Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Thursday, December 31, 2009

Ucapan Selamat Tahun Baru 2010Masihi


Assalamualaikum dan salam mesra,bahagia dan harmoni buat semuanya,Segala puji-pujian untuk Tuhan seru sekelian Alam ini serta Salawat dan salam ke atas Rasul junjungan mulia Nabi Muhammad SAW,keluarga dan para sahabat baginda sekelian.Dalam kesempatan ini Abi ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2010 kepada semua pengunjung Laman Blog nurdaniabalqis.blogspot.com.Diam tak diam 2009 bakal meninggalkan kita semua,sudah tentunya segala kenangan dan pengalaman sepanjang tahun 2009 akan kita jadikan sejarah dalam hidup kita,sejarah baru akan terlakar dalam tahun 2010 nanti,Insyallah kalau umur kita panjang.

Dalam melayari hidup selama ini,kita mengharungi bermacam-macam bentuk ujian dan mehna dalam perjuangan hidup kita,mudah-mudahan segala apa yang di rancang dan di azamkan telah kita laksanakan dengan baik.Tahun baru biasanya akan ada azam baru yang di rancang,namun segala-galanya Tuhan yang menentukannya.Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam…kerana masa kita ke sana semakin hampir..Semoga tahun baru ini bertambah-tambahlah keimanan dan ketaqwaan kita pada ilahi.

SELAMAT TAHUN BARU..2010…

Sekian.

Wednesday, December 30, 2009

Baca Buku Boleh Melambatkan Nyanyuk..?




MARILAH BACA BUKU


Dalam pertemuan kali ini,Abi nak bercakap pasal buku,Buku untuk di baca bukan untuk di simpan saje..beli buku mesti dibaca baru minda berkembang,ada ke orang beli buku tak di baca?...jawapannya…,ADA..bukan tak nak baca,tak sempat,kadang-kadang sibuk tu yang tak sempat nak baca walau dah beli..apa pun tahniahlah Anda masih mahu membeli walaupun membacanya agak lambat dek kerana masa yang terlalu sibuk,

Alhamdulillah,sekarang apa yang Abi perhatikan,bila masuk ke kedai-kedai buku,ramai orang datang,ada yang sekadar meninjau-ninjau,ada yang membelek-belek pastu terus beli,ada yang sekadar tengok-tengok..bak kata macam-macam gelagat boleh kita tengok bila kita masuk kedai buku(termasuk gak Abi..hu3)..apapun perkembangan ini sangat memberangsangkan,dah semakin ramai sukakan buku dan membaca buku.

Apa yang Abi nak kongsikan kali ni adalah mengenai tabiat membaca ni boleh melambatkan Nyanyuk seperti apa yang Abi baca dalam buku seorang Motivator yang amat terkenal dan di kenali di tanahair kita,Dalam buku yang bertajuk ‘Biar Betul-Betul’ tulisan Dr.HM Tuah Iskandar al-Haj,.Beliau telah memetik kata-kata dari pengerusi Intitut Terjemahan Negara,Dato’ Abd Aziz Abdul Rahman yang menyatakan,”Elak nyanyuk bacalah novel.”

Seterusnya beliau menyatakan dalam ceramah-ceramah yang beliau adakan sering beliau mengabungkan tiga perkataan lupa,latah dan nyanyuk serta mengaitkan ketiga-tiga perkataan itu dengan kemalasan tentang membaca,yang menyebabkan sel neuron dalam otak kita berada dalam situasi tidur,pengsan dan mati.Lagi beliau menyatakan,Jika semakin banyak sel tidur,pengsan dan mati ,besar kemungiknan menyebabkan penyakit lupa,latah dan nyanyuk terutamanya perempuan,untuk lelaki pula iaitu azheimer atau kelupaan yang teruk.

Menurut buku itu lagi,fakta ini di dapati dari kajian yang di keluarkan oleh Endowment of Arts di Amerika.Jadi bagaimana dengan anda semua? Nak baca buku tak, elak daripada nyanyuk?.Terpualng pada diri sendirilah ye..tepuk dada Tanya Iman.Oklah mudah-mudahan perkongsian ini ada manfaatnya.

Sekian.

JADIKANLAH BUKU SEBAHAGIAN DARI HIDUP ANDA

SEBAHAGIAN BUKU-BUKU YANG BERADA DALAM KOLEKSI MINI PERPUSTAKAAN NUR DANIA BALQIS








Untuk ulasan-ulasan buku:

Dunia Buku

Tuesday, December 29, 2009

Isi Borang TAWAS (Tabung Warisan Anak Selangor) Untuk Nur Dania Balqis


Si Manja TAWAS (NUR DANIA BALQIS)

Dalam manifesto Pakatan Rakyat komponen Parti Pas dan Keadilan telah membuat satu janji,apabila di angkat menjadi kerajaan yang memerintah di negeri Selangor khususnya ,telah dirangka salah satu janji yang akan di beri untuk rakyat negeri Selangor antaranya ialah pemberian Tabung Tawas@Tabung Warisan Anak Selangor.

Baru-baru ni Abi telah mengisi borang tersebut untuk Nur Dania Balqis demi menuntut janji yang di berikan kerajaan negeri kepada rakyatnya.Tabung ini merupakan satu tabungan yang di beri oleh pihak kerajaan negeri bagi menghargai anak-anak kelahiran negeri selangor.Bagi Abi ia sangat bagus dan menunjukkan keperihatinan kerajaan kepada rakyatnya,maklum saja selangor sudah di gelar sebagai negeri berkebajikan,mudah-mudahan bukan slogan semata-mata.Dan segala janji-janji yang di utarakan bukanlah janji-janji pilihanraya semata-mata dan mesti di tunaikan sebaiknya.

Syarat-Syarat Permohonan TAWAS;
Warganegara Malaysia yang lahir mulai 1 Januari 2009 dan memenuhi syarat-syarat berikut:

• Lahir dimana-mana negeri dan ibu bapa lahir di Selangor atau di Kuala Lumpur sebelum 1 Febuari 1974.

ATAU;

• Lahir di Selangor DAN ibu bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun.
(Perlu mendapatkan pengesahan taraf bermastautin)

Untuk mengetahui selanjutnya sila layari Laman web:

www.tawas.org.my


Harapan rakyat pada kerajaan baharu Selangor agar konsep Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) dapat memberi manfaat kepada semua rakyat negeri Selangor tidak kira Melayu,India dan Cina.

Ucapan Syabas Dan Tahniah Kepada Kerajaan Baharu Negeri Selangor atas wujudnya TAWAS@TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR.

Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai TAWAS layarilah:

www.tawas.org.my

Saturday, December 26, 2009

Kongsi Buku-11

Penulis Bersama Ibu Bapa
BUKU: CATATAN HATI NIK NUR MADIHAH

Dalam pertemuan ini,Abi ingin kongsikan sebuah buku yang sangat menarik dan sangat sesuai untuk anak-anak kita,buku ini Abi beli semasa program di Masjid As-Syarif Meru iaitu Program Motivasai Bersama Adik Nik Nur Madihah di Dewan Hambali.Sebuah buku Motivasi yang sangat sesuai untuk ibu bapa dan untuk anak-anak kita,buku yang di maksudkan itu ialah CATATAN HATI NIK NUR MADIHAH…Kesusahan bukan penghalang kejayaan ,begitu menarik buku ini jika di telusuri dengan baik..sangat memberi motivasi kepada anak-anak kita yang masih belajar.

Buku terbitan Hijjaz Records Publishing,mengandungi 126 muka surat,hasil tulisan Ummu Hani dan juga adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal.

“Kesempitan hidup yang menyesakkan nafas tidak pernah sekalipun mematahkan semangatnya untuk Berjaya.Malah itulah tangkal dan azimat yang menjadi bekalan untuknya mengatur langkah,mencari permata yang tak ternilai harganya-ILMU! Menyalin semula sebuah kamus dengan tulisan tangan sendiri kerana tak punya wang untuk membelinya.Sering berpuasa menahan lapar dan dahaga demi untuk menjimatkan belanja.Menahan keinginan hati untuk memeliki barang-barang sendiri.Bukan senang mencapai bintang.Namun tiada yang mustahil dalam kehidupan.Kepada Allah dia menyandarkan harapan.Agar diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan cabaran hidup.Semoga diberi kesempatan untuk membalas keringat dan jasa ayah bonda.”

Begitulah kehidupan seorang anak nelayan yang bernama Nik Nur Madihah bin Mohd Kamal pelajar Spm terbaik Malaysia 2008,ya..bukan semudah yang di sangka untuk menggapai dan mencapai impian dan kejayaan,kesusahan,kesabaran..itulah yang di hadapi oleh adik Nik Nur Madihah ini..Dalam keadaan hidupnya yang di himpit dengan serba kekurangan beliau dapat membuktikan yang namanya kesusahan itu bukan penghalang untuk Sesutu kejayaaan.Beliau mengungkapkan kata-kata ini:

“Orang-orang miskin itu disayangi Allah dan Rasulullah SAW.Janganlah Anda Mengalah Wahai Teman! Kemiskinan bukanlah satu halangan mengucup kejayaan dunia akhirat”

Pembaca juga boleh menelusuri kehidupan keluarganya dalam buku ini,Ungkapan sang Ayah pada anak-anaknya seperti yang tertulis dalam buku ini:

“Walaupun kita miskin,kita tidak sampai melarat,masih boleh mencicip makanan.Orang lain,ada yang tidak mempunyai tempat tinggal lansung.Maka, anak-anak patut bersyukur!”

Begitulah ungkapan ataupun kita boleh kata motivasi yang diberikan oleh seorang Ayah kepada anak-anaknya yang sangat mengesankan kita semua.Dalam buku ini juga terdapat catatan yang ditulis oleh beliau,panduan-panduan untuk para pelajar serta amalan doa sebagai penguat dalam diri setiap pelajar yang patut di amalkan.

Untuk yang selebihnya,carilah buku ini di pasaran,kedai dan gedung buku yang berdekatan anda..Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat memberi manfaat dan motivasi kepada anda.

JADIKANLAH BUKU SEBAHAGIAN DARI HIDUP ANDA

Wednesday, December 23, 2009

Cakera Kosong Yang Canggih


Assalamualaikum semua..!,di harapakan anda semua dalam keadaan yang ceria dan sihat-sihat selalu ye.Dalam pertemuan dalam info IT kali ini,Abi nak kongsikan satu info berkenaan perkembangan dunia IT,dunia IT waktu kini mengalami banyak perubahan dan perkembangan,setiap masa ada saja ciptaan baru bagi kemudahan kita semua,jadi kita sebagai pengguna tinggal memanfaatkannya saja.

Oklah Abi tuliskan kembali satu laporan tentang info IT yang Abi dapati dalam akhbar tabloid Mingguan Wasilah untuk anda semua:

“Melbouren:Sekeping cakera kosong yang boleh menyimpan dua juta gambar dan 100,000 lagu boleh didapati dalam 10 tahun akan dating,demikian menurut ramalan penyelidikan Melbourne.

Pasukan penyelidik di Swinburne University of Tecnology semalam mengumumkan ia menggunakan nanoteknologi untuk merakamkan maklumat dalam lima dimensi.Cakera sekarang membuat rakaman dalam dua atau tiga dimensi.


Ini bererti DVD berpontensi menyimpan data hingga 10 terabit,bersamaan dengan 10,240 gigabit sedangkan cakera biasa kini boleh menyimpan 4.9 gigabit,lapor Austaralia Assoceated Press.


Dr James Chon,pengarang bersama penyelidikan itu berkata cakera baru itu boleh menyimpan 100,000 lagu dan bersamaan 2,000 wayang gambar.
Professor Richard Evans,dari bahagaian Teknologi Molekular dan Kesihatan CSIRO berkata teknologi itu akan terlebih dahulu digunakan dahulu dalam sector perubatan.kewangan dan kerajaan.

Penyelidilkan itu dijalankan oleh pusat bagi mikro-fotonik Swinburne University of Technology,dengan sokongan geran penemuan daripada Majlis Penyelidikan Australia”


Ya,begitu hebatnya ciptaan teknologi akan datang,kita nantikan 10 tahun dari sekarang..!

Tuesday, December 22, 2009

Bagaimana Kematian Kita..?



Saban hari kita disajikan dengan berita kematian yang pelbagai,beberapa hari yang lalu banyak kejadian kemalangan yang sangat tragis dan mengerikan,Kejadian yang sebegini sudah tentunya menyentuh hati dan naluri kita sebagai manusia,kita di perlihatkan dengan wajah-wajah kematian yang sangat menyayat hati kita,terdetik kah di dalam hati kita pertanyaan seperti Bagaimana kah saat kematian ku? Macam mana kematian ku nanti?,Atau kejadian-kejadian yang berlaku dihadapan kita tidak pernah membuahkan persoalan seperti itu atau langsung tidak member keinsafan kepada kita semua?,Sudah tentunya kejadian itu bukan sengaja Allah tunjukkan kepada kita,di sebaliknya ada maksud tersirat yang kita sama-sama mesti merenung dan memikirkannya.

Kematian adalah satu detik yang pasti,yang semua orang akan merasainya,sesuatu yang sangat pasti terjadi dalam kehidupan setiap yang bernama manusia,mahu atau tidak ia pasti datang dan menjemput kita,mahu lari ataupun mahu menghindarinya silakan! Tapi mampu kah kita?Waktu ni kita tidak tahu bila?Di mana? Bagaimana? Saat atau detik yang bernama kematian bakal menjemput kita.Segala-galanya dalam pengetahuan Allah SWT.

Mari kita fahami maksud-maksud firman Allah tersebut sebagai bahan renungan dan muhasabah diri kita:

“Katakanlah,Sesungguhnya sekiranya kamu melarikan diri daripada kematian,ia tetap menemuimu.Kemudian kamu dikembalikan kepad Allah yang mengetahui perkara ghaib dan nyata,lalu dia khabarkan kepadamu apa yang kamu lakukan di dunia.’

(Surah al-Jumuah,ayat 8)

“Katakanlah,Lari itu sekali-kali tidak berguna bagimu.Sekiranya kamu melarikan diri dari kematian ataupun pembunuhan dan sekiranya kamu terhindar daripada kematian,kamu tidak mengecap kesenangan kecuali sebentar sahaja.’

(Surah al-Ahzab,ayat 16)

“Allah sekali-kali tidak menangguhkan kematian seseorang apabila tiba waktu kematiannya dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

(Surah al-Munafiqun,ayat 11)

“Dialah yang menciptakan kamu daripada tanah.Sesudah itu,Allah menentukan ajalmu.Kemudian,ada satu lagi ajal yang ada di sisinya dan hanya dia yang mengetahuinya,sedangkan kamu ragu-ragu berkenaan kebangkitan itu.”

(Surah al-An’am,ayat 2)

“Apa yang ada di sisimu akan lenyap dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal.Sesungguhnya kami member balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”


(Surah an-Nahl,ayat 96)


“Katakanlah,’Aku tidak berkuasa mendatangkan mudarat dan manfaat kepada diriku melainkan apa yang dikehendaki Allah.’Setiap umat memiliki ajalnya.Apabila datang ajal kepada mereka,mereka tidak dapat mengundurkannya sesat pun dan tidak pula dapat mendahulukannya.”



(Surah Yunus,ayat 49)

Semoga petikan maksud ayat Quran tadi dapat kita jadikan peringatan untuk kita yang selalu alpa dan terleka dengan dunia yang sementara ini,kematian yang bakal menjemput kita nanti biarlah dalam keadaan kita beriman dan bertaqwa pada Allah SWT.Mati bila-bila masa boleh datang,jadi sediakanlah bekalan kita untuk ke negeri yang abadi kekal selama-lamanya.

Sekian.

Friday, December 18, 2009

Tahniah Kepada Mustakim..!


Dalam pertemuan kali ini,Abi sekeluarga ingin mengucapakan Tahniah kepada anak buah yang baru sahaja menerima dan menyambut kelahiran cahaya mata pertama kepada pasangan keluarga Mohd Mustakim(Mayo) dan Noor Jannatul Ummi(kalau sebelum lahir pun Abi ucapakan tahniah,bila dah lahir pun Abi ucapakan tahniah:)

Semoga dengan kehadiran cahaya mata itu,bertambah ceria,bahagia dan harmoni kehidupan mereka berdua..Tahniah pada Mustakim kerana dah menjadi ‘Dady’ dan kepada Jannatul Ummi sebagai ‘Mummy’…..

Nama yang sangat bagus ‘HANDZALAH’..ini bermakna bertambah lagilah kerabat dan waris dari keturunan ‘Bani Ibrahim’,tapi yang ni cicit Mak,Tahniah juga pada Mak yang dah menerima cicit yang pertama,Mak tentu gembira mendengar berita ini,Mak jadi ‘Buyut’..Jadi Ummi dah jadi Nenek..He3..Abi jadi Atuk..Ha3…betul ke?:)

Semoga Handzalah menjadi anak yang Soleh,membesar dengan baik,di beri kesihatan yang baik dan mudah-mudahan segalanya terbaik untuk handzalah…anak-anak adalah cahaya mata…

TAHNIAH…Sekali lagi dari kami..

Untuk Ucapan Yang Terdahulu: Ucapan

Thursday, December 17, 2009

PERANAN AYAH DAN IBU DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK


Ibu penyejuk hati, ayah penyemangat jiwa, ayah pembangun jiwa, ibu penyuburnya. Anak-anak selalu dengan ibu maka jagalah akhlak mereka melalui pengajaran, melalui didikan dan yang paling berkesan melalui tauladan. Ayah jarang ada di rumah, jadikanlah tempat rujuk saja yakni apabila ada masalah di dalam keluarga. Melalui ibu sebagai perantaraan berilah tahu kepadanya tetapi tidak salah kalau anak-anak merujuk langsung kepada ayah asalkan jaga adab-adabnya.

Segala sifat mahmudah latihlah di rumah, di sekolah menambahnya dan latihlah mereka beribadah, disiplinkan sembahyangnya. Ajak mereka bekerja sama mengurus rumah tangga.

Programkan kerja-kerja, disamping sekolahnya.
Berilah Kasih Sayang kepada anak-anak tapi jangan terlalu dinampakkan kecuali yang kecil. Latih juga di kalangan mereka berkasih sayang sesamanya saling bantu, bermaafan, bertoleransi.

Ajarlah juga dan wujudkan di dalam keluarga, ibu dan ayahlah sebagai modelnya dan mereka akan menirunya yaitu galakkan makan bersama di dalam institusi keluarga. Ajar mereka adab-adab dan displinnya, tidur, membaca dan rehat tunjukkan juga cara-caranya. Agar keluarga terurus, disiplin dan harmonis.Itulah syurga rumah tangga, sebelum syurga di akhirat sana.

Sejaki kecil mendidik anak-anak itu hendaklah dikenalkan kepada Tuhan, mencintai dan takut pada-Nya. Sejak kecil jangan terlalu dibelai dan dimanjakan, kalau memarahinya jangan keterlaluan dan jangan kerap pula. Marahlah dalam kasih sayang agar kejahatan yang dibuat tidak berpanjangan.

Sayangnya kita kepada anak itu jangan terlalu dinampakkan, apa saja kehendak anak-anak ditunaikan tanpa dipersoalkan dan jangan dididik dengan harta keterlaluan dan berlebihan.
Begitulah juga pakaian jangan berlebih-lebihan hingga pembaziran, kalau sekadar yang diperlukan itu tidak mengapa bahkan itu adalah kewajiban.

Ajarlah solat dan biasakan solat bersama sejak mereka kecil, jangan setelah dewasa baru hendak diperintah, padahal sembahyang itu dari kecil mesti dibiasakan supaya setelah dewasa mendarah mendaging, dan susah hendak ditinggalkan.

Begitulah juga halal haram dan larangan Tuhan dari sejak kecil diajarkan dan minta mereka tinggalkan. Mana yang disuruh Tuhan sejak kecil diajarkan dan diamalkan setelah dewasa mereka mudah meneruskan karena sudah terbiasa.

Dari kecil lagi pergaulan bebas dibataskan, kalau hendak keluar rumah hendaklah dipersoalkan, balik ditanyakan mengapa lambat pulang hingga larut malam. Didik mereka memilih kawan yang beragama dan takutkan Tuhan kerana silap pilih kawan, ia akan merosakkan. Latih dari kecil lagi memasak, mengemas rumah, cintakan ilmu dengan banyak membaca ilmu pengetahuan.

Latih mereka hidup berdisiplin ada time ibadah, ada time membaca, ada time makan, ada time rehat, ada time bermain ada time berjalan agar setelah dewasa kelak mereka akan menjadi bangsa yang ada disiplin hidup yang istiqomah.

Disiplin itulah menjadikan bangsa itu beragama, rajin, maju, bersatu, dan berwibawa. Bangsa itu akan kuat, disegani dan dihormati serta diikuti.

Latih dari kecil makan bersama, sembahyang bersama, bekerjasama dan dengan tetangga dihormati dan diperhati. Didik anak-anak selepas Subuh dan Asar jangan dibenarkan tidur kecuali perlu kerana ia akan melemahkan akal fikiran menjadi manusia pemalas.
Sejak kecil didik menghormati ibu ayah, berkasih sayang dengan saudara dan keluarga dan hubungkan silaturrahim dengan sanak saudara. Berkawan hendaklah setia, utamakan kawan dari diri kita

http://tajdidkurun15.blogspot.com/2009/03/peranan-ayah-dan-ibu-dalam-mendidik.html

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU HIJRAH 1431H

Assalamualaikum dan selamat berbahagia pada semu pengunjung blog Nur Dania Balqis,Segala puji-pujian kepada Allah seru sekelian alam ini,Selawat dan salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga dan para sahabat beliau sekelian.Dalam pertemuan kali ini Abi nak mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU HIJRAH 1431H,semoga kehidupan kita terus dan sentiasa di Rahmati dan di Redhai oleh Allah SWT,Saban tahun kita akan meraikan dan menyambut tahun baharu hijrah ini,iaitu tiap kali menjelangnya 1 Muharram.

Sebagaimana yang semua maklumi,1 Muharram merupakan satu detik yang sangat bersejarah dan sangat penting dalam sejarah Islam,di mana permulaan Hijrah Nabi SAW dari bumi Mekah ke bumi Madinah,yang mana dengan ketulusan dan keimanan yang tinggi pada Allah SWT kaum Muhajirin dan Ansar telah dapat bersatu hati,berkasih sayang dan mengeratakn persatuan dan persaudaran demi perpaduan Umat Islam.Mereka sama-sama memikul tanggungjawab yang sangat besar dalam perjuangan meneggakkan kalimah Allah,Mereka melakukan itu dengan keyakinan dan keimanan yang tinggi semata-mata untuk melihat Agama Islam tertegak dengan jayanya.

Sebagai Umat Islam marilah kita sama-sama mengambil semangat dan pengajaran yang di bawa Nabi SAW untuk kita,khususnya dalam hijrah ini,bukan setakat mengambil semangat sahaja tetapi mempraktikan apa yang Nabi SAW tunjukkan dalam peristiwa hijarah itu,kalau kita lihat pada waktu ini,apa yang terjadi pada Umat Islam sangat mendukacitakan,masing-masing ingin mempertahankan segala keyakinan dan kefahaman perjuangan masing-masing tanpa ada rasa tolak ansur untuk sama-sama bersatu hati demi perpaduan Umat Islam,kehidupan berpuak-puak semakin menjadi-jadi,di mana semangat hijrah dan perpaduan yang saban tahun kita sambut Dan laung-laungkan? Atau sekadar omong-omong kosong,retorik tanpa ada usaha untuk menjayakan perpaduan yang kukuh dan padu sesama kita.

Marilah kita kembali pada asas yang telah dibawa dan ditunjukkan Nabi SAW kepada kita,tanamkan rasa cinta,takut dan kasih sayang pada Tuhan dengan itu wujudlah satu perpaduan yang utuh,kental dan tak dapat di gangu gugat oleh musuh-musuh Islam.Hanya kembali pada takut akan Tuhan sahajalah perkara ini dapat di laksanakan,Tuhan adalah segala-galanya dalam kehidupan kita.

Sekali lagi Abi ucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 1431H.

Sekian..

Wednesday, December 16, 2009

Tahniah Buat Keluarga Almarhum Ustaz Asri Ibrahim



Dalam kesempatan pertemuan kali ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan Tahniah kepada keluarga Almarhum Ustaz Asri khususnya kepada Kak jannah sekeluarga atas pengiktirafan dan anugerah sempena Hari Keputeraan Ke-64 Sultan Selangor,Sulatan Sharafuddin Shah.Semoga dengan anugerah yang diterima dapat memberikan semangat kepada keluarga,biarpun Ustaz Asri sudah tiada namun segala jasa,sumbangan dan pengorbanan yang di lakukan sebelum ini sangat besar,terutamanya dalam bidang hiburan Islam,khususnya nasyid.

Bak kata pepatah “Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati(meninggal dunia) meninggalkan nama."

Nama seorang pejuang akan tetap terpahat dan diingati oleh setiap insan,namanya akan di sebut-sebut,kebaikannya akan di kenang-kenang,memang sudah sunnah orang berjuang berkorban dan terkorban,gugurnya sebagai syahid di medan juang…itulah seorang pejuang.
Semoga Almarhum di tempatkan di kalangan hambanya yang beriman dan bertaqwa.Amin…!!!

PETIKAN DARI AKHBAR BERITA HARIAN

SHAH ALAM, 11 Dis (Bernama) -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mengetuai senarai 106 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan Ke-64 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok.
Tuanku Muhriz menerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) sementara adinda Sultan, Tengku Ahmad Shah pula menerima Darjah Kerabat Selangor Kedua (D.K.II).

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima Darjah Kelas Pertama -- Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran "Datuk Seri".

Turut menerima darjah kebesaran S.P.M.S. ialah Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Arshad Ayub.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang pada Sabtu.

Anakanda baginda, Tengku Zatashah dan Pengerusi Ranhill Bhd Tan Sri Dr Sallehuddin Mohamed masing-masing menerima Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) (Kelas Pertama) yang membawa gelaran "Datuk Setia" bagi lelaki dan "Datin Paduka Setia" bagi wanita.

Seramai 14 penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran "Datuk" bagi lelaki dan "Datin Paduka" bagi wanita, pula dibarisi oleh hakim Mahkamah Rayuan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad, Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali;

Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan Leftenan Jeneral Datuk Abdul Hadi Hussin; Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim; dan Timbalan Ketua Setiausaha I, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Nurmala Abd.Rahim.

Turut disenaraikan sebagai penerima D.P.M.S ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Dr Abu Bakar Salleh; Profesor Kanan, Pengarah Pusat Bio-IT Selangor, Universiti Industri Selangor (UNISEL) Profesor Emeritus Dr Abdul Latip Ibrahim; Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Shah Alam Mazalan Md Noor; Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Selangor Mohd Jaafar Mohd Atan;

Ketua Pegawai Eksekutif Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS) Abdul Rahman Ahmad, Naib Presiden Eksekutif Sime Darby Berhad Mohamed Ishak Abdul Hamid, Pengarah Urusan Ramly Food Processing Sdn Bhd Ramly Mokni, Pengasas Yayasan Paru-paru Malaysia Dr Zainudin Md Zin dan Consultant Obstetrician and Gynaecologist, Pantai Hospital Kuala Lumpur Dr Sundraledchimy Maheswaran.

Bagi penerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran "Datuk" bagi lelaki dan "Datin Paduka" bagi wanita, penerimanya ialah Datuk Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya Orang Besar Daerah Kuala Selangor Mohamad Yaacob Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Luar Negeri Zainol Abidin Omar;

Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja Markas Tentera Darat Brigedier Jeneral Datuk Nordin Rahok; Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Markas Tentera Laut Laksamana Pertama Anuwar Mad Said, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Jabatan Perdana Menteri Datuk Sabtu Awam@Awap, Pengarah Audit Selangor Ungku Arfah Ungku Md.Tahir, Ahli Majlis Agama Islam Selangor Profesor Dr Sidek Baba dan Pengarah Public Bank Berhad yang juga Ahli Lembaga Amanah Yayasan Seni Selangor Datuk Mohamed Ishak Mohamed Ariff.

Turut tersenarai ialah, Pegawai Daerah Kuala Langat Asmawi Kasbi, pengarah kumpulan muzik baroque klasik "Charivari Agreable" Dr Ng Kah Ming, pensyarah Fakulti Kejuruteraan UPM Profesor Madya Hajeedar Abdul Majid, Presiden Persatuan Alumni Brinsford Malaysia Anthony Reynolds Peter, Naib Presiden Eksekutif 1, Permodalan Nasional Berhad (PNB) Jamiah Abdul Hamid, Naib Presiden Majlis Kebajikan Masyarakat Kebangsaan Malaysia Khatijah Sulaiman@Sulieman, Pemerintah Negeri St-John Ambulans Malaysia, Selangor Yeo Kim Thong dan pengarah urusan Kembang Serantau Sdn Bhd (Kumpulan Zikay) Iszhar Ibrahim.

Seramai 13 orang pula menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.) iaitu Ketua Pembangunan Hartanah, Sime Darby Property Berhad Tengku Ab.Aziz Tengku Mahmud, Ketua Program dan Timbalan Pengarah INTAN, Kampus Bukit Kiara Dr Alauddin Sidal, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan UPM Profesor Dr Zulkifli Idrus, Timbalan Naib Canselor (Akademik) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Profesor Dr Ibrahim Hussein, Dekan Fakulti Komunikasi dan Media UNISEL Profesor Dr Mohamad Ali Sekak dan Asisten Ketua Staf-Tadbir, Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan Kapten Wah Yuen Mei.

Turut tersenarai ialah Kapten Mohd Zaman Ibrahim dari Cawangan Rancang dan Operasi (RANOP), Kementerian Pertahanan; Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor ACP Jamaluddin Abd.Majid; Pengurus Besar Jabatan Kewangan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Masut Martu; Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Selangor Mohd Daruddin Taib@Hasan; Timbalan Pendaftar UiTM Karim Kasnan dan penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Allahyarham Mohd Asri Ibrahim.

Seramai 13 orang menerima Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S), 18 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S), 19 menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) dan tujuh dianugerah Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C).

Sementara itu, baginda Sultan turut berkenan mengumumkan pelantikan lima Jaksa Pendamai dan seorang Pelukis DiRaja Selangor yang akan berkuatkuasa pada 1 Jan depan.

Bagaimanapun istiadat mengangkat sumpah jawatan serta pengurniaan surat tauliah pelantikan akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Tuesday, December 15, 2009

UntukMU Wanita:Larangan Untuk Wanita


Alhamdulillah dengan izin Allah dalam kolum untukMu Wanita dapat bertemu sekali lagi,Di harapakan Anda semua khususnya kaum wanita berada dalam keRahmatan dan ke Redhaan Allah selalu.Abi mengucapakan ribuan terima kasih pada kaum wanita yang setia berkunjung ke blog ini..

Dalam pertemuan kali ini Abi nak kongsikan beberapa perkara yang di larang oleh Allah SWT khusus untuk kaum wanita,mudah-mudahan dapat di ambil perhatian bersama:

Larangan Kepada Wanita;

1)Menyambung rambut palsu

2)Bertatu,mencabut bulu wajah dan mengikir gigi

3)Keluar rumah dengan memakai minyak wangi

4)Memperlihatkan perhiasan di depan lelaki lain

5)Menolak panggilan suami untuk tidur bersama

6)Membuka rahsia hubungan suami isteri

7)Berpuasa sunat tanpa izin suami

8)Membelanjakan harta suami tanpa izin suami

9)Derhaka kepada suami

10)Meminta cerai tanpa sebab yang jelas

11)Mengingkari kebaikan suami

12)Bersama lelaki lain yang bukan mahram

13)Memandang lelaki yang bukan mahramnya

14)Bersalaman dengan lelaki bukan mahram

15)Menyerupai lelaki

16)Membuka rahsia wanita lain kepada suami

17)Memandang aurat wanita lain

18)Keluar rumah tanpa ada keperluan

19)Masuk pemandian awam

20)Mencakar-cakar tubuh ketika mendapat musibah

21)Meratapi kematian

22)Berhias atas meninggalnya seseorang

23)Menghantar jenazah

24)Mempercayai dukun atau peramal

25)Menyumpah anak-anak sendiri

26)Tidak bertegur sapa sesama muslim

27)Menganiaya pembantu

28)Mengaggu jiran

29)Minta cerai kerana suami sakit

30)Minta cerai kerana suami menikah lagi


Begitulah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian buat kaum hawa,Perkongsian ini Abi dapati dari Buku Dairi Muslimah khusus untuk Muslimah,Sayangilah Wanita...!

Mudah-mudahan mendapat manfaatnya.

Untuk Info UntukMU Wanita Terdahulu:Info Untuk-Mu Wanita

Monday, December 14, 2009

Iblis Musuh Kita



Kita semua tahu dan faham bahawa Iblis itu musuh yang utama pada manusia,tidak henti-henti Iblis cuba memperdaya manusia supaya terus lalai dan leka dan melanggar perintah Allah,itu janji Iblis seperti mana yang telah termaktub dalan Quran,janji Iblis terus menerus untuk memperdaya kita semua.

“Adakah tidak Aku telah memberikan peringatan kepada kamu semua wahai anak cucu Adam agar jangan kamu menyembah Syaitan,iaitu kemahuan dan suruhannya,sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata”

Surah Yassin-ayat 60.

Dalam pertemuan kali ini Abi nak kongsikan berkenaan Cara-cara Iblis memperdaya dan merosakkan manusia,melalui soalan-solan yang di ajukan oleh Rasulullah SAW terhadap iblis laknatullah,supaya kita dapat sama-sama mengenali lebih mendalan tentang taktik mainan mereka dalam memperdayakan manusia.Perkongsian ini Abi merujuk pada sebuah buku yang bertajuk RASULULLAH S.A.W BERTANYA IBLIS MENJAWAB tulisan Ustaz Shaari Che Li.Dalam pertemuan ini Abi nak kongsikan berkenaan Siapakah musuh Iblis yang paling utama?

Mari kita kongsikan petikan ini:


Sabda Rasulullah s.a.w.:”Wahai Iblis siapakah musuhmu yang paling utama dan yang paling besar sekali,bagaimana perasaanmu terhadapku?”


Jawab Iblis
:”Ya Nabi Allah,engkaulah musuhku yang paling utama dan engkau juga musuhku yang paling besar di dunia ini”.


Sewaktu Iblis berkata demikian kepada Rasulullah s.a.w.,lalu Rasulullah s.a.w menatap dam membulatkan pandangan pada iblis,ini membuatkan seluruh badan dan urat saraf Iblis mengeletar dan mengigil ketakutan yang amat sangat sehingga Iblis berkata:


“Wahai Nabi Allah,aku ini boleh merubah wajahku kepada beberapa bentuk dan rupa serta mempunyai suara yang berlainan.Suaraku boleh menyerupai manusia atau binatang dan lain-lainnya,tetapi aku tidak boleh menyerupai rupa dan bentukmu wahai Muhammad.Aku sekali-kali tidak sanggup untuk melanggar tegahan Allah SWT,kalau aku menjelama dalam bentuk wajahmu maka nescaya diriku ini hancur menjadi abu ya nabi Allah”.


Berkata Iblis lagi
:”Ya Nabi Allah,sebagaimana engkau bersungguh-sungguh berusaha dab berikhtiar siang dab malam,dengan tidak mengira penat dan susah payah member nasihat bagi menunjukkan kejalan yang benar iaitu jalan Allah,dengan iktikad yang sah dan jelas sehingga mereka berada didalam Islam yang suci.


Maka aku begitu juga berusaha sedaya upayaku dengan seluruh kekuatan dan tenagaku dan berserta dengan semua bala tenteraku,aku akan terus melakukan tipu muslihat,mengacau,dan akan mendorong umat Adam supaya mereka terpedaya dan terjerumus kedalam kekafiran dan keingkaran.Aku akan membawa mereka kepada murtad munafik sebanyak yang mungkin agar mereka ini akan bersama-samaku di dalam neraka kelak.


Aku akan tetap akan berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya umat yang sudah Islam pun dapat aku jebakkan mereka supaya meninggalkan jalan lurus dan berbalik kepada jalan yang salah dan bathil.”


Demikianlah pernyataan Iblis kepada Rasulullah s.a.w,bagi kita Umat Islam berwaspadalah sentiasa dengan tipu daya Iblis yang licik dan halus,Iblis kerja 24 jam untuk menyesatkan manusia.Jadi AWASILAH DIRI KITA DARI TIPU DAYA IBLIS LAKNATULLAH…

Semoga ada manfaat perkongsian ini.

Sunday, December 13, 2009

Program Korban 1430H Di Surau Darul Aman

Untuk pertemuaan kali ni pun Abi nak kongsikan catatan semasa Hari Raya korban yang dah beberapa minggu dah berlalu..Semoga catatan ini ada manfaatnya...:)


11 Zulhijjah 1430H Bersamaan 28HB 12 2009M


Firman Allah SWT:

“Maka dirikanlah sembahyang kerana TuhanMU dan berkorbanlah.”

Hadis Nabi SAW:

“Nabi SAW telah berkorban dengan menyembelih dua ekor kibasy yang berwarna putih dan bertanduk.Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangannya sendiri dan Baginda telah menyebut nama Allah,bertakbir sambil meletakkan kakinya di atas tengkok kibasy tersebut.”

Hadis riwayat:Bukhari dan Muslim.

Dalam pertemuan kali ini Abi nak kongsikan program Abi semasa cuti Hari Raya Korban beberapa hari yang lalu,Program Korban di Surau Darul Aman.Aktiviti ini bermula dalam pukul Sembilan pagi,ramai ahli kariah yang datang untuk sama-sama bergotong royong melapah daging lembu,tahun ni hanya dua ekor lembu yang di korbankan untuk Surau Darul Aman,Seekor lembu dari kalangan jemaah Kariah Darul Aman dan seekor dari keluarga Mohd Zin bin Saian.

Semoga korban mereka di terima Allah SWT.

Abi kongsikan Gambar-gambar Program Korban untuk Anda semua:






Untuk Program Terdahulu:Program Abi

Friday, December 4, 2009

Catatan Abi-17

Untuk pertemuan kali ini, catatan yang dah beberapa hari terperap,maklum saja dah beberapa hari tak update,ada catatan yang dah expired,apapun mahu tak mahu kena post jugaklah, kepada Anda yang masih sudi berkunjung di blog ini di ucapkan selamat datang...:)..

Majlis Tahlil Almarhum Aya
hnda Hj Ibrahim Dan Almarhum Asri Ibrahim

10 Zulhijjah 1430H Bersamaan 27HB 12 09M

Petang ni bertolak ke rumah Bukit Lanchung,pada sebelah petang rumah Bukit Lanchung telah mengadakan majlis tahlil khusus untuk Almarhum Ayahnda Hj Ibrahim dan Abang Asri Ibrahim,Majlis bermula sebelum waktu Asar dalam pukul 4.10petang,Bacaan tahlil di bawa oleh abang Mukhyuddin,Meriah juga dengan kehadiran ahli keluarga dan anak-anak buah,juga dengan permata Abi Nur Dania Balqis.

Mudah-mudahan Allah menempatkan mereka di kalangan hamba-hambanya yang bertaqwa...AMIN..!!!

Gambar Majlis Tahlil:

Untuk Catatan Terdahulu: Dairi Abi

Wednesday, December 2, 2009

Catatan Abi-16

SELAMAT MENYAMBUT E’IDUL ADHA 1430H……Berkorbanlah apa saja..harta ataupun nyawa…

Jumaat,9 Zulhijjah 1430H Bersamaan 27HB 11 2009M


Sebelah Pagi:


Pergi Solat Sunnat Ai’dul Adha di Surau Darul Aman

Dalam pukul 7.40 pagi,ke surau untuk Solat Sunnat dan mendengar Khutbah hari raya Haji atau raya korban,tahun ni nampaknya tak begitu ramai yang berhari raya di sini,mengikut bilangan yang hadir tak begitu ramai,mungkin masing-masing ada yang balik kampungSebelum solat macam biasalah takbir berkumandang..

Khutbah pada tahun ni,untuk Ai’dul Adha di bawakan oleh Al-Ustaz Tuan Hj Mansur bin Hj Mohktar,Imam yang bertugas Tuan Hj Surani bin Sulaiman Imam satu Masjid AT-Taqwa Bukit Kapar serta Bilal yang bertugas Saudara Ejul.Khutbah yang di bacakan oleh Khatib yang bertugas sangat ringkas tapi padat dengan pengajaran-pengajaran haji dan semangat korban yang tinggi.Hadirin khusyuk mendenagar khutbah yang di bacakan Imam Muda Surau Darul Aman..Tahniah Tuan Hj…


Selesai Khutbah,acara bersalam-salaman sambil berselawat..


Acara penyembelihan korban hari ini di tunda pada hari sabtu,memandangkan hari ni,masa agak singkat,nak pergi solat jumaat lagi..

Sebelum balik Majlis Tazkirah ringkas di sampaikan oleh Ustaz Nasrul Hadi dan sedikit teguran dari Tuan Imam Hj Surani pada penduduk Kariah Surau Darul Aman.


Sebelum balik ambil gambar dengan Tuan Hj Mansur..Imam muda Surau Darul Aman..

Pukul 11.30.2009

Ziarah Rumah Baru Adik Nazri

Dari tak buat apa-apa,Ummi ajak Abi kerumah adik nazri,kira ziarah raya gak lah ni,Nur Dania Balqis pun tengah ok tak meragam bawalah sama beraya rumah baru,Tahnialah buat adik nazri dan ita dapat bantuan rumah hasil tajaan pihak RISDA,walaupun kecil rumahnya tapi comel,syukurlah ada rumah ye..

Sempat amik gambar,sebagai kenangan…

Untuk Catatan Abi Yang Terdahulu:Dairi Abi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI