Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Thursday, July 16, 2009

Catatan Abi

Petang ni nak hantar Nur Dania Balqis ke Klinik Kesihatan Meru untuk buat suntikan.Tunggu Ummi balik baru pergi.Nur Dania Balqis masih kat umah Kak Leha.Sementara tunggu nak pergi sempat Abi buka Laptop,buatlah apa-apa post yang nak di masukkan dalam Blog nanti.Mata ni mengantuk pulak,maklum malam tadi layan Nur Dania Balqis sampai pukul 4 lebih,kebetulan malam tadi Abi tak kerja jadi tolonglah Ummi jaga dan layan Nur Dania Balqis..nape pulak malam tadi si kecil ni tak tidur,nak kata siang tak tidur tak pulak.maintain tidur waktu siang..mungkin memang dah nak macam tu agaknya.kena sabar je lah.

Pukul 1.30ptg

Tutup Laptop kejap pergi Solat Zohor

Pukul 1.50ptg

Sambil-sambil menunggu Ummi balik dari sekolah buka Laptop semula,sambung semula tulis posts yang nak di masukkan dalan Blog nanti.Tadi ada terbaca dalam paper Kosmo semasa Abi pergi kedai,tentang seorang Ustaz(bergelar artis juga-artis nasyid) yang baru-baru ni heboh tentang hubungannya dengan seorang artis tanahair..”Saya bukan lagi suami seorang selebriti…”Tak selak pun dan tak beli pun paper tadi, Cuma baca bahagian tajuk depan je..nanti je online baca seterusnya..Dalam hati macam-macam karenah rumahtangga ni ye..Itu yang artis..yang bukan artis tu macam mana ye..pandai-pandailah kita layari bahtera rumahtangga masing-masing.

Kehidupan rumahtangga ada ujian dan dugaan masing-masing,pandai-pandailah kita handle..ye tak?Politik Rumahtangga katakan…

Pukul 2.00ptg

Ummi tak sampai lagi,mungkin dalam perjalanan balik…emm..selak-selak kejap paper harakah yang baru beli tadi...macam-macam gak dunia politik ni.Rasuahnya,penyelewengan,macam-macamlah yang berlaku sekarang naik pening Abi tengok.Biasalah rencah kehidupan namanya,kalau tak berlaku macam-macam tak meriahlah kehidupan ini kan..Cuma bagaimana cara mengatasi semua yang berlaku itu dengan cara yang baik.Krisis berlaku di mana-mana,Dunia waktu kini di penuhi bermacam bentuk krisis ekonominya,peperangan,jangkitan virus yang membahayakan…dan macam-macam lagi…

Pukul 2.15

Ummi sampai rumah.Ummi kata tak jadi pergi klinik sebab pihak Klinik Desa tak hubungi lagi pihak Pusat Kesihatan Meru tentang peralihan tempat untuk pemeriksaan Nur Dania Balqis pada masa-masa akan datang.Emm..takpelah mungkin esok kot..
Ummi bawa balik jus kecantikan &kesihatan dan sample kopi Goji keluaran syarikat Fuqaha Enterprise( Di hati ku) yang baru di belinya dari cikgu sekolah.Nak cantik lagi ke..

Pukul 2.45ptg

Lepas Solat Zohor tadi Ummi pergi ke rumah Kak Leha nak ambik Nur Dania Balqis..Ummi bawa tudung yang di belinya tempohari nak hadiahkan pada Kak Leha.Abi masih dalam depan Laptop lagi..aktiviti biasa Abi lah ni…Nak siapkan post ni nak masukkan dalam Blog nanti..Maklumlah sejak jadi Blogger ni asyik mengadap Laptop je.Pantang waktu terluang mesti buka Laptop,Harap-harap Abi terus rajinlah hantar posts ke Laman Blog http://nurdaniabalqis.blogspot.com/

Oklah Abi nak rest dulu…

2 comments:

Teratak Hami said...

Nur Dania Balqis tak jadi pergi cucuk la ye? Selalu orang tua kata, baby kalau nak "tukar bulan" memang meragam.

Masshah said...

Belum lagi..tunggu pihak klinik call..baru pergi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI