Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Showing posts with label Catatan Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Catatan Ramadhan. Show all posts

Saturday, September 19, 2009

Catatan Hari Terakhir Ramadhan (Catatan Sepanjang Ramadhan 1430H)


Jumaat 18HB 09 2009 bersamaan 28Ramadhan 1430H


10.45malam

Malam selepas solat terawih sahabat Abi datang Rumah dengan membawa sumbangan Fisabilillah,Sumbangan khas untuk petugas-petugas yang bertungkus lumus menyediakan dan membuat kerja-kerja pembungkusan sumbangan untuk program Ramadhan Kasih di Masjid At-Taqwa minggu lepas.Jadi untuk menghargai usaha petugas-petugas pihak jawatankuasa telah membuat sumbangan khas untuk para petugas.


Farid sempat mengendong Nur Dania Balqis yang belum tidur lagi,Abi sempat ambil gambar Nur Dania Balqis dengan Farid.


Selepas hantar di rumah Abi,ada satu lagi sumbangan yang nak di hantar ke rumah seorang petugas,Abi ikut Farid ke rumah Hissamuddin untuk hantar sumbangan.Selesai hantar sumbangan terus pergi ke Pekan Meru cari barang keperluan.Singgah kejap Restoran isi perut sambil borak-borak.Balik dalam pukul 12.30pagi.


Sabtu 19HB 09 bersamaan 29Ramadhan 1430H


3.45pagi



Pagi ni dalam pukul 3.45pagi sahabat Zulhaili ambil di rumah untuk pergi ke program Qiammulail di Masjid At-Taqwa Bukit Kapar.Pagi terakhir dalam bulan Ramadhan.Masih ramai yang hadir dan bersemangat untuk menghidupkan malam-malam terakhir di Ramadhan.Semoga segala amalan dan kebajikan yang di lakukan diterima dan di redhai Allah.Qiammulaila di pimpin oleh Imam satu Tuan Hj Surani Sulaiman.



“Ya..Allah..Hamba-mu mengadap-Mu dengan rasa kerdil dan hina,ampunkanlah dosa-dosa hamba-Mu ini,pimpinlah hamba-Mu di jalan yang benar dan kau redhai,beri hamba-Mu hidayah-Mu dan jalan yang lurus..Terimalah segala amalan hamba-Mu selama sebulan ini….”


Selesai Qiammulail dalam pukul 5.15pagi,masing-masing terus kedewan makan untuk bersahur,hari ni ada menu sepecial,Tuan Hj Syafie ketua kampung Bukit Kapar telah membuat Sup untuk sahur pagi ni,pagi ni semua selera pekena sup Hj Syafie.Alhamdulillah pagi ni sahur terakhir dalam bulan Ramdhan,rasanya terlalu cepat masa berlalu,Ramadhan meninggalkan kita,Syawal pula menjelma.Terima Kasih Tuhan dengan kasih sayang-Mu kami masih boleh menghirup udara pagi yang nyaman ini…


Selepas solat Subuh



Pagi ni tak ada Kuliah Subuh,duduk di bahagian tepi masjid,ambil gambar dengan sahabat Farid Azizi dan Zulhaili.Ambil gambar dalam masjid,luar masjid,semua posisi masjid di ambil gambar ada sebahagian gambar yang akan di masukkan dalam blog ni,tunggu edit baru boleh kongsikan nanti.


7.3opagi




Ambil gambar masjid lama sebagai kenang-kenangan,sebahagian bangunan masjid dah ada yang di robohkan,tapi bahagian kubah belum lagi,boleh lagi di abadikan lagi.Akhirnya dapat gak ambil gambar masjid lama.

Bertolak ke batu lapan,nak beli ayam kat kedai sahabat ,tapi ramai sangat orang yang tunggu di kedainya,tak jadi beli kat situ beli kat tepi jalan je akhirnya.


Sempat bergambar kat gerai ayam lagi.


Selepas tu temankan Zulhaili ke rumah Encik Jaafar ambil baju raya di jalan kopi.


Balik jam 8.50pagi.

Catatan

ABI 09

Meru.


UNTUK CATATAN RAMADHAN TERDAHULU:
Catatan Ramadhan

Thursday, September 17, 2009

Ke Program Qiammulail Perdana Dan Kuliah Subuh(Catatan Sepanjang Ramadhan 1430H)

Bersahur
Selepas menyampaikan kuliah

UNTUK MELIHAT GAMBAR SETERUSNYA:Album Program



17HB 09 2009 bersamaan 27Ramadhan 1430H


Pagi ni bersama sahabat Farid Azizi dan Zulhaili ke Masjid Meru menghadiri Program Perdana Qiammulail,Istimewa pagi ni di sertai oleh Dato Sri Anwar Ibrahim dan hadir sama Yb Dr Abd Rani Osman,kelihatan juga Mustapha Kamil Ayub serta penduduk meru.Kehadiran Qiammulail dan Kuliah subuh pagi ni sangat menggalakkan.


Selesai berqiammulail,sama-sama ke khemah yang di sediakan untuk makan sahur.Dato Sri Anwar bersama-sama tetamu yang lain bersahur di tepi masjid.Suasana pagi amat nyaman sekali…emm nikmat Tuhan.


Solat Subuh berjamaah di imami oleh Yb Dr Abd Rani Osman, seorang pemimpin yang sangat mendampingi rakyat yang di wakilinya khususnya di Dun Meru,Semenjak beliau menjadi pemimpin bagi mewakili Meru, Sehingga hari ini sudah 30 orang yang telah masuk Islam di kalangan kaum India di Meru.Mudah-mudahan Yb terus memimpin kami warga meru kearah Islam yang syumul.


Selesai Solat Subuh,Tuan Hj Bakir terus mengumumkan dan seterusnya menjemput saudara Dato Sri Anwar Ibrahim untuk memberikan Tazkirah,dengan berkopiah putih dan jubah putih sangat segak dan ada karisma.Beliau menyentuh perihal penghayatan Ramadhan,mengambil pandangan tokoh-tokoh Islam dalam hujahnya sepert Buya Hamka.Semoga Dato Sri Anwar terus dipimpin Allah dalam menyatakan kebenaran.


Mudah-mudahan segala amalan hari ni di terima Allah. Amin..!!!


ABI 09

Meru.

Monday, September 14, 2009

Ke Program Di Masjid At-Taqwa Bukit Kapar(Catatan Sepanjang Ramadhan 1430H)

Program Bubur Lambuk Mega
Program Jalinan Ramadhan
Sewaktu Berbuka Puasa
Selepas Kuliah Subuh

Album Program




Sabtu 12HB 09 2009 bersamaan 22Ramadhan 1430H,


BUBUR LAMBUK MEGA


4.00petang


Hari ni selepas balik kerja dalam pukul 4.00pm pergi ke Masjid At-Taqwa Bukit Kapar dengan sahabat Abi Farid Azizi.Sebelum ke majlis Program Kasih Ramadhan,Abi dan Farid Azizi ke Program Bubur Lambuk Mega Anjuran Pelajar –pelajar Uitm Shah Alam dan Jkkk kg Bukit Kapar di Masjid lama bersebelahan masjid baru,program mereka bermula jam 8.00 hingga 10.malam,mereka adalah pelajar dalam bidang Personal Devolepment,BBA HUMAN RESOURES.


Sampai je mereka sedang menyiapkan bubur lambuk untuk di masukkan dalam bekas untuk di edarkan kepada penduduk kampung dan juga untuk di agih-agihkan di setiap kariah yang ada di Bukit Kapar.Kedatangan kami pun sebenarnya adalah untuk membantu mereka mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai.Sementar mereka sedang menyiapkan pembungkusan bubur lambuk Abi dan Farid masuk ke Masjid Baru At-Taqwa untuk Program Kasih Ramadhan.


PROGRAM JALINAN KASIH RAMADHAN


5.00ptg


Program Kasih Ramadhan,Anjuran Biro Dakwah dan Biro Kebajikan Masjid At-Taqwa dan JKKK KG.BUKIT KAPAR.Majlis di rasmikan oleh Yb Meru Tuan Hj Dr.Abd Rani bin Osman,selaku Adun Meru.Majlis bermula dari pukul 4.00pm-8.00 malam,Sebelum itu Ustaz Fahrizan memberi ucapan alu-aluan dalam program ini,Dr Rani pula menyentuh peranan masjid yang bukan sahaja untuk orang Islam tetapi Masjid terbuka untuk semua kaum dan bangsa,masjid hendaklah sentiasa di buka dan jangan di tutup lebih-lebih lagi dalam 10 terakhir Ramadhan ini.


5.30ptg


Selepas ucapan perasmian dari Yb,Majlis seterusnya penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim,OKU,Ibu Tunggal dan fakir miskin dari kalangan penduduk Bukit Kapar.Sumbangan di sampaikan oleh Tuan Hj Abd Rani Osman kepada mereka.Di harapakan mereka merasa bersyukur dan bergembira dengan sumbangan yang di berikan kepada mereka.

JADI ‘SKUD BUBUR LAMBUK’


6.20petang


Majlis Program Ramadhan Kasih belum habis lagi,Oleh kerana ada misi yang nak di bereskan ,kami terpaksa meninggalkan majlis itu untuk misi mengedarkan bubur lambuk,Abi,Farid Azizi dan Zulhaili,kami mengedarkan bubur lambuk ke kariah sendiri Kariah Surau Darul Aman,Dalam 30 bekas bubur lambuk kami mengedarkan ke setiap rumah.Alhamdulillah selesai juga tugas kami sebagai Skud Bubur Lambuk,kami terus ke masjid lagi untuk majlis bebuka puasa pula.

BERBUKA PUASA


7.00malam


Kami membantu menyediakan dan menyusun makanan untuk berbuka puasa.Meriah juga lah petang ni berbuka puasa,ramai penduduk kampung yang berbuka di masjid,juga dari pelajar-pelajat Uitm yang sejak pagi bertungkus lumus menyiapkan bubur lambuk mereka.Juga dari peserta-peserta program mini tahfiz dari adik-adik dari kalangan anak-anak penduduk Bukit Kapar yang diadakan di masjid.Waktu berbuka masuk,masing-masing dengan juadah yang disediakan.Syukur pada-Mu ya..Allah..

Nampaknya memang padat Program yang di adakan di Bukit Kapar pada hari ini,sebelah pagi sebenarnya ada Program Kuliah Duhah yang di adakan di Pentas Warisan Batu 81/2,penceramah Ustaz Badrul Amin,Abi tak dapat datang sebab kerja sebelah pagi.Kuliah terpaksa di adakan hari ini sebab esok ada program lain di masjid.


SOLAT TERAWIH DAN TAZKIRAH


9.50 malam


Malam ni dengan sahabat,Farid dan Zulhaili bersolat Terawih di masjid At-Taqwa.Malam ni pihak masjid melaksanakan Solat Terawih 8 rakaat dan di akhiri 3 rakaat witir,Selepas dari itu diadakan majlis Tazkirah yang di sampaikan oleh Pengurus Tahfiz dari Sungai Udang Klang.Beliau membicarakan perihal malam lailatul Qadar.Alhamdulillah dapat ilmu malam ni.


QIAMULLAIL,BERSAHUR DAN KULIAH SUBUH


Pagi ni dalam pukul 3.45 Farid call Abi,nak pergi Qiamullail di masjid,bersiap-siap sebelum Farid datang.Memang mengantuk tetapi kena lawan nafsu.Sampai masjid dah ramai yang datang,ada yang tidur masjid.Qiamullail di pimpin oleh Ustaz Zawawi pensyarah kanan dari Uitn yang juga timbalan Nazir Masjid As-Syarif Meru.Ustaz agak lewat sedikit tapi Alhamdulillah Qiam dapat di laksanakna dengan syahdu sekali.Mudah-mudahan segala amalan hari ni di terima Allah swt.


Selepas Qiam,bersahur pula.makanan di sediakan oleh pihak masjid,Sambutan malam ni sangat menggalakkan,maklum saja malam 10 terakhir memang perlu di imarahkan masjid.Malam kemuncak dalam pencarian Lailatul Qadar…


Solat Subuh berjamaah,selepas itu Kuliah Subuh oleh Al-Ustaz Zawawi.Beliau membicarakan lebih kepada persoalan kematian seorang insan dan penerimaan Allah terhadap amalan si Hamba Allah.


Alhamdulillah,Mudah-mudahan segala amalan dan ibadah yang di laksanakan mendapat pahala dan keredhaan dari Allah.


ABI 09

Meru


UNTUK CATATAN RAMADHAN YANG TERDAHULU:

Catatan Ramadhan

Monday, September 7, 2009

Ke Karnival Ramadhan Masjid Negeri(Catatan Sepanjang Ramadhan 1430H)

Masjid Negeri Selangor
Anak buah yang lincah
Tudung,tudung,tudung


Pagi Isnin 31HB 08 2009 bersamaan 10Ramadhan 1430H


Dalam pukul 10.30pagi bertolak balik ,Maklum saja Ummi dan Nur Dania Balqis dah empat hari kat rumah Emak,hari ni balik ke Meru pula,sebelum balik ke Meru hantar anak buah ke Masjid Negeri Selangor ada program katanya,kebetulan Abinya ada buka gerai kat Karnival Ramadhan Masjid Negeri Selangor.Alang-alang dah hantar kat situ singgah kejap.


Hari ni kebetulan cuti menyambut hari kemerdekaan yang ke 52 tahun Negara Malaysia,sepanjang perjalanan tak kelihatan satu kenderaan yang memasang jalur gemilang di kereta masing-masing tak tahu kenapa,mungkin masing-masing berpendapat tak pasang bukan bermakna tak patriotik,apapun kemerdekaan tetap kita raikan dengan kesyukuran lebih-lebih lagi dalam suasana bulan Ramadhan ini.


Sebelum balik ke Meru singgah sekejap kat gerai Abang Hassanuddin,banyak gerai juga,macam-macam ada,khidmat urut,kedai menjual baju,tudung dan paling best ada juga gerai jual buku,ada dua tempat yang jual buku adalah ole-ole nak di bawa balik,2 buah buku Abi beli.Nur Dania Balqis sempat ambil gambar dengan anak buah Baihaqi dan Kak Lela.


Balik dalam pukul 12.50tengahari..dalam perjalanan balik ke Meru Nur Dania Balqis tidur lena,mungkin penat….


ABI 09

Meru.



UNTUK CATATAN TERDAHULU:

Catatan Ramadhan

Sunday, September 6, 2009

Majlis Tahlil Arwah Dan Berbuka Puasa Di Bukit Lancung(Catatan Sepanjang Ramadhan 1430H)

Bacaan tahlil oleh Abang Muhyuddin
Persiapan sebelum berbuka

Kelihatan Kak Jannah pun datang dalam majlis tahlil dan berbuka puasa


Ahad 30HB 08 2009 bersamaan 9Ramadhan 1430H,


Hari ni majlis tahlil arwah untuk Almarhum Ayahnda Hj Ibrahim dan Arwah Almarhum Abang Asri di rumah Emak Bukit Lancung dan berbuka puasa.Alhamdulillah hari ni ramai yang balik bersama-sama berbuka puasa dengan keluarga.Majlis tahlil di adakan sebelum masuk waktu berbuka puasa.Bacaan tahlil oleh Abang Muhyuddin dan seterusnya doa untuk Arwah,terasa sebak rasa di hati ketika bacaan doa sedang dibacakan,apabila terlihat keluarga Almarhum Abang Asri baru samapi dari Bukit Sentosa untuk sama-sama dalam majlis tahlil dan berbuka bersama keluarga.


Alhamdulillah Majlis tahlil baru saja selesai di bacakan,sementara menunggu waktu berbuka puasa,di samping juadah berbuka puasa masih ada yang baru di hidangkan masing-masing mengambil peluang berbual dan bertanya khabar pada keluarga masing-masing,Emak nampak ceria dan gembira sekali,maklum ramai yang datang berbuka puasa bersama petang ni.Waktu berbuka puasa masuk,masing-masing dengan juadah mereka,syukur pada-Mu Tuhan yang memberikan nikmat makan dan minum serta nikmat kasih sayang sesame kami..bisik hati Abi.

Solat Maghrib berjamaah,selepas solat ada yang sambung makan ,maklum makanan masih banyak lagi,Alhamdulillah Nur Dania Balqis tak meragam sangat ,senang Ummi nak makan tadi.Masing-masing ada yang dah nak balik….


Selepas Solat Isyak,bersolat terawih,di imamkan oleh Abang Muhyuddin,Keluaraga Almarhum Abang Asri tak balik lagi,sama-sama solat berjamaah Isyak dan solat terawih.Mereka balik selepas solat terawih.

Semoga Arwah Almarhum Ayahnda Hj Ibrahim dan Almarhum Abang Asri damai di sana…beserta hamba-hamba yang beriman dan bertaqwa..Amin!!!.



ABI 09
Meru.

UNTUK CATATAN RAMADHAN TERDAHULU:
Catatan Ramadhan

Friday, September 4, 2009

Majlis Khatam Al-Quran Dan Berbuka Puasa Di Surau Darul Aman(Catatan Sepanjang Ramadhan 1430H)

Abi sedang tekun mendengar bacaan dari peserta khatam Quran
Peserta Khatam Quran lelaki
Peserta Khatam Quran perempuan
Memohon keberkatan dari Allah
Menerima duit raya
Ustaz Khald sedang menerima cenderahati dari Tuan Imam


Gambar Waktu Berbuka Puasa

Memilih makanan untuk berbuka
Sahabat Abi Saudara Farid Azizi
Memilih buah-buahan untuk berbuka
Sedang menikmati juadah berbuka puasa


Sabtu 29 HB 08 2009 bersamaan 8Ramadhan 1430H,


Majlis Khatam Al-Quran


Petang ni dalam pukul 6.15ptg pergi ke Surau Darul Aman ada program Khatam Al-Quran dan Berbuka puasa.Abi pergi dengan saudara Farid Azizi,sampai surau majlis sudah bermula dalam beberapa minit yang lalu,majlis ini di adakan sempena cuti sekolah yang menghimpunkan adik-adik dari kariah Surau Darul Aman,mereka telah menjalankan taddarus Al-Quran selama seminggu,jadi hari ini adalah kemuncak mereka dalam bertaddarus.Mereka telah berjaya mengkhatam Al-Quran dalam masa seminggu.Peserta-peserta bertaddarus terdiri dari adak-adik lelaki dan perempuan.


Kehadiran Ibu Bapa mereka meriahkan lagi majlis ini serta memberi suntikan semangat pada anak-anak untuk memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran kepada Ibu Bapa mereka,Majlis di pimpin oleh Ustaz Khalid selaku guru pembimbing taddarus,kehadiran penduduk kariah juga menggalakkan,Tuan Pengerusi Surau Darul Aman,Tuan Imam serta Ahlijawatankuasa surau pun kelihatan.Majlis khatam di akhiri dengan bacaan doa khatam Quran dari seorang peserta taddarus dan juga bacaan tahlil serta doa kesyukuran oleh Ustaz Khalid serta pemberian bunga telur dari adi-adik kepada Ibu Bapa mereka dan penduduk kariah yang datang, juga penyampaian duit raya kepada peserta taddarus Al-Quran juga cenderahati kepada Tuan Imam,Ustaz Khalid dan Ustaz Yazid yang disampaikan oleh Pengerusi Surau Tuan Haji Sulaiman Rahmat.


Waktu Berbuka Puasa


Waktu paling mengembirakan bagi orang berpuasa ialah ketika waktu berbuka puasa,ia merupakan nikmat yang mengembirakan,masing-masing mengambil juadah yang di sediakan bagi mengelakkan beratur panjang,pelbagai jenis makanan yang di sediakan oleh pihak surau dan juga ada yang di bawa oleh ahli kariah,Abi tidak ketinggalan mengambil berapa jenis makanan dan minuman.


Tuan Imam membacakan doa berbuka puasa,masing-masing dengan juadah yang dah diambil,Alhamdulillah selesai juga puasa hari ini..bisik hati Abi,kehadiran berbuka puasa pada hari ini menggalakkan,kalau tak silap Abi mungkin majlis berbuka puasa tahun ini akan di buat sebanyak tiga kali di surau untuk ahli kariah.Sambil makan berborak yang patut-patut dengan kawan sebelah.


Solat maghrib dulu nanti sambung lagi,solat berjemaah selesai,masing-masing ada yang sambung makan lagi termasuk Abi dan Farid Azizi,ada yang balik mungkin mereka sambung kat rumah masing-masing.Alhamdulillah..segalanya selesai,sempat bawak balik lauk-lauk yang lebih untuk buat sahur pagi nanti.Selepas kemas-kemas sikit Abi balik hantar lauk dan tukar pakaian untuk solat Terawih nanti.


ABI 09

Meru.



UNTUK CATATAN RAMADHAN YANG SETERUSNYA:

Catatan Ramadhan

Tuesday, September 1, 2009

Berbuka Puasa Di Rumah Mak Bukit Lancung(Catatan Sepanjang Ramadhan 1430H)


Khamis 27hb 08 2009 bersamaan 6Ramadhan 1430H

Minggu ni ,Abi giliran kerja malam pula jadi masih berpeluang berbuka dan besahur dengan Ummi,maklum minggu ni Ummi cuti persekolahan,Nur Dania Balqis kelihatan seronok sepanjang hari Ummi di sisinya.Hari ni(27hb 08 2009 bersamaan 7Ramadhan 1430H) pula Ummi minta izin pada Abi,Ummi nak tidur rumah Emak kat Shah Alam untuk beberapa hari,jadi petang ni selepas Asar dalam pukul 5.30ptg Abi hantar Ummi dan Nur Dania Balqis.


Dalam keadaan hujan lebat sepanjang perjalanan,melihat kiri kanan jalan rasa kesian pula pada penjaja-penjaja kuih-muih dan air minuman,petang ni hujan mungin rezeki mereka berkurangan tak seperti semalam..Abi singgah sebuah gerai ditepi jalan yang menjual buah dan air untuk beli air soya,”emm..tak pa hari ni hujan..esok insyallah tak..sesekali hujan tak pe”Kata Abi pada penjual itu..Dia senyum saja.


Dalam hati Abi,rezeki masing-masing,nasib baik cuaca baik ari ni dapatlah rezeki lebih bagi penjaja di bazaar-bazar Ramadhan dan yang ditepi-tepi jalan.Sepanjang perjalanan hujan makin lebat terutamanya bahagian Shah Alam.Nur Dania Balqis tak tidur sepangaj perjalanan,matanya bulat tapi mood dia macam boring je..diam je..anak kecil bisalah tu ye.. Singgah di pasa raya Hero beli buah anggur untuk Emak..selepas dari pasar raya Hero terus ke rumah kak mona,dia pun nak berbuka puasa jadi sama-sama masuk kedalam.


Alhamdulillah..waktu berbuka dah tiba..ramai gak ari ni,Zul ,Isteri,dan Adib,Adik dan Suami,Kak Mona dan anaknya Fatin Nabila,Abi,Ummi dan Nur Dania Balqis..oklah gak sesekali berbuka puasa dengan ahli keluarga baru meriah dan harmoni,Nur Dania Balqis meragam pulak petang ni,asyik menangis,Ummi berhenti makan,layan dulu sekecil..masing-masing dengan juadah yang disediakan..Alhamdulillah hari ni dapat puasa lagi..Bisik dalam hati Abi,Cian Ummi tak makan lagi,Ummi minta Fatin jaga sekejap Ummi nak berbuka pula..


Selepas solat Maghrib,siap-siap nak balik Meru,malam ni Abi keje malam,dah tugas dan jadual keje pun macam tu kena kejelah kan,keje pun ibadah juga..Emm..dalam perjalanan masih gerimis lagi sampai Meru pun gerimis lagi.Gerimis Rahmat malam Ramdhan..


ABI 09

Meru.


UNTUK CATATAN SETERUSNYA:Catatan Ramadhan

Sunday, August 30, 2009

Berbuka Puasa Bersama Emak Dan Bapak(Catatan Sepanjang Ramadhan 1430H)

Hidangan berbuka
Bapak sedang menikmati hidangan berbuka puasa
Emak dan Ecah
Ecah tak dapat ikut..cian..
Sempat bergambar
Amir Ameerul dengan adik-adiknya,tunggu ibunya,nak ke Saujana Utama


Hari ni 28HB 08 2009bersamaa 7Ramadhan 1430H,

Bermakna kita sudah 7 hari menjalankan ibadah puasa,Alhamdulillah rasa cepat pula masa berlalu.Petang ni berbuka puasa di rumah Emak,maklum Ummi tak kat Rumah,Sementara menunggu berbuka puasa lagi berapa jam,Abi berkesempatan membuka Laptop untuk menulis posting yang nak di masukkan dalam blog nanti,Emak sibuk didapur menyiapkan juadah berbuka puasa untuk petang ni,sedang anak-anak buah bermain diluar sesekali terdengar leteran Emak pada anak-anak buah yang membuat bising.


Dalam hati Abi masa kecil dulupun degil jugak,maklum zaman kanak-kanak macam-macam karenah dibuatnya.Tapi yang terkesan di hati Abi waktu ni ialah Emak yang masih macam dulu,bila masa puasa emak masih sibuk melayan cucunya,kadang2 Emak yang paling lambat makan.Macan tulah pengorbanan seorang Ibu..Petang ni berbuka puasa dengan Bapak,Emak dan seorang anak buah.Kak Nani dan anak-anaknya nak buka puasa di Saujana Utama pulak ,pergi ke tempat adik berniaga..sempat jugak Abi amik gambar dia orang nak pergi sana.


Waktu berbuka masuk,hanya Abi,emak,bapak dan seorang anak buah,kurang meriah nampaknya.Juadah biasa-biasa je,semua emak yang masak tak ada yang beli.Syukur Alhamdulillah selesai untuk puasa hari ni,Selepas berbuka puasa solat berjemaah dengan bapak.


“Ya..Allah Engkau Ampunilah kedua Ibu Bapa ku..Lindungilah mereka dan berilah keselamatan pada Ke Duanya,Kasihinilah mereka sebagaimana mereka mengasihi ku..berilah kesihtan kepada mereka…dan Rahmati mereka berdua..Amin.”


ABI 09

Meru.

Friday, August 28, 2009

Puasa Pertama (Catatan Sepanjang Ramadhan 1430H)

Nur Dania Balqis dihari pertama waktu berbuka puasa
Di sisi Ummi tanpa karenah
Abi sedang menikmati hidangan berbuka puasa

Sabtu-22HB 08 2009 bersamaan 1Ramadhan 1430H

Alhamdulillah,hari ni dah mula berpuasa 22HB 08 2009 bersamaan 1Ramadhan 1430H untuk tahun 2009,tahun Hijrah 1430H.Masih di panjangkan umur dan diberi kesempatan untuk bersama-bersama meraikan Ramadhan kali ini,Terima Kasih Tuhan.Ramadhan kali ini adalah Ramdhan yang amat membahagiakan hati Abi dan Ummi kerana permata hati kami Nur Dania Balqis telah hadir di sisi keluarga kami.Syukur pada-Mu ya Allah.Ia menambahkan keceriaan pada kami.


Kebetulan awal puasa tahun ini adalah cuti persekolahan di seluruh Negara,jadi peluang keemasan ini Abi amik berbuka dan bersahur dengan Ummi di samping Nur Dania Balqis di sisi.Maklum Ummi mengajar biasanya,Hari pertama berpuasa kena kerja sebelah pagi,Alhamdulillah dapat berbuka puasa dengan Ummi.Buka puasa petang ni ringkas-ringkas je.Tidak ada yang beli semuanya Ummi masak,yang penting tidak membazir ketika berbuka puasa,maklum saja Malaysia kaya dengan pelbagai makanan lebih-lebih lagi dalam bulan puasa macam ni,Bazar-bazar Ramadhan pun di buka di sana-sini,nafsu membeli kadang tidak terkawal walaupun puasa ..macam mana tu ye…


Nur Dania Balqis tidak meragam,kami berbuka puasa dengan tenang,baby kat sebelah pun senyap je sesekali senyum manis terukir di bibir Nur Dania Balqis bila di ajukkan..Syukur..pada-Mu Ya..Allah dengan kelahiran Permata Hati Ini..bisik dalam hati Abi.


Ramadhan mudaha-mudahan memberi ke Rahmatan dan Barokah pada keluarga kami…Amin!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI