Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Thursday, January 28, 2010

Derhaka kah Kita…?

Jauhi dari sikap derhaka


Semoga Anda di Rahmati Allah selalu,

Pernahkah anda mendengar cerita tentang Juraij,Alqamah,malin kundang dan pelbagai seribu kisah berkenaan penderhakaan anak kepada Ibunya?.Ibu yang mengandungkan kita selama Sembilan bulan,dengan penat jerihnya menanti kelahiran bayi yang bakal di lahirkan .Dalam keadaan begitu pun Ibu masih mampu kehulu kehilir melakukan kerja harian dengan sabar dan tabah,ada yang berkerja di kilang,ofis,guru dan lain-lain karier yang mereka ceburi.

Ibulah tempat kita mengadu,tempat bermanja,meluah segala terbuku dihati kita kita luahkan padanya.Bagaimanakah layanan kita padanya waktu ini dan saat ini?,yang jauh berapa kali kita menghubungi dalam seminggu bertanyakan khabar?Dalam sebulan berapa kali kita balik untuk bertemu ibu?Doa kita untuknya seringkali kita pohonkan kah? …Ibu di manakah kau saat ini Ibu…Kami anak-anakmu sering mengabaikan mu…derhak kah kami pada mu Ibu..Kami sering alpa dan tepersona dengan dunia kami sendiri sehingga mengabaikan tanggungjawab kami padamu…derhaka kah kami padamu Ibu..Runtunan dan bisikan hati yang sering kali dihadapi oleh sang anak yang sering rasa bersalah pada ibunya

Kita bagaimana?...Kita anak yang bagaimana?...Wahai anak-anak,Tahukah kamu apa kesan buruk seandainya kita menderhaka pada Ibu?...

Abi kongsikan beberapa kesan buruk akibat derhaka pada Ibu hasil dari pembacaan Abi untuk sama-sama kita renung-renungkan dan insafi bersama:

1)Amal kebajikan menjadi sia-sia;


Sabda Nabi SAW:

“Tiga jenis dosa yang mensia-siakan semua amalan adalah syirik kepada Allah,derhaka kepada Ibu bapa dan lari dari medan perang.”
(Hadis dari at-Thabarani)

2) Dipercepatkan azab ataupun malapetaka di dunia;


Sabda Nabi SAW:

“Allah menyegerakan azabnya kepada dua jenis manusia di dunia iaitu orang zalim dan orang yang derhaka kepada rang tuanya.”

(Hadis laporan al-Hakim)


3)Menghilangkan cahaya kesolehan


Sabda Nabi SAW;

“Peliharalah hubungan dengan teman-teman yang kedua-dua orang tuamu.Janganlah sampai kamu memutuskannya kerana apabila hubungan itu putus,Allah memadamkan cahayamu.”

(Hadis laporan Ibnu Asakir)


4)Meninggal dunia dalam su’ul khatimah


Dari Anas Nabi bersabda:

“Apabila kedua-dua orang tua meninggal dunia dan mereka meninggalkan anak yang tidak mereka redai di dunia,Allah kelak mengeluarkan roh anak itu dalam keadaan tidak mengucapkan dua kalimah syahadah.Apabila dia dibangkitkan dari kuburnya,tertulis pada keningnya,’Inilah balasan orang yang derhaka kepada orang tua.’”


5)Mendapat kutukan Allah


Sabda Nabi SAW:

“Allah melaknat tujuh golongan dari atas tujuh lapis langit dan kutukan itu di ulang-ulang hingga tiga kali untuk setiap golongan,padahal satu kutukan sahaja sudah cukup membinasakan.Tujuh golongan itu adalah orang yang melakukan liwat,orang yang menyembelih haiwan bukan kerana Allah,orang yang bersetubuh dengan binatang,orang yang derhaka pada ibu bapanya,orang yang berkahwin dengan seorang wanita dan anak perempuan wanita itu sekali gus,orang yang merosakkan tanda sempadan pemilikan di bumi,orang yang mengaku hubungan maula(majikan) pada orang yang bukan maula yang memerdekakannya.”

(Hadis laporan Thabarani)


6)Allah menjauhi kita pada hari kiamat


7)Awal masuk Neraka

Setelah kita meneliti beberapa kesan dari akibat menderhaka pada ibu bapa,marilah kita sama-sama mengasihi kedua-duanya dengan sepenuh hati kita,kita doa kan keduanya di Rahmati dan di Redhai Allah selalu.Semoga kita buakan dari golongan yang mederhakai kedua ibu bapa kita.

#Kesan derhaka dari:Buku Dahsyatnya Doa Ibu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI