Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Wednesday, September 25, 2013

Kembali Bersemangat




Lama rasanya Abi tidak update blog Nur Dania Balqis. Abi rasa bukan Abi yang keseorangan rasa begini, mungkin sahabat blogger yang lain turut merasa begini bila blog yang dibina senyap tanpa ada apa-apa perkongsian. Banyak perkongsian dairi kehidupan famili hilang begitu sahaja. Pelbagai peristiwa yang berlaku di persekitaran Abi sekeluarga tidak sempat dirakam dan dinukilkan melalui penulisan di sini. Kerosakan laptop yang tidak dibaiki dan segala macam perkara yang perlu diutamakan menyebabkan perkongsian dalam blog ini tergendala.

Blog pertama yang Abi wujudkan ini adalah permulaan Abi mahu membiasakan dengan menulis apa sahaja yang berlaku dipersekitaran famili Abi pada mula ia dibina. Juga untuk membiasakan Abi merakamkan peristiwa, berita dan cerita-cerita yang boleh menjadi manfaat kepada sahabat-sahabat yang mengunjungi blog ini. Suka duka dalam kehidupan yang dilalui dan apa sahaja perjalanan hidup yang pernah dilalui yang mana mungkin ada faedah dan manfaatnya untuk dikongsi dengan sahabat blogger yang lain.

Entah mengapa hari ini ( malam ini) sebelum pergi kerja Abi buka semula fail penulisan yang lama-lama, penulisan perkongsian yang pernah Abi post di blog ini. Seronok pula bila membaca semula cerita-cerita beberapa tahun yang lalu. Tentang perkembangan puteri Abi Nur Dania Balqis, perkongsian ilmu, gambar-gambar Nur Dania Balqis semasa kecil, semuanya mengimbau semula nostalgia beberapa tahun yang lalu. Rasanya pantas sungguh masa berlalu.

Kini, dengan izin Allah SWT, Nur Dania Balqis sudah berumur empat tahun lebih...juga usia blog ini pun sudah enam tahun berada di alam maya ini. Insyallah, dengan semangat yang diperolehi dari kursus penulisan yang Abi sertai baharu-baharu ini telah menyuntik kembali enargi untuk menulis apa-apa sahaja di blog ini. Blog ini Abi untukkan penulisan tentang famili dan perkembangan Nur Dania Balqis serta yang lain-lainnya. Semoga Allah SWT terus memberi kekuatan agar Abi dapat meneruskan kerja-kerja penulisan di blog ini.

Untuk akhirnya, salam perjuangan dan salam kasih sayang kepada semua blogger yang masih aktif menulis di blog masing-masing. Sehingga bertemu dalam penulisan yang seterusnya. Semoga Allah terus memberi taufik dan hidayahnya kepada semua.


Amin Ya Rabb!.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI