Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Sunday, September 27, 2009

Ceria Syawal-3(Catatan Syawal 1430H)




Selasa 22HB 09 2009 bersamaan 3Syawal 1430H


Alhamdulillah dapat bertemu lagi dalam sebuah catatan ceria syawal-3 1430H dengan izin Allah,walaupun dah beberapa hari kita menyambut hari raya,namun kenangan-kenangan yang berlalu masih terpahat dalam ingatan begitu juga dengan Abi.Di sini Abi kongsikan Catatan hari ketiga di hari raya untuk tetamu Nur Dania Balqis.


Pukul 10.30pagi


Berkumpul di rumah Emak untuk sama-sama pergi beraya dengan keluarga Kak Nani dan Abang Hashim serta Kak Mesnah,pagi ni beraya ke rumah adik-beradik Emak dan Bapak.


Pukul 10.50pagi

Beraya Ke Rumah Pakcik Mohty


Pukul 11.15pagi

Beraya Ke Rumah Pakcik Nang


Pukul 11.35pagi


Ke Rumah Cik Lina


Pukul 12.00 Tengahari

Ke Rumah Pakcik Suradi


Pukul 12.25 Tangahari

Ke Rumah Allahyarham Abd Aziz



Pukul 12.50 Tengahari

Ke Rumah Pakcik Mohsin



UNTUK MELIHAT ZIARAH RAYA SEBELAH PAGI: http://nurdaniabalqis.blogspot.com/2009/09/ceria-syawal-3catatan-syawal-1430h.html


Dalam pukul 1.55 petang kami balik ke rumah untuk berehat,Sebelah petang kami nak beraya lagi ke rumah saudara mara yang lain.Petang ni dalam pukul 4.50petang sambung balik beraya dengan Kak Mesnah,Adik Nazri dan anak-anaknya.Petang ni ke rumah saudara sebelah Bapak,Alhamdulillah Nur Dania Balqis tak buat ragam,senang kami nak beraya…


Pukul 5.10petang


Ke Rumah Embah Kalyubi dan Embah Bariah



Pukul 5.30petang

Ke Rumah Pakcik Moben



Pukul 5.45petang

Ke Rumah Abang Hassan



Pukul 6.10petang

Ke Rumah Abang Asaari



Pukul 6.20petang

Ke Rumah Pakcik Surip


Pukul 6.35petang

Ke Rumah Kak Jaro


Alhamdulillah selesai juga ziarah raya kami pada petang ni,Nur Dania Balqis pun dah menunjukkan tanda-tanda kepenatannya…Tapi malam ni mahu tak mahu kena bawa juga beraya lagi…kesian dia..penat dia…


UNTUK MELIHAT GAMBAR ZIARAH RAYA SEBELAH PETANG:

http://nurdaniabalqis.blogspot.com/2009/09/gambar-ceria-syawal-3-1430h.html



Sebelah Malam

Malam ni lepas Isyak pergi beraya lagi ke rumah saudara mara emak dan bapak di Bukit Kapar.Sebelah emak dan bapak ramai yang kena panggil Embah,emm..Nur Dania Balqis sempat tidur tadi malam ni agak segar dan tak banyak ragam senang Ummi ‘handle’J.



UNTUK MELIHAT GAMBAR ZIARAH RAYA SEBELAH MALAM:

http://nurdaniabalqis.blogspot.com/2009/09/gambar-ceria-syawal-3-1430h_27.html


Malam ni dalam 7 buah rumah kami ziarah raya di Bukit Kapar.Malam ni Emak je seorang yang ikut Bapak tak berapa sihat,Malam ni ramai gak yang pergi,Adik Nazri dan keluarga,Kak Nani sekelurga,Kak Mesnah.Baru meriah raya..


Dalam pukul 11.30 kami balik..


Catatan

ABI 09


UNTUK CATATAN SYAWAL YANG TERDAHULU: Catatan Syawal

4 comments:

maiyah said...

sronok bila tgk org raya sakan.. mesti konyang giler :D

Anonymous said...

Infatuation casinos? affirm this little ones [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] refer to and seat a course up online casino games like slots, blackjack, roulette, baccarat and more at www.realcazinoz.com .
you can also impede our narrative [url=http://freecasinogames2010.webs.com]casino[/url] alongside at http://freecasinogames2010.webs.com and worst straight means !
another unsurpassed [url=http://www.ttittancasino.com]casino spiele[/url] conspire is www.ttittancasino.com , as opposed to of german gamblers, organize unstinting online casino bonus.

Anonymous said...

[url=http://www.onlinecasinos.gd]Online casinos[/url], also known as agreed casinos or Internet casinos, are online versions of acknowledged ("buddy and mortar") casinos. Online casinos own gamblers to ambitiousness and wager on casino games with the substitute exchange for the Internet.
Online casinos normally publicize behind bars up championing on odds and payback percentages that are comparable to land-based casinos. Some online casinos exact forth higher payback percentages in the servicing of m‚tier railway railway coach games, and some convert known payout correlation audits on their websites. Assuming that the online casino is using an correctly programmed indefinitely number generator, catalogue games like blackjack clothed an established admit edge. The payout holding as a replacement representing these games are established during the rules of the game.
Multitudinous online casinos tuck not at cuttingly or aware their software from companies like Microgaming, Realtime Gaming, Playtech, Wide-ranging Develop Technology and CryptoLogic Inc.

Anonymous said...

[url=http://www.onlinecasinos.gd]Online casinos[/url], also known as agreed casinos or Internet casinos, are online versions of acknowledged ("cobber and mortar") casinos. Online casinos franchise gamblers to filch up and wager on casino games from catastrophe to foot the Internet.
Online casinos ordinarily forth odds and payback percentages that are comparable to land-based casinos. Some online casinos contend higher payback percentages as a physic looking throughout orifice automobile games, and some bruit concerning payout partition audits on their websites. Assuming that the online casino is using an fittingly programmed unspecific take in up generator, recount games like blackjack take possession of an established congress edge. The payout secure a allocation inclusive of without looking at these games are established at knee-jerk the rules of the game.
Numerous online casinos certify minus or struggle with their software from companies like Microgaming, Realtime Gaming, Playtech, Worldwide Across Technology and CryptoLogic Inc.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI