Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Sunday, October 6, 2013

Warkah Cinta Buat Anakku (1)



Monolog Untuk Anak-Anakku

Melihat wajah anak-anak satu persatu yang masih kecil. Rasa pilu di hati, timbul persoalan, apakah aku akan berpeluang melihat mereka pabila besar nanti?. Aku biarkan persolan itu berlalu, hanya istighfar yang melantun dibibirku. Hanya doa dan harapan pada Ilahi agar aku dapat menikmati usia yang berkat dan panjang untuk melihat kedua-dua putera dan puteriku besar nanti. Semuanya kuasa Allah, hanya Dia  Yang Berkuasa.

Ya...anak-anak adalah cahaya mata, penghibur jiwa buat dua ibu bapa. Mereka penyeri dalam hidup berumahtangga. Karenah dan kaletah anak-anak menghiburkan adakalanya jika tidak ditangani dengan sabar boleh hilang kesabaran, ya, maklum sahaja, anak-anak namanya. Bila merajuk, bila menangis sudah mahunya dipujuk nanti terus-terusan menangis, itulah anak-anak. Selaku ibu dan bapa harus menangani dengan belaian kasih dan sayang.

Begitulah aku, bila melihat anak-anakku yang baru sahaja menginjak empat tahun dan seorang lagi tiga tahun. Ah...betapa mereka berdua menghiburkan hatiku bila aku kepenatan pulang dari kerja. Bila aku salami dia sambut dan membalas salam ku, adakalanya aku dukung kedua-duanya. Jika tidak, ada yang jeles. Maka kedua-duanya aku dukung untuk elakkan dari pilih kasih.

Duhai anak-anakku, jika kau tahu perasaan Abi mu ini, namun adakalanya Allah uji kesabaran ku, jika moodku tidak baik, tengkinganku meninggi, hingga berubah wajah yang ceria tadi. Ah...betapa yang sebenarnya Abi mu sangat sayangkan kamu berdua. Cuma adakalanya Abi mu emosi tiada bertempat...maafkan Abi anak-anakku...!

Anakku Nur Dania Balqis...

Dalam coretan ini Abi ingin berpesan padamu, ketahuilah ajal dan maut ditangan Allah. Hanya Allah yang tahu bilakah tempoh tamat usia Abi juga usia ummimu. Mungkin esok, hari ini...entah Abi tidak tahu. Biarlah persoalan ajal maut itu sementara.

Dalam kesempatan ini Abi ingin mencoretkan beberapa perkara untuk mu pada suatu masa nanti. Mungkin coretan ini, bukan hari ini kau baca, kerana kau belum tahu dan fasih membaca lagi. Tetapi Abi yakin kau akan baca suatu hari nanti.

Anaku Nur Dania Balqis...

Sesungguhnya kehadiranmu di dunia dan dipangkuan umi dan Abi semuanya dengan kuasa Allah, hanya Dialah Yang Maha Kuasa. Dia yang menyatakan ‘KUN FA YAKUN...JADI MAKA JADILAH...’. Maka lahirlah dirimu kesisi abi dan ummi, sungguh ummi merasai keperitan dan kesakitan yang amat sangat tetapi ummi kuat, ummi sabar, ummi berdoa agar bayi yang dilahirkan selamat kedunia ini.

Sebenarnya sebelum kau lahir beberapa hari sebelum itu Ummi mu telah mengalami demam yang agak teruk, waktu itu ummi mu sedang berkrusus di Port Dickson. Abi ada coretkan cerita ini di dalam coretan yang Abi tulis beberapa tahun lalu selepas kelahiran mu. Bila ada masa nanti bacalah, carilah dalam fail-fail penulisan Abi.

Namun saat-saat yang Abi terasa syukur nikmatnya bila sewaktu Abi mahu melaungkan azan ketelingamu, kalimah tauhid yang pertamakali Abi mahu bisikan ditelingamu, bila Abi melaungkan azan tiba-tiba bibirmu menguntumkan sebuah senyuman yang indah pada Abi, barangkali telingamu mendengar alunan azan itu. Alangkah tidak terkiranya Abi syukur pada Allah.

Abi ada nukilkan beberapa sajak selepas itu, Nah...Abi nukilkan semula untuk kau hayati sesungguhnya hanya untuk mu anakku...

Saat Ku Alunkan Azan Ketelinga Mu

Saatku alunkan azan ke telingamu
Matamu terbuka bersama senyuman
Terasa terharu ku melihatnya...
Aku terpaku dan takjub akan kuasa Tuhan
Benarlah kata Nabi-Mu
Anak-anak di lahirkan dalam keadaan suci bersih
Hatinya bersih belum dikotori
Telinganya mampu mendengar dan menerima apa yang didengari
Aku merasa sebak bila ini terjadi
Kerana kelahirannya memberi erti yang besar pada-ku
Tuhan...
Terima kasih atas kelahirannya
Moga aku menjadi
Insane yang bersyukur.

ABI-3OHB 06 2009
PAGI SELASA
JAM: 2.05PAGI
MERU.



Senyuman Dan Tangisan-Mu

Senyuman-Mu
Membuat Abi dan Ummi merasa bahagia
Syukur dan tenang sekali
Senyuman-Mu
Bias membuatkan Abi dan Ummi
Rasa terharu dan sayu
Mengenag kelahiran seorang zuriat di sisi Abi dan Ummi
Ya…Sesungguhnya senyuman-Mu
Yang pertamakali membuatkan Abi dan Ummi
Benar-benar bahagia dan sykur
Tangisan-Mu
Membuatkan Abi dan Ummi
Rasa takut dan bimbang
Sakit kah wahai anak Abi dan Ummi
Tangisan-Mu
Benar-benar mengingatkan Abi dan Ummi
Tentang anugerah ini harus di syukuri
Dan di hargai
Ya…Sesungguhnya Tangisan-Mu benar-benar
Menginsafkan Abi dan Ummi
Tentang tanggungjawab yang besar terhadap-Mu
Tangisan dan senyuman-Mu
Adalah hadiah Tuhan untuk Abi dan Ummi
Syukur pada-Mu Tuhan.

ABI-30hb 06 2009-Pagi Selasa

Jam 2.25 pagi



Bagimana perasaanmu ketika ini anakku, setelah membaca nukilan sajak di atas?.

Friday, October 4, 2013

Embah Pergi Tak Kembali



Tanggal 2hb oktober 2013 bersamaan  26 Zulkaedah 1434H, Rabu.

Sekitar jam 11.35 pagi Abi dikejutkan dengan sms dari sepupu yang memberitahu tentang kematian ‘Embah Marsiam’. Memang sejak beberapa hari yang lalu embah sakit dan telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Sejak di rumah emak lagi Abi melihat kelainan pada susuk tubuh embah dan wajahnya kelihatan lain sekali. Menurut sms yang diterima embah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 11.30 pagi di sisi anak perempuannya. Embah menghidapi penyakit paru-paru berair.

Abi terus, sms kepada isteri, abang dan saudara-saudara yang lain, agar mereka tahu berita kematian embah. Berita sedih ini amat menyentuh hati Abi, beberapa hari yang lepas ada di rumah emak kini embah sudah pergi jauh...

Semenjak rumah embah rosak akibat ditimpa pokok durian semasa hujan ribut pada penghujung bulan ogos yang lalu, embah tinggal di rumah anak-anaknya. Rumah anak-anak embahlah menjadi transit untuk embah merehatkan diri dalam mengharungi hari-hari tuanya.

Usianya pun sudah begitu lanjut, sekitar 94 tahun, itu yang tertera pada kad pengenalan embah, tetapi mengikut perkiraan tahun sebenarnya usianya sudah menginjak ke seratus tahun. Subhanaullah, Maha Kuasa Allah menjadikan hambanya hingga panjang usia lamanya.

Begitulah kurniaan usia yang Allah SWT beri pada embah, semoga Allah SWT merahmati dan meredhai embah selama hidup di dunia sebelum ini. Embah sudah pergi buat selama-lamanya...

Bila saya dapat sms dari sepupu, rasa sedih tiba-tiba menyelubungi hati ini, siapa yang tidak sedih dengan kehilangan seorang embah, yang ada jasanya pada Abi. Teringat semasa berumur sekitar lima atau enam tahun, embahlah yang menjaga Abi tiap-tiap hari bila emak pergi bekerja.

Abi masih ingat lagi, tiap-tiap pagi emak akan menitipkan Abi ke rumah embah. Embah menyediakan makan tengahari setiap hari untuk Abi, embahlah yang menguruskan ketika itu, ya masih terbayang-bayang di ruang mata ini.

Kini embah sudah pergi dalam usia 94 tahun, pergi ke alam abadi, alam di mana semua orang akan ditransit di sana sementara menunggu hari mahsyar nanti. Tempat rehat, sama ada bahagia atau derita.

Semua itu bergantung pada nilaian iman dan taqwa yang bakal kita bawa semasa ke sana. Embah diberi kelebihan oleh Allah dengan usia yang panjang, dengan keberkatan usianya itu mudah-mudahan embah beroleh kebahagian dan ketenangan di Barzah sana.

Semoga embah di tempatkan dikalangan hamba-hambanya yang beriman dan bertaqwa serta orang-orang yang soleh dan solehah. Amin Ya Rabb!

Al-Fatihah.

Masshah
3/10/2013
Khamis-2.30pm
Sebelum pergi kerja.



Wednesday, September 25, 2013

Kembali Bersemangat




Lama rasanya Abi tidak update blog Nur Dania Balqis. Abi rasa bukan Abi yang keseorangan rasa begini, mungkin sahabat blogger yang lain turut merasa begini bila blog yang dibina senyap tanpa ada apa-apa perkongsian. Banyak perkongsian dairi kehidupan famili hilang begitu sahaja. Pelbagai peristiwa yang berlaku di persekitaran Abi sekeluarga tidak sempat dirakam dan dinukilkan melalui penulisan di sini. Kerosakan laptop yang tidak dibaiki dan segala macam perkara yang perlu diutamakan menyebabkan perkongsian dalam blog ini tergendala.

Blog pertama yang Abi wujudkan ini adalah permulaan Abi mahu membiasakan dengan menulis apa sahaja yang berlaku dipersekitaran famili Abi pada mula ia dibina. Juga untuk membiasakan Abi merakamkan peristiwa, berita dan cerita-cerita yang boleh menjadi manfaat kepada sahabat-sahabat yang mengunjungi blog ini. Suka duka dalam kehidupan yang dilalui dan apa sahaja perjalanan hidup yang pernah dilalui yang mana mungkin ada faedah dan manfaatnya untuk dikongsi dengan sahabat blogger yang lain.

Entah mengapa hari ini ( malam ini) sebelum pergi kerja Abi buka semula fail penulisan yang lama-lama, penulisan perkongsian yang pernah Abi post di blog ini. Seronok pula bila membaca semula cerita-cerita beberapa tahun yang lalu. Tentang perkembangan puteri Abi Nur Dania Balqis, perkongsian ilmu, gambar-gambar Nur Dania Balqis semasa kecil, semuanya mengimbau semula nostalgia beberapa tahun yang lalu. Rasanya pantas sungguh masa berlalu.

Kini, dengan izin Allah SWT, Nur Dania Balqis sudah berumur empat tahun lebih...juga usia blog ini pun sudah enam tahun berada di alam maya ini. Insyallah, dengan semangat yang diperolehi dari kursus penulisan yang Abi sertai baharu-baharu ini telah menyuntik kembali enargi untuk menulis apa-apa sahaja di blog ini. Blog ini Abi untukkan penulisan tentang famili dan perkembangan Nur Dania Balqis serta yang lain-lainnya. Semoga Allah SWT terus memberi kekuatan agar Abi dapat meneruskan kerja-kerja penulisan di blog ini.

Untuk akhirnya, salam perjuangan dan salam kasih sayang kepada semua blogger yang masih aktif menulis di blog masing-masing. Sehingga bertemu dalam penulisan yang seterusnya. Semoga Allah terus memberi taufik dan hidayahnya kepada semua.


Amin Ya Rabb!.

Saturday, March 9, 2013

Penerangan Perjalanan Umrah Dan Ziarah







Alhamdulillah malam bersama keluarga ke seksyen 15 Shah Alam, ofis anak buah. Majlis penerangan perjalanan Umrah Dan Ziarah yang disampaikan oleh Ustaz Ghazali Ibrahim. Dengan izin Allah SWT kami sekeluarga akan dapat menunaikan ibadah umrah dan ziarah yang akan bermula dari 20hb/03 2013 sehingga 30hb/03/2013. Segalanya dengan izin Allah SWT.

Penerangan bermula jam 10 malam hingga 11.30 malam, walaupun agak lewat majlis penerangan tersebut namun mereka yang hadir tetap bersabar  dan tekun mendengar setiap penerangan yang diberikan oleh Ustaz. Insyallah panduan yang diberikan dapat dipraktikan nanti. Sempat untuk mencatat butiran-butiran yang penting untuk rujukan dan panduan, namun agak mengecewakan catatan tersebut tertinggal di ofis tersebut. Apa pun ilmu yang dapat ini boleh dipraktiskan nanti.

 “Ya Allah bantu dan pimpinlah kami semua…permudahkanlah urusan kami dan jadikanlah kami hambaMU yang banyak bersabar…Ya Allah ampunkalah dosa-dosa kami, kau terimalah kedatangan kami, kami yang hina ini mengharapkan pengampunanMU, Engkaulah Maha Pengasih Maha Penyanyang…Amin Ya Rabb…”.

Semoga perancangan dan perjalanan Umrah Dan Ziarah kami nanti berjalan dengan baik. Semoga Allah SWT memberikan kami kekuatan, pimpinan dan kesabaran dalam melaksanakan ibadah Umrah dan Ziarah nanti.
Amin Ya Rabb.

Friday, February 22, 2013

Blog Galeri Gambar Kenangan


Blog yang mengandungi gambar-gambar kenangan. Khas untuk kedua permata hati Abi. Juga untuk tatapan pengunjung blog NUR DANIA BALQIS ;).

Sikap Wanita Yang Ingin Anda Tahu



8 Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

1-Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2-Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3-Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4-Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5-Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

6-Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7-Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8-Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

Sumber: Laman Facebook

Wednesday, February 13, 2013

Kisahnya Bahagia



KISAH YANG PASTI MEBUATKAN ANDA SUAMI ISTERI BAHAGIA !! 
~ HIDANGAN SAYANG MEMANG SEDAP SEKALI ~

Alkisah sebuah hidangan isteri…

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit.

Namun saya diam.

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.

Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”

“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggang. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.

Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.

Sebuah tulisan untuk renungan.

♥ jangan lupa tekan butang SHARE ye , moga2 semua sahabat2 dapat manfaat dari kisah ini ♥


Dibawakan Oleh : www.facebook.com/petuacantik

Maajun Anggun Bistari - MAB merupakan satu kaedah ALTERNATIF bagi ibu-ibu yang ingin Merancang Keluarga di samping Menjaga & Merawat Sistem Dalaman Wanita)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI