
Tahun baharu 1433H telah membuka tirainya,moga hari yang mulia ini dan tahun yang mulia ini.kita raikan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan pada Allah SWT.Ia merupakan satu detik bermulanya suatu perjuangan dalam hidup agar segala yang di laksana menuju kearah kebaikan dan seterusnya kejayaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
Alhamdulillah,dengan izin dan kehebatan kuasa Allah SWT,kita masih dapat sama-sama di izinkan bertemu di ruang maya ini.Dalam kesempatan ini,Abi ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan juga tidak lupa ucapan ribuan kemaafan kepada seluruh sahabat-sahabat blogger yang berkunjung ke laman blog ini.Maklum,kelihatannya blog ini semakin hari semakin ketiadaan pengisian yang di kongsikan buat sahabat semua.
Insyallah,di tahun yang baharu ini 1433H,Abi akan berusaha dapat berkongsi-kongsi apa sahaja di dalam blog ini.Apa pun semuanya terletak pada yang empunya blog,dengan tekad dan azam yang baharu insyallah ia akan dapat di realisasikan.
Sedikit tentang permata hati kami Nur Dania Balqis,sekarang sudah menginjak ke umur 2 tahun 7 bulan,dengan izin dan kebesaran Allah SWT sudah pandai mengenal huruf (Alif,Ba,Ta..),A,B,C...1,2,3..sudah pandai tukar cd kesukaannya.Pantang balik dari mana-mana,ia kan teringatkan Vcd ‘ALIF TA..ALIF TA..TA’@Alif,Ba,Ta..’.Terus mahu di pasangnya.Itu serba sedikit yang dapat di kongsikan.
Semoga tahun baharu 1433H ini,dapat kita sama-sama manfaatkan dengan kebaikan dan kejayaan.Sekali lagi Abi ucapakan ‘SELAMAT TAHUN BAHARU 1433H’.
No comments:
Post a Comment