Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Thursday, January 9, 2014

Imbauan 2013: Hari Pertama Ke Sekolah Pra Tahfiz


Syukur Alhamdulillah, pada tahun 2013 yang lalu, Nur Dania Balqis telah bersekolah di Pasti Sungai Serdang (PASTI IMTIYAZ). Dengan semangatnya pagi-pagi lagi waktu itu sudah bangun untuk siap-siap ke sekolah. Lihatlah gambar-gambar tersebut di bawah ini.

Semoga tahun ini 2014, juga Nur Dania Balqis terus bersemangat. Abi dan Umi doakan agar Balqis menjadi anak yang solehah, belajar rajin-rajin, hormat guru, ilmu pasti berkat. Semoga kejayaan 2013 berulang di tahun ini.

Sukses Balqis!.




























Thursday, January 2, 2014

Jalan-Jalan Ke Tesco Setia Alam

Cuti tahun baru tidak ke mana-mana, hanya ke Tesco Setia Alam, seperti biasa awal bulan berbelanja sekadar yang mampu untuk mengisi mana-mana yang lompong. Barang-barang kering yang habis harus ditambah agar tidak terputus bekalan. Maklum sahaja, barang-barang banyak yang telah naik, gara-gara kenaikan minyak habis terpalit semua sektor yang ada. Mana milik kita?....

Bak kata kerajaan penarikan sabsidi demi rasionalisasi sabsidi, entah apa benda alasan kerajaan Abi pun tidak begitu faham. Untuk rakyat sabsidi, untuk para konglomerat dan kronis semua tinggi-tinggi belaka. Emm...dah jauh perginya Abi melalut ni, nanti dikatanya asyik salahkan kerajaan pula. Oklah, kita tinggalkan sekejap titi bengik politik auta mereka.

Kesempatan berjalan-jalan di Tesco Setia Alam, ambil kesempatan ke Pesta Buku Sinar-Kembali Ke Sekolah. Anak-anak macam biasa, mereka juga nakkan buku, belilah masing-masing sebuah buku, kalau tidak akan menangis. Nur Dania Balqis macam biasa, buku suku kata, maklum dalam proses belajar membaca. Perkembangannya Abi lihat sungguh mengujakan, ada bagusss!. Anak lelaki seorang yang ini pula tak habis-habis dengan Ultraman, namun menghampakan, tidak terdapat buku tersebut, Umminya belikan buku mewarna Doremon.



Abi macam biasa, cari buku-buku yang sesuai dengan pemikiran Abi, bagi menambah-nambah ilmu di dada ini. Maklum belajat tidak tinggi mana, jadi kenalah rajin-rajin membaca buku. Sebulan sekali kena beli buku, habis baca bolehlah disimpan di bilik buku, untuk masa depan anak-anak boleh membacanya. Alhamdulillah setakat ini, buku-buku sudah semakin bertambah, rasa-rasa mahu tambah rak buku. Cari-cari dapatlah empat buah buku yang nanti Abi boleh manfaatkan untuk membacanya.



Habis keliling cari buku, si bujang kecil minta ke tempat permainan, Abi temankan Anas bermain di situ, Dania pun turut ikut sekali. Apa lagi bukan main suka mereka berdua menungang permainan tersebut. Lihatlah gambar-gambar di bawah ni:













Sampai jumpa lagi...!

Wednesday, January 1, 2014

Selamat Tahun Baru 2014


Assalamualaikum Abi ucapkan kepada seluruh pengunjung blog ini. Semoga dirahmati oleh Allah SWT selalu hendaknya. Diam tak diam sudah masuk ketahun 2014M, terlalu pantas masa berlalu, usia pun semakin meningkat. Itu petandanya kita semakin berumur, bila rasa berumur bermakna sudah semakin dekat atau hampirnya kita dengan saat kematian. Tetapi itu semua perencanaan Allah SWT, masa dan bagaimana kematian kita, kita tidak tahu, tapi yang pasti dan pasti ia akan mengunjungi kita. Mati tetap mati.

Tahun baru yang indah tentunya buat sahabat-sahabat semua, azam yang terdahulu mungkin sudah ada yang tercapai untuk digapai ataupun masih tidak nampak lagi apa-apa perubahan yang diinginkan. Tahniahlah yang sudah berjaya dengan impiannya manakala yang masih belum tercapai impiannya, usahlah gunda-gulana, selagi ada umur yang berbaki ini, gunakanlah kesempatan tahun baru ini untuk memperbaharui tekad dan azam kita. Semoga ianya nanti beroleh kejayaan.

Alhamdulillah, permata kesayangan Abi kini sudah hampir menginjak lima tahun, tahun lepas sudah bersekolah di Pra Tahfiz Pasti Imtiyaz di Sungai Serdang. Semangat yang ditunjukkan untuk ke sekolah sungguh mengujakan Abi. Dari sehari ke sehari perkembangan  perhati permata Abi, semakin membuahkan hasil yang baik, syukur hanya kepada-NYA, kepetahan bercakap, mengaji dan membaca lancar, walaupun sesekali liat untuk mengaji.

Apa pun itu semua dengan izin Allah SWT, selagi Abi ada dan berdaya lagi, insyallah Abi akan pantau perkembangan permata Abi. Juga kepada sahabat-sahabat blogger, marilah kita sama-sama didik anak-anak kita dengan kasih sayang semoga ianya nanti mereka akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Itulah harapan Abi dan mungkin juga harapan sahabat-sahabat semua.

Dikesempatan ini, Abi ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014, semoga dunia lebih aman....Justeru itu kekalkanlah keamanan di mana jua kita berada.


Amin Ya Rabb...sampai jumpa lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI