
Firman Allah SWT:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”
Surah Ar-Rum:21
Surah al-Tahrim:6
Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Thursday, July 7, 2016
Friday, January 1, 2016
Selamat Tahun Baru 2016M
Dikesempatan ini Abi ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2016M, semoga terus mendapat keredhaan dan kerahmatan dari Ilahi. Begitu pantas masa berlalu, yang berlalu biarkan ia...kita capai gapai yang kini di hadapan kita. Usia Dania sudah masuk lapan tahun...sekejap rasanya, Tahun ini akan naik ke darjah satu. Syukur Alhamdulillah, Abi sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak Abi.
Blog ini pun seusia dengan Dania, kadang-kadang ada perkongsian kadang-kadang kosong dari perkongsian, namun untuk tidak meneruskan blog ini terasa sayang pula. InsyAllah, azam tahun ini Abi akan cuba meneruskam warna-warni kehidupan Dania sepanjang tahun ini. Itu pun jika tiada kesibukan dan aral melintang yang menganggui. Harap-harap semangat Abi untuk menulis di sini diizinkan Ilahi.
Aamiin Ya Rabb!.
Sehingga bertemu kembali!
Blog ini pun seusia dengan Dania, kadang-kadang ada perkongsian kadang-kadang kosong dari perkongsian, namun untuk tidak meneruskan blog ini terasa sayang pula. InsyAllah, azam tahun ini Abi akan cuba meneruskam warna-warni kehidupan Dania sepanjang tahun ini. Itu pun jika tiada kesibukan dan aral melintang yang menganggui. Harap-harap semangat Abi untuk menulis di sini diizinkan Ilahi.
Aamiin Ya Rabb!.
Sehingga bertemu kembali!
Wednesday, June 17, 2015
Saturday, June 28, 2014
Salam Ramadan 1435H/2014M

Syukur Alhamdulillah, dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, telah diizinkan kita untuk menikmati dan mengecapi bulan ramadan yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan. Semoga kita dapat sama-sama memanfaatkan penghulu bulan kali ini.
Dalam kesempatan ini, Abi dan keluarga ingin mengucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN 1435H/2014M'. Mari kita giatkan amal ibadah kita di sepanjang ramadan ini. Amal soleh, sedekah, baca quran, zikir, dan banyak lagi amalan yang boleh kita kerjakan, baik yang berhubung dengan Khalik mahu pun yang berhubung sesama insan.
Jumpa lagi!.
Monday, April 28, 2014
Selamat Pengantin Baru Buat Qusairy Dan Rafiqah(27hb 04 2014-AHAD)
Kami sekeluarga mengucapkan selamat pengantin baru buat anak buah Qusairy Suja dan pasangannya Rafiqah Ibrahim, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Layarilah bahtera kehidupan dengan penuh kesabaran, keimanan dan ketaqwaan semata-mata hanya untuk Allah SWT.
Pahit manis alam rumahtangga adalah ujian Allah SWT, maka binalah kasih sayang dengan penuh keimanan semata-mata kerana Allah SWT.
Didoakan agar, dengan jalinan cinta suci itu, maka lahirlah zuriat sebagai penyeri dan penyambung kehidupan yang mendatang.
Sekian dari kami;
Zaman Shah&Mashitah
dan
Nur Dania Balqis&Muhammad Anas.


Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...
Wednesday, January 1, 2014
Selamat Tahun Baru 2014
Assalamualaikum Abi ucapkan kepada
seluruh pengunjung blog ini. Semoga dirahmati oleh Allah SWT selalu hendaknya.
Diam tak diam sudah masuk ketahun 2014M, terlalu pantas masa berlalu, usia pun
semakin meningkat. Itu petandanya kita semakin berumur, bila rasa berumur
bermakna sudah semakin dekat atau hampirnya kita dengan saat kematian. Tetapi
itu semua perencanaan Allah SWT, masa dan bagaimana kematian kita, kita tidak
tahu, tapi yang pasti dan pasti ia akan mengunjungi kita. Mati tetap mati.
Tahun baru yang indah
tentunya buat sahabat-sahabat semua, azam yang terdahulu mungkin sudah ada yang
tercapai untuk digapai ataupun masih tidak nampak lagi apa-apa perubahan yang
diinginkan. Tahniahlah yang sudah berjaya dengan impiannya manakala yang masih
belum tercapai impiannya, usahlah gunda-gulana, selagi ada umur yang berbaki
ini, gunakanlah kesempatan tahun baru ini untuk memperbaharui tekad dan azam
kita. Semoga ianya nanti beroleh kejayaan.
Alhamdulillah,
permata kesayangan Abi kini sudah hampir menginjak lima tahun, tahun lepas
sudah bersekolah di Pra Tahfiz Pasti Imtiyaz di Sungai Serdang. Semangat yang
ditunjukkan untuk ke sekolah sungguh mengujakan Abi. Dari sehari ke sehari
perkembangan perhati permata Abi, semakin membuahkan hasil yang baik,
syukur hanya kepada-NYA, kepetahan bercakap, mengaji dan membaca lancar,
walaupun sesekali liat untuk mengaji.
Apa pun itu semua
dengan izin Allah SWT, selagi Abi ada dan berdaya lagi, insyallah Abi akan
pantau perkembangan permata Abi. Juga kepada sahabat-sahabat blogger, marilah
kita sama-sama didik anak-anak kita dengan kasih sayang semoga ianya nanti
mereka akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Itulah harapan Abi dan
mungkin juga harapan sahabat-sahabat semua.
Dikesempatan ini, Abi
ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014, semoga dunia lebih aman....Justeru
itu kekalkanlah keamanan di mana jua kita berada.
Amin Ya Rabb...sampai
jumpa lagi.
Wednesday, September 25, 2013
Kembali Bersemangat
Lama rasanya Abi
tidak update blog Nur Dania Balqis. Abi rasa bukan Abi yang keseorangan rasa
begini, mungkin sahabat blogger yang lain turut merasa begini bila blog yang
dibina senyap tanpa ada apa-apa perkongsian. Banyak perkongsian dairi kehidupan
famili hilang begitu sahaja. Pelbagai peristiwa yang berlaku di persekitaran
Abi sekeluarga tidak sempat dirakam dan dinukilkan melalui penulisan di sini.
Kerosakan laptop yang tidak dibaiki dan segala macam perkara yang perlu
diutamakan menyebabkan perkongsian dalam blog ini tergendala.
Blog pertama yang
Abi wujudkan ini adalah permulaan Abi mahu membiasakan dengan menulis apa
sahaja yang berlaku dipersekitaran famili Abi pada mula ia dibina. Juga untuk
membiasakan Abi merakamkan peristiwa, berita dan cerita-cerita yang boleh
menjadi manfaat kepada sahabat-sahabat yang mengunjungi blog ini. Suka duka
dalam kehidupan yang dilalui dan apa sahaja perjalanan hidup yang pernah
dilalui yang mana mungkin ada faedah dan manfaatnya untuk dikongsi dengan
sahabat blogger yang lain.
Entah mengapa
hari ini ( malam ini) sebelum pergi kerja Abi buka semula fail penulisan yang
lama-lama, penulisan perkongsian yang pernah Abi post di blog ini. Seronok pula
bila membaca semula cerita-cerita beberapa tahun yang lalu. Tentang
perkembangan puteri Abi Nur Dania Balqis, perkongsian ilmu, gambar-gambar Nur
Dania Balqis semasa kecil, semuanya mengimbau semula nostalgia beberapa tahun
yang lalu. Rasanya pantas sungguh masa berlalu.
Kini, dengan izin
Allah SWT, Nur Dania Balqis sudah berumur empat tahun lebih...juga usia blog
ini pun sudah enam tahun berada di alam maya ini. Insyallah, dengan semangat
yang diperolehi dari kursus penulisan yang Abi sertai baharu-baharu ini telah
menyuntik kembali enargi untuk menulis apa-apa sahaja di blog ini. Blog ini Abi
untukkan penulisan tentang famili dan perkembangan Nur Dania Balqis serta yang
lain-lainnya. Semoga Allah SWT terus memberi kekuatan agar Abi dapat meneruskan
kerja-kerja penulisan di blog ini.
Untuk akhirnya, salam
perjuangan dan salam kasih sayang kepada semua blogger yang masih aktif menulis
di blog masing-masing. Sehingga bertemu dalam penulisan yang seterusnya. Semoga
Allah terus memberi taufik dan hidayahnya kepada semua.
Amin Ya Rabb!.
Monday, October 29, 2012
Bertemu Lagi
Nur Dania Balqis
Alhamdulillah,
baru hari ini Abi sempat menulis untuk mengisi blog ini, sudah berapa bulan
tidak menulis sesuatu perkongsian dalam blog ini, rasa rindu untuk menulis
sesuatu di sini. Terlebih dahulu Abi ingin mengucapkan SALAM AIDILADHA 1433H,
maaflah kerana terlewat mengucapkan perayaan yang sangat beerti buat Umat Islam
di seluruh dunia ini. Juga dipanggil dengan nama Hari Raya Haji atau Hari Raya
Korban. Diharapkan agar para sahabat blogger sihat dan di Rahmati Allah SWT
selalu.
Banyak
aktiviti, catatan perjalanan kehidupan Abi dan perkembangan Nur Dania Balqis
yang Abi tidak sempat kongsikan, biar pun adakalanya sudah dicatat dalam buku
nota, namun dek’ kerana semangat untuk menulis menurun maka banyaklah
perkara-perkara yang tinggal begitu sahaja. Apa pun yang berlalu biarlah
berlalu, namun ruang yang masih ada ini insyallah Abi akan kongsikan sesuatau
yang bermanfaat.
Tahniahlah
kepada sahabat yang berkorban pada tahun ini, semoga ibadah korban yang
dilaksanakan di terima oleh Allah SWT sebagai amal soleh untuk bekalan ke
akhirat nanti. Bila menjelang Zulhijjah kita akan ingat ibadah haji dan badah
korban antara satu saling berkait. Ibadah haji dituntut bagi mereka yang ada
kemampuan, sihat tubuh badan, punyai kenderaan untuk ke sana , malah cita-cita ini tersemat di hati
setiap umat Islam.
Syabas
dan tahniahlah kepada sahabat yang mungkin sedang menunaikan ibadah haji ini.
Allah telah memilih untuk menjadi tetamunya, semoga ibadah haji yang dikerjakan
diterima oleh Allah SWT sebagai haji yang mabrur. Bila menulis tentang sahabat
yang pergi haji, terkenang pula Abi dengan emak Abi yang sedang turut
menunaikan haji bersama adik ipar dan saudara yang lain.
Rindu
sangat untuk menatap wajah emak, hampir sebulan tidak berbual dengannya. Namun
biarlah emak sedang menjadi tetamu Allah. Di sini kami mendoakan agar emak
sentiasa sihat, selamat, dimudahkan segala urusan ibadah hajinya dan di reda
dan di rahmati Allah selalu hendaknya. Amin...!.
Ya..begitulah
indahnya mereka yang menunaikan ibadah haji, mereka menyerahkan bulat-bulat
hanya kepada Allah SWT. Jiwa raga mereka dan pengorbanan mereka sudah tentunya
akan menerima ganjaran yang besar dari Allah SWT. Abi mendoakan semua para haji
Malaysia
dan para haji dari seluruh dunia beroleh haji yang mabrur.
Dengan
mengambil semanagt Zulhijjah ini,Insyallah Abi akan cuba menulis kembali diblog ini.
Segala rentetan kehidupan ini perlu dinukilkan, biarpun sekelumit Cuma namun
ianya akan menjadi bahan sejarah dan kenangan untuk tatapan kedua anak-anak Abi,
Nur Dania Balqis dan Muhammad Anas.
Untuk
akhirnya, semoga kita semua di Rahmati Allah SWT dalam apa jua situasinya.
Hidup tenang, bahagia dan harmoni milik hamba-hamba yang beriman.
Sekian,
Jumpa lagi !.
Wednesday, August 29, 2012
SALAM AIDILFITRI 1433H / 2012M
Dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN kami ucapkan kepada seluruh sahabat yang berkunjung di blog NUR DANIA BALQIS , semoga berbahagia di Syawal yang suci ini. Jadikanlah syawal kali ini lebih baik, lebih indah dan harmoni buat semua. Jalinkan kasih sayang sesama kita, ayah ibu, anak-anak,saudara-mara, teman dan selainnya.
Insyallah, bertemu lagi dalam post yang terbaharu nanti, suasana hari raya Nur Dania Balqis bersama keluarga.
Jumpa lagi..!
Wednesday, August 1, 2012
Ramadan Kareem 1433H
Assalamualaikum Abi ucapakan kepada semua sahabat blogger yang masih sudi bertandang ke blog ini.Ribuaan kemaafan sekiranya ada kesilapan selama menulis di dalam blog ini.Sempena Ramadan yang mulia ini Abi ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain di Ramadan yang mulia ini.
Semoga Allah sentiasa menerima kita sebagai hambanya yang taat dan merahmati kehidupan kita dalam menjalani kehidupan berkeluarga.Ramadan yang indah dan penuh berkatan ini mudah-mudahan tidak di persia-siakan begitu sahaja.Seperti tahun-tahun yang berlalu ramadan tetap menjanjikan beribu satu keistimewaan sekiranya kita dapat mengambil segala keistimewaan itu.
Sekali lagi di ucapakan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN 1433H YANG MULIA.
Saturday, December 31, 2011
Selamat Menyambut Tahun Baharu 2012
Kepada seluruh sahabat blogger di ucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2012.Semoga Allah terus merRahmati kita semua..!
Sunday, November 27, 2011
Salam Maal Hijrah 1433H
"Ya..Allah berkatilah kehidupan kami sekeluarga,moga 1433H ini,makin aman damai dunia ini,Selamatkan kami semua Ya..Allah..AMIN!!!"Tahun baharu 1433H telah membuka tirainya,moga hari yang mulia ini dan tahun yang mulia ini.kita raikan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan pada Allah SWT.Ia merupakan satu detik bermulanya suatu perjuangan dalam hidup agar segala yang di laksana menuju kearah kebaikan dan seterusnya kejayaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
Alhamdulillah,dengan izin dan kehebatan kuasa Allah SWT,kita masih dapat sama-sama di izinkan bertemu di ruang maya ini.Dalam kesempatan ini,Abi ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan juga tidak lupa ucapan ribuan kemaafan kepada seluruh sahabat-sahabat blogger yang berkunjung ke laman blog ini.Maklum,kelihatannya blog ini semakin hari semakin ketiadaan pengisian yang di kongsikan buat sahabat semua.
Insyallah,di tahun yang baharu ini 1433H,Abi akan berusaha dapat berkongsi-kongsi apa sahaja di dalam blog ini.Apa pun semuanya terletak pada yang empunya blog,dengan tekad dan azam yang baharu insyallah ia akan dapat di realisasikan.
Sedikit tentang permata hati kami Nur Dania Balqis,sekarang sudah menginjak ke umur 2 tahun 7 bulan,dengan izin dan kebesaran Allah SWT sudah pandai mengenal huruf (Alif,Ba,Ta..),A,B,C...1,2,3..sudah pandai tukar cd kesukaannya.Pantang balik dari mana-mana,ia kan teringatkan Vcd ‘ALIF TA..ALIF TA..TA’@Alif,Ba,Ta..’.Terus mahu di pasangnya.Itu serba sedikit yang dapat di kongsikan.
Semoga tahun baharu 1433H ini,dapat kita sama-sama manfaatkan dengan kebaikan dan kejayaan.Sekali lagi Abi ucapakan ‘SELAMAT TAHUN BAHARU 1433H’.
Tuesday, May 3, 2011
Tahniah Ayie..!





Alhamdulillah,akhirnya bakal mengakhiri zaman bujang anak buah sebelah Ummi.Semoga selamat kehujung hari yang bahagia nanti,dalam diam-diam ada calon yang memikat jiwanya.Rupa-rupanya ada taman di dalam hatinya.
Ucapan tahniah dan selamat bertunang dari kami sekeluarga untuk Mohd Baihaqi bin Hassanuddin atau nama manjanya Ayie@Moks yang berlangsung pada Ahad,27hb Mac 2011 yang lalu.Masuk yang ini,sudah tiga orang cucu emak berumahtangga,cumanya yang ini hanya ada rumah, tangganya belum ada pengesahan;),jangan marah..!.
Semoga hari hari yang di lalui bertambah berkat dan di Rahmati Allah.Selangkah menuju ke gerbang pernikahan,setahun menunggu pejam celik..eehh..kawin juga kau rupanya..!
Tahniah sekali lagi..!
Tuesday, April 12, 2011
Bertemu lagi..!
Assalamualaikum dan salam ukhwah semua,Alhamdulillah dengan kasih sayangNya,dapat bertemu,biarpun sudah beberapa bulan berlalu tidak dapat mengisi apa-apa pengisian di dalam blog ini,maklum saja,laptop mengalami kerosakan,sehingga menghilangkan mood untuk menulis sesuatu.Syukur pada hari ini,ada kekuatan untuk Abi mengetuk papan keyboard ini,untuk berkongsi sesuatu.Terlebih dahulu ingin merakamkan ribuan kemaafan kepada pengunjung blog ini,kerana asyik tak update bila berkunjung ke sini,asyik yang itu,itu saja,mesti boring..!.
Apa pun Abi ucapkan ribuan terima kasih kerana masih sudi berkunjung,Alhamdulillah Nur Dania Balqis kini dah menginjak masuk setahun sebelas bulan,menghampiri dua tahun.Adiknya masuk lima bulan,Muhammad Anas.Nur Dania Balqis makin manja dengan Abi,pantang Abi nak keluar mesti nak ikut.Ini antara perkembangan yang Abi lihat pada Nur Dania Balqis.Mungkin ada masa nanti,Abi akan tulis tentang perkembangan terkini pada Nur Dania Balqis pada pertemuan seterusnya.
Segalanya ketentuan ilahi.Bermacam ujian dan rencam dalam kehidupan yang kita lalui.Namun hidup mesti di teruskan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan pada Allah.Bergantunglah segala-galanya hanya kepada-Nya.Hanya Allah yang mampu menolong kita,setiap sesuatu pasti ada hikmah dan pengajarannya.
Bagi mereka yang telah mendirikan rumahtangga dan sudah memiliki cahaya mata di ucapkan tahniah,begitu juga pada mereka yang sudah berumahtangga,namun sehingga kini masih belum di rezkikan untuk menimang cahya mata,berusaha dan bersabarlah atas ujian yang Allah berikan.Lambat atau cepat itu kerja Allah yang menentukan,kita sebagai manusia hanya berusaha.Namun apa sekalipun kita kena usaha dalam ingin menikmati atau memiliki cahaya mata.Maklum sahaja,mungkin ada di antara pasangan masing-masing mempunyai masalah ataupun kelemahan.
Berusaha dan berikhtiarlah,pasti hujungnya ada kemanisannya untuk anda.Hidup tanpa kehadiran anak,pasti terasa sunyi.Jiwa akan terasa,bila di tanya tentang anak,kawan-kawan,ahli keluarga,ibu mertua masing-masing bertanyakan mana? Bila lagi?..belum ada lagi..?,inilah pertanyaan-pertanyaan yang kadang-kadang,jika tidak kuat akan merasa kecil hati,merajuk dan sebagainya.Jawablah dengan tenang dan bersabar jika di ajukan soalan sebegini.Adakalanya mereka yang bertanya ada berulang,dah tahu belum ada anak lagi tapi tanya berulang-ulang..sabarlah jawabnya.
Apa yang penting,kita balik pada yang Maha Kuasa,kerana hanya padaNya yang menentukan,setelah kita berusaha,berikhtiar,berdoa dan akhirnya bertawakal padaNya.Seperti yang Abi tulis di atas tadi..berusaha dan berikhtiarlah,pasti hujungnya manis..!.Insyallah segala usaha kita pasti Allah bantu.Jangan berputus asa dari Rahmat Allah,yakinlah Allah bersama-sama denga orang yang sabar.
Sampai jumpa lagi..selamat mendidik anak-anak..!
Friday, September 10, 2010
SALAM AIDILFITRI 1431H
Salam Aidilfitri 1431H
Assalamualaikum semua,dikesempatan ini Abi ingin memohon ribuan ampun dan maaf seandainya ada salah dan silap sepanjang menulis sesuatu di dalam blog ini.Bulan baik hari baik ni,eloklah bermaaf-maafan;)..Moga Anda ceria di Aidifitri,di terima segala amalan di sepanjang Ramadan lalu:).
Dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..!
BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU KEPADA ANDA SEMUA,INGAT YANG TERSAYANG..!
Monday, August 16, 2010
Selamat Berpuasa Ramadan 1431H/2010

Semoga puasa tahun ini lebih baik dari tahun lepas...
Dalam kesempatan pertemuan ini,Abi ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK 1431H,semoga segala amalan yang kita laksanakan beroleh reda dan Rahmat Allah SWT.
Hari ni dah masuk hari yang ke 5 kita berpuasa.Semoga puasa tahun ini lebih baik dari tahun yang terdahulu.Bulan Ramadan yang mulia ini tidak kita melakukan pembaziran terutamanya dalam menyediakan juadah berbuka puasa,maklum saja bazaar Ramadan di buka di mana-mana tempat di setiap ceruk pekan,bandar dan bandar raya,membeli dengan berpada-pada,jangan sampai terbuang makanan atau minuman yang kita beli.
Ingatlah pada mereka yang tidak upaya dari kita,ingat juga pada saudara seagama seperti di Palestin,Afghanistan,Kemboja dan Negara Islam yang lain,mereka terlalu daif dari kita,betapa sukarnya mereka untuk mendapatkan makanan yang enak dan lazat,tidak seperti kita saban hari makanan mencurah dan pelbagai jenisnya.Jadi bersyukulah dengan nikmat yang ada ini.
Semoga puasa yang kita kerjakan membina sifat taqwa,itulah matlamat akhir dari kesan kita berpuasa.Mudah-mudahan kita tidak tergolong dari kalangan manusia yang tamak dan membazir.
Sekali lagi Abi ucapkan SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK,
MAAF ZAHIR DAN BATIN..!
Sekian.
Sekian.
Wednesday, July 14, 2010
Ulangtahun Ummi
Assalamualaikum semua..Harap-harap Anda semua sihat dan ceria selalu,bertemu lagi dalam dunia blog hari ini.Dalam kesempatan ini Abi nak sama-sama berkongsi aktiviti Nur Dania Balqis kepada Anda.
Sebagai Mukaddimah:
“ALHAMDULILLAH..Pejam celik pejam celik umur kita makin bertambah,makin dewasa,makin tua,makin menuju kegerbang kematian,satu destinasi yang pasti dan tidak dapat sesiapa cuba hendak menghindarinya..usia dan waktu yang Allah pinjamkan kepada kita seharusnya di syukuri dan gunakannya untuk sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada kita.
Nikmat yang Allah berikan kepada kita terlalu banyaknya,nafas kita,udara yang kita sedut,angin yang kita rasai kenyamannanya saban hari,air yang kita gunakan untuk mandi,minum dan sebagainya adalah kurniaan Allah kepada kita semua.
Allah Maha Kaya,Allah Maha Pemurah,Allah Maha Pengasih Dan Penyanyang,segala nikmat dan anugerah yang Allah berikan pada kita,tidak sedikit pun Allah minta di bayar dan diganti,bahkan Allah tidak memerlukan itu semua,yang Allah mahu,kita sebagai pengguna nikmatNya,mensyukurinya dan jangan mengingkari segala suruhannya.
Nikmat umur yang Allah pinjamkan pada kita,mari kita gunakan untuk kebaikan,kita buat suruhannya dan tinggalkan tegahannya,kita bina keimanan dan ketaqwaan dengan sungguh-sungguh.Kita bina keluarga berlandaskan agama,mendidik anak-anak,isteri ,suami dengan aturan agama yang Allah berikan pada kita,dengan itu mudah-mudahan kita tidak tergolong dari orang-orang yang mengingkari dan melupakan Allah.Mari kita usahakan sama-sama..!”
Syukur Alhamdulillah pada tanggal 7HB 07 2010,hari rabu,kami sekeluarga telah meraikan hari ulangtahun Ummi yang ke-32,Sekadar ringkas sahaja,yang penting tanda penghargaan dan kesyukuran.
Ucapan Abi Untuk Ummi:
“Semoga Ummi di Rahmati dan di Redhai Allah selalu,di Berkati usia..panjang umur,murah rezeki,sukses dalam kerjaya..menjadi isteri serta ibu yang solehah buat Abi dan Nur Dania Balqis..susah senang dalam melayari kehidupan ini bersama,mendidik permata hati kita Nur Dania Balqis sama-sama…Semoga Ummi tetap dalam kesihatan yang baik…AMIN..AMIN..AMIN..YA..RABB..!”
Kepada Nur Dania Balqis:
”Hormati kedua Ummi dan Abi mu,taatinya..sayanginya..jadilah anak yang baik,yang solehah buat Ummi dan Abi..doakan kedua kami..,jadikan Allah yang UTAMA dalam hidup..agama sebagai panduan hidup..Quran dan Hadis sumber rujukkan dan penyelesai setiap masalah..hidupmu pasti bahagia dan tenang duhai permata hati kami…”
SELAMAT HARI ULANGTAHUN UMMI..!
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KITA SEMUA……
Friday, July 9, 2010
Azam Dan Mukaddimah Baru

Terima Kasih pada semua,masih sudi berkunjung blog Nur Dania Balqis
Dalam keadaan blog Nur Dania Balqis tak terusik,nak pula buka blog kedua..cam na tu;),Insyallah,selepas ini akan ada jadual untuk update kedua-dua blog ini,selagi semangat masih ada dan membara lagi;).Apa pun semua bergantung pada keutamaan perkara yang nak di lakukan.Pentingkan yang paling penting dulu..betul tak?.Alhamdulillah dengan izin Allah yang Maha Hebat dan Maha Baiknya,setakat ini sihat,semakin lasak,gigi makin banyak tumbuh tapi masih belum pandai berjalan lagi.Perkembangan dari sehari ke sehari untuk melihat Nur Dania Balqis membesar sangat memberi ketenangan dan keharmonian pada kami berdua,kesabaran dalam melayan karenahnya sangat menyeronokkan kami.Adakalanya Abi bertanya Ummi,”Bila nak besar ni..”.ha3..tak sabar-sabar bunyinya ni..;).
Semua dalam kekuasaan Allah SWT,manusia merancang Allah jua merancang,itulah hebatnya kuasa Allah.Kita hanya hamba yang mampu berserah atas ketentuan yang Allah berikan pada kita,mensyukuri atas nikmat yang banyaknya,jika kita nak hitung rasanya memang tidak akan terhitung…itulah kebaikkan Allah pada hambanya,Alhamdulillah dengan izin Allah Ummi kini sedang hamil dalam lima bulan dah,ini bermakna Nur Dania Balqis akan ada adik,bertukarlah statusnya menjadi kakak nanti,moga selamat sehingga harinya nanti(mohon doakan ye para pengunjung..;)).Terima kasih Tuhan yang Maha Baik..!
Semoga Allah memberi kekuatan pada Abi untuk terus menyemarakkan blog ini,memberi semangat untuk Abi berkongsi buah fikiran pada Anda semua,harap-harap Azam dan semangat baru ini akan terus berkekalan melekat dengan kuatnya dalam diri Abi.Oklah..mudah-mudahan entry ini sebagai mukadimah sekali lagi untuk kita bertemu dan berinteraksi dalam dunia tanpa sempadan ini(dunia maya..)Semoga para pengunjung mendapat manfaat dari perkongsian yang tidak seberapa ini.Terima kasih sekali lagi Abi ucapakan atas perhatian Anda ke atas blog kami ini.
Sekian.
AbiQis
Teratak Usang
Meru.
Tuesday, June 22, 2010
Tahniah..! Abang Mukhyuddin Ibrahim

Abang Mukhyuddin Ibrahim

Selepas perlantikan..
Kepada anak-anak buah yang seramai 57 orang semoga Abang Udin dapat di jadikan contoh sebagai pembakar semangat untuk maju dan berjaya dalam lapangan hidup pada masa akan datang.
Sekali lagi kami ucapakan Syabas dan Tahniah...!
Berita-Berita Perlantikkan Beliau:
SHAH ALAM, 21 Jun – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menyampaikan watikah pelantikan kepada Ketua Hakim Syarie Selangor dan tiga Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri. Mukhyuddin Ibrahim yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Kanan (Kehakiman) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Hakim Syarie negeri daripada Baginda di Istana Bukit Kayangan di sini.
Pelantikan Mukhyuddin, 52, anak kelahiran Bukit Naga, Klang bermula dari 7 Jun lepas yang dilakukan di bawah Seksyen 56 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003. Baginda juga turut menyampaikan watikah pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah kepada Saharuddin Selamat, 33, Mohamad Yusri Kasim, 30, dan Shukran Yusuf, 35.
Sebelum upacara itu, Sultan Sharafuddin berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) bernilai RM3.68 juta bagi tahun kewangan 2009, bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS). Bank Rakyat diwakili oleh Pengarahnya Datuk Md Aini Taib pada upacara itu. Secara keseluruhannya Bank Rakyat menunaikan zakat berjumlah RM35.3 juta bagi tahun kewangan 2009 berbanding RM33.4 juta pada tahun sebelumnya. –
BERNAMA
SUMBER: http://www.selangorkini.com.my/my/berita/14236
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam menyampaikan watikah pelantikan kepada Ketua Hakim Syarie Selangor dan tiga Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri.
Mukhyuddin Ibrahim yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Kanan (Kehakiman) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Hakim Syarie negeri daripada baginda di Istana Bukit Kayangan
Mukhyuddin, 52, dilantik mengikut subseksyen 56 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003, untuk mengisi jawatan itu yang dikosongkan Datuk Zohdi Toha yang kini berkhidmat di Mahkamah Rayuan Syariah Malaysia.
Baginda turut menyampaikan watikah pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah kepada Saharuddin Selamat, 33, Mohamad Yusri Kasim, 30, dan Shukran Yusuf, 35.
Mukhyuddin yang berasal dari Bukit Naga, Klang, pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Universiti Al-Azhar, Mesir dan Diploma Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Beliau memulakan kerjaya dalam bidang kehakiman syariah pada 1983 sebagai Pegawai Pentadbir Hal Ehwal Islam Tingkatan II, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan memegang pelbagai jawatan lain sebelum dilantik menjadi Pegawai Tadbir Agama/Kadi Daerah Gombak Barat, pada 1984.
Pada Julai 1991 hingga Disember 1991, Mukhyuddin dilantik menjadi Kadi Litar Bahagian Pantai membabitkan Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam.
Selepas 11 tahun berkhidmat sebagai Hakim Rendah Syariah, pada Jun 2002 Mukhyuddin dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor sebelum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada Jun 2005.
Saharuddin pula dilantik pada 1 Mac lalu, Mohamad Yusri (29 Mac) manakala Shukran dilantik pada 7 Jun lalu.
Terdahulu, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) zakat perniagaan RM3.7 juta daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) bagi tahun kewangan 2009.
Cek pembayaran zakat diserahkan Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Datuk Aini Taib dengan disaksikan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa; Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail dan Ketua Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.
Pembayaran zakat perniagaan itu adalah yang tertinggi berbanding negeri lain dan lebih RM300,000 berbanding tahun perniagaan 2008 apabila Bank Rakyat membayar zakat perniagaan sebanyak RM3.4 juta.
SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE
Monday, May 17, 2010
Selamat Hari Guru Untuk Ummi..!
.jpg)
Masih ada kesempatan lagi untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU BUAT UMMI DAN GURU-GURU DI MALAYSIA..Semoga segala usaha anda membentuk anak bangsa di Redhai dan di Rahmati Allah.
Pada Ummi,Abi mengucapakan Selamat mengajar di tempat baru (Sekolah Kebangsaan Abdul Samat Kapar)..dah masuk 5 bulan dah Ummi mengajar kat situ..;).Semoga Ummi terus bersemangat dan tidak jemu-jemu mendidik anak-anak murid Ummi.Semoga Allah merahmati dan menerima jasa bakti Ummi dalam mendidik anak bangsa.
SELAMAT HARI GURU...!
Subscribe to:
Posts (Atom)
BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali
Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?
1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.
1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.
Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.
2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.
2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.
Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.
3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.
3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.
Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.
4. Elakkan terlampau banyak komplain.
4. Elakkan terlampau banyak komplain.
Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.
5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.
5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.
Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.
6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.
6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.
Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.
7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.
Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.
8. Jangan merendahkan keinginan dia.
8. Jangan merendahkan keinginan dia.
Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.
9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.
9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.
Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?
10. Pesanan Rasulullah S.A.W.
10. Pesanan Rasulullah S.A.W.
Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.
Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.
Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.
Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI






