Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Saturday, March 13, 2010

Ahad,14HB 02 2010 bersamaan 29 safar 1431H

Selepas menghadiri Kuliah Duhah Bulanan di pentas warisan batu 8,sahabat masjid Ustaz Hizam mengajak kerumahnya.Kebetulan Abi free hari tu,jadi kerumahnya dengan sahabat zulhaili.Sahabat ni seorang yang suka membuat keje bekebun,lihatlah gambar2 ni..macam-macam yang di buat....yang paling mahal..Tanam pokok gaharu...banyak pokok gaharu yang di tanamnya..bakal jutawan gaharu ni..

Abi kongsikan gambar ni untuk anda semua...

Pokok Gaharu


Memberi penerangan serba sedikit tentang pokok gaharu
dah makin membesar..kalau tak silap dah 4 tahun...

Arnab pun ada


Ikan keli pun ada

Burung pun ada..

Cacing pun ada...bak kata macam2 ada;)

ya..begitulah keratif seorang yang mahu berusaha,mudah-mudahan usha yang di lakukan oleh Ustaz Hizam boleh dijadikan contoh buat kita semua...terutamanya Abi...

Thursday, March 11, 2010

Gambar Aksi Nur Dania Balqis Mengeledah Buku Abi


Dalam pertemuan hari ni Abi nak kongsikan Gambar2 Nur Dania Balqis melakukan aktiviti terkini,mengeledah buku,Umur dah menginjak 11 bulan,dah pandai duduk berjalan belum lagi,semakin aktif dan lasak...Lihatlah aksinye...Sengaja Abi biarkan nak tengok aksi si kecil ni,capai kamera amik aksi dia...tengoklah tu...

Pantang dengar Iklan,buat kerja boleh berenti tengok sekejap..Abi kongsikan gambar untuk tatapan anda semua..


Tengok Iklan dulu


Operasi bermula...


Satu persatu buku2 di keluarkan





Mungkin dah jumpa apa yang dia ndak tu...






Selepas beberapa minit kepenatan mengeledah buku2,rasa dahaga dan mengantuk mula terasa,ibu jari pun di hisap..

Akhirnya dapat susu..kita minum dulu..

ABI DOAKAN NUR DANIA BALQIS SEMOGA SIHAT DAN DI BERI KESELAMATAN SELALU...!

Wednesday, March 10, 2010

Ulangtahun Abi


Selasa,2HB Mac 2010 Bersamaan 16 Rabiul'awal 1431H

Malan ni ajak Ummi makan kat luar,sempena hari kelahiran Abi,malam ni gak Abi amik cuti,pejam celik,pejam celik bertambah usia Abi,semua dah ketentuannya,yang kecil dah besar,yang muda dah dewasa....Syukuri apa yang ada.Semoga Allah memberkati usia Abi dan di kekalkan dalam petunjuk yang lurus.Di beri kebahagian dunia dan akhirat...Amin..!!!

Alhamdulillah Nur Dania Balqis pun dah menginjak 11 bulan,semoga Allah terus memberi kesihatan yang baik untuk permata hati Abi dan Ummi.





Hidangan makan malam




Hadiah dari Ummi..


SELAMAT HARI LAHIR ABI!

Tuesday, March 9, 2010

Tahniah...Untuk Mustakim Dan Mohd Fadzil

Dalam pertemuan hari ini Abi kongsikan lagi 2 catatan yang sebelum ini tak dapat dikongsikan,jadi ari ni dapat dikongsikan untuk tatapan para tetamu blog ni..

CATATAN PERTAMA

Majlis Cukur Jambul Handzalah Mustakim

Majlis cukur jambul diadakan di Puncak Alam,terlebih dahulu kami mengucapkan tahniah kepada Mustakin dengan Nuru Jannah kerana kelahiran cahaya mata yang pertama,semoga bertambah bererti dalam kehidupan berumahtangga,kepada Abang Hassan dan Kak Lela kerana mendapat cucu yang pertama,semoga bergembira menjadi Atuk dan Nenek,juga pada Emak,cicit pertama...Semoga Handzalah menjadi anak yang Soleh.


HANDZALAH












CATATAN KEDUA

Ziarah Ke Rumah Mohd Fadzil

Tahniah kerana mendapat cahaya mata yang ketiga,semoga keluarga yang di bina bertambah ceria dengan kehadiran Firdaus Syazani.Semoga menjadi anak yang soleh.Maka dengan ini bertambahlah keluarga 'BANI IBRAHIM',Cucu Emak yang ke-57.Tahniah juga pada Emak,cucu baru...:)..


FIRDAUS SYAZANI







TAHNIAH PADA SEMUA..!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI