Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Monday, October 26, 2009

Kongsi Buku-8

Buku:Dahsyatnya Doa Ibu

Alhamdulillah dengan izin Allah dapat bertemu lagi dalam ruangan Dunia Buku,ruangan perkongsian buku yang mengupas secara ringkas buku-buku yang telah di habis baca oleh Abi dalam beberapa minggu yang lalu,kali ini Abi kongsikan sebuah buku yang membicarakan tentang seseorang yang sangat istimewa dalam kehidupan kita di dunia,tanpanya mungkin kita tak ada kat dunia ni,buku dan insan yang Abi maksudkan ialah DAHSYATNYA DOA IBU,buku yang sangat menarik bagi pandangan Abi,membicarakan tentang kehebatan dan keajaiban doa seorang ibu.Buku hasil karya oleh Ustaz Syamsuddin diterbitan oleh PTS MILLIENNIA SDN BHD,Buku ini berharga RM14.90 bagi S.malaysia dan RM 16.90 Sabah/Sarawak,setebal 212 termasuk bilbiografi.

Buku yang seharusnya ada dalam rumah kita dan mesti kita miliki.

“Ibu,
Doanya adalah penawar
Juga racun berbisa

Ibarat tajamnya mata pisau
Yang mampu melakar
Masa depan yang gemilang
Buat anak tercinta,
Juga dapat menghancurkan
Masa depan si anak derhaka..”

Buku ini mengupas peri hebatnya doa yang di pohon oleh ibu yang mana boleh membawa kebahagian dan juga boleh membinasakan.memang dahsyat doa ibu.

“Doa ibu standing dengan doa nabi untuk umatnya,membawa kemulian,dapat menolak fitnah,membuka pintu rezeki,dan pintu hidayah sepanjang zaman.Justeru setiap anak wajib mentaati,menghormati dan berbuat baik kepada kedua ibi bapa tanpa mengeluarkan kata-kata kasar yang mampu mengundang rasa marah insane mulia yang tinggi martabatnya di sisi Tuhan.”

Buku ini juga membawa kisah-kisah tentang akibat buruk menderhaka kepada ibu yang mana membuktikan bagaimana kuasa dan hebatnya doa yang dipanjatkan oleh seorang ibu.Kisah seperti Alqamah,Juraij,malin kundang,lelaki berkepala keldai dan juga kisah penderhakaan anak-anak pada masa kini serta lain-lain kisah yang terdapat dalam buku ini,untuk para pembaca sebagai ingatan dan iktibar.

Di sini Abi kongsikan 4 rahsia kedahsyatan doa seorang ibu seperti yang di simpulkan oleh penulis buku ini,iaitu:

1) Doa ibu menjadi dahsyat kerana kesucian dan kemuliaan doa itu sendiri di sisi Allah.
2) Doa ibu menjadi dahsyat kerana kemuliaan orang tua khususnya ibu di sisi Allah.
3) Doa ibu menjadi dahsyat kerana besarnya pahala berbakti kepada orang tua.
4) Doa ibu menjadi dahsyat kerana beratnya dosa menyakiti orang tua.

Jadi marilah kita hormati dan berbuat baik kepada ibu dan bapa kita,Sayangi keduanya dengan seadanya:

“Jangnlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat baiklah kepada ibu dan bapamu.”

(Surah al-Baqarah,ayat 83)

Demikianlah serba sedikit yang Abi dapat kongsikan dalam pertemuan ini dalam Dunia Buku.Untuk mengetahui isikandungan buku ini seterusnya,carilah di mana-mana kedai atau gedung buku yang berdkatan dengan anda.


JADIKANLAH BUKU SEBAHAGIAN DARI HIDUP KITA

Untuk Perkongsian Buku Terdahulu: Dunia Buku

3 comments:

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

salam Abi,
Ya buku sangat penting untuk dijadikan sbg pendamping dan kawan kita.

Kata pujangga, seorang penulis itu perlu lebih banyak membaca daripada menulis.

Buku sbg teman,
Akh Tg

maiyah said...

sy slalu kta pd kakak yg anaknya koma bahawa doa ibu lg mujarab

Masshah said...

Trima kasih kak maiyah sudi betandang dan bagi komen..memang dahsyat doa ibu:)

Trima kasig juga tg Abd Ghafar,memang seronok membaca ni..tambah ilmu menajamkan fikiran..bila tua nanti kurangkan nyanyuk..kata Dr tuah dlm bukunya:)..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI