Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Sunday, August 29, 2010

Facebook khas bagi Kanak-kanak

Anak-anak juga boleh di ajar dengan kecanggihan teknologi


Assalamualaikum semua,dapat bertemu lagi..kali ini Abi kongsikan satu artikel yang sangat menarik,khusus untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak..bacalah...

Hasil kajian terkini sempena Minggu Keluarga Kebangsaan di United Kingdom mendapati tidak sampai separuh (49%) kanak-kanak yang ditemu bual mengatakan bahawa ibu bapa sangat penting dalam hidup mereka.

28 peratus kanak-kanak yang berumur 11 tahun pula mengatakan Facebook mempunyai kesan yang lebih besar dalam hidup, melebihi kesihatan, bersukan dan bersekolah. Statistik kajian itu juga menunjukkan bahawa kanak-kanak perempuan lebih ramai menggilai Facebook dengan 4 orang daripada setiap 10 kanak-kanak perempuan.

Hasil kajian yang mengejutkan ini mengajak kita sebagai ibu bapa berfikir semula. Adakah anak kita sudah cukup matang bagi dibenarkan mempunyai akaun Facebook sendiri?

Pentadbir laman Facebook menetapkan syarat bahawa jika anak kita ingin mempunyai akaun Facebook, mereka harus berusia 13 ke atas. Namun jika anak kita yang berumur 10 tahun memasukkan maklumat dengan tarikh lahir palsu semasa pendaftaran, Facebook tetap menganggap maklumat itu betul lalu membenarkannya.

Justeru sebagai ibu bapa, tiada yang lebih berharga selain pemantauan berterusan terhadap aktiviti anak-anak kita di alam siber. Linda Caple-Wakeling, seorang ibu dari New South Wales, Austalia membenarkan anaknya berumur 11 tahun mempunyai akaun Facebook.
Namun beliau sendiri mempunyai autoriti mutlak meluluskan permintaan rakan-rakan anaknya yang ingin menjadikan anaknya rakan mereka. Beliau terlebih dahulu membaca latar belakang mereka. Biasanya mereka datangnya dari sekolah yang sama.

Dalam pada itu, menurut Professor Virginia Slaughter, pakar pembangunan sosial kanak-kanak dari University of Queensland, Austalia, Facebook juga merupakan platform bagi kanak-kanak bersosial. Sebagaimana orang dewasa yang perlu hidup bersosial, kanak-kanak juga berhak bersosial.

Namun beliau menasihatkan bahawa jika kita tidak mengawasi aktiviti Facebook anak-anak, kita mendedahkan mereka dengan bahana buruk yang bakal menimpa.

Togetherville: Facebook untuk Kanak-kanak

Togetherville adalah laman rangkaian sosial terbaru yang berfungsi seperti Facebook Cuma ia dikhaskan bagi kanak-kanak berumur 6-10 tahun. Perkara yang positif tentang Togetherville ialah ia sesuai dan selamat bagi anak-anak kita bersosial bersama rakan-rakan maya.

Mandeep Dhillon, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Togetherville berkata ibu-bapa hari ini sangat sibuk di pejabat. Selain itu mereka juga sibuk di alam maya dengan bersosial dan bersembang di Facebook.

Justeru beliau menggesa ibu bapa supaya menjadikan masa yang diperuntukkan di Facebook sebagai masa berkualiti. Dengan Togetherville kedua-dua pihak bersosial secara maya dengan interaksi yang selamat dan terjamin. Ibu bapa boleh mencapai akses ke Togetherville dengan log-in melalui akaun Facebook mereka yang dirangkaikan dengan Togetherville.

Sumber:

Pa&Ma Julai 2010

Oleh Syahrul Nizam Junaini http://ictpama.blogspot.com/

Sunday, August 22, 2010

Gambar Nur Dania Balqis Membelek Buku

Buku: Mama Saya Lapar

Assalamualaikum semua,selamat berpuasa,semoga segala amalan kita diterima Allah.Dalam pertemuan hari ini Abi kongsikan gambar-gambar Nur Dania Balqis sedang membelek-belek buku hasil tulisan Wardinah Syafiah;).."Mama Saya Lapar.." ...

Lihatlah aksi-aksinya;)...












JUMPA LAGI NUR DANIA BALQIS DALAM POTRET YANG LAIN PULAK YE..!

Thursday, August 19, 2010

Khasiat buah kurma


Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : "Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar 'Ajwah' dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur'an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa 'Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 : Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak. (Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur'an dan hadis Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud : "Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air. (Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma : Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Sumber:Facebook
*
Dicopy dari Blog Mufti Brunei http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/dis98/h_fruit.htm

Monday, August 16, 2010

Sedikit Imbauan Ramadan 1430H Dan Renungan Bersama

Alhamdulillah masih di izinkan lagi untuk bertemu dalam dunia blog ini,Syukur padanya masih di beri kesempatan untuk menghirup udara Ramadan yang indah dan penuh keRahmatan ini,Kepada diri sendiri dan Anda semoga sama-sama meraikan Ramadan ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan pada Allah swt.

Tak tahu apa yang hendak di kongsikan pada pertemuan hari ini,tulislah apa-apa yang ada di fikiran waktu ini,rasanya nak imbau balik kenangan Ramadan tahun lepas 1430H/2009,bila ingat balik Ramadan tahu lepas,terasa cepat benar Ramadan datang lagi,waktu tu permata hati Abi baru beberapa bulan lahir,bila masa buka belum dapat lagilah dia menyibuk nak kacau orang berbuka,maklum belum tahu apa lagi,bila masa berbuka letak je tepi di samping Umminya,taklah dia kacau kami sedang berbuka.Tahun tu tahun pertama permata hati kami ada di sisi kami,memang rasa seronok dan syukur,ada orang baru di sisi kami,menceriakan suasana dalam hidup kami berdua.Terima kasih Tuhan..!


Imbauan Ramadan 1430H/2009,Puasa hari pertamaUmmi di sisinya Nur Dania Balqis


RENUNGAN

Siapa yang tak sayangkan anakkan?...melainkan mereka yang tak tahu menghargainya,tahunya seronok sahaja,lepas tu buang..memang dasar manusia berhatikan binatang,tapi rasanya binatang pun sayangkan anaknya,kita kata kat mereka yang buang anak tu…manusia berhatikan saitan,sebab saitan memang makhluk yang jahat dan sesat lagi menyesatkan…Mereka yang membuang anak tu,memang makhluk yang tak tahu bersyukur dan tak pernah mengenal apa itu syukur(ni bukan marah tapi gerammm..).

Mangsa kekejaman,manusia berhatikan saitan..!


Mana tidaknya,tidak kah mereka terfikir dan berfikir,apa yang mereka lakukan adalah satu perkara yang kejam dan terkutuk,pembunuh dan membunuh dengan sengaja,kalaulah mereka itu berfikir dan memikir(jangan asyik fikir sedapnya je,,..)apakah mereka sanggup melakukannya?..Tapi bila saitan sudah merasuk dan melaksanakan peranannya itulah hasilnya,ta tahu nak berbuat apa-apa,dengan fikiran singkat dan tidak mahu bertanggungjawab,buangkan saja…di mana? Tong sampah,di tapak buangan sampah,di dalam surau,tepi surau,tepi parit,dalam longkang,depan rumah orang,merata-rata sekarang mereka buang,dah macam buang sisa makanan yang mereka buang.Malam tadi berita Tv 9,menyatakan kes buang bayi sudah menjangkau peratusan 154%...bukan lagi 100%.,yang tak di kira?bahkan lebih mahunya.

Eh..tadi nak tulis imbauan Ramadan tahun lepas dah meleret pulak,tapi apa salahnya kan,sebagai bahan berfikir untuk kita semua,anak-anak Allah anugerahkan untuk kita sayangi,beri didikan,panduan,ia merupakan aset untuk agama,bangsa dan Negara.Mereka lah yang bakal mewarisi kehidupan yang bakal kita tinggalkan.Mereka yang membuang bayi adalah mereka yang tidak bertamadun,manusia kejam yang tidak layak untuk di hargai,biar apa pun alas an mereka,seandainya ada dikalangan mereka menyatakan,mereka membuang bayi ini kerana terpaksa,malu,takut…banyak cantik..!,Mereka memang selayaknya di humban kedalam Neraka Jahanam(kecuali mereka bertaubat).

Permata hati Abi sedang enak di ulit mimpi


Kepada diri Abi dan Ummi..sayangi permata hati Abi dan Ummi sepenuh hati,kerana ia adalah aset yang sangat berharga,kami ingin jadikanya anak yang solehah,mendoakan kami nanti,mewarisi kehidupan yang bakal dia tempuhi nanti.Perjuangan belum selesai untuk kami mendidi dan mengasuhnya,selagi ada hayat kami,kami ingin melihatnya membesar dengan panduan agama.Inilah cita-cita kami,begitu juga dengan Anda juga kan?..Marilah kita sayangi anak-anak kita..!

Ramadan 1431H,permulaan yang baik dan baru untuk kita sayangkan keluarga kita dan anak-anak kita..

Sekian..Jumpa lagi..!

Selamat Berpuasa Ramadan 1431H/2010

Semoga puasa tahun ini lebih baik dari tahun lepas...


Alhamdulillah,kini kita berada di dalam bulan Ramadan 1431H,setahun sekali kita meraikan Ramadan yang penuh dengan kerberkatan.Dengan izin Allah,dapat kita bertemu lagi di dunia tanpa sempadan ini.Namun segalanya dengan izin Allah semata-mata.Abi ingin mengucapkan ribuan kemaafan kepada seluruh sahabat-sahabat blogger yang datang menjenguk ke blog ini,salah silap seandainya ada dalam tulisan Abi harap di maafkan.

Dalam kesempatan pertemuan ini,Abi ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK 1431H,semoga segala amalan yang kita laksanakan beroleh reda dan Rahmat Allah SWT.

Hari ni dah masuk hari yang ke 5 kita berpuasa.Semoga puasa tahun ini lebih baik dari tahun yang terdahulu.Bulan Ramadan yang mulia ini tidak kita melakukan pembaziran terutamanya dalam menyediakan juadah berbuka puasa,maklum saja bazaar Ramadan di buka di mana-mana tempat di setiap ceruk pekan,bandar dan bandar raya,membeli dengan berpada-pada,jangan sampai terbuang makanan atau minuman yang kita beli.

Ingatlah pada mereka yang tidak upaya dari kita,ingat juga pada saudara seagama seperti di Palestin,Afghanistan,Kemboja dan Negara Islam yang lain,mereka terlalu daif dari kita,betapa sukarnya mereka untuk mendapatkan makanan yang enak dan lazat,tidak seperti kita saban hari makanan mencurah dan pelbagai jenisnya.Jadi bersyukulah dengan nikmat yang ada ini.

Semoga puasa yang kita kerjakan membina sifat taqwa,itulah matlamat akhir dari kesan kita berpuasa.Mudah-mudahan kita tidak tergolong dari kalangan manusia yang tamak dan membazir.

Sekali lagi Abi ucapkan SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK,

MAAF ZAHIR DAN BATIN..!

Sekian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI