Sabtu 23HB Januari 2010M Bersamaan 7Safar 1431H
Waktu Asar:
Solat Asar di Masjid
Selepas Solat nak buat kunjungan ke rumah mantan ketua kampung Allahyarham Tuan Hj Hashim bin Hj Alias bersama Farid ,ada tugasan yang telah di berikan oleh Biro Pena Dan Penerbitan Masjid,untuk mencari bahan dan maklumat biodata mantan ketua kampung untuk di muatkan kedalam Buletin Masjid yang bakal di terbitkan nanti.
Namun harapan tinggal harapan,tiada siapa di rumah beliau,kata farid lain waktu atau esok je.ikut je…ha2..
Ke Meru,
Tak ada program apa lagi,ajak farid ke Meru,nak amik duit kat Petronas,bila di simpang empat lampu isyarat,sempat amik gambar.banyak perubahan dah meru ni,banyak rumah-rumah kedai bertukar baru,aktiviti pun agak meriah sekarang kat Meru.Kalau dulu-dulu,kalau nak gi Meru orang ramai kata SIMPANG(untuk panggilan pekan Meru), Jom pegi Simpang..Yok mareng simpang…(Pekan Merulah tu..)..Satu yang masih tak berubah kalau berhenti kat lampu isyarat ni dari dulu,kini dan mungkinkah selamanya?..kalau ada sapa2 yang pernah lalu di pekan Meru ni ialah…keberutalan mereka yang tak pakai topi kaledar dan melanggar peraturan lampu isyarat,anda akan pasti geleng kepala punya..Ha3.Polis pun dah naik pening melihat gelagat mereka…Satu kali tu masuk slot berita TV3 bahagian akhir…(masa polis buat road block).
Harap lepas ni ada perubahan sikaplah pada segelintir warga yang suka melanggar peratutan lalu lintas ni ye..!
Abi kongsikan beberapa gambar gelagat mereka untuk anda,serta pembangunan yang ada di Pekan Meru…
Minum Petang Di Warung
Lepas makan mee goreng,order Tom Yam campur untuk Ummi..bawa balik…
1 comment:
duduk kat mesia tp x pernah lg pegi pekan meru ni huhuu
Post a Comment