Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Wednesday, July 14, 2010

Ulangtahun Ummi

Assalamualaikum semua..Harap-harap Anda semua sihat dan ceria selalu,bertemu lagi dalam dunia blog hari ini.Dalam kesempatan ini Abi nak sama-sama berkongsi aktiviti Nur Dania Balqis kepada Anda.

Sebagai Mukaddimah:

ALHAMDULILLAH..Pejam celik pejam celik umur kita makin bertambah,makin dewasa,makin tua,makin menuju kegerbang kematian,satu destinasi yang pasti dan tidak dapat sesiapa cuba hendak menghindarinya..usia dan waktu yang Allah pinjamkan kepada kita seharusnya di syukuri dan gunakannya untuk sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada kita.

Nikmat yang Allah berikan kepada kita terlalu banyaknya,nafas kita,udara yang kita sedut,angin yang kita rasai kenyamannanya saban hari,air yang kita gunakan untuk mandi,minum dan sebagainya adalah kurniaan Allah kepada kita semua.

Allah Maha Kaya,Allah Maha Pemurah,Allah Maha Pengasih Dan Penyanyang,segala nikmat dan anugerah yang Allah berikan pada kita,tidak sedikit pun Allah minta di bayar dan diganti,bahkan Allah tidak memerlukan itu semua,yang Allah mahu,kita sebagai pengguna nikmatNya,mensyukurinya dan jangan mengingkari segala suruhannya.

Nikmat umur yang Allah pinjamkan pada kita,mari kita gunakan untuk kebaikan,kita buat suruhannya dan tinggalkan tegahannya,kita bina keimanan dan ketaqwaan dengan sungguh-sungguh.Kita bina keluarga berlandaskan agama,mendidik anak-anak,isteri ,suami dengan aturan agama yang Allah berikan pada kita,dengan itu mudah-mudahan kita tidak tergolong dari orang-orang yang mengingkari dan melupakan Allah.Mari kita usahakan sama-sama..!”

Syukur Alhamdulillah pada tanggal 7HB 07 2010,hari rabu,kami sekeluarga telah meraikan hari ulangtahun Ummi yang ke-32,Sekadar ringkas sahaja,yang penting tanda penghargaan dan kesyukuran.

Ucapan Abi Untuk Ummi:

“Semoga Ummi di Rahmati dan di Redhai Allah selalu,di Berkati usia..panjang umur,murah rezeki,sukses dalam kerjaya..menjadi isteri serta ibu yang solehah buat Abi dan Nur Dania Balqis..susah senang dalam melayari kehidupan ini bersama,mendidik permata hati kita Nur Dania Balqis sama-sama…Semoga Ummi tetap dalam kesihatan yang baik…AMIN..AMIN..AMIN..YA..RABB..!”

Kepada Nur Dania Balqis:

”Hormati kedua Ummi dan Abi mu,taatinya..sayanginya..jadilah anak yang baik,yang solehah buat Ummi dan Abi..doakan kedua kami..,jadikan Allah yang UTAMA dalam hidup..agama sebagai panduan hidup..Quran dan Hadis sumber rujukkan dan penyelesai setiap masalah..hidupmu pasti bahagia dan tenang duhai permata hati kami…”

SELAMAT HARI ULANGTAHUN UMMI..!









SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KITA SEMUA……

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI