Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Tuesday, December 22, 2009

Bagaimana Kematian Kita..?



Saban hari kita disajikan dengan berita kematian yang pelbagai,beberapa hari yang lalu banyak kejadian kemalangan yang sangat tragis dan mengerikan,Kejadian yang sebegini sudah tentunya menyentuh hati dan naluri kita sebagai manusia,kita di perlihatkan dengan wajah-wajah kematian yang sangat menyayat hati kita,terdetik kah di dalam hati kita pertanyaan seperti Bagaimana kah saat kematian ku? Macam mana kematian ku nanti?,Atau kejadian-kejadian yang berlaku dihadapan kita tidak pernah membuahkan persoalan seperti itu atau langsung tidak member keinsafan kepada kita semua?,Sudah tentunya kejadian itu bukan sengaja Allah tunjukkan kepada kita,di sebaliknya ada maksud tersirat yang kita sama-sama mesti merenung dan memikirkannya.

Kematian adalah satu detik yang pasti,yang semua orang akan merasainya,sesuatu yang sangat pasti terjadi dalam kehidupan setiap yang bernama manusia,mahu atau tidak ia pasti datang dan menjemput kita,mahu lari ataupun mahu menghindarinya silakan! Tapi mampu kah kita?Waktu ni kita tidak tahu bila?Di mana? Bagaimana? Saat atau detik yang bernama kematian bakal menjemput kita.Segala-galanya dalam pengetahuan Allah SWT.

Mari kita fahami maksud-maksud firman Allah tersebut sebagai bahan renungan dan muhasabah diri kita:

“Katakanlah,Sesungguhnya sekiranya kamu melarikan diri daripada kematian,ia tetap menemuimu.Kemudian kamu dikembalikan kepad Allah yang mengetahui perkara ghaib dan nyata,lalu dia khabarkan kepadamu apa yang kamu lakukan di dunia.’

(Surah al-Jumuah,ayat 8)

“Katakanlah,Lari itu sekali-kali tidak berguna bagimu.Sekiranya kamu melarikan diri dari kematian ataupun pembunuhan dan sekiranya kamu terhindar daripada kematian,kamu tidak mengecap kesenangan kecuali sebentar sahaja.’

(Surah al-Ahzab,ayat 16)

“Allah sekali-kali tidak menangguhkan kematian seseorang apabila tiba waktu kematiannya dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

(Surah al-Munafiqun,ayat 11)

“Dialah yang menciptakan kamu daripada tanah.Sesudah itu,Allah menentukan ajalmu.Kemudian,ada satu lagi ajal yang ada di sisinya dan hanya dia yang mengetahuinya,sedangkan kamu ragu-ragu berkenaan kebangkitan itu.”

(Surah al-An’am,ayat 2)

“Apa yang ada di sisimu akan lenyap dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal.Sesungguhnya kami member balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”


(Surah an-Nahl,ayat 96)


“Katakanlah,’Aku tidak berkuasa mendatangkan mudarat dan manfaat kepada diriku melainkan apa yang dikehendaki Allah.’Setiap umat memiliki ajalnya.Apabila datang ajal kepada mereka,mereka tidak dapat mengundurkannya sesat pun dan tidak pula dapat mendahulukannya.”



(Surah Yunus,ayat 49)

Semoga petikan maksud ayat Quran tadi dapat kita jadikan peringatan untuk kita yang selalu alpa dan terleka dengan dunia yang sementara ini,kematian yang bakal menjemput kita nanti biarlah dalam keadaan kita beriman dan bertaqwa pada Allah SWT.Mati bila-bila masa boleh datang,jadi sediakanlah bekalan kita untuk ke negeri yang abadi kekal selama-lamanya.

Sekian.

2 comments:

Maiyah said...

slalu bygkan camne saat mati.. trmenung pnjang.. tapi alhamdulillah redha dgn apapun

Masshah said...

Mudah-mudahan kematian kita dalam keadaan yang Allah redha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI