Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Wednesday, August 29, 2012

SALAM AIDILFITRI 1433H / 2012M


Dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN kami ucapkan kepada seluruh sahabat yang berkunjung di blog NUR DANIA BALQIS , semoga berbahagia di Syawal yang suci ini. Jadikanlah syawal kali ini lebih baik, lebih indah dan harmoni buat semua. Jalinkan kasih sayang sesama kita, ayah ibu, anak-anak,saudara-mara, teman dan selainnya.

Insyallah, bertemu lagi dalam post yang terbaharu nanti, suasana hari raya Nur Dania Balqis bersama keluarga.

Jumpa lagi..!

Wednesday, August 1, 2012

Berbuka Bersama Keluarga

Alhamdulillah,dengan izin Allah dapat bertemu lagi.Ramadan membuahkan kasih sayang sesama manusia,antara anak dan ayah ibu,antara suami isteri dan lain sebagainya.Hikmah dan pengajaran Ramadan amat banyak.Bulan yang penuh dengan Rahmat dan keberkatannya.Puasa hari kedua pada tanggal 22hb 07 2012 bersamaan 2 Ramadan 1433H,Ahad. dapat bersama-sama berbuka puasa dengan Emak dan Bapak.Begitulah sesekali berbuka puasa bersama mengingatkan nostalgia semasa kanak-kanak.

Kini,bila sudah berumahtangga,berbuka puasa bersama isteri dan anak-anak di rumah Emak dan Bapak,begitulah rumlah kehidupan.Syukur masih ada Emak dan Bapak.Moga Emak dan Bapak sihat dan di dalam rahmat ilahi.Abi merasakan layanan Emak dan Bapak masih seperti dulu biarpun anaknya sudah berumahtangga.Tetap seperti dahulu.Terima kasih Mak dan Bapak,doa Abi sentuasa selepas solat lima waktu.

Karenah anak-anak pula mencuit hati,masa berbuka masa tu lah mereka buat ragam.Apa pun menyeronokan melihat telatah mereka berdua.Nur Dania Balqis dan Muhammad Anas Abi dan Ummi sayang kamu semua.Moga membesar dengan baik,menjadi anak soleh dan solehah.Itu lah harapan Abi dan Ummi.

Selamat berpuasa buat semua..!




















Ramadan Kareem 1433H







Assalamualaikum Abi ucapakan kepada semua sahabat blogger yang masih sudi bertandang ke blog ini.Ribuaan kemaafan sekiranya ada kesilapan selama menulis di dalam blog ini.Sempena Ramadan yang mulia ini Abi ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain di Ramadan yang mulia ini.


Semoga Allah sentiasa menerima kita sebagai hambanya yang taat dan merahmati kehidupan kita dalam menjalani kehidupan berkeluarga.Ramadan yang indah dan penuh berkatan ini mudah-mudahan tidak di persia-siakan begitu sahaja.Seperti tahun-tahun yang berlalu ramadan tetap menjanjikan beribu satu keistimewaan sekiranya kita dapat mengambil segala keistimewaan itu.


Sekali lagi di ucapakan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN 1433H YANG MULIA. 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI