Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Saturday, August 30, 2014

Majlis Cukur Jambul Muhammad Huzaifah

Majlis diadakan secara sederhana di rumah kakak ipar, Bandar Saujana Putra. Majlis diadakan bersama dengan tahlil bulanan keluarga sebelah umi. Bacaan rawi dan tahlil oleh Kekanda YAA Dato Muhyuddin Bin Ibrahim. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan baik, terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis ini.

Semoga anak abi dan umi sihat sejahtera selalu...AMIN YA RABB!!!

















Saturday, June 28, 2014

Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa


Jangan lupa niat puasa ya, untuk niat sebulan pun ada, jangan nanti ada yang beralasan, tidak berpuasa kerana lupa mahu berniat.

Semoga kita dapat sama-sama amalakan sepanjang ramadhan 1435H/2014M ini.

Salam Ramadan 1435H/2014M


Syukur Alhamdulillah, dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, telah diizinkan kita untuk menikmati dan mengecapi bulan ramadan yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan. Semoga kita dapat sama-sama memanfaatkan penghulu bulan kali ini. 

Dalam kesempatan ini, Abi dan keluarga ingin mengucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN 1435H/2014M'. Mari kita giatkan amal ibadah kita di sepanjang ramadan ini. Amal soleh, sedekah, baca quran, zikir, dan banyak lagi amalan yang boleh kita kerjakan, baik yang berhubung dengan Khalik mahu pun yang berhubung sesama insan.

Jumpa lagi!.


Wednesday, June 11, 2014

Sajak: Pesan Buat Anak-Anaku




Pesan Buat Anak-Anakku
( Buat anak-anakku Nur Dania Balqis, Muhammad Anas dan Muhammad Huzaifah)


Ini pesanan dariku untuk anak-anakku
aku atau kalian pergi dulu itu aku tidak tahu
itu semua di tangan Tuhan
aku sebagai ayah mu ingin memberi ingatan
sebagai pedoman petunjuk dalam hidup mu
pesanan dari rasul junjungan
buat tatapan ingatan anak-anakku.

(i)

Pesanku buat anak-anakku
berpegang teguhlah kalian
dengan kitab suci al-Quran
manual kehidupan sumber rujukan
jua sunnah junjungan dipraktiskan
agar cinta kasih padanya berbunga mekar
mewangi hingga ke surga firdausi
dambaan insan beriman bertaqwa pada Ilahi.

(ii)

Pesanku buat anak-anaku
jangan ditinggal solat bukti taat cinta pada Ilahi
sempurnakan syarat serta rukunnya
nantikan hidupmu terpandu tersuluh
hati rusuh ditinggal selalu
solat menjadi hiburan sejati buat mu
bersegera mengerjakannya
ditinggal sekali-kali tidak
kelak seksa merana hidup di dunia
apatah lagi akhirat menanti pasti.

(iii)

Pesanku buat anak-anakku
tutuplah mahkota suci mu
lindungilah kecantikan ciptaan Ilahi
dari mata-mata iblis sering menganggui
kepada puteraku
aurat mu dari atas pusat hingga ke bawah lutut mu
kepada puteriku
aurat mu seluruh tubuh mu
kecuali dua tapak tangan dan muka mu
pesanan ini dari nabi mu terkandung
dalam kitab suci juga sunnah nabi mu.

(iv)

Pesanku buat anak-anakku
lahir mu kerna ada kami berdua
cipta cinta kami dengan izin-NYA
kalian lahir di dunia ini
maka taati kami hormati kami
sebagai ayah ibu kalian sejati
setiap kali akhir dari solat mu
berdoalah untuk ayah ibu
bahkan jika ayah ibu pergi dahulu sebelum mu
jangan kalian putuskan doa itu
ingatlah...redha keduanya
keredhaan ilahi...murka
keduanya...kemurkaan Ilahi.

(v)

Pesan akhir buat anak-anakku
jagalah agama mu usah dicemari
pertahankan sehingga nyawa sekali pun melayang
tanpa agama insan pasti terumbang-ambing
kerna itulah nikmat indahnya beragama
hidup beragama harmoni saling menyayangi
percaya mempercayai rukun kehidupan insani
ingatlah pesanan dari ayah ibu mu ini.

Masshah 2014
1062014
Meru.



Friday, May 23, 2014

Jom Kongsi: Khasiat Memeluk Isteri




Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' 

katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s. a. w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap, katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu. Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.

Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim

Sumber: FB

Wednesday, May 21, 2014

Apa Ada Disebalik Nama Muhammad Huzaifah

MUHAMMAD HUZAIFAH
MMesra
UUntung
HHarum
AAmanah
MMenawan
MManis
AAlim
DDinamik
HHarum
UUlung
ZZuhud
AAbadi
IIkhlas
FFleksibel
AAsli
HHarum
Apa ada pada nama?                                         
 

Muhammad Huzaifah Umur Dua Minggu

Abi dengan Muhammad Huzaifah


lenanya dia tidur...


Alhamdulillah, hari ini 21hb 05 2014 bersamaan 20 rejab 1435H, rabu, genaplah 'Muhammad Huzaifah' berumur dua minggu, cepatnya masa berlalu, rasanya baru semalam bayi kecil ini lahir ke dunia fana ini. Semua kuasa Allah SWT, DIA YANG MAHA HEBAT.

Semoga Muhammad Huzaifah terus sihat, membesar dengan baik dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Abi dan umi akan sentiasa mendoakan dirimu, seperti kakak dan abangmu. Semoga pabila dewasa nanti menjadi insan soleh buat abi dan umi.

AMIN YA RABB...TERIMA KASIH ATAS NIKMAT KURNIAAMU...!

Tuesday, May 20, 2014

Urusan Pendaftaran Kelahiran Muhammad Huzaifah

Pada hari isnin, 19hb 05 2014 bersamaan 19 rejab 1435H, sekitar jam 8:10 minit bertolak ke Kuala Selangor untuk membuat pendaftaran kelahiran permata hati abi yang ketiga.  Confirm untuk permata hati abi yang ketiga, abi namakan 'MUHAMMAD HUZAIFAH'.

Jabatan Pendaftaran Negara Kuala Selangor pantas dan lancar urusannya kerana tidak ramai yang berurusan di sana, mungkin disebabkan awal abi sampai. Syukur segalanya selesai. Tiada perlu menunggu lama. Untuk kali ini pihak JPN tidak mengeluarkan lagi MYKID, abi pun tidak tahu mengapa, tidak terfikir pula mahu bertanya.

Akhirnya selesai juga urusan, sekitar jam 8:50 bertolak balik ke Meru.

Terima kasih YA RABB...memudahkan urusanku!.

AMIN YA RABB...!!!



Sijil kelahiran 'Muhammad Huzaifah'


Masing-masing mahu bergambar

Monday, May 19, 2014

Permata Hati Yang Kedua: Muhammad Anas


Permata hati abi dan umi yang kedua Muhammad Anas, kini sudah berumur tiga tahun lebih, setakat hari ini sihat, sudah pandai bercakap, lincah, lasak, manja...kegemaran sangat suka tengok cerita 'Ultraman'. Abi doakan semoga anak abi dan abi ini sentiasa dilindungi Allah SWT, menjadi anak yang soleh sentiasa mendoakan abi dan umi.

AMIN YA RABB...!!!.

Doa Sampai Ke Bulan Ramadan


Dalam pertemuan ini, abi kongsikan sebuah doa yang elok sangat kita amalkan disepanjang bulan rejab ini, mudah-mudahan kita dapat bertemu di bulam sya'aban dan seterusnya dapa dipertemukan di dalam bulan ramadan 1435H yang akan datang. Semoga dengan mengamalkan doa ini, permohonan kita didengari oleh Allah SWT YANG MAHA MENDENGAR.

Semoga harapan dan impian kita untuk bertemu ramadan akan datang diperkenankan oleh Allah SWT, AMIN YA RABB...!!!.

Genap Setahun Adik Pergi

Pada tanggal 28hb 04 2014(Sabtu malam Ahad), genap setahun permergian Almarhum adik Mohd Nazri. Begitulah setiap yang berjiwa pasti akan mati, itu janji Allah SWT kepada setiap hamba-hambanya. Cepat benar masa berlalu. Tidak kira yang tua, yang muda, yang miskin, yang kaya, dan sebagainya tetap akan mati, itulah kenyataanya hidup di dunia sementara ini.

Sempena genap setahun kepergiannya, balu kepada arwah telah mengadakan tahlil arwah, abi diminta memimpin  bacaan yasin dan tahlil secara berjemaah selesai solat maghrib. Majlis diadakan hanya dengan ahli keluarga terdekat. Semoga bacaan yasin dan tahlil sampai pahalanya ke sisi arwah. Amin Ya rabb...!.


Gambar kenangan
Arwah Adik bergambar dengan emak

Bergambar bersama isteri

Kedua anak yang ditinggal
semoga menjadi anak yang soleh dan solehah

Thursday, May 15, 2014

Kelahiran Permata Hati Ketiga



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, dengan rahmat dan kasih sayangnya, diberi-NYA sekali lagi dengan nikmat seorang permata hati yang ketiga, pada tanggal 7hb 05 2014 bersamaan 7rejab 1435H, umi telah selamat melahirkan permata hati ini sekitar jam 5:13 petang di Hospital Putrajaya.

Semoga Allah SWT, memberi kesihatan dan keselamatan permata hati abi dan umi ini. 'Ya Allah...Terima kasih atas nikmat yang Engkau berikan kepada kami..."

'AMIN YA RABB...!!!'.


Sebuah Renungan:

Firman Allah;

"Sesungguhnya Kami menciptakan manusia daripada tanah.Kemudian Kami jadikan manusia daripada saripati air mani (nutffah) yang tersimpan dalam tempat yang kukuh(rahim).Dari nutffah(benih) Kami proses menjadi'alaqah (segumpual darah),dari'alaqah menjadi mudghah(segumpal daging),kemudian dari segumpal daging Kami jadikan tulang.Dan setelah proses itu Kami balut pula dengan daging.Setelah itu Kami ciptakan makhluk baru berbentuk lain.Maha suci Allah,Pencipta yang paling baik."

(Surah Al-Mukminun:12-14)

Firman Allah;

"Dan setelah( sempurna proses kejadian)itu Kami tempatkan makhluk baru itu dalam rahim dengan (kadar masa)yang Kami kehendaki sehingga batas waktu yang di tentukan,kemudian kami keluarkan(zahir) kamu selaku bayi."

(Surah Al-Hajj:5)

Monday, May 12, 2014

Ulangtahun Nur Dania Balqis Yang Ke-5




Pada tanggal 14hb 04 2014, genaplah permata hati abi yang pertama berumur lima tahun, Alhamdulillah syukur pada Allah SWT yang memberikan nikmat anak kepada kami sekeluarga. Setakat ini Nur Dania Balqis sihat, sudah bersekolah di Pasti Darul Muslimin, jika tahun lepas bersekolah di Pasti Imtiyaz Sungai Serdang, sekarang sudah bertukar.

Ucapan ABI DAN UMI;

"Semoga anak abi dan umi terus sihat sejahtera, menjadi anak yang solehah, moga tercapai cita-cita bila besar nanti untuk menjadi doktor perubatan ataupun doktor falsafah, terpulanglah untuk dirimu memilih kerjaya satu hari kelak.

Abi dan umi harap dirimu menjadi serikandi Islam, Insyallah, jika usaha kuat apa yang kau cita-citakan akan tercapai, Abi dan umi sentiasa mendoakan kebaikan untuk mu..."

ABI DAN UMI SAYANG BALQIS.

Monday, April 28, 2014

Selamat Pengantin Baru Buat Qusairy Dan Rafiqah(27hb 04 2014-AHAD)

Kami sekeluarga mengucapkan selamat pengantin baru buat anak buah Qusairy Suja dan pasangannya Rafiqah Ibrahim, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Layarilah bahtera kehidupan dengan penuh kesabaran, keimanan dan ketaqwaan semata-mata hanya untuk Allah SWT.

Pahit manis alam rumahtangga adalah ujian Allah SWT, maka binalah kasih sayang dengan penuh keimanan semata-mata kerana Allah SWT.

Didoakan agar, dengan jalinan cinta suci itu, maka lahirlah zuriat sebagai penyeri dan penyambung kehidupan yang mendatang.

Sekian dari kami;

Zaman Shah&Mashitah
dan
Nur Dania Balqis&Muhammad Anas.







Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI