Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Sunday, October 18, 2009

Ucapan Tahniah

Kami sekeluarga mengucapkan Tahniah kepada Abang,Adik dan Anak buah yang bakal menerima cahaya mata :)..


Anak-anak adalah cahaya mata,penghibur hati,pelembut jiwa..seronoknya bila anak-anak ada berada di sisi kita,saat kita kepenatan anak-anak sebagai penghibur kita.Tidak ada sesiapapun di dunia ini tidak mahukan anak,semua mahukannya,ia penyambung zuriat masa depan,matlamat perkahwinan juga untuk mendapatkan anak ataupun zuriat.Kelahiran zuriat adalah idaman dan impian setiap pasangan yang baru mendirikan rumahtangga,kelahirannya bakal mewarnai kehidupan dan keharmonian rumahtangga makin bertambah.Maka sebagai Ibu bapa,syukurilah nikmat kurniaan yang Allah berikan kepada kita semua.


Sabda Nabi SAW:


“Tidak seorangpun bayi-bayi yang dilahirkan kecuali lahir dalam keadaan fitrah(Islam).Oleh itu,ibu bapalah berperanan sama ada menjadikan dia yahudi,kristian atau majusi sebagaimana binatang melahirkan anaknya tanpa sebarang kecacatan.Apakah kamu dapat rasakan ada kemungkinan dia akan cacat dalam proses membesar?”


Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim


Dalam kesempatan ini Abi ingin mengucapkan Tahniah pada 3 keluarga,yang akan bakal menimang cahaya mata,ini bermakna akan bertambah lagi zuriat dari keluarga ‘Bani Ibrahim’,Almarhum Hj Ibrahim bin Busro dan pasangannya Puan Rubiah binti Hj Ehsan.Sekarang cucu Emak berjumlah 56 orang(yang ke-56 tu..Nur Dania Balqislah ;) ),Mudah-mudahan mereka selamat melahirkan anak masing-masing dengan selamat dan sihat bila sampai masa kelahirannya nanti..Amin!!!..


Semoga anak-anak yang bakal lahir nanti bakal menjadi zuriat yang Soleh ataupun Solehah…Tahniah untuk Mohd Fadzil,Mohd Adha dan juga Ramlan..:)


Buat Pasangan Mohd Fadzil dan Siti Hajar


Tahniah kami ucapkan pada keluarga Mohd Fadzil dan pasangannya Siti Hajar,yang bakal menimang cahaya mata yang ketiga nanti,kami mendoakan semoga kandungan baby sihat dan selamat kelahirannya nanti..kepada Syamil dan Akilah..tahniah bakal dapat adik baru..:)


Buat Pasangan Adik Siti Mahfuzah Dan Mohd Adha


Pasangan yang kedua Adik Siti Mahfuzah dan Mohd Adha juga tidak lupa juga kami mengucapkan tahniah baby yang kedua nanti,semoga selamat dan sihat kandungan dan Umminya sekali..begitu juga Abinya..moga ceria-ceria selalu..pada Hannan,Hannan bakal jadi kakak tau.:)


Buat Pasangan Adik Nurul Mabrurah Dan Ramlan


Kepada pasangan Adik Nurul Mabrurah dan Ramlan juga,kami ucapkan tahniah,berkat doa dan kesabaran kalian,Allah telah anugerhkan zuriat yang bakal lahir nanti,kami mendoakan semoga kedua-duanya sihat(Ummi dan bakal baby yang akan lahir nanti)..pada Ramlan tahniah..bakal menjadi AyahJ.Semoga kehidupan kalian bertambah ceria dan harmoni dengan kelahiran cahaya mata yang pertama nanti..Amin!!!..

Sekali lagi kami mengucapkan kepada semua,semoga segalanya selamat dan di permudahkan oleh Allah SWT,Sama-sama kita didik anak kita agar menjadi insane yang berguna pada Ibu bapa,Agama,Bangsa dan Negara…Amin!!!.



Mohd Mustakim




Dan Ucapan Tahniah juga pada Cucu Emak yang pertama mendirikan rumahtangga,iaitu pasangan Mohd Mustakim dan Jannahtul Ummi,yang juga bakal menerima cahayamata,ini bermakna cicit Emak yang pertama..Alhamdulillah..Syukur semoga segalanya selamat nanti.

2 comments:

eyena said...

saya jugak mahu ucapkan tahniah buat semua..

Anonymous said...

Terima kasih atas maklumat menarik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI