Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Thursday, October 8, 2009

Ciri-Ciri Orang Yang Cinta Membaca

Tanamkan minat membaca sejak kanak-kanak lagi



Jadikanlah Buku Sebahagian Dari Hidup Kita



Dalam buku yang bertajuk Petua Membantu Anak Berjaya,tertarik dengan petua yang ke lapan iaitu rangsang anak suka membaca,di situ dituliskan 12 ciri-ciri orang yang cinta membaca ,di sini Abi kongsikan untuk diri sendiri terutamanya dalam mendidik puteri kami Nur Dania Balqis dan untuk anda yang sama-sama mahu menerima perkongsian ini dalam mendidik anak-anak kita.Mungkinkah ciri-ciri ini terdapat dalam diri kita ataupun anak-anak kita?Mari kita teliti satu persatu ciri-ciri tersebut seperti yang di tulis dalam buku ini.



Ciri-Ciri Tersebut Ialah:

  1. Di mana sahaja dia pergi,buku atau bahan bacaan sentiasa bersamanya mengisi masa lapang semasa menunggu bas,di dalam LRT dan sebagainya.
  2. Dia membaca buku yang diminati beberapa kali hingga difahami dan dapat menghayati isinya
  3. Dia sentiasa mengunjungi kedai-kedai dan pameran-pameran buku.
  4. Dia kerap mengunjungi perpustakaan dan menghabiskan masa berjam-jam di situ.
  5. Hidupnya tidak tenteram apabila tidak membaca sepanjang hari.
  6. Dia sanggup tidur bersama buku ataupun bahan bacaan.
  7. Di mana saja dia pergi,dia suka membaca poster-poster,risalah,suratkhabar,majalah dan juga perwatakan manusia.
  8. Dia suka berkongsi ilmu yang diperolehi dengan kawan-kawan.
  9. Dia turut terdorong menulis artikel-artikel di dalam majalah ataupun suratkhabar ataupun menulis bukunya sendiri.
  10. Hidupnya ada matlamat,pemikirannya terisi dengan idea-idea dan ilmu yang bermanfaat,sahsiahnya unggul,dan tindakannya bijaksana.
  11. Dia bercita-cita tinggi,hidupnya penuh wawasan,dan sentiasa merancang strategi meningkatkan mutu hidup,kewangan dan kerjayanya.
  12. Dia membaca bukan sekadar memenuhi intelektualnya sahaja,tetapi melalui pembacaan ia meningkatkan motivasinya memajukan diri dan mencapai kejayaan cermerlang di dunia dan akhirat.


Semoga 12 ciri tersebut,kalau tidak semuanya pun ada beberapa yang kita miliki dan juga ciri-ciri tersebut ada dalam diri anak-anak kita.Sebelum kita memastikan anak-anak kita suka dan cinta membaca marilah kita periksa diri kita apakah kita suka membaca?berapa kali dalam sehari?,seminggu?setahun? kita membaca dan meluangkan masa untuk membaca?..jadi anak-anak akan melihat perilaku kita,jangan kita hanya pandai menyuruh anak membaca sedang kita sendiri malas untuk membaca.Oleh itu marilah sebagai ibu bapa yang prihatin dan bertanggunjawab memulakan dalam diri kita dulu tabiat membaca ini.



Untuk Pendidikan Anak-Anak Yang Terdahulu:

Pendidikan Anak-anak

5 comments:

Teratak Hami said...

Kalau ikut budaya Jepun, memang dorang suka membaca tak kira di mana ...

Sekarang minat membaca tu ada tapi takde masa le pulak...

Teratak Hami said...

Wah bestnya!!!
Selalu dapat baca dan tak boleh nak post comment. Asyik error shj

maiyah said...

salam.. anak suka membaca tapi baca buku cite dongeng.. hai.. nak wat camna ntah :)

masshah said...

Tq kak(Teratak Hami):)..Ye jepun memang hebat budaya membacanya,Negaranya pun maju,Teknologinya hebat gak..kesan dari membaca jgak tu..;)..

masshah said...

Tq juga kak maiyah..buku dongeng nak gak nak baca,jangan tak baca langsung;)..mula2 nanti dah besar sikit tukar pulak bahan bacaan yan lebih baik:)..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI