Syukur pada Allah permata hati Abi dan Ummi kini dah berumur 6 bulan,semoga permata hati kami ini membesar dengan baik dan di berikan kesihatan yang baik juga…Amin!.Dalam proses pembesaran anak-anak macam nilah kita sebagai ibu bapa kena ambil perhatian tentang kesihatanya,kasih sayang kita tunjukkan padanya,Bagi kami permata hati ini sangat-sangat kami hargai kehadirannya pada kelurga yang kami sedang bina ini.
Walaupun masih dalam usia yang belum setahun,setiap kali Abi pergi ke kedai atau gedung buku adalah buah tangan untuk Nur Dania Balqis bila dah boleh bertutur nanti,buku bergambar,buku cerita,buku berwarna-warni yang mempunyai mesej yang baik untuk anak-anak.Bukan apa..Abi nak tanamkan minat dengan buku sejak kecil lagi,mudah-mudahan besar nanti suka dengan bahan-bahan bacaan.Bak kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya.Kalau tidak di mulakan dari sekarang bila lagi..ye tak..!.Sementelahan Abinya pun minat membaca jadi sikap yang beginilah seharusnya Abi tunjukkan pada Nur Dania Balqis.
Memang nampak rambang juga bila pergi ke kedai buku bila melihat buku yang bermacam-macam tajuk untuk tahap usia seperti Abi,tambahan pula dah ada permata hati ni,lagilah bila tengok buku-buku untuk anak-anak rasa teruja dan rasa ingin memiliki,tapi oleh kerana hidup pun perlu di urus dengan baik,ekonominya perlu seimbang,jadi belilah yang patut dan ikut kemampuan yang kita ada.
Mudah-mudahan apa yang Abi lakukan ni menjadi contoh buat permata hati Abi Nur Danai Balqis bila dah besar nanti.
Untuk Ceria Nur Dania Balqis Terdahulu: Ceria Nur Dania Balqis
5 comments:
Terima kasih sudi jenguk blog ana. Diperselikan utk follow. Mohon tunjuk ajar juga dari enti.
Trima kasih...kita berkongsi2 ilmu tidak rugi..
salam ziarah..
comelnye bby..
smoga dia menjadi anak yang solehah dan dapat mendokan kedua ibu bapa kelak..
amiiin ^_^
Buku-buku itu boleh digunakan dari sekarang walaupun Nur Dania Balqis masih kecil lagi.
Betuk tu kak(teratak hami)..dari kecil lagi kena biasakan dngan buku;)..
Post a Comment