Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Tuesday, June 22, 2010

Tahniah..! Abang Mukhyuddin Ibrahim

Abang Mukhyuddin Ibrahim

Selepas perlantikan..


Assalamualaikum dan selamat bertemu lagi di dunia sempadan ini,Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke blog yang dah lama tak ber- update ini;),dalam kesempatan ini aku nak mengucapkan sekalung Tahniah buat kekanda iparku Tuan Hj Mukhyuddin Ibrahim atas perlantikkannya sebagai Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor.Tahniah pada Abang Udin (panggilan kami.)dan keluarga khususnya,Semoga amanah yang di pikul dapat di jalankan dengan rasa tanggungjawab dan jujur.Semoga Allah memimpin perjalanan abang Udin dalam menerajui jawatan sebagai ketua hakim Syarie.

Kepada anak-anak buah yang seramai 57 orang semoga Abang Udin dapat di jadikan contoh sebagai pembakar semangat untuk maju dan berjaya dalam lapangan hidup pada masa akan datang.

Sekali lagi kami ucapakan Syabas dan Tahniah...!

Berita-Berita Perlantikkan Beliau:

SHAH ALAM, 21 Jun – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menyampaikan watikah pelantikan kepada Ketua Hakim Syarie Selangor dan tiga Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri. Mukhyuddin Ibrahim yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Kanan (Kehakiman) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Hakim Syarie negeri daripada Baginda di Istana Bukit Kayangan di sini.

Pelantikan Mukhyuddin, 52, anak kelahiran Bukit Naga, Klang bermula dari 7 Jun lepas yang dilakukan di bawah Seksyen 56 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003
. Baginda juga turut menyampaikan watikah pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah kepada Saharuddin Selamat, 33, Mohamad Yusri Kasim, 30, dan Shukran Yusuf, 35.

Sebelum upacara itu, Sultan Sharafuddin berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) bernilai RM3.68 juta bagi tahun kewangan 2009, bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS). Bank Rakyat diwakili oleh Pengarahnya Datuk Md Aini Taib pada upacara itu. Secara keseluruhannya Bank Rakyat menunaikan zakat berjumlah RM35.3 juta bagi tahun kewangan 2009 berbanding RM33.4 juta pada tahun sebelumnya. –

BERNAMA

SUMBER: http://www.selangorkini.com.my/my/berita/14236




SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam menyampaikan watikah pelantikan kepada Ketua Hakim Syarie Selangor dan tiga Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri.

Mukhyuddin Ibrahim yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Kanan (Kehakiman) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Hakim Syarie negeri daripada baginda di Istana Bukit Kayangan

Mukhyuddin, 52, dilantik mengikut subseksyen 56 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003, untuk mengisi jawatan itu yang dikosongkan Datuk Zohdi Toha yang kini berkhidmat di Mahkamah Rayuan Syariah Malaysia.

Baginda turut menyampaikan watikah pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah kepada Saharuddin Selamat, 33, Mohamad Yusri Kasim, 30, dan Shukran Yusuf, 35.

Mukhyuddin yang berasal dari Bukit Naga, Klang, pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Universiti Al-Azhar, Mesir dan Diploma Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang kehakiman syariah pada 1983 sebagai Pegawai Pentadbir Hal Ehwal Islam Tingkatan II, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan memegang pelbagai jawatan lain sebelum dilantik menjadi Pegawai Tadbir Agama/Kadi Daerah Gombak Barat, pada 1984.

Pada Julai 1991 hingga Disember 1991, Mukhyuddin dilantik menjadi Kadi Litar Bahagian Pantai membabitkan Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam.
Selepas 11 tahun berkhidmat sebagai Hakim Rendah Syariah, pada Jun 2002 Mukhyuddin dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor sebelum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada Jun 2005.


Saharuddin pula dilantik pada 1 Mac lalu, Mohamad Yusri (29 Mac) manakala Shukran dilantik pada 7 Jun lalu.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) zakat perniagaan RM3.7 juta daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) bagi tahun kewangan 2009.

Cek pembayaran zakat diserahkan Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Datuk Aini Taib dengan disaksikan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa; Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail dan Ketua Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.

Pembayaran zakat perniagaan itu adalah yang tertinggi berbanding negeri lain dan lebih RM300,000 berbanding tahun perniagaan 2008 apabila Bank Rakyat membayar zakat perniagaan sebanyak RM3.4 juta.

SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE

2 comments:

maiyah said...

tahniah pd saudara mukhyuddin..

anon suria said...

alhamdulillah..tahniah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI