Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Wednesday, April 29, 2015

Majlis Ulangtahun Kelahiran Nur Dania Balqis Yang Ke-6 Tahun

Kek bergambar frozen

Sebuah buku sebagai hadiah, tanda kasih sayang Abi terhadap permata hati
NUR DANIA BALQIS


19HB 04 2015-Ahad Malam Isnin

Pada tanggal 14hb 04 2015, merupakan tarikh kelahiran permata Abi yang pertama Nur Dania Balqis, begitulah cepatnya masa berlalu, diam tak diam permata hati ini sudah masuk usia enam tahun. Majlis ringkas telah diadakan bersama dengan majlis tahlil arwah adik Mohd Nazri di rumah adik ipar. Abi telah meminta izin kepada adik ipar untuk menumpang majlis potong kek untuk Nur Dania Balqis.

Seusai bacaan tahlil dan doa, majlis ringkas memotong kek telah diadakan…
Terima kasih kepada yang memberi hadiah kepada Nur Dania Balqis, doakan Balqis berjaya di dunia dan akhirat ya...!

SEMOGA PERMATA ABI MENJADI ANAK YANG SOLEHAH…TERUS SUKSES DALAM KEHIDUPAN DUHAI ANAKKU…


Wajahnya mungkin bersedih dalam hati, gembira diraikan diusia 6 tahun


Potong jangan tak potong tu...


Masing-masing ingin bergambar bersama Balqis


mengabdi memori bersama Abi dan Umi


SAYANGI ABI DAN UMI SELALU!




Tahlil Arwah Adik Mohd Nazri

{Adik Nazri 2013-2015}

Al-Fatihah buat Almarhum Adik Muhammad Nazri Bin Saiyan

Pada tanggal 28hb 04 2015, genaplah Almarhum adik Mohd Nazri meninggalkan dunia fana ini. Sebagai mengenang Almarhum, balu kepada Almarhum telah menjemput Abi untuk membacakan bacaan tahlil untuk dihadiahkan bacaan tahlil tersebut untuk Almarhum. Majlis tersebut telah diadakan seawal sebelum tarikh sebenar Almarhum meninggal dunia. Mungkin kerana kesibukkan balu dalam menguruskan aktiviti harian, dia terpaksa mempercepatkan tarikh majlis tersebut.

Majlis dimulai dengan solat maghrib berjemaah, adik beradik lain turut menyertai majlis tersebut, seusai solat maghrib, bacaan tahlil dibaca dan disudahi dengan doa arwah.

Seperti biasa, majlis diakhiri dengan majlis jamuan makan-makan.

Solat maghrib berjemaah

 Bacaan tahlil untuk arwah

Antara juadah yang disediakan

masa nilah baru boleh berdenda gurau, siap boleh berselfie lagi...

SEMOGA MAJLIS TERSEBUT DIBERKATI ALLAH SWT.

AMIN YA RABB!!!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI