Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Friday, October 16, 2009

Berkongsi Buku-7

Buku:Sanggahan Salah Tafsir Islam

Bertemu kita lagi dalam perkongsian buku dalam pertemuan di Dunia Buku.Dalam pertemuan kali ini Abi nak kongsikan sebuah buku yang telah habis di baca dalam beberapa hari yang lalu,mudah-mudahan sama-sama mendapat manfaatnya.Buku yang bertajuk SANGGAHAN SALAH TAFSIR ISLAM siri Al-Qardhawi Membela Islam,sebuah buku hasil buah fikiran seorang Ulamak yang tersohor di seluruh dunia masakini iaitu Dr.Yusuf Al-Qardhawi,,terbitan Synergymate Sdn Bhd berharga RM 10.Buku ini mangandungi 114 muka surat.

“Kefahaman yang benar terhadap ajaran Islam adalah syarat untuk meninggikan darjat umat Islam.Semua kaedah kehidupan di dunia ini,berjalan di atas landasan ajaran Islam yang sebenar serta diredhai oleh Allah S.W.T. Oleh itu ajaran Islam perlu disebarkan ke tengah masyarakat secara berkesan beserta hujah-hujah yang benar.Supaya krisis pemikiran yang melanda umat Islam akan segeravberakhir.Akhlak masyarakat mempunyai peranan terpenting bagi membangunkan sesebuah bangsa dan Negara.Sesebuah Negara tidak akan kuat,jika masyarakatnya tidak berakhlak. Hanya kepada Allah S.W.T.kita memohon supaya diberikan kefahaman yang benar terhadap Islam serta menuturkan kata-kata yang benar,niat yang tulus ikhlas dan mengerjakan segala amalan yang bermanfaat.Semoga beroleh rahmat dan keredhaan Allah S.W.T. di dunia dan di akhirat.”

Begitulah sinopsis yang terdapat dibahagian belakang buku ini,Masakini masih ramai dikalangan Umat Islam yang memberi salah tafsir dan tanggapan yang salah terhadap agama suci ini.Pemikiran yang menyeleweng dari ajaran sebenar Islam masih menyelinap di setiap benak minda Umat Islam.Buku ini memaparkan buah fikiran yang sangat menarik bagi menangani salah tafsir atau salah faham agama Islam dari kalangan Umat Islam sendiri dan juga orang bukan Islam.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan buku ini,carilah di mana-mana kedai atau gedung buku yang berdekatan dengan Anda.


JADIKANLAH BUKU SEBAHAGIAN DARI HIDUP KITA

Untuk Buku Terdahulu: Dunia Buku

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI