Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Monday, December 14, 2009

Iblis Musuh Kita



Kita semua tahu dan faham bahawa Iblis itu musuh yang utama pada manusia,tidak henti-henti Iblis cuba memperdaya manusia supaya terus lalai dan leka dan melanggar perintah Allah,itu janji Iblis seperti mana yang telah termaktub dalan Quran,janji Iblis terus menerus untuk memperdaya kita semua.

“Adakah tidak Aku telah memberikan peringatan kepada kamu semua wahai anak cucu Adam agar jangan kamu menyembah Syaitan,iaitu kemahuan dan suruhannya,sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata”

Surah Yassin-ayat 60.

Dalam pertemuan kali ini Abi nak kongsikan berkenaan Cara-cara Iblis memperdaya dan merosakkan manusia,melalui soalan-solan yang di ajukan oleh Rasulullah SAW terhadap iblis laknatullah,supaya kita dapat sama-sama mengenali lebih mendalan tentang taktik mainan mereka dalam memperdayakan manusia.Perkongsian ini Abi merujuk pada sebuah buku yang bertajuk RASULULLAH S.A.W BERTANYA IBLIS MENJAWAB tulisan Ustaz Shaari Che Li.Dalam pertemuan ini Abi nak kongsikan berkenaan Siapakah musuh Iblis yang paling utama?

Mari kita kongsikan petikan ini:


Sabda Rasulullah s.a.w.:”Wahai Iblis siapakah musuhmu yang paling utama dan yang paling besar sekali,bagaimana perasaanmu terhadapku?”


Jawab Iblis
:”Ya Nabi Allah,engkaulah musuhku yang paling utama dan engkau juga musuhku yang paling besar di dunia ini”.


Sewaktu Iblis berkata demikian kepada Rasulullah s.a.w.,lalu Rasulullah s.a.w menatap dam membulatkan pandangan pada iblis,ini membuatkan seluruh badan dan urat saraf Iblis mengeletar dan mengigil ketakutan yang amat sangat sehingga Iblis berkata:


“Wahai Nabi Allah,aku ini boleh merubah wajahku kepada beberapa bentuk dan rupa serta mempunyai suara yang berlainan.Suaraku boleh menyerupai manusia atau binatang dan lain-lainnya,tetapi aku tidak boleh menyerupai rupa dan bentukmu wahai Muhammad.Aku sekali-kali tidak sanggup untuk melanggar tegahan Allah SWT,kalau aku menjelama dalam bentuk wajahmu maka nescaya diriku ini hancur menjadi abu ya nabi Allah”.


Berkata Iblis lagi
:”Ya Nabi Allah,sebagaimana engkau bersungguh-sungguh berusaha dab berikhtiar siang dab malam,dengan tidak mengira penat dan susah payah member nasihat bagi menunjukkan kejalan yang benar iaitu jalan Allah,dengan iktikad yang sah dan jelas sehingga mereka berada didalam Islam yang suci.


Maka aku begitu juga berusaha sedaya upayaku dengan seluruh kekuatan dan tenagaku dan berserta dengan semua bala tenteraku,aku akan terus melakukan tipu muslihat,mengacau,dan akan mendorong umat Adam supaya mereka terpedaya dan terjerumus kedalam kekafiran dan keingkaran.Aku akan membawa mereka kepada murtad munafik sebanyak yang mungkin agar mereka ini akan bersama-samaku di dalam neraka kelak.


Aku akan tetap akan berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya umat yang sudah Islam pun dapat aku jebakkan mereka supaya meninggalkan jalan lurus dan berbalik kepada jalan yang salah dan bathil.”


Demikianlah pernyataan Iblis kepada Rasulullah s.a.w,bagi kita Umat Islam berwaspadalah sentiasa dengan tipu daya Iblis yang licik dan halus,Iblis kerja 24 jam untuk menyesatkan manusia.Jadi AWASILAH DIRI KITA DARI TIPU DAYA IBLIS LAKNATULLAH…

Semoga ada manfaat perkongsian ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI