Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru Untuk Ummi..!


Masih ada kesempatan lagi untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU BUAT UMMI DAN GURU-GURU DI MALAYSIA..Semoga segala usaha anda membentuk anak bangsa di Redhai dan di Rahmati Allah.

Pada Ummi,Abi mengucapakan Selamat mengajar di tempat baru (Sekolah Kebangsaan Abdul Samat Kapar)..dah masuk 5 bulan dah Ummi mengajar kat situ..;).Semoga Ummi terus bersemangat dan tidak jemu-jemu mendidik anak-anak murid Ummi.Semoga Allah merahmati dan menerima jasa bakti Ummi dalam mendidik anak bangsa.

SELAMAT HARI GURU...!

Wednesday, May 12, 2010

Tahniah Pada Adik..!


Nur Dania Balqis

Dalam pertemuan kali ini Abi nak ucapkan Tahniah kepada adik ipar Nurul Mabrurah dan pasangannya Ramlan,kerana menerima cahaya mata yang pertama.

Sekali lagi Abi ucapakan Tahniah..! Semoga kehidupan adik berdua bertambah ceria dan bahagia dengan kehadiran orang baru;)..Alhamdulillah bertambah lagi cucu Mak,kalau tak silap ni cucu yang ke 59,Tahniah juga pada Mak,semoga mak juga bergembira dapat cucu baru.

Kami mendoakan agar syifa menjadi anak yang solehah,membesar dengan baik dan sihat selalu.

GAMBAR-GAMABAR NUR DANIA BALQIS SEMASA ZIARAH SYIFA;









TAHNIAH BUAT NURUL MABRURAH DAN RAMLAN..!

Sunday, May 9, 2010

Catatan Ringkas Sempena Hari Ibu



Catatan ini Abi tujukan pada permata hati kesayangan Abi dan Ummi Nur Dania Balqis;

“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duannya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu.dan doakanlah untuk mereka dengan berkata:Wahai Tuhanku,cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang sewaktu memelihara dam mendidikku semasa kecil’

Surah Al-Israa:24

Ibu adalah anugerah yang Allah berikan untuk kita,Ibu lah insan yang paling istimewa dalam kehidupan kita,tanpa ibu,jua Ayah kita tiada di muka bumi ini,dari kecil hinggalah kita dewasa,sampailah kita ke usia tua ibulah segalanya buat kita.Ingatlah pesanan hadis redha keduanya adalah keredhaan Allah,murka keduanya kemurkaan Allah,waspadalah duhai permata hati ku,hormati dan sayangi kedua ibu bapamu.
Ingatlah selalu,pesan junjungan Nabi SAW,Doakanlah keduanya(Ummi dan Abi) kerana ia merupakan amal jariah yang tidak terputus walaupun keduanya tiada lagi di dunia ini.

“Apabila seorang manusia meninggal dunia,terputuslah semua kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan ANAK SOLEH yang mendoakannya.”

Riwayat Muslim.

Ingatlah,berdoalah selalu untuk kedua ibu bapamu mudah-mudahan di berikan kelapangan dan keluasan rezeki,semoga segala apa yang kita usahakan di permudahkan oleh Allah dan beroleh rahmat dan redhanya,dengan berdoa mendoakan kerahmatan kepada orang tua pasti Allah menerima permohonan kita.Tapi awas jika kita tidak mendoakan keduanya,Allah akan menutup pintu rezeki kita.

“Apabila sesorang tidak lagi mendoakan orang tuanya,dia sesungguhnya memutuskan jalan rezekinya.”

(Hadis di laporkan ad-Dailami)

Duhai Permata Hatiku…

Bagaimana tutur bicaramu pada ayah dan ibu,lembutkah atau kasarkah?Ingatlah pesanan maksud Al-Quran ini;

“Ucapkanlah kepada mereka,kata-kata yang mulia dan rendahkan dirimu di hadapan kedua ibu bapamu dengan penuh rasa sayang.”

Mengungkapakan kata-kata yang baik dan lemah lembut terhadapa ibu dan bapa merupakan kewajipan tidak kira masa dan tempat buat seorang anak,ia merupakan amal bakti yang tak terhingga nilainya.Saat kita dalam kesusahan dan keperitan dalam hidup, ingatlah ibu pasti hati kita akan berkata-kata apakah selama ini aku bersikap hormat dan lemah lembut pada kedua ibu bapaku..

Duhai anak-anak,marilah kita sayangi ibu bapa kita,hormati dan sanjungi setiap masa,mendoakan keselamatan dan kesejahteraannya.Mudah-mudahan hidup kita beroleh ketenangan dan kebahagian,moga kita jua tidak seperti juraij,alqamah,tanggang dan lainnya yang mengecilkan hati ibunya,jadikanlah iktibar dan panduan kisah-kisah tersebut agar kita berwaspada setiap masa.

Ibu,Ayah maafkan kami andainya kami ada salah dan silap terhadap mu….

Masshah.
Meru-9/5/2010-Ahad.

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU-IBU DI MANA JUA BERADA...!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI