Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Wednesday, July 6, 2011

Bayi Susu Ibu Lebih Sihat


Bayi Susu Ibu Lebih Sihat

S : Saya mempunyai dua anak. Sulung, 5 tahun, menyusu susu ibu selama 2 bulan sahaja. Anak kedua berumur 9 bulan dengan berat 7 kg dan menyusu secara eksklusif selama 6 bulan. Kemudian, dia terus menyusu susu ibu dan dicampur susu formula. Musykilnya, dia sering sakit dan kurang berat badan. Mohon penjelasan kerana hal ini menyebabkan saya hilang kepercayaan kepada kebaikan susu ibu.

Nora, Sepang, Selangor


J : Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kerana berjaya menyusukan anak kedua secara eksklusif selama 6 bulan! Dalam hal ini, saya tidak dapat menilai keadaan sebenar kerana tidak mendapat maklumat lanjut berkenaan sejarah kesihatan puan atau bayi. Biasanya, isu sebegini memerlukan penelitian setelah semua maklumat diperolehi. Walau bagaimanapun saya akan cuba menjawab sebaik yang mungkin.

Untuk pengetahuan, jika bayi sering sakit, ia mungkin menjejaskan penyusuan ataupun pengambilan makanannya. Seperti orang dewasa, bila kita sakit, selera juga hilang, bukan? Masalah cirit-birit atau muntah juga boleh menyebabkan penurunan berat badan.

Berdasarkan pemahaman umum, bayi menyusu susu ibu lebih sihat daripada yang menyusu susu formula. Dari mana asalnya pemahaman ini? Asas dalam memahami bayi yang menyusu susu ibu tidak jatuh sakit seperti bayi yang menyusu susu formula adalah bersandarkan kepada statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Ia menyatakan, jika terdapat peningkatan penyusuan susu ibu yang sederhana seluruh dunia, kadar penyakit di kalangan bayi akan turun mendadak. Hospital rakan bayi turut melaporkan kurang membelanjakan wang untuk merawat bayi sakit.

Jadi, jawapan umum ialah bayi yang menyusu susu ibu lazimnya lebih sihat.

Lazim dalam konteks ini tidak memberi erti jika anda membandingkannya dengan bayi yang menyusu susu formula. Maksudnya ialah antara 1000 bayi menyusu susu ibu dan 1000 bayi menyusu susu formula, bayi yang menyusu susu ibu adalah lebih sihat dan kurang sakit. Jika mereka sakit, mereka mudah sembuh.

Susu ibu secara fisiologikalnya adalah cecair semula jadi untuk bayi manusia. Ahli perubatan bersetuju susu ibu menawarkan nutrisi bayi paling baik. Saintis berterusan menemui kelebihan-kelebihan baru dalam susu ibu. Susu ibu telah dianalisis dan kerap kali dianggap sebagai tisu hidup.

Kandungan susu ibu berubah berdasarkan keperluan bayi. Sebagai contoh, ibu yang melahirkan bayi pramatang memiliki susu ibu tinggi lemak dan protein khusus membantu dalam pertambahan berat badan bayi. Antara lain, ibu yang sakit dengan strep akan menghasilkan antibodi dalam susu bagi melindungi bayi daripada dijangkiti strep. Tambahan lagi, kolostrum diketahui menggalakkan sistem imunisasi. Inilah antara penyebab mengapa pakar menyatakan menyusukan bayi dengan susu ibu akan membantu menghalang penyakit.

Antara lain, bayi yang ditinggalkan di Taska sewaktu ibu bekerja terdedah kepada pelbagai jenis kuman atau virus. Sedangkan, ibu bayi tersebut tidak terdedah kepada kuman dan virus berkenaan. Oleh yang demikian, ibu tidak dapat menghasilkan antibodi secara semula jadi bagi disalurkan kepada bayi untuk mencegah penyakit di Taska. Penyelesaiannya, ibu perlu menghabiskan beberapa waktu di Taska untuk memberi peluang tubuh bertindak balas demi menghasilkan perlindungan untuk bayi.

Penyusuan dan susu ibu berterusan memberi perlindungan dan merupakan sumber makanan berkualiti selagi bayi disusukan dengan susu ibu. Susu ibu tidak pernah berhenti memberikan yang terbaik kepada penerimanya. Seperkara yang perlu diingat ialah anda tidak memerlukan diet sempurna dalam menghasilkan susu yang berkualiti untuk bayi. Kajian mendedahkan bahawa diet pemakanan ibu yang berkualiti kurang memberi kesan kepada susunya. Hal ini kerana susu ibu dicipta untuk menyediakan lemak dan melindungi bayi setiap masa walaupun dalam keadaan sukar atau kebuluran.

Dalam hal ini, saya syorkan berjumpalah dengan Perunding Laktasi untuk menilai kes puan. Ini penting untuk memastikan bahawa sebarang saranan yang diberikan bertepatan dengan masalah yang dihadapi. Sila layari www.ilca.org untuk mencari Perunding Laktasi berdekatan puan.

Sumber; PA,MA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI