Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Saturday, November 6, 2010

Rumahtangga Dakwah & Generasi Pewaris

Keluarga harmoni


Adalah satu hakikat yang telah kita sama sama fahami bahawa kita hidup di dalam suasana yang berlakunya pertembungan antara Islam dan jahiliyah.

Pertembungan ini berlaku di setiap peringkat sama ada dari peringkat individu hinggalah keperingkat masyarakat dan negara.

Setiap muslim yang merasai hakikat ini hendaklah menyedari bahawa dirinya perlu membuat persiapan yang rapi.

Kegagalan di dalam pertarungan ini akan menjejaskan akhiratnya, dan juga keluarganya.

Oleh yang demikian kita di tuntut untuk memahami amal Islami dan melaksanakannya dan juga menyediakan anggota anggota keluarga untuk sama- sama mendukung tanggungjawab dakwah dan jihad ini.

Salah satu aspek dalam persiapan jihad ini ialah menyediakan rumahtangga dakwah.
Asy Syahid Imam Hassan Al Banna telah meletakkan pembentukan rumahtangga muslim sebagai fasa kedua dalam amal Islami.

Artikel ini cuba membincangkan persoalan rumahtangga dakwah dan kedudukannya dalam pembentukan generasi anak-anak kita yang mampu mewarisi dakwah Islam.

Apa Kata Islam Mengenai Pembinaan Rumahtangga

Sebelum kita meneruskan perbincangan mengenai tajuk ini marilah kita memahami pengertian rumahtangga atau keluarga muslim.

Apa yang dimaksudkan dengan keluarga muslim adalah keluarga yang mendasarkan segala aktivitinya pada pembentukkan keluarga yang sesuai dengan syariat Islam.

Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah, terdapat beberapa tujuan terpenting pembentukkan rumahtangga muslim ini iaitu :

01.Mendirikan syariat Allah dalam segala permasalahan rumahtangga, mengamal apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

02.Mewujudkan ketenteraman dan ketenangan jiwa dan ruh. Allah berfirman dalam Surah Ar-Rum ayat 21;

"Dan di antara tanda tanda kekuasannya ialah dia menciptakan untukmu isteri isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya.dan dijadikan Nya di antaramu rasa mawaddah dan rahmah.Sesungguhnya pada yang demikian benar benar terdapat tanda tanda bagi kaum yang berfikir." - Surah ar-Rum :21

Al-Qurtubi telah mencatatkan komentar Ibn Abbas RA mengenai mawaddah,yang dijelaskan bererti "cinta kasih seorang lelaki kepada isterinya" dan rahmah pula bermaksud "rahmahnya jangan sampai menderita atau mengalami kesusahan". Dan di sini dapatlah kita simpulkan bahawa pembentukkan rumahtangga muslim itu di asakan di atas mawaddah dan rahmah.

Suasana rumahtangga yang dibina atas dasar cinta dan kasih sayang yang suci akan mententeramkan jiwa dan ruh dalam kehidupan pendakwah. Dalam hal ini tiada contoh yang paling tepat selain rumahtangga Rasullullah SAW yang dibina bersama-sama dengan Sayidatina Khadijah RA terutama sekali pada ketika menghadai cabaran-cabaran dan pengalaman-pengalaman baru yang memerlukan sokongan padu serta keyakinan yang tidak ada sebarang keraguan daripada si isteri.

Anak-anak yang dibentuk di dalam suasana mawaddah dan rahmah ini akan menghasilkan peribadi yang bahagia, yakin diri, tenteram kasih sayang serta jauh dari kekacauan serta penyakit batin yang melemahkan peribadi.

03.Mewujudkan Sunnah Rasullullah SAW dengan melahirkan anak-anak soleh sehinggakan umat manusia merasa bangga akan kehadiran kita.

04.Memenuhi keperluan cinta kasih anak-anak ketidak seimbangan atau ketandusan cinta kasih ini menyebabkan penyimpang akhlaq dan perilaku.

Di dalam persoalan perkahwinan dan seterusnya pembentukkan rumahtangga muslim ini Islam tidak menyempitkan perkahwinan itu hanya untk mendapatkan anak-anak yang soleh.

Walaupun ini adalah satu tujuan utama, atau untuk mengekang pandangan dan menjaga kemaluan, juga matlamat perkahwinan dan bukan juga bertujuan untuk menyalurkan nafsu secara syarie, tetapi Islam telah menentukan matlamat yang lebih tinggi, lebih mulia dan lebih jauh jangkauannya.

Ianya berkait rapat dengan matlamat kemasyarakatan, jihad serta perlaksanaan amal Islam yang luas.

Walaupun antara matlamat terpenting dalam pembentukan rumahtangga dakwah ini adalah untuk menyediakan suasana dan persekitaran subur untuk mendidik anak- anak tetapi Islam telah menentukan bahawa perjanjian zuriat itu yang utamanya adalah bermatlamatkan dakwah dan jihad.

"Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku (pewaris) sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah dari sisi Engkau seorang putera yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah ia Ya Tuhanku, seorang yang diredhai " - Surah Maryam : 5 – 6

Kedua-dua ayat di atas meraqamkan hajat dari do'a Nabi Zakaria AS yang berhajat kepada anak untuk mewarisi dan meneruskan kewajipan dakwah yang dipikulnya.

Peristiwa yang dirakamkan di dalam Al-Quran ini menunjukkan bahawa seorang daie itu berhajatkan anak seperti manusia lain juga tetapi hajat ini lebih mulia kerana ia berhajat supaya anaknya mewarisi dakwah dan jihadnya.

Aspek ini adalah penting kerana perjalanan dakwah dan pertarungan dengan memerlukan masa yang panjang dan dengan adanya pewaris yang akan meneruskan perjuangan dapatlah di pastikan, Insya Allah bahawa perjuangan ini tidak akan mati di pertengahan jalan.

Tawazun Dalam Rumahtangga

Berumahtangga juga bagi seorang daie adalah bertujuan untuk melaksanakan ubudiyah dan bukan untuk menghalangnya. Adalah disedari bahawa terdapat banyak ujian dan fitnah yang terdapat dalam rumahtanggga.

Salah satu daripada ciri penting rumahtangga dakwah adalah keseimbangan atau tawazun.

Keseimbangan ini adalah:

a. Di antara kecintaan kepada isteri dan anak-anak dengan kecintaan kepada Allah dakwah dan jihad.

b. Diantara kecintaan kepada keselesaan hidup bersama keluarga dengan kesungguhan berdakwah di tengah tengah masyarakat yang sangat mencabar.

c. Diantara kecenderungan untuk memberikan kesenangan hidup keluarga dengan harta benda dengan tuntutan berbelanja ke jalan Allah SWT.

Para du'at (daie-daie) perlu melalui dengan bersungguh-sungguh untuk menatijahkan keseimbangan ini kerana ramai para du'at yang gugur di perjalanan dakwah kerana kegagalan mereka melahirkan keseimbangan ini dan kegagalan mereka mendidik isteri dan anak-anak untuk menerima serta melaksanakan keseimbangan ini.

Rumahtangga Dakwah Adalah Yang Terlaksananya Tarbiyah Kepada Anggotanya
Salah satu ciri terpenting dalam rumahtangga daie yang membezakannya terus dari yang selainnya adalah terlaksananya tarbiyah Islam yang sebenarnya di dalam rumahtangga tersebut.

Adalah menjadi suatu yang dituntut agar para duat memberikan sepenuh perhatian yang serius dalan hal ini.

Anggota keluarga yang tidak mendapat tarbiyah yang sebaiknya atau lebih parah lagi yang terabai terus tarbiyah mereka bukan sahaja tidak akan mempu untuk menyambung perjuangan Islam tetapi mungkin akan mencacatkan dan menjadi penghalang perjalanannya.

Pentarbiyahan anggota keluarga di mulakan dengan pentarbiyahan isteri, yang telah terlebih dahulu di pilih di atas dasar keimanan dan keIslamannya.

Pentarbiyahan isteri ini sangat penting kerana pentarbiyahan anak seterusnya akan dilaksanakan bersama dan pada dasarnya para isterilah yang akan memainkan peranan yang paling besar.

Selain daripada memikirkan kurikulum yang berkesan untuk mentarbiyah anak yang merangkumi bahan bahan dan metodologi yang sesuai, satu aspek lagi yang sangat penting adalah syakhsiyah Islamiyah dan perlakuan ibubapa.

Pakar pakar pendidikan barat juga menyedari hakikat qudwah dan menyebutkannya sebagai 'the hidden curriculum' atau kurikulum yang tersembunyi.

Pembinaan Syakhsiah yang dibina di atas dasar keimanan yang teguh sahaja dapat membuahkan syakhsiyah contoh yang menjadi kurikulum praktikal bagi pertumbuhan jiwa dan perlakuan anak.

- Artikel iluvislam.com
Sumber Grafik: http://aisyahbuwathy.blogspot.com/

Friday, November 5, 2010

Muhammad Pilihan Abi


ALLAHUMMA SOLLI ‘ALA MUHAMMAD


LONDON: Menurut laporan senarai rasmi meliputi semua kelahiran di England dan Wales pada 2009 bahawa nama Mohammad kini menjadi nama pilihan paling popular bagi bayi lelaki yang baru dilahirkan di Britain. Allahumma Solli ‘Ala Muhammad!!

Dengan perkembangan ini nama Mohammad melonjak dari kedudukan ketiga sebelum ini dan mengambil alih nama Jack dan Harry yang menduduki tempat teratas sejak 14 tahun lalu tetapi kini berada di tempat ketiga. Seramai 7,549 bayi baru dilahirkan diberi 12 variasi nama Nabi Muhammad tahun lalu, antaranya termasuk Muhammad dan Mohammad.

Firman Allah SWT: “Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (Ayat4 : Ash Syarh)
-Agensi

Sumber: Sahabatamal

Thursday, November 4, 2010

MUHAMMAD ANAS PERMATA HATI KEDUA

Alhamdulillah,Syukur pada Allah SWT yang mengurniakan amat banyaknya nikmat yang tidak terhitung,Terim kasih Tuhan,memberikan kami nikmat Iman dan Islam,nikmat yang sehingga ke hari ini kami dapat nikmati,mudah-mudahan kami tergolong dalam kalangan hambamu yang tetap istiqamah dalam nikmat yang terbesar ini.Taufik dan hidayah terus-menerus melimpahi kami semua.Amin Ya..Rabb..jua salawat dan salam atas junjungan yang Agung Muhammad SAW,Rasul akhir zaman penutup segala nabi,keluarga,para sahabat dan orang-orang soleh sekelian.

Hari ini,sudah genap seminggu MUHAMMAD ANAS lahir di bumi Allah yang luas terbentang,dengan izin dan Rahmat Tuhan jua,bayi yang seberat 2.5 ini berada di pangkuan Umminya sekitar jam 10.01 minit pagi jumaat yang lepas.Syukur tidak terhingga kerana kedua-duanya sihat,setakat hari ini,cumanya kena kuning sedikit,tetapi tidak sampai tahap yang bahaya.Kini sudah seminggu,berada di sisi Umminya dan di alam dunia yang penuh warna-warni kehidupan.Biar pun,masih belum tahu apa-apa,namun,telah menjadi sebahagian dari warna-warni kehidupan yang bakal mewarnai kehidupanya.Anak-anak adalah cahaya mata,penyejuk hati dan jiwa.Ibu bapa adalah pencorak masa depan mereka.

Muhammad Anas adalaha permata hati kami yang kedua,adik kepada Nur Dania Balqis.Lahir di saat Nur Dania Balqis berumur setahun enam bulan,semua rezeki dari Allah.Maha hebatnya Allah yang hanya dial ah tempat untuk kita memohon dan meminta hanya padanya.Rezki,jodoh,anak-anak antara anugerah yang Allah berikan kepada kita semua,yang mesti di syukuri.Maha Hebatnya Dia..!.

Dengan lahirnya permata hati yang kedua,makin indah dan seronoknya kehidupan ini,kata orang,sudah dapat anak sepasang,lelaki dan perempuan.Tidak kisah lah itu,jika di takdirkan dapat anak perempuan pun tidak mengapakan,tapi semuanya kehendak Allah,kita merancang Allah jua dengan perancanganya.Lelaki atau perempuan,kita sebagai ibu bapa yang bakal mencorak anak-anak.Asuhan dan didikan itu yang penting.Agama adalah yang sangat utama dan mesti ditekankan dalam mendidik anak-anak.Bukan sekadar,kawin,dapat anak,selepas itu persoalan mendidik dan mengasuh anak di biarkan dan di abaikan.

Anak-anak yang soleh dan solehah menjadi idaman setiap keluarga muslim,tiada ibu bapa yang tidak mahukan anaknya menjadi insan yang berguna,bertanggungjawab,taat ibu bapa dan sebaginya.Siang malam berdoa mahu dan inginkan anak-anak menjadi anak soleh atau solehah.Kata bijak pandai nak anak jadi soleh atau solehah,Ibu dan bapa mesti menjadi soleh solehah dulu,barulah apa yang di impikan boleh di perolehi.Setuju atau tidak setuju dengan pandangan ini,kita memang perlu menjadi soleh atau solehah dulu,menjadi ibu bapa yang baik dan contoh pada anak-anak,jika tidak begitu,ia akan hanya sekadar cakap kosong atau impian kosong yang tidak ada nilainya.

Kita adalah orang yang mesti memulakan kesolehan itu.Sebagai Ayah,kita mesti tanamkan rasa cinta dan takut pada Allah dalam segenap kehidupan seharian kita,Ayah adalah ketua rumah,tanggungjawabnya besar,terhadap Allah,terhadap Isteri,terhadap anak-anak,terhadap masyarakat dan lain-lainnya.

Tanpa adanya rasa takut dan cinta Allah,mana mungkin kita boleh memperolehi watak-watak soleh yang kita idam dan impikan.Kita kena sedaya upaya memiliki sifat-sifat yang terpuji sebagi seorang Ayah dan ketua keluarga.Juga isteri,mempunyai tanggungjawab yang besar,terhadap Allah,suaminya,anak-anaknya serta masyarakatnya.Kedua-duanya perlu berpadu dan berkerjasama dalam mencari kesolehan dalam kehidupan mereka.

Sebagai ayah dan ibu,mesti menjadi contoh yang utama,jika inginkan anak-anak menjadi soleh mahupun solehah.Untuk menjadikan anak-anak menjadi soleh atau solehah bukan singkat masanya,ianya perlukan pengorbanan masa dan tenaga.Tidak mudah putus asa dalam mendidik atau mengasuh anak-anak.Kesabaran itu sangat perlu.maklum sahaja karenah anak-anak pelbagai,doa dan bermohon pada Allah setiap masa dalam kita ingin mencorak anak-anak menjadi soleh atau solehah.Mudah-mudahan apa yang kita ingin dan impikan tercapai dan di redai Allah.

Moga Impian Abi dan Ummi mencorak Nur Dania Balqis dan Muhammad Anas menjadi anak yang soleh dan solehah,di Redai Allah SWT..AMIN YA RABB..!!!.

ABI 2010
MERU.

Sunday, October 17, 2010

Iktibar..

Align Center
Gambar hiasan


Cerita yang Abi dapati dari Facebook ini,mudah-mudahan menjadi iktibar buat semua kaum hawa,juga Abi tujukkan untuk permata hati Abi Nur Dania Balqis..Bacalah nak tahu ceritanya.

Kenapa Tak Rogol Saya?


Oleh: Maizatul Akmal pada pada 15hb Julai 2010 pukul 12.48 ptg

Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

SHARE FROM MD REDZUAN

Gambar Nur Dania Balqis Sudah Pandai Berjalan

Alhamdulillah,pada tanggal 19/09/2010 Ahad,detik bersejarah bagi kami berdua;),malam sekitar jam 9.45-10.15,Permata hati kami telah menunjukkan aksi-aksi berjalannya,bersama gelak tawanya yang mengembirakan hati kami berdua,mana tidaknya..dah pandai berjalan..;)..Syukur kami panjatkan pada Allah,kerana mengizinkan permata hati kami berjalan,maha hebat dan baiknya Allah..!

Kami mendoakan kesihatanmu selalu duhai permata hati sayang Nur Dania Balqis..

SEMOGA KAU MENJADI ANAK YANG SOLEHAH BUAT KAMI..











JUMPA LAGI DALAM GAMBAR YANG LAIN..!

Wednesday, October 13, 2010

Pelik Tapi Benar-1

Maha Suci Allah...!

Aneh tetapi nyata, janin berusia 17 minggu sedang tersenyum riang selepas diimbas. Hasilnya diandaikan bahawa bayi dapat mengalami perasaan seperti kebahagiaan dan sakit lebih awal dibandingkan tempoh sebelumnya. Sebelumnya, usia janin yang boleh mengalami perasaan itu paling minima adalah 24 minggu.


Louise dan Sam Henry, bakal ibu bapa bayi tersebut mengaku terpesona melihat wajah senyuman bakal bayinya. Louise penduduk Swallowfield, Berkshire dianggarkan akan melahirkan bayi tersebut pada Januari 2011.


"Perhatian utama anda semasa hamil adalah calon bayi anda sihat, tetapi melihat janin tersenyum adalah benar-benar mengagumkan," ujar Sam Henry kepada Daily Mail, 11 Oktober 2010.


Uhh...Nasib baiklah nampak bayi itu tersenyum, kalau bayi tu tunjuk penumbuk, amacam...



Sumber :Daily Mail

Tuesday, September 14, 2010

Warna-Warni Aidilfitri Pertama 1431H:Nur Dania Balqis Beraya Rumah Sedara Mara

10HB 09 2010 Bersamaan 1 Syawal 1431H

Selepas Ziarah Raya rumah Nenek dan Atuk,kami terus beraya kerumah sedara mara dan juga beraya rumah 'Embah',Hari ini jumaat,masa terlalu singkat,kami beraya kadar waktu yang singkat , sebelum pukul satu selesai.Apapun keceriaan Aidilfitri dapat kami rasai begitu indah sekali.

Gambar untuk di kongsi dengan Anda

Beraya Rumah Cik Yah Dan 'Embah'












Beraya Rumah Cik Mohty Dan Cik Pasi











Beraya Rumah Cik Nang Dan Cik Ina







Beraya di Rumah Cik Lina Dan Wak Saro










Jumpa Lagi..!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI