Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Monday, June 29, 2009

Puisi-Puisi Untuk Nur Dania Balqis

Saatku Alunkan Azan

Saat ku alunkan Azan ke telinga-Mu

Mata-Mu terbuka bersama senyuman

Terasa terharu Aku melihatnya…

Aku terpaku dan takjub akan kuasa Tuhan

Benarlah kata Nabi-Mu…

Anak-anak di lahirkan dalam keadaan suci bersih

Hatinya bersih belum di kotori

Telinganya mampu mendengar dan menerima apa yang di dengari

Aku merasa sebak bila ini terjadi

Kerana kelahirannya memberi erti yang besar pada-ku

Tuhan…

Terima kasih atas kelahirannya

Moga aku menjadi

Insane yang bersyukur.

ABI-30hb 06 2009-Pagi Selasa

Jam 2.05pagi

Senyuman Dan Tangisan-Mu

Senyuman-Mu

Membuat Abi dan Ummi merasa bahagia

Syukur dan tenang sekali

Senyuman-Mu

Bias membuatkan Abi dan Ummi

Rasa terharu dan sayu

Mengenag kelahiran seorang zuriat di sisi Abi dan Ummi

Ya…Sesungguhnya senyuman-Mu

Yang pertamakali membuatkan Abi dan Ummi

Benar-benar bahagia dan sykur

Tangisan-Mu

Membuatkan Abi dan Ummi

Rasa takut dan bimbang

Sakit kah wahai anak Abi dan Ummi

Tangisan-Mu

Benar-benar mengingatkan Abi dan Ummi

Tentang anugerah ini harus di syukuri

Dan di hargai

Ya…Sesungguhnya Tangisan-Mu benar-benar

Menginsafkan Abi dan Ummi

Tentang tanggungjawab yang besar terhadap-Mu

Tangisan dan senyuman-Mu

Adalah hadiah Tuhan untuk Abi dan Ummi

Syukur pada-Mu Tuhan.

ABI-30hb 06 2009-Pagi Selasa

Jam 2.25 pagi

Nur Dania Balqis Di Majlis Pertunangan

Nur Dania Balqis bersama Ummi
Ucapan Penghargaan Dari Kami di nurdaniabalqis.blogspot.com

Inilah bunga yang berjaya di sunting Ahmad Syafiq
Bunga lambang kesukaan seorang Wanita

Sebahagian barang hantaran dari pihak Lelaki
Al-Quran sebagai rujukan dalam berumahtangga
Hari sabtu yang lepas 27hb 06 2009 Abi dan Ummi membawa Nur Dania Balqis ke rumah abang Hassanuddin di Puncak Alam.Majlis pertunangan Mastura@Kak Long dengan Ahmad Syafiq.Kami sampai rombongan meminang sudah sampai dan majlis sudah habis yang tinggal majlis menjamu selera.

Majlis sungguh meriah sekali dengan kehadiran saudara mara dan kenalan Abang Hasan dan Kak Lela.Kami ingin mengucapakan Tahniah kepada Abg Hasan dan Kak Lela kerana menerima bakal menantu yang kedua,Syabas dan Tahniah..!!!

Sunday, June 28, 2009

Nur Dania Balqis Tak Nak Minum Susu.




Hari ni(25hb 06 2009-Jumaat) kata Cik Leha Nur Dania Balqis meragam, banyak menangis,Tak nak minum susu yang Ummi dah sediakan untuknnya,Mungkin merajuk kot,sebab semalam Ummi ada hari ni tak ada pulak,tu yang menyebabkan perasaannya macam tu.Macam ni lah agaknya reaksi baby menunjukkan perasaannya bila Umminya tiada di sisinya.Harap-harap taklah berterusan macam ni susah hati pulak nanti Ummi Nak pergi mengajar.Emm..macam nilah tabiat anak kecil agaknya.Kita dulu macm tu kot...

Anak-anak perlukan kasih sayang dari ibunya setiap masa.Didikan,asuhan yang berterusan merupakan tanggungjawab yang harus di laksanakan dengan baik oleh kedua Ibu Bapa.Jika tidak di lakukan dari kecil lagi akan membawa masalah kemudian hari,rasa hormat,patuh dan taat pada Ibu dan Bapanya tiada di dalam dirinya.

Abi dan Ummi tidak mahu Nur Dania Balqis tanpa didikan dan asuhan,walaupun Ummi pada waktu pagi mengajar hingga pukul 2 petang,Abi dan Ummi tidak mahu sampai mengabaikan tanggunjawab tentang pendidikan dan didikan pada Nur Dania Balqis biarpun pada waktu pagi Nur Dania Balqis di jaga dan di asuh oleh Cik Leha .Pada waktu Nur Dania Balqis disisi Abi dan Ummi masa nilah tanggungjawab kami mendidiknya kerana didikan dan asuhan dari Ibu Bapa lebih afdhal dan bermakna.Ini bukan bermakna asuhan dari seorang pengasuh tidak baik tapi Ibu Bapa lagi utama. dalam mendidik anak-anaknya.Bukan begitu.?.

Semoga Nur Dania Balqis menjadi anak yang baik.Buat Abi Dan Ummi.

Jangan tak nak minum susu ye.!

Puisi Rejab Untuk Nur Dania Balqis



Nikmat Rejab 1430H

Rejab datang kembali

Membawa seribu erti buat kehidupan

Seorang muslim

Kedatangannya amat di tunggu bagi mereka yang merindui

Di dalamnya terkandung pelbagai fadhilat

Nikmat dan barokah ada di dalamnya

Kerana ia adalah bulan kebajikan dan kebaikan Allah kepada Hambanya

Marilah kita beramal sebanyaknya

Puasa,Solat,Zikir,berselawat,bertasbih,beristighfar,membaca Quran

Dan segala rupa kebaikan dan kebajikan kita tunaikan

Kerana pintunya di buka seluas2nya untuk kita…

Rejab…bawalah kami dalam arus-mu

Bawalah kami ke dalam pelayaran-mu

Jangan jadikan kami golongan yang rugi dan alpa tentang besarnya fadhilat-mu

Tuhan…Kami hamba-Mu amat lemah dan kerdil dihadapan-Mu

Bantulah hamba-Mu dalam menyelusuri arus rejab yang deras ini

Jangalah kau jadikan kami orang yang ketinggalan dalam bulan-Mu ini...

Rejab ini jadikanlah kami benar-benar menjadi hamba yang bertaqwa

Rejab ini jadikanlah kami benar-benar menjadi seorang Pemimpin yang bertaqwa

Rejab ini jadikanlah Keluarga kami benar-benar keluarga yang bertaqwa

Rejab ini jadkanlah kami seorang Ayah yang benar-benar bertaqwa

Rejab ini jadikanlah kami seorang isteri yang benar-benat bertaqwa

Rejab ini jadikanlah kami anak-anak yang benar-benar bertaqwa

Dan biarlah harapan kami ini berterusan sehingga Rejab-Rejab yang akan datang

Inilah harapan kami pada-Mu Tuhan dalam Rejab kali ini.

Terima kasih Tuhan kerana Nikmat Dan Anugerah Rejab untuk kami semua.


ABI 2009-06-27

Sabtu-2.43 ptg

Teratak Usang


Kata Nabi Saw dalam sabdanya:”Bulan Rejab bulan Allah,Bulan Syaaban bulan ku,dan bulan Ramadhan bulan Umatku.”


Mudah-mudahan kita sama-sama menggunakan usia dan masa yang di berikan Allah untuk kita melaksanakan sesuatu yang bermanfaat dalam bulan Rejab kali ini.Inilah peluang keemasan yang Allah berikan untuk hambanya.Pintu Allah di buka seluas-luasnya untuk hamba-hambanya berbuat amal bakti dan kebajikan yang tentunya nanti akan mendapat ganjaran yang besar.

Bagi Abi dan Ummi bersyukur atas Nikmat dan anugerahnya kerana dalam bulan Rejab kali ini Nur Dania Balqis lahir di sisi kehidupan kami.Harapan kami berdua moga Rejab kali ini membawa erti yang besar buat kami


Sebenarnya di dalam bulan Rejab telah berlaku peristiwa yang besar yang terjadi ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W iaitu peristiwa Israk dan Mikraj yang mana setiap kita sudah faham dan sering mendengar setiap kali kedatangan bulan Rejab yang di sampaikan oleh para alim ulamak kita.Ia merupakan salah satu mukjizat terbesar Nabi Muhammad S.A.W.Rata-rata umat Islam sudah faham dan menyakini sepenuhnya kerana peristiwa ini telah di rakam oleh Allah SWT di dalam kitab suci Al-Quran.


Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambanya(Nabi Muhammad)pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa,yang kami berkati sekelilingnya,untuk kami.Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.”

Al-Israk:1.


Inilah yang dapat Abi dan Ummi coretkan serba sedikit untuk ingatan kita bersama.Semoga kita manfaatkan bulan Rejab 1430H kali ini dengan sebaiknya.

Nur Dania Balqis Terima Banyak Hadiah




Alhamdulillah kelahiran Nur Dania Balqis memberi erti yang besar kepada kehidupan Abi dan Ummi sekarang.Maklum selama tiga tahun lebih kami berusaha untuk memiliki zuriat hasil perkongsian kami berdua kini telah di izinkan oleh Allah.Syukur pada-Mu Ya..Allah!.Keluarga pun turut bersyukur dan tumpang gembira dengan kelahiran Nur Dania Balqis.

Nur Dania Balqis telah banyak menerima hadiah dari sedara mara pelbagai pasang baju,set mandian,beg,mainan dan lain-lain.Terima kasih kami ucapakan pada semua yang memberi hadiah sebagi ucapan Tahniah kelahiran Nur Dania Balqis.Kami amat menghargainya.Inilah hikmat dan nikmat kelahiran seorang bayi ke sisi setiap insan yang bergelar suami isteri.

Maha Besar dan Maha hebat kuasa Tuhan yang harus kita syukuri.Kelahiran anak adalah impian setiap pasangan yang berumahtangga.Kerana dengan kelahirannya akan menambahkan seri dalam kehidupan sesebuah rumahtangga.Kepada mereka yang belum di izinkan menerima cahaya mata besabarlah kerana ada hikmah di sebaliknya.Allah lebih tahu cepat atau lambatnya seseorang itu dapat cahaya mata kerana itu semua dalam gengaman kekuasaanya “manusia hanya merancang Allah juga dengan perancangannya...”

Terima Kasih Tuhan…Terima Kasih Buat Semuanya…

Terima Kasih Nenek


Selepas Ummi bersalin(membuat pembedahan)Nenek telah banyak membantu menguruskan Nur Dania Balqis terutamanya pada waktu pagi,petang dan juga malam.Waktu pagi Nenek menolong menguruskan Nur Dania Balqis mandi ketika itu Ummi belum lagi mampu untuk memandikan Nur Dania Balqis sebab baru lepas operate,jadi Nenek membantu memandikan Nur Dania Balqis.

Waktu petang pula Nenek juga membantu memandikan Nur Dania Balqis di samping memasak untuk Ummi.Kesanggupan Nenek membantu amat kami hargai sedang dalam masa yang sama Nenek juga ada tanggungjawab urusan kerja di rumah.

Pada waktu malam pula Nenek menemankan Ummi dan Nur Dania Balqis apabila Abi kerja shift malam,maklumlah ketika itu baru lagi Nur Dania Balqis lahir,nak di tinggal berdua takut ada apa-apa tak dapat yang tengok,jadi Nenek memberi kesangupan untuk menemani Ummi dan Nur Dania Balqis.

Sungguh besar jasa Nenek pada Abi dan Ummi juga Nur Dania Balqis,pada waktu ni juga bila Abi kerja shift malam Nenek masih menemani Ummi dan Nur Dania Balqis,sebagai balasan atas jasa dan pertolongan Nenek Abi sentiasa mendoakan agar emak sentiasa sihat,di berikan kekuatan,keselamatan agar terus mengharungi kehidupan dengan lebih tenang dan bahagia di samping Atuk.Mudah-mudahan Allah sentiasa melindungi Nenek dan Atuk.

Terima Kasih Nek!..Nur Dania Balqis Sayang Nenek!

Monday, June 22, 2009

Nur Dania Balqis Jalan-Jalan Dengan Abi

Inilah kenderaan yang membawa Nur Dania Balqis Jalan-jalan
'STROLER' ndBalqis



Amboi...seronoknya dia....


Emm....Anak Abi ni lasak ni...



Sampai tercabut topi...


Seronoknya di kendong Atuk ye.



Adzroy baru balik sekolah pun sempat nak berposing dengan Nur Dania Balqis



Amir pun nak gak...



Adam,Radzi dan Ecah nak gak berposing..

Sunday, June 21, 2009

Bulan Jun Bulan Untuk Para Bapa..


'Embah'@Nenek Rubiah

Abi Dan Ummii

Atuk Dan Nenek


Kalau bulan Mei Para ibu di rai sebagai Hari Ibu,Bulan Jun pula bulan untuk merai hari bapa.Betapa untungnya seorang yang bergelar Ibu atau Bapa,besarnya bakti ibu dan bapa terhadap kita semua ,Kepada mereka yang masih mempunyai kedua ibu dan bapa maka syukurilah dengan adanya keduanya.Bagi mereka yang hanya mempunyai antara keduanya ibu atau Ayah hadiahkanlah doa buat mereka setiap kali solat mudah-mudahan mereka di tempatkan di kalangan hambanya yang bertaqwa.

Tanpa adanya mereka tiadalah kita di dunia ini,Seorang ibu melahirkan kita selama sembilan bulan,cuba bayangkan betapa beratnya dugaan yang di terima ibu semasa mengandungkan kita,dalam waktu yang sama ibu membuat kerja-kerja rumah ataupun bekerja di luar demi keluarga yang di cintai.Sebagai anak-anak sewajibnya mentaatinya,mengasihinya dan memberi kasih sayang pada ibu kita.Ibu engkaulah ratu hati ku.....

Seorang Ayah pula dengan penuh pengorbanan dan tanggungjawab demi sebuah keluarga yang di bina mencari rezeki yang halal untuk membesarkan anak-anak,memberi pendidikan dan didikan agar anak-anak menjadi seorang yang berjasa,hormat dan taat kepada orang tuanya.Ayah dan ibu berganding bahu bagi memastikan anak-anak di didik dengan didikan agama secukupnya,kerana dengan didikan agama yang sempurna sudah pastinya anak-anak dapat menjadi anak yang baik.Besarnya jasa Ayah...SELAMAT HARI BAPA..Kepada semua Bapa di Malaysia dan di seluruh Dunia Semoga menjadi Suami dan juga menjadi Bapa Soleh.

Abi Ucapkan Ribuan Terima Kasih pada Ummi kerana ucapan Hari Bapa pada Abi...:)

Friday, June 19, 2009

Peluang Membina Paip Duit

Malam ni Abi dengan Amir Amirul,Rashidi(Anak Buah) pergi ke Bandar baru Klang mendengar taklimat berkenaan pengurusan kewangan Islam.Banyak jugaklah input-input yang sangat penting dan baik untuk orang macam Abi.Hidup berkeluarga kena pandai membuat perancangan Kewangan lebih-lebih lagi nak membina paip duit.Paip Duit?..Ada ke..?Mungkin itulah pertanyaan Nur Dania Balqis bila dah pandai bercakap..Bila Abi balik Ummi dan Nur Dania Balqis dah tidur.

Harap dapat manafaatnya Abi menghadiri majlis ilmu tadi.Kalau ada kawan-kawan nak tahu apa itu Membina Paip Duit Sediakanlah pulut kuning dengan Ayam Golek...he2..

Perihal Buang

Macam-macam perihal buang yang boleh kita perkatakan.Contohnya sampah yang berlonggok di rumah kita bila dah penuh kita buangkan dalam tong sampah yang telah di sediakan.Baju,kasut yang memang koyak rabak tak boleh di pakai lagi kita buangkan,memang yang kita buang itu benda yang tidak bermanafaat lagi buat kita, apatah lagi buat orang lain.Ni perihal buang yang biasa kita dengar dan buat,buang sampah takkan tak biasa kot..?


Satu lagi perihal buang yang Abi dan Ummi nak perkatakan ialah Buang kerja,.Bila seorang tauke kilang melihat ada para pekerjannya tidak membawa keuntungan pada syarikatnya di buangnya pekerja itu,abis tak membawa perubahan sikap pada pekerja itu dan tidak membawa keuntungan pada syarikat itu patutlah di buang.Macam mana tak kena buang...


Yang ni memang tak patut.. buang anak macam buang anak kucing.Ada ke?jawapannya ada dan memang ada dah ramai dah orang buang anak sendiri,buang anak kat kaki lima bangunan,di tangga surau,masjid,depan rumah,dan paling teruk dan kejam buang kat dalam longkang pun ada.Tong sampah?Lagilah ada dan dah ramai yang dah buat..Siapa yang buat..Mereka yang kejam dan zalim saje yang sanggup buat benda terkutuk itu.

Di luar sana masih ramai lagi yang dah berkahwin mengikut syariat masih belum di kurniakan zuriat telah berusaha dengan bermacam-macam untuk dapatkan zuriat tapi oleh kerana itu kerja Tuhan yang mengizinkan dapat anak maka belum di kurniakan zuriat.Yang ni senang2 saja di buang..Amboi buat pandai jaga tak tahu ke?...Tapi yang kita dengar orang yang senang dapat zuriat senang pula anak yang di kandungkannya di buang macam binatang..memang perangai binatang kot..?Dulu masa heboh orang buang anak macam heran sekarang jadi tak heran pasal dah menjadi kebiasaan kot..Mana harga diri?Mana maruah diri?..Tak takut Tuhan ke?...

Manusia sudah hilang rasa kemanusiaannya,hilang kasih sayang,hilang segala-galanya,Yang paling teruk dan malang manusia kehilangan Tuhan dan kasih sayang dari Tuhannya sebab itu mereka berani melanggar hukum Tuhan.Kalau setakat buang anak mereka anytime kot..Nauzubillah Minzalik..Contoh hari ni dalam akhbar sinar 19hb06 2009 muka depan bahagian bawah siap ada gambarnya sekali comel lagi anaknya siapa yang buang? Kalau bukan manusia berhati binatang..Binatang pun sayang anaknya..manusia?emm..manusia yang tak ada iman dan tak takutkan Tuhannya yang sanggup buang anak.

Sekadar pandangan dan luahan Abi dan Ummi.

Jika anda ada pandangan emailkan kepada Abi dan Ummi atau tulis saja pada ruangan komen.

Jadi fikir-fikirkan dan renungkan.Marilah kita sayangi Anak-anak kita..

Thursday, June 18, 2009

Nur Dania Balqis Di jaga Cik Leha

Cik Leha bersama Nur Dania Balqis

Pada hari Isnin 15hb 06 2009 Ummi telah kembali semula bertugas mengajar.Setelah dua bulan bercuti selepas bersalin(pembedahan).Nur Dania Balqis Ummi titipkan ke rumah kak leha untuk di jaga.Ummi merasa risau kalau Nur Dania Balqis tak dapat menyesuaikan diri maklum saja untuk 2 bulan yang berlalu Ummi yang menguruskannya tapi kali ni orang lain pula.Harap tidaklah meragam....maklumlah orang lain yang menjaganya.

Alhamdulillah kini dah masuk 2 minggu Nur Dania Balqis di jaga oleh Cik Leha dan sudah pandai menyusu menggunakan botol tidak seperti pada hari pertama...Ummi pun tak risau lagi.Ummi boleh pergi mengajar dengan rasa senang hati dan syukur.

SEMOGA NUR DANIA BALQIS MEMBESAR DENGAN SIHAT.

Wednesday, June 17, 2009

Tazkirah Seminit


Abi dan Ummi mengucapkan ribuan terima kasih pada Anda yang sudi mampir ke Laman Blog nurdanibalqis yang tak seberapa ini.Kali ni Abi dan Ummi nak bagi tazkirah seminit pada para pengunjung Laman Blog nurdaniabalqis.Moga ada manafaatnya.

Menurut Abu Hurairah r.a,Rasullullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Tidak seorangpun bayi-bayi yang di lahirkan kecuali lahir dalam keadaan fitrah(Islam).Oleh itu ibubapalah yang berperanan sama ada menjadikan dia yahudi.kristian atau majusi sebagaimana binatang melahirkan anaknya tanpa sebarang kecacatan.
Apakah kamu dapat rasakan ada kemungkinan dia akan cacat dalam peroses membesar?"

Alhamdulillah..Pada mereka yang Allah izinkan mempunyai zuriat sudah tentu merasa syukur dan bahagia hendaknya.Pada mereka yang belum di izinkan untuk mempunyai zuriat jangan merasa kecewa sesungguhnya Allah maha tahu atas segala-galanya pada diri kita.Berdoa dan sentiasa mengaharap kasih sayang Allah moga apa yang kita harapkan di terima.Allah maha adil kepada manusia.

Kepada kita yang sudah ada anak,semoga Anak-anak menjadikan kita semakin dekat dengan Allah tidak melupakan akan besar dan hebatnya Allah memberikan nikmat anak buat kita.Tanggungjawab mendidik anak-anak kita tidak abaikan dari hari ke sehari anak yang sedang kita didik semakin membesar dan memerlukan perhatian dan kasih sayang yang berterusan tanpa henti2.Dalam dunia yang semakin rencam dengan kemodenan,ibubapa berkerja siang malam mencari rezeki untuk anak-anak seharusnya tidak menyampingkan persoalan pendidikan dan didikan untuk anak-anak.

Justeru itu marilah kita didik anak-anak kita yang masih kecil dengan didikan yang berpandukan dari Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.Agar anak-anak yang terbina nanti adalah anak-anak yang bertanggungjawab,hormati orang tua dan yang paling penting anak-anak tidak buta hati tentang siapa yang mencipta dan melahirkannya ke dunia ini.Kita tanamkan jiwa tauhid pada diri anak-anak kita agar nanti terbentuklah generasi Rabbani yang takutkan Tuhannya.

Kita kenalkan anak-anak kita dengan agama yang syumul yakni agama Islam yang suci,dengan jiwannya yang bersih suci kita tanamkan satu keyakinan yang mantap tentang agamanya.Anak-anak di lahirkan fitrah mudah untuk kita bina dan didik jangan sampai sudah dewasa baru kita mahu mendidiknya maka pada masa itu sudah terlewat dan susah untuk di lentur dan di didik.Bak kata pepatah Melentur buluh biar dari rebungnya..

Sekian moga ada manafaatnnya..Jika ada kesilapan harap beri teguran..

Usia Nur Dania Balqis 2 bulan

Nur Dania Balqis

Alhamdulillah pada tanggal 12hb 06 2009 hari Jumaat bersamaan 18 Jamadilakhir 1430Hijrah usia Nur Dania Balqis sudah masuk 2 bulan,setakat ini dengan izin Allah dari segi kesihatannya tidak menghadapi masalah.Beratnya sudah bertambah 3.8kg.Harap kesihatannya terus maintain dan berat badannya terus meningkat..Semua kuasa Tuhan yang menentukannya.Abi dan Ummi berserah padanya.

Mudah-mudahan Nur Dania Balqis sihat selalu.Abi dan Ummi sentiasa mendoakan-Mu.

Sebuah Senyuman Dari Nur Dania Balqis

Senyuman Nur Dania Balqis yang sempat di rakam melalui handphone Ummi,ia antara senyuman yang sempat kami rakamkan...Alangkah seronoknya bila Nur Dania Balqis sudah dapat memberi respons bila di ajuk kan..Semoga senyuman ini membawa kebahagian dan keharmonian dalam kehidupan Rumahtangga kami berdua buat selamanya..Terima Kasih Tuhan atas anugerah-Mu ini.

Tuesday, June 16, 2009

DI SEBALIK NAMA MU



NUR DANIA BALQIS


N-Namamu dari cetusan Ummi-mu


U-Usaha Abi Dan Ummi untuk mendidik-mu

Menjadi anak solehah dan bertanggungjawab


R-Rahmat Tuhan Menganugerahkan Nur Dania Balqis buat Abi dan Ummi agar

Bersyukur nikmat ilahi


D-Di lahirkan-mu untuk menguji Abi dan Ummi.Bukankah Anak2,harta,isteri adalah

ujian dan cubaan untuk kita semua?.


A-Allah Maha Besar,Allah Maha Kaya,Allah maha segala-galanya.akidah inilah yang

Abi dan Ummi hendak tanamkan kedalam jiwa-Mu,Agar menjadi generasi Rabbani


N-Nikmat Allah amat banyaknya,satu tandanya kelahiran-Mu untuk kami berdua.Moga

Kita menjadi hamba yang bersyukur.


I-Indahnya alam ini jua anugerahnya seindah kelahiran-Mu kesisi kami.Indahnya

Ciptaanya membuktikan maha hebatnya sang pencipta alam.Memikirkannya

Melahirkan jiwa bertuhan,rasa kerdil dan lemah kerana sesungguhnya Dia sahaja

Yang maha hebat


A-Anakku Nur Dania Balqis….Ingatlah Hidup ini hanya sementara Akhirat

Kekal selamanya di situlah destinasi utama kita sebenarnya.Banyakkan

Amalan sebelum ke sana


B-Balqis…Duhai anak-ku dengarlah nasihat Abi Dan Ummi-Mu ini jadilah

Anak yang solehah,takutkan Tuhan,Cintai Nabi,Sayangi Abi Dan Ummi-Mu hidupmu

Pasti Tuhan rahmati,bahagia,aman dan harmoni.Ingatlah..Redha Allah Redha

Keduanya ,Murka Allah Murka keduanya(Abi Dan Ummi)


A-Anakku…Nur Dania Balqis.Dalam mengharungi kehidupan satu hari nanti,jangan kau

Lupa tentang saat kematian yang menanti-Mu,jangan lupa pesanan Abi dan Ummi-Mu

Tentang adanya hari perhitungan yang mahu tidak mahu kita akan menghadapinya..


L-Lambat atau cepat semuanya dalam aturan Allah.Carilah ilmu sebanyaknya,beramal

Juga sebanyaknya agar selamat di akhirat kelak.


Q-Quran dan Sunnah Rasulnya jangan di tinggal.Berpegang teguhlah dengan

Keduanya.Janji nabi S.A.W tidak akan terseseat jika umatnya berpegang

Teguh dengan kedua-duanya(Al-Quran dan Sunnah).


I-Ingatlah Duhai Anakku Nur Dania Balqis….Impian Abi Dan Ummi-Mu agar

Kau menjadi anak Solehah yang sentiasa mendoakan kebahagian kami


S-Syukur pada-Mu Tuhan atas kurniaan-Mu ini.Maha baiknya Tuhan atas anugerah-Mu

Ini…Terima kasih Tuhan dengan kelahiran NUR DANIA BALQIS di sisi kehidupan

Kami berdua.



30hb 05 2009-Jumaat Mlm Sabtu-12-55mlm

Nukilan:ABI 09 Teratak Usang Meru.

Puisi Untuk Nur Dania Balqis

Nur Dania Balqis

Kelahiran-mu

Memberi rahmat dalam kehidupan kami

Abi dan ummi rasa tenang sekali

Rasa syukur tak terhingga pada ilahi

Anugerah ilahi untuk kami

Nur Dania Balqis

Abi dan Ummi sentiasa mendoakan kesihatan-mu

agar cepat membesar dengan baik

menjadi anak solehah yang baik

idaman setiap insan bergelar suami isteri

Nur Dania Balqis

Kenalkanmu dengan Tuhan

Tanggungjawab kami agar terdidik dengan akidah yang utuh

Awalludin Makrifatullah sabda nabi

Abi dan Ummi pasti ajari

Kenali Tuhan Serta Para Nabinya

Sumber akidah yang kental

Hidup di berkati


15.5.2009-7.15pm(mlm)Jumaat

Nukilan:ABI 09 Teratak Usang Meru.

GAMBAR-GAMBAR NUR DANIA BALQIS

Wallpaper Nur Dania Balqis dengan Abi Dan Ummi

Tangisan Nur Dania Balqis


























Wednesday, June 10, 2009

Selamat Datang Ke Laman Blog Nur Dania Balqis....

"Anak-anak ibarat kain putih IbuBapalah yang mencorakkannya sama ada Yahudi ataupun Nasrani ataupun majusi.."

ANUGERAH YANG PALING BERHARGA BUAT PASANGAN SUAMI ISTERI YANG MENDIRIKAN RUMAHTANGGA ADALAH KELAHIRAN ANAK-ANAK.

Bagi mereka yang sudah berumahtangga dan sudah mempunyai zuriat(Anak-anak) sungguh amat bersyukur kerana sudah mengecapi kebahagian,keharmonian dan ketenteraman jiwa dalam berumahtangga.Karenah anak-anak menjadi hiburan buat kita,jadi syukurilah nikmat anak yang Tuhan kurniakan untuk kita.Sama-samalah kita didik dan asuh anak-anak dengan akhlak yang terbaik,mudah-mudahan anak-anak kita menjadi anak-anak yang Soleh dan Solehah.Itulah impian setiap Ayah dan Ibu..AMINN..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI