Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Wednesday, July 28, 2010

Majlis Tahlil Bulan Julai 2010-Untuk Almarhum Ayahnda Hj Ibrahim Dan Almarhum Kekanda Asri Ibrahim


Alhamdulilah dengan izin Allah dapat bertemu lagi,moga Anda semua berbahagia dan ceria-ceria selalu.Syukur pada Allah,Nur Dania Balqis pada hari ini dalam keadaan sihat semakin agresif gayannya.Dalam pertemuan hari ini Abi nak kongsikan satu majlis yang telah kami hadiri baru-baru ini,iaitu Majlis Bacaan Yassin Dan Tahlil,walaupun sudah dua minggu berlalu,Abi kongsikan pada Anda semua;

Malam ini (Khamis malam Jumaat,1hb 07 2010) kami sekeluarga ke Bukit Lancung,majlis tahlil dan bacaan yassin Arwah Ayahnda Hj Ibrahim dan Kekanda Muhammad Asri bin Hj Ibrahim di rumah Emak.Malam ini macam biasa,kami dapat bertemu dengan adik beradik yang lain,,waktu beginilah dapat bertemu mereka,anak-anak buah..meriah sekali suasana.

Majlis ini di adakan sebulan sekali,macam biasa juadah untuk jamuan makan setiap keluarga membawa apa-apa yang patut dan sepatutnya..hu3..;),Ada yang bawa mee kari,kuih muih,buah,nasi dan lauk pauk..bak kata macam-macam ada..syukur rezeki Allah yang bagi.Bila di kumpul-kumpul banyaklah makanan untuk jamuan selepas bacaan Yassin dan Tahlil.

Bacaan Yassin dan Tahlil macam biasa di ketuai oleh Abang Mukhyuddin selaku abang yang paling tua dikalangan adik beradik.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.Masa untuk menjamu selera..

Abi kongsikan gambar-gambar suasana majlis itu untuk Anda;













JUMPA LAGI..!!!


Thursday, July 15, 2010

Nur Dania Balqis Berkaca Mata Hitam









JUMPA LAGI DALAM GAMBAR YANG LAIN..!

Rumahku Syurgaku

Rumahku Syurgaku Impian setiap insan...

Dalam pertemuan hari ini,Abi kongsikan petikan hadis yang Abi dapati dari Laman Facebook.Moga ada manfaatnya ;

HADIS 24drpd Hadis 40


عن أبي ذر الغفاري t عن النبي e فيما یرویه عن ربه عز وجل أنه قال: یا عبادي! إني
حرمت الظلم على نفسي، وجعلته بينكم محرما فلا تظالموا، یا عبادي! آلكم ضال إلا من
هدیته فاستهدوني أهدآم، یا عبادي! آلكم جائع إلا من أطعمته فاستطعموني أطعمكم، ی ا
عبادي! آلكم عار إلا من آسوته فاستكسوني أآسكم، یا عبادي! إنكم تخطؤون بالليل
والنهار وأنا أغفر الذنوب جميعا، فاستغفروني أغفر لكم، یا عبادي! إنكم لن تبلغوا ضري
فتضروني ولن تبلغوا نفعي فتنفعوني، یا عبادي! لو أن أولكم وآخرآم وإنسكم وجنكم آانو ا
على أتقى قلب رجل واحد منكم، ما زاد ذلك في ملكي شيئا، یا عبادي! لو أن أولكم
وآخرآم وإنسكم وجنكم آانوا على أفجر قلب رجل واحد منكم، ما نقص ذلك من ملكي
شيئا، یا عبادي! لو أن أولكم وآخرآم وإنسكم وجنكم قاموا في صعيد واحد فسألوني
فأعطيت آل واحد مسألته ما نقص ذلك مما عندي إلا آما ینقص المخيط إذا أدخل البحر، ی ا
عبادي! إنما هي أعمالكم أحصيها لكم، ثم أوفيكم إیاها، فمن وجد خيرا فليحمد الله، ومن
وجد غير ذلك فلا یلومن إلا نفسه )) رواه مسلم.

Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a. daripada Rasulullah SAW berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Baginda daripada Allah SWT bahawa Dia berfirman: Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku
jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi.

Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua sesat kecuali orang yang Aku hidayatkannya, maka hendaklah kamu meminta hidayat dariKu.

Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka hendaklah kamu meminta makan daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu makan.

Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua telanjang kecuali orang yang Aku berikannya pakaian, maka hendaklah kamu meminta pakaian daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu pakaian.

Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya kamu bersalah siang dan malam dan Aku mengampunkan semua dosa, maka mintalah keampunan daripadaKu nescaya Aku akan ampunkan kamu.

Wahai hamba-hambaKu! Selama-lamanya kamu tidak akan mampu memudharatkan Aku sehingga kamu boleh memudharatkan Aku.

Wahai hamba-hambaKu! Dan selama-lamanya kamu tidak akan mampu memberi manfaat kepada Aku sehingga kamu boleh memberi manfaat kepada Aku.

Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertaqwa umpama hati orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaanKu.

Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang-cacatkan apa-apapun dalam kerajaanKu.

Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua berhimpun di suatu tempat, lalu mereka meminta daripadaKu (iaitu meminta sesuatu pemberian), lantas Aku kurniakan setiap orang dari kalangan mereka permintaannya, nescaya hal itu tidak mengurangkan sedikitpun apa-apa yang ada di sisiKu kecuali umpama berkurangnya air laut apabila dicelupkan sebatang jarum.

Wahai hamba-hambaKu! Bahawa sesungguhnya hanya amalan kamu yang Aku akan perhitungkannya bagi kamu, kemudian Aku sempurnakan pembalasannya. Maka barangsiapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah dan barangsiapa yang mendapat selain kebaikan, maka janganlah diamencela kecuali mencela dirinya sendiri.

Hadis qudsi ini mempunyai banyak pengajaran antaranya:

(1) Zalim adalah suatu sifat keji yang diharamkan Allah SWT ke atas diriNya dan ke atas hambahambaNya.Barangsiapa yang melakukan kezaliman bererti dia telah melampaui batasan yang digariskan oleh Allah SWT.

(2) Semua hamba adalah berhajat dan bergantung penuh kepada kurniaan dan kemurahan Allah SWT.
Dialah Tuhan yang memberikan petunjuk, memberikan rezeki, memberi pakaian dan Dia juga Tuhan Yang Maha Pengampun segala dosa hamba-hambaNya. Sesungguhnya rahmat Allah sentiasa mendahului murkaNya.

(3) Segala permohonan hendaklah hanya diajukan kepada Allah SWT, sama ada permohonan meminta hidayah, rezeki, makanan dan pakaian juga permohonan agar diampunkan segala dosa.

(4) Sesungguhnya Allah SWT Maha Gagah Perkasa. Manusia sekali-kali tidak mampu
memberikanNya manfaat dan mudharat.

(5) Segala perbuatan manusia sama ada ketaqwaan atau kejahatan, walaupun pada tahap yang paling maksimum dan paling dahsyat, semuanya tidak akan menambah atau menjejaskan kedudukan Allah SWT walaupun sedikit.

(6) Segala kurniaan Allah kepada seluruh manusia dan jin, biar betapa banyak sekalipun, ia tidak akan mengurangkan apa yang dimilikiNya walaupun sedikit. la hanya umpama air yang terlekat pada sebatang jarum kerdil yang dijunamkan ke lautan luas.

(7) Setiap amalan manusia akan dihitung satu persatu oleh Allah SWT dan Dialah yang akan
menyempurnakan pembalasannya, sama ada balasan baik mahupun buruk.

SUMBER:Asraf Ridwan

Wednesday, July 14, 2010

Ulangtahun Ummi

Assalamualaikum semua..Harap-harap Anda semua sihat dan ceria selalu,bertemu lagi dalam dunia blog hari ini.Dalam kesempatan ini Abi nak sama-sama berkongsi aktiviti Nur Dania Balqis kepada Anda.

Sebagai Mukaddimah:

ALHAMDULILLAH..Pejam celik pejam celik umur kita makin bertambah,makin dewasa,makin tua,makin menuju kegerbang kematian,satu destinasi yang pasti dan tidak dapat sesiapa cuba hendak menghindarinya..usia dan waktu yang Allah pinjamkan kepada kita seharusnya di syukuri dan gunakannya untuk sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada kita.

Nikmat yang Allah berikan kepada kita terlalu banyaknya,nafas kita,udara yang kita sedut,angin yang kita rasai kenyamannanya saban hari,air yang kita gunakan untuk mandi,minum dan sebagainya adalah kurniaan Allah kepada kita semua.

Allah Maha Kaya,Allah Maha Pemurah,Allah Maha Pengasih Dan Penyanyang,segala nikmat dan anugerah yang Allah berikan pada kita,tidak sedikit pun Allah minta di bayar dan diganti,bahkan Allah tidak memerlukan itu semua,yang Allah mahu,kita sebagai pengguna nikmatNya,mensyukurinya dan jangan mengingkari segala suruhannya.

Nikmat umur yang Allah pinjamkan pada kita,mari kita gunakan untuk kebaikan,kita buat suruhannya dan tinggalkan tegahannya,kita bina keimanan dan ketaqwaan dengan sungguh-sungguh.Kita bina keluarga berlandaskan agama,mendidik anak-anak,isteri ,suami dengan aturan agama yang Allah berikan pada kita,dengan itu mudah-mudahan kita tidak tergolong dari orang-orang yang mengingkari dan melupakan Allah.Mari kita usahakan sama-sama..!”

Syukur Alhamdulillah pada tanggal 7HB 07 2010,hari rabu,kami sekeluarga telah meraikan hari ulangtahun Ummi yang ke-32,Sekadar ringkas sahaja,yang penting tanda penghargaan dan kesyukuran.

Ucapan Abi Untuk Ummi:

“Semoga Ummi di Rahmati dan di Redhai Allah selalu,di Berkati usia..panjang umur,murah rezeki,sukses dalam kerjaya..menjadi isteri serta ibu yang solehah buat Abi dan Nur Dania Balqis..susah senang dalam melayari kehidupan ini bersama,mendidik permata hati kita Nur Dania Balqis sama-sama…Semoga Ummi tetap dalam kesihatan yang baik…AMIN..AMIN..AMIN..YA..RABB..!”

Kepada Nur Dania Balqis:

”Hormati kedua Ummi dan Abi mu,taatinya..sayanginya..jadilah anak yang baik,yang solehah buat Ummi dan Abi..doakan kedua kami..,jadikan Allah yang UTAMA dalam hidup..agama sebagai panduan hidup..Quran dan Hadis sumber rujukkan dan penyelesai setiap masalah..hidupmu pasti bahagia dan tenang duhai permata hati kami…”

SELAMAT HARI ULANGTAHUN UMMI..!









SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KITA SEMUA……

Sunday, July 11, 2010

Nur Dania Balqis Ke Konsert Mahabbah Gaza

KONSRET MAHABBAH GAZA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang,

Alhamdulillah dengan izinNya,dapat bertemu dengan Anda melalui dunia blog,beberapa aktiviti Nur Dania Balqis ingin kami kongsikan untuk Anda.

Pada pertemuan hari ini,Abi kongsikan entry Nur Dania Balqis ke Konsert Mahabbah Gaza di Stadium Malawati Shah Alam,Alhamdulillah Balqis tidak meragam,Nampak seronok sekali,penonton sebelah pun asyik usik Balqis,mungkin geram kot tengok matanya yang bulat dan bertudung(tapi malangnya,Abi langsung tak terfikir nak ambil gambarnya).Apa pun malam itu sangat menghiburkan hati kami ,persembahan yang mantap oleh artis nasyid sangat menghiburkan,penyampaian sajak oleh para deejay IKIM.fm sangat mengesankan.Sajak-sajak berkaitan tentang Gaza Palestin sangat menyentuh naluri Abi,tanpa di sedari air mata Abi menitis…Oh Gaza..malangnya nasibmu..



Penasyid dari kumpulan Now See Heart begitu,tidak dapat menghabiskan rangkap-rangkap lagunya kerana terlalu sedih..ahh..Gaza kau mengamit emosi kami semua,kami simpati pada mu Gaza,kami sentiasa mendoakan mu Gaza..ahh..Abi bersajak pula ni.Masing-masing memberi persembahan yang mantap sekali.Nampaknya Balqis tak dapat menghayati persembahan malam itu,sebab tertidur..ha3..!.Sekali lagi rasa hiba,bila tribute lagu Kejora Sinar Zaman di mainkan,terbayang seandainya malam itu Almarhum kekanda Abang Asri ada membuat persembahan..ahh..sedihnya..!,di tambah lagi dengan gandingan Rabbani membuat persembahan duet bersama Rabbani Junior yang membawakan lagu lama,dalam versi baru Di Pondok Kecil(lagu siulan Abi ketika zaman remaja dan ketika mengaji dulu..).Duet antara Zulkifli dengan Ilham Fikri (Anak Almarhum Abg Asri) sangat menyentuh hati Abi,bahkan mereka yang hadir tentunya.



Persembahan di akhiri dengan lagu ‘BEBAS PALESTIN’ oleh kesemua kumpulan nasyid pada malam itu.Nur Dania Balqis pun dah celik..kami keluar dari stadium..selepas itu,ronda-ronda cari makanan,perut yang sudah berkeroncong.Malam ini sejarah bagi Balqis sebab lewat tidur,dalam banyak-banyak berjalan inilah kali pertama tidur lambat,sempat lagi singgah makan di Restoran Sup Utara di hadapan Klang Sentral.

Sampai jumpa lagi..!

Friday, July 9, 2010

Azam Dan Mukaddimah Baru


Terima Kasih pada semua,masih sudi berkunjung blog Nur Dania Balqis


Assalamualaikum buat Anda yang masih lagi setia ke blog ini,terlebih dahulu Abi mohon ribuan kemaafaan pada pengunjung atas blog yang sentiasa tak berupdate ini,bagaimanapun semangat untuk melihat blog ini hidup dan di kunjungi Anda masih membara;),apa pun Abi ucapkan terima kasih pada Anda yang masih setia berkunjung untuk menjenguk-jenguk perkembangan terkini Permata Hati Abi Dan Ummi , Nur Dania Balqis,banyak sangat sebenarnya aktiviti,gambar-gambar,buah fikiran yang masih tak di post dalam blog ini,oleh dek kerana macam-macam perkara yang perlu di utamakan dalam hidup ini,Sementelahan pula Abi juga telah membuka satu lagi blog baru,blog kedua(berkenaan Hobi Abi:Membaca Buku dan yang lain-lain).

Dalam keadaan blog Nur Dania Balqis tak terusik,nak pula buka blog kedua..cam na tu;),Insyallah,selepas ini akan ada jadual untuk update kedua-dua blog ini,selagi semangat masih ada dan membara lagi;).Apa pun semua bergantung pada keutamaan perkara yang nak di lakukan.Pentingkan yang paling penting dulu..betul tak?.Alhamdulillah dengan izin Allah yang Maha Hebat dan Maha Baiknya,setakat ini sihat,semakin lasak,gigi makin banyak tumbuh tapi masih belum pandai berjalan lagi.Perkembangan dari sehari ke sehari untuk melihat Nur Dania Balqis membesar sangat memberi ketenangan dan keharmonian pada kami berdua,kesabaran dalam melayan karenahnya sangat menyeronokkan kami.Adakalanya Abi bertanya Ummi,”Bila nak besar ni..”.ha3..tak sabar-sabar bunyinya ni..;).

Semua dalam kekuasaan Allah SWT,manusia merancang Allah jua merancang,itulah hebatnya kuasa Allah.Kita hanya hamba yang mampu berserah atas ketentuan yang Allah berikan pada kita,mensyukuri atas nikmat yang banyaknya,jika kita nak hitung rasanya memang tidak akan terhitung…itulah kebaikkan Allah pada hambanya,Alhamdulillah dengan izin Allah Ummi kini sedang hamil dalam lima bulan dah,ini bermakna Nur Dania Balqis akan ada adik,bertukarlah statusnya menjadi kakak nanti,moga selamat sehingga harinya nanti(mohon doakan ye para pengunjung..;)).Terima kasih Tuhan yang Maha Baik..!

Semoga Allah memberi kekuatan pada Abi untuk terus menyemarakkan blog ini,memberi semangat untuk Abi berkongsi buah fikiran pada Anda semua,harap-harap Azam dan semangat baru ini akan terus berkekalan melekat dengan kuatnya dalam diri Abi.Oklah..mudah-mudahan entry ini sebagai mukadimah sekali lagi untuk kita bertemu dan berinteraksi dalam dunia tanpa sempadan ini(dunia maya..)Semoga para pengunjung mendapat manfaat dari perkongsian yang tidak seberapa ini.Terima kasih sekali lagi Abi ucapakan atas perhatian Anda ke atas blog kami ini.

Sekian.

AbiQis
Teratak Usang
Meru.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI