Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Sunday, February 14, 2016

Majlis Tahlil Febuari 2016M



Jadual Giliran Majlis Tahlil 2016M


Terasa laju benar masa bergerak. Diam tak diam sudah masuk bulan Febuari. Usia makin ke penghujug. Entah esok atau bila, entah-entah nyawa kita akan dicabut...Allahuakbar!...bagaimana sudah bersediakah? Abi? Bagaimana?...

Allah...Allah... Ya Allah...

Majis tahlil bulanan Bani Ibrahim 2016 telah dijalankan di Kampung Seri Gambut, Jalan Kebun Klang, pada 8hb 02 2016M, Isnin, cuti Tahun Baru Cina. Kali ini giliran rumah Kekanda Dato Muhyuddin Bin Ibrahim, untuk program tahlil pada kali ini diadakan di rumah anak beliau., Mahmud Muhyuddin. Kami sekeluarga datang lewat, sampai-sampai doa baru sahaja habis dibaca. Nampak gaya langkah kanan kami...datang terus makan...hu3...

Bukan niat mahu lambat, bisalah macam-macam perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu. Apa pun kami turut meraikan majlis bersama. Jumpa abang-abang, kakak-kakak, anak-anak buah dan saudara mara lain.Syukur masih dapat dipertemukan.

SEMOGA UKHWAH INI SEMAKIN ERAT DAN AKRAB!

AAMIIN YA RABB!!!


Seperti biasa, bacaan tahlil dan doa oleh YAA Dato Hj.Muhyuddin Bin Ibrahim






Acara makan-makan bermula













Sembang-sembang sambil makan...












InsyaAllah! Jumpa di Majlis Tahlil Bulan Mac 2016M
di Rumah Abang Hassanuddin Ibrahim.


Sumber gambar: FB BANI IBRAHIM

Friday, February 5, 2016

Peringatan Untuk Abi Dan Anak-Anak


Nasihat ini sesungguhnya untuk kita, untuk Abi dan anak-anak Abi. Peringatan dari Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ini sewajarnya diambil perhatian kepada semua yang mahu mengambil hikmahnya. Tentang usia...usia yang semakin menuju ke penghujung, kematian bila-bila masa sahaja menjemput...tidak tahu bila...entah di mana...

Duhai anak-anakku...manfaatkanlah usiamu nanti dengan perkara yang berfaedah dan bemanfaat...usah abaikan perintah Tuhan...

Ingat ya pesanan To Guru di bawah ini;



Thursday, February 4, 2016

Hudzaifah Bergaya Dengan Buku


Amboi bergaya sungguh Muhammad Hudzaifah bersama
buku novel remaja motivasi yang Abi beli untuk bacaan di Bilik Buku.

Lihatlah senyumannya...
















ABI SAYANG KAMU...

Wednesday, February 3, 2016

Doa Untuk Kedua Orang Tua

Segala puji bagi Allah SWT dan selawat salam ke atas junjungan Nabi SAW. Masih diberi peluang untuk menghirup udara pagi yang indah ini. Anak-anak Abi semua sudah ke sekolah, Muhammad Huzaifah dititip ke rumah pengasuh. Semoga anak-anak Abi dibawah lindungan Allah SWT...

Aamiin Ya Rabb!

Anak-anak Abi...

Doa adalah senjata orang mukmin..berdoalah setiap kali selesai solat lima waktu. Pun begitu, doa boleh kita pohon di mana-mana tempat sekali pun selagi tidak menyalahi syariat dan adab-adabnya. Anak-anak berdoalah untuk diri sendiri, keluarga terutamanya doa untuk kedua ibu bapa dan Umat Islam seluruhnya. Doakanlah Abi dan Umi dengan doa yang seperti di bawah ini, setiap kali solat lima waktu. 

Hafalkanlah doa ini, Abi yakin di sekolah kalian, anak-anak Abi sudah diajari dengan doa tersebut. Maka tinggalah kalian amalkan sahaja...

Berdoalah apa sahaja tapi jangan lupakan doa di bawah ini.



Tuesday, February 2, 2016

Kemalangan Kecil

Setiap musibah ada hikmahnya...inilah yang menimpa kami sekeluarga. Lebih-lebih lagi Umi, Allah SWT uji dengan kemalangan kecil, kereta yang selalu diguna telah ditimpa sesuatu benda berat yang melayang sewaktu bergerak melalui Jalan Kapar, Umi ada urusan ketika itu. Bahagian depan sebelah tepi telah hancur. Syukur Umi tidak apa-apa, tak dapat bayangkan jika ia mengenai bahagian depan...Allahuakbar!...berdebar-debar Abi bila Umi hantar mesej bergambar melalui 'Whatsupp'.

Abi reda apa yang berlaku...sekarang kereta masih dalam proses pembaikan. Terima kasih kepada anak buah yang membantu menyelesaikan masalah ini. Harap-harap cepat dibaiki. Terima kasih juga kepada kakak yang meminjamkan kereta miliknya untuk Umi bawa ke sekolah untuk sementara.

'Ya Allah, jauhilah kami dari marabahaya dan malapetaka yang kami tak sanggup menanggungnya. Maafkan dan ampunilah kami sekiranya ada kesilapan dan kesalahan kami, sebagai hamba yang lemah dan daif kami tidak terlepas dari salah dan silap...Ampunilah kami..."

Aamiin Ya Rabb!





Sunday, January 31, 2016

Tiga Perkara Yang Sangat Bermanfaat Kepada Orang Mati




Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:

“Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga
perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain
atau anak yang soleh yang mendoakannya."

(Riwayat Muslim)


SEMOGA MENJADI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH
DUHAI ANAK-ANAKKU...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI