Firman Allah SWT:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”
Surah Ar-Rum:21
Surah al-Tahrim:6
Saturday, November 7, 2009
Komitmen Kerajaan Dalam Kempen Membaca
Dalam pertemuan kali ini di Dunia Buku,ingin berkongsi pandangan dengan pengunjung laman blog ni berkenaan dengan kempen membaca oleh pihak kerajaan kita,Kalau kita perasan ada segmen iklan yang membawa mesej kempen membaca yang di tayangkan dalam TV kita semenjak ni,baguslah kalau macam tu,kempen membaca bagi menggalakan rakyat minat dan suka membaca.Bagi mereka yang minat dan hobinya membaca sudah tentu gembira dengan galakan kerajaan ini,sudah tentunya kempen ini membangkitkan ransangan yang hebat kepada kita semua.Selepas ni kenalah ada bajet untuk membeli buku pula,rasa-rasanya tak rugi malah bertambah berbaloi-baloi.
Bajet beli buku?.Ye bajet untuk beli buku,kita listkan bersama-sama dengan barang-barang keperluan yang lain,alah sebulan satu buku pun kira ok lah tu..yang penting beli dan baca,kalau tidak di mulakan dari sekarang bila lagi?.Kalau tak yang kita mulakan membaca dulu,kita nak harapkan sapa pula?Suruh anak-anak membaca sedang kita sendiri pun liat nak membaca,salah siapa?..kempen membaca ni dari dulu pun ada,siap buat lagu lagi nak suruh orang membaca, tapi kesedaran masyarakat masih ada yang buat tak kisah dalam hal ni..lecelah,tak ada masa..macm-macam alasan yang boleh kita dengar bab ni.tapi dalam bab mengata,adu domba,mengumpat…emmm..no satu pula ye..
Membacalah…sahut hasrat kerajaan yang mulia,kerajaan nak lihat rakyatnya suka membaca,rakyat berilmu rakyat berjaya,pengetahuan bertambah fikiran cerah banyak idea yang dapat di utarakan untuk membangunkan Negara kita.Itu yang kerajaan mahu untuk rakyat.Sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa besar,jangan lihat kelemahan kerajaan semata-mata,yang baik kita sokong dan dokongi bersama,rasa bersama dan berkerjasama dalam menjayakan kempen membaca ini,baru lah melahirkan masyarakat yang harmoni dan sangat cinta dengan buku dan membaca buku..amacam..setuju?
Demi menyahut kempen membaca ni,kita sebagai ibu bapa jangalah lokek pula,nak belikan buku untuk anak-anak,beri peluang pada anak-anak ruang untuk memilih bahan bacaan yang mereka minati mengikut tahap umur mereka,janji jangan bahan bacaan yang tidak elok kita berikan pada mereka.Banyak bahan bacaan di luar sana boleh kita beli untuk anak-anak kita.Dan jangan lupa pula buku untuk diri sendiri mengikut kegemaran apa yang kita minati.Dalam masa yang sama pihak kerajaan hendaklah menyediakan perpustakaan di desa-desa atau pekan,ya..sekarang memang ada perpustakaan yang ada di sediakan tetapi biarlah ianya di ugredkan bagi menggalakan orang ramai untuk datang ke perpustakaan yang sedia ada,buku-buku atau bahan bacaan hendaklah sentiasa memenuhi citarasa minda rakyat masakini.Barulah kempen yang ada dapat direalisasikan.
Cita-cita dan kometmen kerajaan(Pemimpin) yang ingin melihat rakyatnya suka membaca haruslah kita hargai dan sahut,tetapi dalam masa yang sama para pimpinan dari segenap lapisan masyarakat hendaklah sama-sama mengamalkan budaya membaca ini kalau mahu melihat rakyatnya maju dan menjadi bangsa yang berjaya,jangan cakap tak serupa bikin,pemimpin juga kena tunjuk budaya membaca,barulah kempen menjadi.Secara peribadi Abi sokong dan menyahut seruan kerajaan agar budaya membaca menjadi amalan hidup kita seharian,Bangsa Membaca Bangsa yang berjaya…mudah-mudahan kempen membaca ini berjaya di seluruh Malaysia yang kita cintai ini..Amin!!!..
Catatan ABI 09
Isnin-26HB 10 09
5.55petng.
Teratak Usang
Meru.
Labels:
Dunia Buku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali
Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?
1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.
1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.
Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.
2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.
2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.
Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.
3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.
3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.
Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.
4. Elakkan terlampau banyak komplain.
4. Elakkan terlampau banyak komplain.
Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.
5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.
5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.
Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.
6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.
6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.
Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.
7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.
Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.
8. Jangan merendahkan keinginan dia.
8. Jangan merendahkan keinginan dia.
Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.
9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.
9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.
Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?
10. Pesanan Rasulullah S.A.W.
10. Pesanan Rasulullah S.A.W.
Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.
Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.
Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.
Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI
No comments:
Post a Comment