Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Friday, November 27, 2009

Catatan Abi-15

Selasa,7 Zulkaedah 1430H Bersamaan 24HB 11 2009M

Ke Pejabat Pemaju Perumahan Dan Pejabat Tanah Derah Klang


Minggu ni Abi kerja sebelah petang,jadi sebelah pagi dalam minggu ni banyak urusan yang nak di selesaikan,Nur Dania Balqis kami titipkan ke rumah pengasuh kak Leha,hari ni dalam pukul 8.30pagi bertolak ke Klang ke pejabat pemaju perumahan untuk tandatangan boring dan tandatangan di pejabat tanah di Bandar klang bersama peguam.Alhamdulillah urusan ke pejabat pemaju perumahan dan ke pejabat tanah daerah selesai,habis tandatangan terus balik ke distinasi seterusnya,kami terpaksa pusing 2 kali untuk mencari jalan keluar ke Meru,maklum saja Bandar klang sedang dalam pembinaan taraf infrasktuktur,kebanyakan jalannya sehala,membuatkan bagi mereka(macam kami) yang dah lama tak pergi ke Klang begitu keliru dengan jalan yang berubah,ape pun kami akhirnya dapat juga jalan pulang..:)jalan yang lurus…

Ke Setia Alam

Distinasi kedua kami ke setia alam,hari ni Ummi gaji,jadi antar Ummi ke Bank untuk membuat pengeluaran wang,wang adalah keperluan tanpa wang kita tak boleh beli apa..boleh beli tapi kena hutang dulu;)..apelah merapu pula ni..Singgah ke kedai kejap untuk membeli barang keperluan sedikit…

Ke Balai Polis Meru


Seterusnya kami kedistinasi ke tiga,balik ke Meru,balai polis untuk membuat laporan kehilangan Mykid Nur Dania Balqis,emm..belum apa2 dah hilang,tak tahu pula tercicir di mana.untuk mengelakkan kena denda Abi dan Ummi buatlah laporan..satu yang kelakar bagi kami ketika buat laporan polis,tentang nama Nur Dania Balqis yang di tulis salah oleh pegawai polis,padahal dia dah berkali bertanyakan tentang nama nur dania balqis..ape yang ditulis NUR DAINA BALQIS..alahai..tak jelas lagi kot..manusia tak pernah lari dari kesilapan..
Alhamdulillah urusan hari ni dapat diselesaikan…esok ada lagi….


Rabu,8Zulhijjah 1430H Bersamaan 25HB 11 2009M

Ke Jabatan Pendaftaran Negeri di Plaza Massalam ,Shah Alam


Pagi ni bertolak ke Shah Alam untuk buat Mykid Nur Dania Balqis yang hilang,Nur Dania Balqis kami titipkan di rumah kak Leha.Alhamdulillah tak meragam dan menangis..

Sampai Plaza Massalam kami terus ke tingkat 7,Ummi amik nombor giliran dan isi borang,nasib baiklah Abi tanya kat kaunter pasal no giliran untuk buat Mykid yang hilang,petugas yang jaga di kaunter memberitahu di tingkat 7 untuk Mykid..


Kami naik ke tingkat 7,nasib baik tak ramai lagi,senang urusan tanpa menunggu lama,Alhamdulillah tak kena denda,tidak banyak persoalan..selesai,dalam kesempatan,alang-alang dah kat sini,Abi buat Cabutan,tukar surat beranak yang baru..selesai urusan yang mudah.

Ummi terima panggilan dari Abnag Zin,nak saign sesuatu pasal urusan kereta,buat temujanji di komplek PKNS Shah alam.Kebetulan kami pun nak ke sana.

Ke Kompleks PKNS,Shah Alam

Selesai urusan di Jabatan pendaftaran Negeri Selangor kami ke Kompleks PKNS,nak buat buku akaun Tabung Haji Nur Dania Balqis dan Abi (baru nak buat;)..Sebelum tu jumpa Abang Zin nak amik tandatangan Abi (Maklum glamour..perasan;) ),..Selesai..

Urusan seterusnya ke Tabung Haji,kat sini pun tak lama tunggu giliran,sebab kaunter buat Buku Akaun tak ramai yang buat,jadi cepat dan ringkas..Ummi uruskan pembukaan Buku Akaun untuk Nur Dania Balqis..pun selesai cepat..


Sementara menunggu urusan Ummi selesai Abi pegi round2 dulu,alang-alang dah kat Kompleks PKNS,carilah CD Terbaru kumpulan AL-farabi,dapat kat gerai depan KFC,tak sabar nak dengar lagu lama bi bawa rentak baru..ala2 rock indie gitu…Selesai ronda2 gi tengpok Ummi dah selesai belum,Selesai dah…masuk kedai buku Marwilis sekejap tengok2 buku…


Sebelum balik ronda2 sekali lagi dengan Ummi,dalam tengah ronda2,Abi di sapa dengan seseorang yang sangat Abi kenali,Mohd Amin rakan lama semasa berkerja di National Panasonic Dry Battery…agak lama tak jumpa..alhamdulillah dah kawin member sorang ni,anak dah tiga,isteri seorang guru…lama gak borak,dalam kesempatan ni Ummi bekenalan denga isteri Amin..jumpe gak kawan-kawan lama..Syukur..

Dalam pukul 12.40 tgh hari kami balik terus,petang nak gi kerja pulak…
Alhamdulillah urusan hari ni segalanya di permudahkan Allah..

Khamis,8 Zulhijjah 1430H Bersamaan 25HB 11 2009M

Ziarah Kematian


Hari ni ada berita sedih,Abang pada Ayahnda Abi telah kembali ke Rahmatullah pada malam tadi,urusan pengkebumian pada hari ni juga..Haji Surip bin Haji Palil,pangkat Pak Cik (atau Wak),Almarhum sakit tua,memang sejak beberapa tahun terlantar di pembaringan,kali terakhir Abi jumpa semasa Hari Raya tahun ni.Semoga Almarhum Wak Surip di tempatkan di kalangan hamba-hambanya yang bertaqwa..Amin..!!!..
Gambar masa raya..

Di fahamkan hari ni je,ada 3 kematian di kawasan kampong bukit kapar.Begitulah ajal,bila Tuhan dah kehendaki jadi …maka jadilah..kita bagaimana?..dah bersedia untuk mati?..Sama-sama kita ingat ye…

Hari ni nampak gaya amik cuti,Insyallah malam ni ada tahlil untuk Arwah dan bacaan Yassin di surau Darul Aman,1 malam buat kat surau,6 hari buat kat rumah..Insyallah Abi akan hadir,jika tidak ada urusan yang lain..Dalam kesempatan ini Abi nak ucapkan Takziah pada keluarga Hissamuddin dan keluarga yang lain,kepada dua anak Almarhum yang juga sepupu Abi iaitu Ustaz Dr Mohd Ghaffar bin Surip yang sedang outstation di Syiria dan juga Mohd Zainon bin Surip yang bertugas di Jeddah,mereka tak dapat menatap wajah Almarhum,di harapkan bersabar atas ujian ini..

Habis ziarah,Haji Mansur ajak sarapan..boleh je..ape…adahal..!

Kat Warong Apis

Kami bertiga Haji Mansur,Saidin dan Abi..lama tak jumpa dan sembang2 macam dulu-dulu,maklum masing-masing dah ada agenda masing-masing,ada kesempatan macam ni baru boleh jumpa..banyak lah yang di borakkan dari perihal politik,keluarga…macam2 ada

Balik Rumah

Abang Zin kat rumah mak,nak jumpa Abi nak tandatangan lagi,tandatangan semalam tak boleh,tak sama macam yang dulu..susah-susah,pergi je bank jumpa pegawai,minta pengesahan..

Apalagi ikut Abang ke Klang untuk urusan seterusnya..selesai di Klang terus ke Pelabuhan Klang,ada urusan yang lain…em..em..ikut je lah..

Hampir pukul satu juga urusan ni…Selesai gak akhirnya…

Alhamdulillah…Ya Allah..Permudahkanlah Urusan ku…Tiada daya dan upaya ku melainkan dengan pertolonganMU Ya Allah…

Catatan
ABI09

Meru.


UNTUK CACATAN ABI YANG TERDAHULU: Dairi Abi

Perihal Televisyen Terhadap Anak-Anak


Dalam pertemuan kali ini Abi nak berkongsi berkenaan pendidikan anak-anak,anak-anak adalah cahaya mata yang dikurniakan Allah kepada kita semua,jadi kita bertanggungjawab mendidik dan mengasuh dengan sebaiknya..siapa yang tak sayang anak ye..semua orang sayang anak-anak dan ingin melihat anak-anak Berjaya,bukan sahaja berjaya di dunia sahaja bahkan di akhirat nun di sana kita mengharapakan yang terbaik untuk kita dan anak-anak kita di masa hadapan,begitu juga dengan Abi,jadi apa yang Abi nak kongsikan kali ni perihal tentang menonton televisyen di kalangan anak-anak kita.

Sebelum Abi menyenaraikan beberapa keburukan televisyen kepada anak-anak,Abi nak senaraikan beberapa cara bagi mengelakan anak-anak dari ketagih terus menonton televisyen,maklum saja dalam tv macam-macam cerita yang dapat mempengaruhi anak-anak,sebagai ibu bapa berkewajipan mempastikan anak-anak tidak terus leka asyik di depan tv.

Antara Cara untuk mengelakkan dari ketagih menonton televisyen:

1) Elakan meletak televisyen di bilik tidur anak


2) Beritahu mereka keasyikan menghadap televisyen boleh membekukan otak

3) Galakkan anak membuat aktiviti aktiviti lain seperti bersukan,membaca,menziarahi kawan-kawan,dan sebagainya.

4) Apabila menonton televisyen sahaja,maka susah Berjaya,Ini kerana,kerap menonton televisyen boleh membantutkan keupayaan berfikir dan banyak kerja lain tergendala.

Manakala keburukan menonton televisyen lebih lama ialah:


1) Menumpulkan daya fikiran


2) Merosakkan daya penglihatan.

3) Mendidik anak-anak dengan unsure-unsur negative,jenayah dan keganasan.

4) Mencuri masa anak-anak yang diperuntukan bagi membuat kerja sekolah dan beriadah.

5) Dikhuatiri anak-anak mengabaikan suruhan Tuhan dan ibu bapa kerana leka dengan televisyen.

6) Menjadikan anak-anak tidak peka dengan panggilan ibu bapa kerana menonoton siaran televisyen.

7) Menyebabkan mata rosak atau rabun.

8) Mengajar perkataan-perkataan kasar seperti’bodoh’,’tidaj guna’ dan sebagainya.


9) Mengurangkan masa belajar dan mengaji.

10) Memberikan kefahaman yang salah dalam pergaulan dan percintaan.

Jadi sebagai ibu bapa marilah kita mempastikan anak-anak kita tidak sampai terleka dan lalai sehingga tidak menghormati kita sebagai ibu bapa di sebabkan asyik dengan televisyen.Mudah-mudahan ada manfaatnya perkongsian ini.

Cara mengelakkan dan keburukan televisyen:Dari buku PETUA MEMBANTU ANAK BERJAYA hasil tulisan Dato’ Dr Fadzilah Kamsah,Syaidatun Nazirah Abu Zahrin dan Nurul Aida Abdul Ghani.

UNTUK PERKONGSIAN TERDAHULU: Pendidikan Anak-anak

Thursday, November 26, 2009

Majlis Tahlil

Almarhum Ayahnda Hj Ibrahim bin Busro


Almarhum Ustaz Asri Ibrahim


Majlis Tahlil untuk Almarhum Ayahnda mertua Almarhum Haji Ibrahim dan Almarhum Abang Asri Ibrahim akan di adakan di rumah Bukit Lancung pada hari sabtu 10 Zulhijjah 1430H bersamaan 27HB 11 2009M,pukul 4 petang.

Semoga Almarhum di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwq pada Allah.

Jom Takbir Ramai-Ramai...!


Di sini Abi kongsikan lagi perkongsian yang pernah Abi post dalam blog ni pada hari raya Aidilfitri 1430H,Mungkin ada yang belum baca lagi,Raya korban ni Abi kongsikan lagi klik link ni:
INDAHNYA LAUNGAN TAKBIR TANDA KEMENANGAN

Wednesday, November 25, 2009

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil adha


Assalamualaikum WBT,dengan lafaz syukur yang tak terhingga kepada Allah penguasa seluruh alam yang terbentang luas ini,kita masih dapat sama-sama menghirup udara yang nyaman dan masih melihat sesuatu yang indah di bumi Allah ini.Juga selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi SAW sebagai suri tauladan buat manusia seluruhnya,keluarga dan para sahabat semuannya,semoga kita sama-sama di Rahmati dan di Redhai Allah SWT.

Di kesempatan ini,ingin kami mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA,mudah-mudahan segala apa yang kita lakukan beroleh keredhaannya selalu,di hari yang baik dan mulia ini,sama-samalah kita memperingati serta mengambil pengajaran yang sangat banyak terhadap pengorbanan yang di tunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s ,Isterinya Siti Hajar dan juga pengorbanan Nabi Ismail sebagai seorang anak yang soleh,yang sanggup untuk di korbankan demi menunjukkan kecintaan dan ketaatan pada Ayah dan perintah Allah terhadapnya,begitu juga dengan Nabi Ibrahim,dengan keyakinan dan ketaatan kepada Allah melaksanakan perintah Allah untuk menyembelih anaknya sebagai korban,juga Siti Hajar sebagai isteri Solehah yang tabah dan bersabar..hebatnya pengorbanan mereka semua,bagaimana dengan kita ye..?

Begitulah,secara ringkas sejarah korban yang telah disyariaatkan pada kita semua,Juga kepada para jamaah haji semoga mendapat haji yang mabrur dan diterima oleh Allah SWT,tunaikanlah ibadah haji dengan sempurna dan jagalah adab-adabnya,semoga segala amalan di terima oleh Allah SWT,Sama-sama kita doakan kepada semua seluruh jamaah haji,biarpun dari mana mereka datang ke Baitullah moga selamat dan sihat sampai ke Negara mereka masing-masing.Dengan semanagt pengorbanan yang di tunjukkan oleh ketiga-tiga tokoh yang di sebutkan tadi,mudah-mudahan kita dapat mencontohi pengorbanan mereka.

Sekali lagi Abi ucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA…MAAF ZAHIR DAN BATIN..:)..

UNTUK UCAPAN YANG TERDAHULU: Ucapan

Meriahkan Aidil Adha



Sempena menyambut hari raya korban 1430H,Abi nak kongsikan lirik lagu dari kumpulan Nada Murni yang berkaitan suasana sambutan hari raya Aidil Adha,di dalam lirik lagu ini terdapat panduan untuk kita meraikan hari raya ini.Mari kita sama-sama hayati bait-bait lirik lagu ini,semoga ada manfaatnya..

Meriahkan Aidil Adha

Hari raya haji atau hari raya korban

Atau hari raya Aidil Adha

Ia lebih besar dari raya Aidilfitri

Sambutlah ia dengan tasbih dan tahmid

Meriahkanlah juga dengan sembahyang sunnat

Dua rakaat seta mendengar khutbahnya

Ceriakanlah lagi dengan takbir dan tahmid

Dimerata tempat di mana-mana jua

Didalam kereta apatah lagi di dalam masjid

Begitulah sepatutnya mengikut sunnah nabi

Agar dengan syiar itu kita membesarkan Aidil Adha

Jangan lupa ziarah menziarahi

Sanak saudara dan sahabat handai

Ianya kaum muslimin lebih-lebih yang kita kenal

Bersalam-salamlah dengan bermaaf-maafan

Sesama mereka agar kasih sayang

Rasa ukhwah kita berbunga semula

Elok juga buat rumah terbuka ditetapakan masanya

Semua kaum dipelawa dating tak mengapa

Sebab tidak ada salahnya

Ajaran Islam menggalakkan hidup berharmoni

Di hari raya elok ambil peluang melahirkan sebab-sebabnya

Ayuh mari kita meriahkan Aidil Adha

Dengan takbir dan tahmid bukan pergaulan bebas

Berjoget-joget dan berlawak jenaka

Meriahkan juga dengan ziarah-menziarahi

Bermaaf-maafan menolong fakir miskin

Dan siapa juga yang mendapat kesusahan


Senikata: Mohd Asri Ubaidullah

Senilagu: Isman Nadim Isam

Solo: Munif Ahmad

Terbitan: OVA PRODUCTION

Album: FALSAFAH HAJI

Kumpulan: NADA MURNI

Untuk Lirik Terdahulu: Lirik Lagu

Sunday, November 22, 2009

Maha Hebatnya Tuhan..

Hari ni Abi nak kongsikan berita yang termuat dari akhbar harian Sinar Harian,bekenaan kelahiran seorang bayi yang seberat 6.15kg,menunjukkan kepada kita betapa maha hebat dan kuasanya Tuhan,seberat dan sebesar mana timbangan seorang bayi dalam kandungan perut ibu dapat di tampung oleh perut ibu...

Aishah catat sejarah lahirkan bayi seberat 6.15kg


ALOR SETAR - Satu rekod baru dicatatkan di negeri ini, semalam, apabila seorang bayi seberat 6.15 kilogram selamat dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di sini.

Ibu bayi berkenaan, Aishah Bee Yassin, 35, dari Changloon, melahirkan bayi tersebut yang juga anak kelimanya dengan dibantu seorang doktor dan beberapa kakitangan pusat perubatan tersebut pada jam 2 pagi.

Aishah berkata, dia sama sekali tidak menyangka akan mendapat bayi seberat itu kerana ketika sarat mengandung, bayinya yang diimbas dianggarkan seberat empat kilogram sahaja.

"Tapi satu perkara yang luar biasa sedikit ketika saya mengandung anak kelima ini, saya sering mengidam nak makan buah amra (kedondong). Bayangkan dalam satu hari saya boleh habiskan sekilogram buah amra," katanya.

Aishah berkata, sepanjang tempoh hamil, dia tidak selera makan nasi dan hanya makan buah amra, roti dan susu sahaja.

“Pernah sekali saya mengamuk kepada suami apabila tidak dapat makan buah amra dan memaksa suami mendapatkannya segera,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Difahamkan kelahiran bayi itu telah memecah rekod PMC apabila dilahirkan seberat 6.15 kilogram berbanding rekod sebelum ini, 4.65 kilogram yang dicatat pada Jun lalu.

“Apapun saya bersyukur kami berdua selamat dan saya tidak mengalami sebarang kesukaran ketika melahirkannya awal pagi kelmarin,” katanya.

Sementara itu, suaminya, Mohd Ali Khan Ghazali, 41, berkata dia terkejut apabila diberitahu bahawa anak kelimanya itu direkodkan seberat 6.15 kilogram kerana menyangka berat bayinya hanya sekitar empat kilogram sahaja.

“Saya agak terkejut kerana sebelum ini anak keempat kami iaitu Nor Hashimah paling berat ketika dilahirkan iaitu lima kilogram tapi adiknya ini lebih berat. Bagaimanapun, saya bersyukur apabila doktor mengesahkan anak saya sihat,” katanya.

Selain bayi itu, Ali yang bekerja sebagai ejen pengimport mempunyai empat anak iaitu Mohd Amirudin Mohamed, 13, Nor Hafisah Mohamed, 12, Mohd Nazirul Mubin Mohamed, 10 dan Nor Hasyimah Mohamed, 6.

Dari Web:http:http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6036111.asp

Friday, November 20, 2009

Buruknya Judi..!

Beberapa hari yang sudah Abi ada berbicara berkenaan Rokok,kali ni nak bercakap pasal judilah pulak.ye judi?ye Judi..terutamanya judi nombor atau lebih di kenali nombor ekor,tikam ekor sinonoim dengan Magnum,TOTO dan sewaktu denganya.Ni pun isu yang masih releven,selagi ada orang yang berjudi selagi tu lah perihal ni tetap akan diperkatakan.Walaupun kita semua sedia maklum dan tahu semua pusat perjudian yang terbesar dan teringgi di Malaysia yang kita cintai nun terletak di atas bukit sana,sayup-sayup mata memandang.itu untuk mereka yang makan juta-juta lah,rm50,rm40..tak yah cari pasal nak naik atas sana.



Untuk anda ada tersendiri..ait ye ke…kan haram judi tu..ye lah haram tapi bila dah sign halal jadi boleh lah tu(sinis ni) tulah yang dok tiap minggu ada 3 kali cabutan,tu untuk golongan berpendapatan rendah,yang nak cari duit lebih kononnya,aku beli ni kalau dapat pun bukan untuk makan bagi anak bini aku,aku belilah vcd ke apa ke yang patut,bukan jadi darah daging pun!…ada yang kata sekali sekala tak apa!..ada yang kata hebat lagi…alah nanti dah tua taubatlah..eceh..eceh..confidentnya…Malah ada yang konon-kononnya pemalu ala nak beli,kirimlah kat kawan yang non muslim tu,malu dengan kawan?..alahai macam tak ada Tuhan pulak ye..



Inilah fenomena yang Abi jumpa,tanpa rasa malu,gerun.takut dengan ancaman dan amaran Tuhan,tentang perkara judi ni..judi sudah jelas haram tak ada kompromi.TITIK.HARAM..JUDI TETAP HARAM walau di salut dengan nama apapun jika ada unsur perjudian ia tetap haram,Para Ilmuan,Cendekiawan,Para Ulama,Ustaz Ustazah,Guru-guru dan ramai lagi yang mempunyai ilmu banyak dah di utarakan ,dibincangkan,diseminarkan,didebatkan di parlimen perihal judi,tapi fenomena ini masih lagi membelenggu masyarakat kita hari ini.Dalam Quran sendiri pun dah jelas tentang perkara judi ni.

“Wahai orang-orang yang beriman,sesungguhnya minuman yang memabukkan,BERJUDI,berhala dan mengundi nasib itu adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan.Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan.”
Al-Quran:Surah Al-Maidah:90

“Kaum Yahudi menanyai engkau tentang khamar dan JUDI,katakanlah kepada keduanya itu kedosaan yang besar dan ada manfaat bagi manusia,dan kedosaannya (bahaya-bahayanya) lebih besar dari pada kemanfaatannya.

Al-Quran:Surah Al-Baqarah:219

Judi nombor ekor ada di mana-mana pekan atau Bandar di Malaysia,yang halal dan yang haram pun ada,yang halal yang ada lesenlah,yang haram yang tak ada lesen,cara gelap,sorok-sorok tapi kalau dah namanya judi mana ada halal..haram tetap haram..tapi inilah yang berlaku dari segelintir dari kalangan kita yang tidak takut dengan bencana yang akan menimpa pada mereka,kesempitan kewangan hingga sanggup berbuat apa saja demi mencari rezeki kononnya,tidak ada dalam sejarah yang dikatakan main judi ekor ni hidup kaya raya,rasa Abi tak dengar lagi,yang ada makin hidup susah,melarat adalah,hidup di lambung angan-angan..kalaulah…kalaulah..asyik kalaulah nombor aku kena..angan-angan tak kemana kesudahan nasib seorang kaki judi nombor ekor.kesian..hidup pasti terus sengsara,merana selalu..siapa yang bersalah?




Akibat berjudi hidup boleh hilang pertimbangan,keluarga tunggang langgang,hati resah gelisah selalu,malas mencari rezeki makin bertambah-tambah…angan-angan lebih banyak semuanya kerana judi ekor,kerannya juga boleh rosak akidah,lebih percayakan benda-benda yang mengarut contohnya ‘mengangkong’semata-mata nak dapat cabutan nombor mengena,puja sana puja sini..malah di sebabkan judi ekor ni ada yang berani keluar hukum sendiri,cuba tengok akhbar metro baru-baru ni,seorang nenek mengeluarkan fatwa tentang judi ekor.Seperkara yang sangat mengecewakan pada pandangan pribadi Abi peranan akhbar juga berkenaan judi ekor,akhbar yang sering bercerita jenayah sana sini,tak kiralah jenayah apa,termasuklah judi pun jenayah juga,dalam masa yang sama akhbar ni jugalah yang mengiklan keputusan judi ekor,,apa cerita?cakap tak serupa bikin..



Jadi marilah sama-sama kita bertanggunjawab pada diri sendiri,keluarga kita khususnya elakan jauh-jauh dari apa jenis judi dalam kehidupan kita.Biar rezeki kita sedikit asalkan halal dan diberkati serta diredhai oleh Allah.Pada kerajaan bersungguh-sungguhlah dalam perihal judi,anda (Pemimpin) akan dipertanggumgjawapkan oleh Allah di akhirat kelak,gunakan kuasa yang ada untuk membenteras JUDI!.

Wednesday, November 18, 2009

Gambar Nur Dania Balqis Bertudung







Untuk Album Terdahulu: Album Nur Dania Balqis

Info:Misteri Masa Gempa Dan Surah Dalam Al-Quran



Dalam keluaran terbaru majalahI (November 2009),terdapat satu info yang sangat menarik untuk Abi kongsikan kepada pengunjung blog ni,maklum bukan semua antara kita yang beli Majalah ni,apa yang Abi nak kongsikan tentang info ni,bekenaan sesuatau yang menakjubkan tentang berlakunya gempa bumi yang baru-baru ni menimpa Padang Sumatera Barat Indonesia,begini infonya:

“Sehari selepas bencana gempa, beberapa SMS diterima yang mengaitkan masa berlakunya peristiwa dengan ayat-ayat al-Quran.Gempa yang terjadi di Padang bertepatan pada pukul 17.16,disusuli gempa berikutnya pada pukul 17.38,dan esoknya terjadi pula gempa pada pukul 8:52.

Jika angaka-angka itu disesuaikan dengan surah dan ayat dalam al-Quran,maka hasilnya sungguh menakjubkan.

Pertama,surah al-Isra’(17)ayat 16
,ertinya;”Dan jika kami hendak membinasakan satu negeri,maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri tersebut (supaya mentaati Allah),tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri tersebut.Maka sudah sepatutnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan kami),kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

Kedua,surah al-Israk
(17)ayat 38 yang ertinya;”Segala yang tersebut itu adalah kejahatanya amat dibenci di sisi Tuhanmu”

Yang bermaksud semua ‘kejahatan’ itu dalam ayat ini berkaitan dengan ayat sebelumnya iaitu mengadakan Tuhan selain Allah,derhaka kepada orang tua,membazir,kedekut,mengugurkan kandungan kerana takut miskin,berzina,membunuh tanpa sebab,beramal tanpa ilmu dan sombong.

Ketiga,merujuk masa peristiwa gempa di Jambi:pukul 8:52pagi,Surah al-Anfal(8)ayat 52,ertinya;”(Tidak ubah adat mereka)sepertimana adat keluarga Firaun dan orang-orang sebelumnya.Mereka kafir kepada ayat-ayat Allah,lalu Allah menyeksa mereka disebabkan dosanya sendiri.Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi keras seksanya.”

Keempat
,peristiwa itu juga dikaitkan dengan tanggal berlaku iaitu tanggal 30 bulan 9.Surah ar-Rum(30)ayat 9 yang ertinya; ”Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di atas muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat yang diderita) oleh orang-orang sebelum mereka?Orang-orang itu lebih kuat dari mereka sendiri dan telah mengolah bumi(tanah)serta memakmurkannya lebih banyak daripada apa yang mereka makmurkan.Dan telah dating kepada mereka rasul-rasul dengan membawa buktu-bukti yang nyata.Maka Allah sesekali tidak berlaku zalim kepada mereka,akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri.”

Ayat-ayat di atas berkaitan dengan peringatan Allah kepada kaum yang lalai dan durhaka”


Semoga apa yang terkandung didalam info di atas sama-sama kita mendapat manfaat.

Tuesday, November 17, 2009

Usia Nur Dania Balqis Tujuh Bulan



Alhamdulillah Syukur pada Allah yang mengurniakan nikmat yang banyaknya kepada hamba-hambanya,hanya pada-Nya sahaja kita mengucapkan syukur…kini permata hati Abi dan Ummi sudah menginjak usia ke tujuh bulan,pejam celik pejam celik dah meningkat usia si kecil ni..Alhamdulillah sekali lagi,setakat ni kesihatannya baik,mudah-mudahan berterusan..dari segi berat dah agak lenguh gak lah nak angkat..dah pandai menguling-guling,kalau tidur memang lasak..meniarap..gigi ada tumbuh sikit..Senyumannya aduh…indah sekali buat kami..

Harapan kami semoga kesihatan dan keselamatannya sentiasa dipelihara ilahi,hanya Allah yang berhak keatasnya ,kita hanya mampu berdoa..semoga menjadi anak yang berguna buat agama,bangsa dan Negara,yang penting menghormati Abi dan Ummi…SAYANGGG SELALU NUR DANIA BALQIS…

Monday, November 16, 2009

Kongsi Buku-10

BUKU: DAIRI RASULULLAH S.A.W


Alhamdulillah bertemu lagi dalam perkongsian buku di Dunia Buku,mudah-mudahan perkongsian buku selama ini mendatangkan manfaat kepada pengemar-pengemar buku khususnya tetamu yang singgah di blog http://nurdaniabalqis.blogspot.com/. Terima kasih kerana anda masih setia bersama kami di Dunia Buku,dan kalau tak silap Abi sehingga kini sudah sepuluh buah buku yang Abi kongsikan kepada Anda semua.Sebenarnya banyak lagi buku-buku yang telah Abi selesaikan pembacaannya selama ini,Insyallah pada pertemuam pada masa akan datang akan Abi kongsikan kepada Anda;).Dalam pertemuan kali ini Abi ingin kongsikan sebuah lagi buku yang baru habis dibaca,buku yang sangat baik dan berguna untuk kita semua.

Buku yang Abi maksudkan ialah buku DAIRI HIDUP RASULULLAH S.A.W..Menjejak Sunnah Utama Rasulullah S.A.W dalam Sehari,bagi Tujuh Hari Seminggu yang Produktif.Buku tulisan bersama tiga orang penulis iaitu Muhammad Abd.Syukur,Muhammad Muslih Aziz dan Muhammad Syamsyul Yakin,penulis dari Negara Indonesia.Buku Dairi Hidup Rasulullah ini adalah buku yang diterjemah dari buku asal yang berjudul 7 Sunnah Harian Nabi S.AW,di terjemah oleh PTS Millennia Sdn Bhd.Buku ini di jual dengan harga RM 11.90 SM dan 13.90 Sabah/Sarawak.

Buku yang menarik dan perlu di miliki oleh semua yang ingin mengikuti contoh kehidupan Rasulullah dalam memandu kehidupan seharian,Rasulullah adalah suri tauladan buat kita Umat Islam,segala yang ada pada diri Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik buat kita semua.

“Tabiat suka mengamalkan sunah harian menunjukkan pengamal-pengamal tergolong dalam golongan orang yang bijak dan mampu mengelola hidup sesaat dengan melakukan sunah-sunah harian Rasulullah S.A.W.Begitulah sikap orang yang rindukan kebahagian daripada Tuhan dan keselamatan di akhirat”.
Dalam buku ini penulis memperincikan 7 Sunah harian yang Rasulullah lakukan,ini bukan bermaksud angka 7 amalan sunnah menghadkan ataupun membatasi sunah kerana perbuatan yang termasuk dalam kategori sunah adalah banyak.

Antara 7 Sunah Harian yang di lakukan oleh Rasulullah S.A.W seperti yang terkandung dalam buku ini ialah:

1) Solat Tahajud

2) Menyelami dan Memahami Al-Quran

3) Solat Subuh berjemaah di Masjid

4) Solat Duhah

5) Sedekah

6) Wuduk

7) Berzikir

Sebagaimana yang semua sedia maklum bahawa amalan harian Rasulullah S.A.W bermula dari awal pagi hingga tidur kembali.Buku ini menjelaskan rahsia keunggulan Rasulullah S.A.W melalui pengamalan tujuh sunnah utama dalam kehidupan beliau.Untuk mengiikuti pembicaraan dengan terperinci,miliki dan carilah buku ini di mana-mana gedung buku yang berdekatan dengan Anda.
Sekian semoga mendapat manfaanya dari perkongsian serba sedikit dari bulu ini.

JADIKANLAH BUKU SEBAHAGIAN DALAM HIDUP KITA

Untuk Perkongsian Buku Yang Terdahulu: Dunia Buku

Friday, November 13, 2009

Enjin Carian Yang Halal Untuk Umat Islam


Abi nak kongsikan petikan dari akhbar Siasah dalam helaian Global berkenaan perkembangan IT:

"Mesin pencarian Islami pertama dipanggil ImHalal yang dirancang terutama bagi umat islam di seluruh dunia telah tercipta.Apa bezanya dengan mesin pencarian lain yang selama ini sudah terkenal seperti Google misalnya?

Dibanding mesin lain yang akan menampilkan semua kandungan tanpa terkecuali,maka ImHalal dengan sistem penyaringannya hanya menampilakan hasil pencaraian bertanda Halal sahaja,termasuk bebas dari perkara maksiat.

Reza Sardeha sebagai pengasas ImHalal sudah berbincang dengan para ulama dalam menentukan haram tidaknya sesuatu kandungan,dan terci[talah mesin itu yang akan memblok kandungan yang mengandungi kelucahan.

Sewaktu Ulung.com mencuba ketik "sex' atau "porn" akan muncul peringatan "oops! Your search inquiry has a Haram levwl of 3 out 3! would like to advise you to change your search terms and try again."

Begitu juga kata 'telanjang" juga akan tampil peringatan"Oops! Your search inquiry has a Haram of 2 out of 3.This means that the results fetched by ImHalal.com could be Haram!"


Wah ni dah kira bagus ni!...mari kita ramai-ramai guna enjin carian ni.Abi dah mula guna enjin carian ni..memang halal sehalal-halalnya:)

ni dia punye link:
http://www.imhalal.com/

Monday, November 9, 2009

Merokok Membahayakan Kesihatan,Membazir Lagi..!


Gambar Logo Dari:aryaduipangga.blogspot.com/2008/06/logo-riau.html

Bila kita bercakap pasal rokok,tentu ramai penggemar rokok yang ramai di Negara kita bahkan di seluruh dunia amnya,merasa tak seronok dan marah bila perihal perangai buruk mereka di bicarakan,maaflah kepada penggemar rokok yang bermacam –macam jenis citarasa mereka,ada yang hisap rokok dunhill,salem,saat,gudang garam dan ada yang hisap lenteng,cerut,paip dan lainnya.Dan apa yang Abi nak diutarakan disini adalah satu isu yang masih releven di bicarakan,selagi ada orang yang menggemari rokok dan menghisap rokok selagi itulah ianya tetap diperkatakan.Bagi mereka yang menghisap rokok,Mereka adalah penghisap rokok tegar ataupun tidak adalah tetap penghisap rokok.Bahkan ada yang kata tak hisap rokok macam kehilangan sesuatu,ada yang kata tak bujanglah,tak macholah tak hisap rokok,ada yang hebat lagi, aku hisap rokok ni suka-suka je..tapi sebulan berkotak-kotak gak habis,ni baru suka-suka hisap rokok..kalau betul2 tentu beratus kotak kot..?


Kalau nak cakap keburukan hisap rokok ni memang banyak,Anda tentu sudah tahu dan sedia maklum keburukan merokok,kerajaan melalui Kementerian Kesihatan dah banyak buat kempen demi kempen untuk menyedarkan masyarakat tentang bahayanya rokok,para ilmuan,pendakwah,ustaz-ustazah,Ulama dan sebagainya sudah banyak memberitahu perihal itu semua,dari segi kesihatan,penampilan,pembaziran dan sebagainnya,di sini Abi hanya akan mengambil satu juzuk dari tabiat buruk menghisap rokok,iaitu pembaziran penghisap rokok adalah orang membazir dan pemboros.


Dalam keluaran Kosmo beberapa minggu yang sudah ada mengupas tajuk utama muka depan akhbar mereka perihal pembaziran yang di lakukan oleh rakyat Malaysia ini berkenaan rokok dan penghisap rokok,pembaziran yang makan berjuta-juta wang,Perokok bazirkan 328juta..wow! banyaknya..begitulah bunyi tajuk muka depan akhbar harian Kosmo.Hebat rakyat kita!..Kos merokok mahal!walaupun saban tahun harga rokok dinaikkan cukai,harganya pun naik,penggemar rokok masih tetap akan beli dan hisap,naikkanlah sampai puluh ringgit,bagi Abi ia akan tetap dibeli dan terus dibeli dan di hisap oleh penggemar rokok...cita rasa sebenar…


Oklah..tak nak cakap banyak,cuba fikir-fikirkan dan renung-renungkan tak kira siapa,yang hisap ke yang tak hisap ke..baca info atau fakta ni yang abi dapati dari akhbar tersebut:

1)Jumlah perokok di Malaysia kini dianggarkan 3 juta orang.Mengikut ramalan Kementerian Kesihatan, angka itu akan meningkat ke empat jutadalam tempoh sehingga 2015 dan lima juta pada 2020.

2)Kira-kira 90 peratus penghisap rokok adalah lelaki dengan purata menghisap 14 batang sehari.


3)Di Malaysia ,orang melayu perokok paling ramai iaitu 166 juta orang atau 66 peratus daripada keseluruhan tiga juta perokok.

4)Majoriti perokok adalah orang dewasa dan hanya 103 630 perokok remaja.

5)Jumlah perokok wanita juga semakin ketara di Malaysia,sebanyak 2.5 peratus wanita pernah merokok,1.6 peratus masih merokok dan 0.9 berjaya berhenti merokok.


6)Mulai Jun 2009,semua kotak rokok dipasaran Malaysia mempunyai 40 peratus amaran bergambar di bahagian hadapan dan 60 peratus di belakang.


7)Kira-kira 10,000 perokok di Malaysia berhenti merokok setiap tahun,malangnya mereka berhenti kerana meninggal dunia.


Macamana Anda,dah baca info tersebut?..apa perasaan Anda…gerun?takut?biasa je? Atau..itu bukan masalah aku pandai-pandailah dia orang handle…,penggemar dan penghisap rokok bagaimana dengan Anda?...gerun? takut? Baca yang ke-7? Apa perasaan Anda? Fikir-fikrkanlah ye…apapun semuanya hak Anda yang mahu menentukan keburukannya.Jadi bagi mereka yang mahu berfikir,sama-samalah kita jauhi dari gejala buruk dan tabiat buruk menghisap rokok ni,Sayangilah diri Anda,keluarga,anak-anak yang kita sayangi dan semuanya,Dan yang penting jauhi amalan pembaziran,semua sedia maklum membazir adalah kawan Saithon,bukan Abi kata tapi Quran ada memberitahu kita.

Serba sedikit perkongsian pandangan dari Abi untuk Anda semua,Salam Sayang,Sayangilah Keluarga Kita!.

Cetusan Abi
8HB 11 09
Ahad,Jam 9.30mlm

Untuk Pandangan Yang Terdahulu: Cetusan Hati

Rahsia Perpaduan

Haji juga melambangakan perpaduan Umat Islam sejagat

Cintailah Allah Tuhan pencipta manusia
Cinta sesama manusia akan terjadi dengan sendiri
Cintailah Allah ,
Cinta manusia tidak perlu diperjuangkan
Dia akan tercetus secara automatik
Cintailah Tuhan,kasih sayang dan perpaduan
sesama manusia akan terjalin
Takutilah Tuhan
Nescaya manusia takut melakukan
kesalahan sesama manusia
Lebih-lebih lagi dengan Tuhan
Takutnya itu dia tidak akan melanggar perintahnya
Cinta dan takut dengan Tuhan rahsia perpaduan
Anak kunci kasih sayang sesama manusia
Kerana kasih sayang dan perpaduan
adalah kerja jiwa
Bukan hubungan fizikal,
fizikal mengikut sahaja
Apabila hati dan jiwa hubungannya
dengan Allah begitu mesra
Automatik hubungan dan kemeseraan
sesama manusia terjalin sama
Rahsia itulah yang tidak di ketahui
oleh golongan sekular
Yang mengagungkan fikiran dan mengabaikan jiwa
Yang memuja akal tapi hatinya dimatikan
Fikirannya bercahaya tapi hatinya gelap gelita
Akibatnya kegelapan di dalam cahaya
Kerana cahaya terlalu terang
membutakan matanya
Macam matahari terlalu kuat cahayanya
Tidak mampu mata memandang dan melihatnya
Begitulah golongan sekular
Kerana akalnya terlalu terang,
membutakan hati atau jiwanya
Maka tersesatlah dia daripada kebenaran
Bergelaplah dia di dalam terang

Nukilan:ASZ.
Dari Buku:BUAH FIKIRAN-1

Untuk Puisi Yang Terdahulu: Taman Puisi Nur Dania Balqis

Madah Tentang Sifat Terpuji-1



"Apabila kasih sayang itu lahir dari iman, ia akan kekal. Apabila kasih sayang itu kerana keduniaan, ia tidak akan kekal. boleh jadi ia di sudahi dengan permusuhan."

"Di antara sifat mukmin itu,
bersyukur dengan nikmat, memadai dengan apa yang ada, sabar dengan penderitaan, redha dengan ketentuan, menderita tentang dosa."

"Lupakanlah nikmat dunia yang sudah luput,
jangan susahkan hati dengan nikmat yang belum ada,gunakanlah nikmat dunia yang dalam tangan untuk kebajikan,agar hati tenang."

"Kaya hati lebih baik dari kaya harta,
kaya hati membawa ketenangan, kaya harta membawa keresahan, cuma ia memberi kemudahan hidup."

"Bersedekah dengan senyum lebih baik,
daripada bersedekah dengan harta' kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak merasa terhutang budi dan tidak terhina."

"Orang mukmin tidak terlonjak-lonjak dengan
nikmat, tidak menderita jiwanya dengan kesusahan, tidak hilang pertimbangannya dengan lawan, sentiasa senang,tenang dan dalam kebenaran."

"Lupakan saja amal bakti kita kepada Tuhan,
dan budi kita kepada manusia,kerana semuanya itu kepunyaan Allah,yang disalurkan kepada kita. Tugas kita,syukurlah kepada Allah banyak-banyak, kerana rahmat dan nikmat-nikmat itu disalurkan kepada kita."

"Bersyukurlah kepada Allah atas kebaikan yang
diberi-Nya,bersedihlah dengan dosa, beryenanglah dengan kesusahan,dan ingatlah Allah setiap masa."

"Pandanglah sambil berfikir,
ia akan menghasilkan pengajaran, hubungkanlah hati dengan Allah, nescaya ia jadi teguh."


Petikan Madah Dari Buku:RENUNGAN UNTUK MENGUBAH SIKAP

Gambar Terkini Nur Dania Balqis











Untuk Gambar Yang Terdahulu:Album Nur Dania Balqis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI