Aishah catat sejarah lahirkan bayi seberat 6.15kg

Ibu bayi berkenaan, Aishah Bee Yassin, 35, dari Changloon, melahirkan bayi tersebut yang juga anak kelimanya dengan dibantu seorang doktor dan beberapa kakitangan pusat perubatan tersebut pada jam 2 pagi.
Aishah berkata, dia sama sekali tidak menyangka akan mendapat bayi seberat itu kerana ketika sarat mengandung, bayinya yang diimbas dianggarkan seberat empat kilogram sahaja.
"Tapi satu perkara yang luar biasa sedikit ketika saya mengandung anak kelima ini, saya sering mengidam nak makan buah amra (kedondong). Bayangkan dalam satu hari saya boleh habiskan sekilogram buah amra," katanya.
Aishah berkata, sepanjang tempoh hamil, dia tidak selera makan nasi dan hanya makan buah amra, roti dan susu sahaja.
“Pernah sekali saya mengamuk kepada suami apabila tidak dapat makan buah amra dan memaksa suami mendapatkannya segera,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Difahamkan kelahiran bayi itu telah memecah rekod PMC apabila dilahirkan seberat 6.15 kilogram berbanding rekod sebelum ini, 4.65 kilogram yang dicatat pada Jun lalu.
“Apapun saya bersyukur kami berdua selamat dan saya tidak mengalami sebarang kesukaran ketika melahirkannya awal pagi kelmarin,” katanya.
Sementara itu, suaminya, Mohd Ali Khan Ghazali, 41, berkata dia terkejut apabila diberitahu bahawa anak kelimanya itu direkodkan seberat 6.15 kilogram kerana menyangka berat bayinya hanya sekitar empat kilogram sahaja.
“Saya agak terkejut kerana sebelum ini anak keempat kami iaitu Nor Hashimah paling berat ketika dilahirkan iaitu lima kilogram tapi adiknya ini lebih berat. Bagaimanapun, saya bersyukur apabila doktor mengesahkan anak saya sihat,” katanya.
Selain bayi itu, Ali yang bekerja sebagai ejen pengimport mempunyai empat anak iaitu Mohd Amirudin Mohamed, 13, Nor Hafisah Mohamed, 12, Mohd Nazirul Mubin Mohamed, 10 dan Nor Hasyimah Mohamed, 6.
Dari Web:http:http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6036111.asp
2 comments:
apabila berada diperut ibu bayi tu mmg ringan.. itulah kekuasaan Allah :)
Maha Suci Allah..hebatnya Tuhan..
Post a Comment