dari iman...

Friday, January 8, 2016

Dania Berposing Di Bilik Buku

Dania berposing bersama buku-buku yang Abi dapat selesaikan pembacaannya pada tahun 2015M yang lalu. Sebelum mengemas di rak, Abi menyuruh Dania untukberposing...








Semoga Dania ceria-ceria selalu!

Wednesday, April 29, 2015

Majlis Ulangtahun Kelahiran Nur Dania Balqis Yang Ke-6 Tahun

Kek bergambar frozen

Sebuah buku sebagai hadiah, tanda kasih sayang Abi terhadap permata hati
NUR DANIA BALQIS


19HB 04 2015-Ahad Malam Isnin

Pada tanggal 14hb 04 2015, merupakan tarikh kelahiran permata Abi yang pertama Nur Dania Balqis, begitulah cepatnya masa berlalu, diam tak diam permata hati ini sudah masuk usia enam tahun. Majlis ringkas telah diadakan bersama dengan majlis tahlil arwah adik Mohd Nazri di rumah adik ipar. Abi telah meminta izin kepada adik ipar untuk menumpang majlis potong kek untuk Nur Dania Balqis.

Seusai bacaan tahlil dan doa, majlis ringkas memotong kek telah diadakan…
Terima kasih kepada yang memberi hadiah kepada Nur Dania Balqis, doakan Balqis berjaya di dunia dan akhirat ya...!

SEMOGA PERMATA ABI MENJADI ANAK YANG SOLEHAH…TERUS SUKSES DALAM KEHIDUPAN DUHAI ANAKKU…


Wajahnya mungkin bersedih dalam hati, gembira diraikan diusia 6 tahun


Potong jangan tak potong tu...


Masing-masing ingin bergambar bersama Balqis


mengabdi memori bersama Abi dan Umi


SAYANGI ABI DAN UMI SELALU!




Monday, May 12, 2014

Ulangtahun Nur Dania Balqis Yang Ke-5




Pada tanggal 14hb 04 2014, genaplah permata hati abi yang pertama berumur lima tahun, Alhamdulillah syukur pada Allah SWT yang memberikan nikmat anak kepada kami sekeluarga. Setakat ini Nur Dania Balqis sihat, sudah bersekolah di Pasti Darul Muslimin, jika tahun lepas bersekolah di Pasti Imtiyaz Sungai Serdang, sekarang sudah bertukar.

Ucapan ABI DAN UMI;

"Semoga anak abi dan umi terus sihat sejahtera, menjadi anak yang solehah, moga tercapai cita-cita bila besar nanti untuk menjadi doktor perubatan ataupun doktor falsafah, terpulanglah untuk dirimu memilih kerjaya satu hari kelak.

Abi dan umi harap dirimu menjadi serikandi Islam, Insyallah, jika usaha kuat apa yang kau cita-citakan akan tercapai, Abi dan umi sentiasa mendoakan kebaikan untuk mu..."

ABI DAN UMI SAYANG BALQIS.

Wednesday, October 31, 2012

Ulangtahun Kelahiran Nur Dania Balqis Dan Muhammad Anas


Majlis di adakan pada Ahad, 28 HB 10 2012M Bersamaan 12 Zulhijjah 1433H





Diam tak diam Nur Dania Balqis sudah menginjak usia hampir empat tahun, manakala adiknya pula Muhammad Anas masuk dua tahun. Alhamdulillah yang tidak terhingga kepada Allah SWT yang memberi nikmat anak-anak dengan kesihatan yang baik dan tumbesaran yang sempurna (setakat ini, mudah-mudahan berterusan sihat dengan sebaiknya ).

Bagi meraikan kesyukuran ini, kami telah mengadakan sedikit sambutan bagi mengembirakan hati permata hati kami berdua itu, tak tahulah sama ada mereka sudah menikmati perasaan kegembiraan atau pun tidak, namun melihat riak dan wajah Nur Dania Balqis mungkin sudah dapat merasainya, lebih-lebih lagi bila Pak Cik dan Mak Ciknya memberikan hadiah yang pelbagai. Melihat riak wajahnya gembiralah tu.

Seperti tahun yang lepas ( 2011 ), kami sekalikan majlis hari lahir Nur Dania Balqis bersama hari lahir Muhammad Anas. Majlis ringkas di mulai dengan ucapan terima kasih Abi pada saudara yang hadir, bacaan doa selamat , acara potong kek Nur Dania Balqis dan Muhammad Anas. Selepas itu seperti biasa acara makan-makan dan borak-borak. Menu pada hari itu rojak singapura ( order dengan pelajar Ummi ), nasi goreng dan lain-lain.

Harapan Abi Dan Ummi

“ Semoga permata hati Abi, Nur Dania Balqis dan Muhammad Anas akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, di beri kesihatan dan keselamatan, di lindungi oleh Allah SWT selalu. Bila besar kelak akan menjadi insane yang beragama, cinta dan sayangkan agama. Taatkan ibubapa (Abi dan Ummi), taat perintah Allah SWT dan taat pada Rasulullah SAW, Guru-guru yang soleh serta menghormati masyarakat. Moga kamu berdoa berada dalam Rahmat  dan Reda Allah SWT selalu.

Ingatlah Abi  dan Ummi sayangkan kamu semua, doakan Abi atau Ummi, jika kami tiada lagi bersama kamu suatau hari nanti...I LOVE YOU SO MUCH..!!!. “

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI