Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Friday, November 27, 2009

Catatan Abi-15

Selasa,7 Zulkaedah 1430H Bersamaan 24HB 11 2009M

Ke Pejabat Pemaju Perumahan Dan Pejabat Tanah Derah Klang


Minggu ni Abi kerja sebelah petang,jadi sebelah pagi dalam minggu ni banyak urusan yang nak di selesaikan,Nur Dania Balqis kami titipkan ke rumah pengasuh kak Leha,hari ni dalam pukul 8.30pagi bertolak ke Klang ke pejabat pemaju perumahan untuk tandatangan boring dan tandatangan di pejabat tanah di Bandar klang bersama peguam.Alhamdulillah urusan ke pejabat pemaju perumahan dan ke pejabat tanah daerah selesai,habis tandatangan terus balik ke distinasi seterusnya,kami terpaksa pusing 2 kali untuk mencari jalan keluar ke Meru,maklum saja Bandar klang sedang dalam pembinaan taraf infrasktuktur,kebanyakan jalannya sehala,membuatkan bagi mereka(macam kami) yang dah lama tak pergi ke Klang begitu keliru dengan jalan yang berubah,ape pun kami akhirnya dapat juga jalan pulang..:)jalan yang lurus…

Ke Setia Alam

Distinasi kedua kami ke setia alam,hari ni Ummi gaji,jadi antar Ummi ke Bank untuk membuat pengeluaran wang,wang adalah keperluan tanpa wang kita tak boleh beli apa..boleh beli tapi kena hutang dulu;)..apelah merapu pula ni..Singgah ke kedai kejap untuk membeli barang keperluan sedikit…

Ke Balai Polis Meru


Seterusnya kami kedistinasi ke tiga,balik ke Meru,balai polis untuk membuat laporan kehilangan Mykid Nur Dania Balqis,emm..belum apa2 dah hilang,tak tahu pula tercicir di mana.untuk mengelakkan kena denda Abi dan Ummi buatlah laporan..satu yang kelakar bagi kami ketika buat laporan polis,tentang nama Nur Dania Balqis yang di tulis salah oleh pegawai polis,padahal dia dah berkali bertanyakan tentang nama nur dania balqis..ape yang ditulis NUR DAINA BALQIS..alahai..tak jelas lagi kot..manusia tak pernah lari dari kesilapan..
Alhamdulillah urusan hari ni dapat diselesaikan…esok ada lagi….


Rabu,8Zulhijjah 1430H Bersamaan 25HB 11 2009M

Ke Jabatan Pendaftaran Negeri di Plaza Massalam ,Shah Alam


Pagi ni bertolak ke Shah Alam untuk buat Mykid Nur Dania Balqis yang hilang,Nur Dania Balqis kami titipkan di rumah kak Leha.Alhamdulillah tak meragam dan menangis..

Sampai Plaza Massalam kami terus ke tingkat 7,Ummi amik nombor giliran dan isi borang,nasib baiklah Abi tanya kat kaunter pasal no giliran untuk buat Mykid yang hilang,petugas yang jaga di kaunter memberitahu di tingkat 7 untuk Mykid..


Kami naik ke tingkat 7,nasib baik tak ramai lagi,senang urusan tanpa menunggu lama,Alhamdulillah tak kena denda,tidak banyak persoalan..selesai,dalam kesempatan,alang-alang dah kat sini,Abi buat Cabutan,tukar surat beranak yang baru..selesai urusan yang mudah.

Ummi terima panggilan dari Abnag Zin,nak saign sesuatu pasal urusan kereta,buat temujanji di komplek PKNS Shah alam.Kebetulan kami pun nak ke sana.

Ke Kompleks PKNS,Shah Alam

Selesai urusan di Jabatan pendaftaran Negeri Selangor kami ke Kompleks PKNS,nak buat buku akaun Tabung Haji Nur Dania Balqis dan Abi (baru nak buat;)..Sebelum tu jumpa Abang Zin nak amik tandatangan Abi (Maklum glamour..perasan;) ),..Selesai..

Urusan seterusnya ke Tabung Haji,kat sini pun tak lama tunggu giliran,sebab kaunter buat Buku Akaun tak ramai yang buat,jadi cepat dan ringkas..Ummi uruskan pembukaan Buku Akaun untuk Nur Dania Balqis..pun selesai cepat..


Sementara menunggu urusan Ummi selesai Abi pegi round2 dulu,alang-alang dah kat Kompleks PKNS,carilah CD Terbaru kumpulan AL-farabi,dapat kat gerai depan KFC,tak sabar nak dengar lagu lama bi bawa rentak baru..ala2 rock indie gitu…Selesai ronda2 gi tengpok Ummi dah selesai belum,Selesai dah…masuk kedai buku Marwilis sekejap tengok2 buku…


Sebelum balik ronda2 sekali lagi dengan Ummi,dalam tengah ronda2,Abi di sapa dengan seseorang yang sangat Abi kenali,Mohd Amin rakan lama semasa berkerja di National Panasonic Dry Battery…agak lama tak jumpa..alhamdulillah dah kawin member sorang ni,anak dah tiga,isteri seorang guru…lama gak borak,dalam kesempatan ni Ummi bekenalan denga isteri Amin..jumpe gak kawan-kawan lama..Syukur..

Dalam pukul 12.40 tgh hari kami balik terus,petang nak gi kerja pulak…
Alhamdulillah urusan hari ni segalanya di permudahkan Allah..

Khamis,8 Zulhijjah 1430H Bersamaan 25HB 11 2009M

Ziarah Kematian


Hari ni ada berita sedih,Abang pada Ayahnda Abi telah kembali ke Rahmatullah pada malam tadi,urusan pengkebumian pada hari ni juga..Haji Surip bin Haji Palil,pangkat Pak Cik (atau Wak),Almarhum sakit tua,memang sejak beberapa tahun terlantar di pembaringan,kali terakhir Abi jumpa semasa Hari Raya tahun ni.Semoga Almarhum Wak Surip di tempatkan di kalangan hamba-hambanya yang bertaqwa..Amin..!!!..
Gambar masa raya..

Di fahamkan hari ni je,ada 3 kematian di kawasan kampong bukit kapar.Begitulah ajal,bila Tuhan dah kehendaki jadi …maka jadilah..kita bagaimana?..dah bersedia untuk mati?..Sama-sama kita ingat ye…

Hari ni nampak gaya amik cuti,Insyallah malam ni ada tahlil untuk Arwah dan bacaan Yassin di surau Darul Aman,1 malam buat kat surau,6 hari buat kat rumah..Insyallah Abi akan hadir,jika tidak ada urusan yang lain..Dalam kesempatan ini Abi nak ucapkan Takziah pada keluarga Hissamuddin dan keluarga yang lain,kepada dua anak Almarhum yang juga sepupu Abi iaitu Ustaz Dr Mohd Ghaffar bin Surip yang sedang outstation di Syiria dan juga Mohd Zainon bin Surip yang bertugas di Jeddah,mereka tak dapat menatap wajah Almarhum,di harapkan bersabar atas ujian ini..

Habis ziarah,Haji Mansur ajak sarapan..boleh je..ape…adahal..!

Kat Warong Apis

Kami bertiga Haji Mansur,Saidin dan Abi..lama tak jumpa dan sembang2 macam dulu-dulu,maklum masing-masing dah ada agenda masing-masing,ada kesempatan macam ni baru boleh jumpa..banyak lah yang di borakkan dari perihal politik,keluarga…macam2 ada

Balik Rumah

Abang Zin kat rumah mak,nak jumpa Abi nak tandatangan lagi,tandatangan semalam tak boleh,tak sama macam yang dulu..susah-susah,pergi je bank jumpa pegawai,minta pengesahan..

Apalagi ikut Abang ke Klang untuk urusan seterusnya..selesai di Klang terus ke Pelabuhan Klang,ada urusan yang lain…em..em..ikut je lah..

Hampir pukul satu juga urusan ni…Selesai gak akhirnya…

Alhamdulillah…Ya Allah..Permudahkanlah Urusan ku…Tiada daya dan upaya ku melainkan dengan pertolonganMU Ya Allah…

Catatan
ABI09

Meru.


UNTUK CACATAN ABI YANG TERDAHULU: Dairi Abi

2 comments:

maiyah said...

hehe.. akak pun itu hari masa nak add blog nur dania dlm bloglist salah eja nurdiana pas tu nurdayana

:)

Teratak Hami said...

Abi, banyaknya activiti sehari. Tu nasib baik kerja petang, kalau cuti, agaknya penuh satu mukasurat.

Baguslah buka buku acc untuk Nur Dania Balqis & diri sendiri. Simpan sikit2 lama-lama jadi bukit. Yg best simpan kat TH sebab susah nak bawa keluar duit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI