Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Thursday, January 28, 2010

Derhaka kah Kita…?

Jauhi dari sikap derhaka


Semoga Anda di Rahmati Allah selalu,

Pernahkah anda mendengar cerita tentang Juraij,Alqamah,malin kundang dan pelbagai seribu kisah berkenaan penderhakaan anak kepada Ibunya?.Ibu yang mengandungkan kita selama Sembilan bulan,dengan penat jerihnya menanti kelahiran bayi yang bakal di lahirkan .Dalam keadaan begitu pun Ibu masih mampu kehulu kehilir melakukan kerja harian dengan sabar dan tabah,ada yang berkerja di kilang,ofis,guru dan lain-lain karier yang mereka ceburi.

Ibulah tempat kita mengadu,tempat bermanja,meluah segala terbuku dihati kita kita luahkan padanya.Bagaimanakah layanan kita padanya waktu ini dan saat ini?,yang jauh berapa kali kita menghubungi dalam seminggu bertanyakan khabar?Dalam sebulan berapa kali kita balik untuk bertemu ibu?Doa kita untuknya seringkali kita pohonkan kah? …Ibu di manakah kau saat ini Ibu…Kami anak-anakmu sering mengabaikan mu…derhak kah kami pada mu Ibu..Kami sering alpa dan tepersona dengan dunia kami sendiri sehingga mengabaikan tanggungjawab kami padamu…derhaka kah kami padamu Ibu..Runtunan dan bisikan hati yang sering kali dihadapi oleh sang anak yang sering rasa bersalah pada ibunya

Kita bagaimana?...Kita anak yang bagaimana?...Wahai anak-anak,Tahukah kamu apa kesan buruk seandainya kita menderhaka pada Ibu?...

Abi kongsikan beberapa kesan buruk akibat derhaka pada Ibu hasil dari pembacaan Abi untuk sama-sama kita renung-renungkan dan insafi bersama:

1)Amal kebajikan menjadi sia-sia;


Sabda Nabi SAW:

“Tiga jenis dosa yang mensia-siakan semua amalan adalah syirik kepada Allah,derhaka kepada Ibu bapa dan lari dari medan perang.”
(Hadis dari at-Thabarani)

2) Dipercepatkan azab ataupun malapetaka di dunia;


Sabda Nabi SAW:

“Allah menyegerakan azabnya kepada dua jenis manusia di dunia iaitu orang zalim dan orang yang derhaka kepada rang tuanya.”

(Hadis laporan al-Hakim)


3)Menghilangkan cahaya kesolehan


Sabda Nabi SAW;

“Peliharalah hubungan dengan teman-teman yang kedua-dua orang tuamu.Janganlah sampai kamu memutuskannya kerana apabila hubungan itu putus,Allah memadamkan cahayamu.”

(Hadis laporan Ibnu Asakir)


4)Meninggal dunia dalam su’ul khatimah


Dari Anas Nabi bersabda:

“Apabila kedua-dua orang tua meninggal dunia dan mereka meninggalkan anak yang tidak mereka redai di dunia,Allah kelak mengeluarkan roh anak itu dalam keadaan tidak mengucapkan dua kalimah syahadah.Apabila dia dibangkitkan dari kuburnya,tertulis pada keningnya,’Inilah balasan orang yang derhaka kepada orang tua.’”


5)Mendapat kutukan Allah


Sabda Nabi SAW:

“Allah melaknat tujuh golongan dari atas tujuh lapis langit dan kutukan itu di ulang-ulang hingga tiga kali untuk setiap golongan,padahal satu kutukan sahaja sudah cukup membinasakan.Tujuh golongan itu adalah orang yang melakukan liwat,orang yang menyembelih haiwan bukan kerana Allah,orang yang bersetubuh dengan binatang,orang yang derhaka pada ibu bapanya,orang yang berkahwin dengan seorang wanita dan anak perempuan wanita itu sekali gus,orang yang merosakkan tanda sempadan pemilikan di bumi,orang yang mengaku hubungan maula(majikan) pada orang yang bukan maula yang memerdekakannya.”

(Hadis laporan Thabarani)


6)Allah menjauhi kita pada hari kiamat


7)Awal masuk Neraka

Setelah kita meneliti beberapa kesan dari akibat menderhaka pada ibu bapa,marilah kita sama-sama mengasihi kedua-duanya dengan sepenuh hati kita,kita doa kan keduanya di Rahmati dan di Redhai Allah selalu.Semoga kita buakan dari golongan yang mederhakai kedua ibu bapa kita.

#Kesan derhaka dari:Buku Dahsyatnya Doa Ibu

Wednesday, January 27, 2010

Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut ..


Oleh Zana.

Untuk pertemuan kali ini Abi nak kongsikan satu artikel buat semua sahabat blogger,semoga kita dapat sama-sama mengambil peringatan buat diri kita(Untuk Abi juga) terutamanya berkenaan kesihatan kita.Maklum saja kadang2 hingga larut malam kita melayari internet,jadi macam-macam boleh jadi berkenaan kesihatan kita.Jadi Abi kongsikan maklumat ini untuk anda semua.

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.
Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?
Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.
Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ¡rapuh¢ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom

Cepat penat
Mengah
Sakit dada
Denyutan nadi laju
Lemah di bahagian kaki
Kurang selera makan
Batuk
Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.

Cegahan

1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung

2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki

3. Elakkan meminum airbatu

4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk

5. Sentiasa meminum air panas

6. Amalkan bersenam

Rawatan

Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.
Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya)

Sumber : FWD Mail

Sunday, January 24, 2010

Catatan Abi-18


Sabtu 23HB Januari 2010M Bersamaan 7Safar 1431H

Waktu Asar:

Solat Asar di Masjid


Selepas Solat nak buat kunjungan ke rumah mantan ketua kampung Allahyarham Tuan Hj Hashim bin Hj Alias bersama Farid ,ada tugasan yang telah di berikan oleh Biro Pena Dan Penerbitan Masjid,untuk mencari bahan dan maklumat biodata mantan ketua kampung untuk di muatkan kedalam Buletin Masjid yang bakal di terbitkan nanti.
Namun harapan tinggal harapan,tiada siapa di rumah beliau,kata farid lain waktu atau esok je.ikut je…ha2..

Ke Meru,
Tak ada program apa lagi,ajak farid ke Meru,nak amik duit kat Petronas,bila di simpang empat lampu isyarat,sempat amik gambar.banyak perubahan dah meru ni,banyak rumah-rumah kedai bertukar baru,aktiviti pun agak meriah sekarang kat Meru.Kalau dulu-dulu,kalau nak gi Meru orang ramai kata SIMPANG(untuk panggilan pekan Meru), Jom pegi Simpang..Yok mareng simpang…(Pekan Merulah tu..)..Satu yang masih tak berubah kalau berhenti kat lampu isyarat ni dari dulu,kini dan mungkinkah selamanya?..kalau ada sapa2 yang pernah lalu di pekan Meru ni ialah…keberutalan mereka yang tak pakai topi kaledar dan melanggar peraturan lampu isyarat,anda akan pasti geleng kepala punya..Ha3.Polis pun dah naik pening melihat gelagat mereka…Satu kali tu masuk slot berita TV3 bahagian akhir…(masa polis buat road block).
Harap lepas ni ada perubahan sikaplah pada segelintir warga yang suka melanggar peratutan lalu lintas ni ye..!

Abi kongsikan beberapa gambar gelagat mereka untuk anda,serta pembangunan yang ada di Pekan Meru…







#PEKAN MERU


Minum Petang Di Warung

Lepas makan mee goreng,order Tom Yam campur untuk Ummi..bawa balik…

Saturday, January 23, 2010

Madah Tentang Ilmu


Assalamualaikum dan Salam pertemuan dari Abi buat semua,lama gak tak update ni,dah agak bersawang dah ni nampak gayanya.Alhamdulillah kerana masih lagi di beri kekuatan untuk berkongsi sesuatu dalam blog ni,.Kali ni Abi nak kongsikan beberapa madah yang berkaitan dengan ilmu,semoga Anda mendapat manfaat dari perkongsian ini sebagai bahan untuk merihatkan minda kita.

“Berfikir taraf tinggi itu, Ialah berfikir yang dipimpin oleh jiwa. Hasil fikrannya bak mutiara.”

“Orang yang belajar dengan kehidupan
Mendapat pengalaman, Orang belajar dengan buku dan guru Mendapat ilmu.”

“Apa saja yang kita lihat di dunia ini
Boleh mengajar kita, Dengan syarat kita melihat sambil berfikir dan Hati berhubung dengan Allah”.

“Tiga perkara yang tiga orang tidak puas-puas
Memburunya, Ahli ilmu dengan ilmu,orang yang tamak Dengan dunia, Lelaki atau perempuan dengan seks.”

“Ilmu adalah panduan,harta adalah alat.
Kedua-duanya adalah untuk menegakkan Kebenaran. Bukan untuk mencari kepentingan dan Jauh dari tujuan kesombongan dan kebangaan.”


“Apabila ilmu dan amal ibadah tidak
Membuahkan akhlak yang mulia, ertinya ilmu dan amal itu tidak ada nilainya disisi Allah dan manusia.”


Petikan Madah Dari:Buku Renungan Untuk Mengubah Sikap

UNTUK MADAH YANG TERDAHULU:MADAH

Monday, January 11, 2010

Kongsi Buku-12

BUKU: AJAIBNYA SEDEKAH


Alhamdulillah dengan izin Allah kita dapat bertemu lagi dalam ruangan Dunia Buku,kali ni Abi nak kongsikan sebuah buku yang sangat menarik iaitu buku AJAIBNYA SEDEKAH…semakin sedekah semakin kaya,membongkar keajaiban ,mukjizat,misteri,dan rahsia keagungan ibadah sedekah demi kesenangan dunia dan akhirat.Buku yang harus di miliki oleh kita semua,untuk mengetahui hebatnya ibadah sedekah ini,mungkin kita tidak tahu secara detail berkenaan ibadah sedekah ini.Buku tulisan Muhammad Muhyiddin yang judul asalnya bertajuk Keajaiban Shodaqoh,telah di terjemah oleh PTS MILLENNIA SDH BHD.Buku setebal 171 muka surat berharga RM 11.90 bagi Semenanjung Malaysia,RM 13.90 Sabah/Sarawak.

Antara perkara-perkara yang di kupas dalam buku ini oleh penulis:

1) Keajaiban-keajaiban bersedekah dan cara kita memandang dan mentafsir keajaiban-keajaiban itu.

2) Kekeliruan-kekeliruan dalam cara mengeluarkan sedekah.

3) Kekeliruan-kekeliruan dalam tujuan mengeluarkan zakat.

4) Hubungan antara sedekah dengan rezeki iaitu falsafah di sebalik sedekah dapat mendatangkan rezeki .

5) Hubungan antara sedekah dengan umur iaitu falsafah di sebalik sedekah dapat memanjangkan umur.

6) Hubungan antara sedekah dengan penyakit iaitu falsafah di sebalik sedekah dengan menolak,mencegah dan menyembuhkan penyakit.

“Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah dan Allah tidak menyukai orang yang tetap dalam kekafiran dan selalu berbuat dosa.”
(Surah al-Baqarah,ayat 276)

“Orang yang memberikan apa yang mereka berikan dengan hati yang kuat,sesungguhnya mereka kembali kepada Tuhan mereka.”

(Surah al-Mukminun,ayat 60)

“Katakanlah kepada hamba-hambaku yang beriman,’Hendaklah mereka mendirikan solat,menafkahkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari kiamat.Pada hari ini,tidak ada jual beli dan persahabatan.”’

(Surah Ibrahim,ayat 31)

Jom Bersedekah..!!!

Mudah-mudahan perkongsian serba sedikit ini ada manfaatnya untuk Anda semua,untuk selebihnya carilah buku tersebut di kedai atau gedung buku yang berdekatan tempat Anda.

JADIKANLAH BUKU SEBAHAGIAN DARI KEHIDUPAN ANDA

Wednesday, January 6, 2010

Gambar Terkini Nur Dania Balqis


Alhamdulillah Nur Dania Balqis dah pandai duduk kat walker,makin aktif ke sana ke mari dengan walkernya,pantang nampak benda mahu di capainya..lagi-lagi buku Abi yang kat rak mahu di capainya...emm..ni lah perkembangan terkini permata hati Abi Ummi ni:)..

Tengoklah gambar-gambar aksi Nur Dania Balqis dalam walkernye..







NUR DANIA BALQIS

Permata Hati Abi & Ummi

"SEMOGA NUR DANIA BALQIS SIHAT SELALU"

Adakah Anda Menghisap Rokok?Awas ! Rokok Membahayakan Kesihatan Anda



Semua orang tahu merokok membahayakan kesihatan.Jika dalam pertemuan yang dulu Abi pernah membicarakan tentang pembaziran menghisap rokokJadi di kesempatan ini Abi ingin kongsikan satu info pendek tentang kesan rokok pada ibu yang hamil,yang Abi Copypaste dari sebuah laman blog.

Adakah Anda seorang perokok?.Bujang? Sudah berkahwin?..Baru merancang hendak berkahwin?..Penghisap rokok sekali sekala,kadang-kadang,penghisap rokok tegar?Dan Anda seorang Ibu yang merokok?..Fikir-fikirkanlah…

Bacalah artikel di bawah ini yang Abi CopyPaste dari Laman Blog:

http://infodunia-4u.blogspot.com/

Untuk sama-sama kita insafi.

Bahaya asap rokok bagi ibu hamil dan janin / bayi anda
Bahaya asap rokok terhadap ibu hamil dan janin yang dikandungnya
Keguguran janin
Tumbesaran janin terencat - 30% lebih tinggi
Kematian janin dalam kandungan
Pendarahan dari uri (abruption placenta)
Berat badan berkurang - 20 hingga 30%


Bahaya asap rokok terhadap bayi
Masalah dan penyakit pernafasan
Mengganggu terhadap perkembangan kecerdasan
Jangkitan telinga
Leukeamia
Kanker otak 22%
Cepat lelah
Sindrom kematian secara mendadak

Selain bahaya diatas, terdapat juga bahaya lainnya.
Sebuah penelitian membuktikan bahwa merokok saat hamil dapat sebabkan calon bayi berbibir sumbing.
Penelitian dilakukan oleh Dr. Rolv T. Lie dari Universitas Bergen, Norwegia. Dari 1.336 bayi yang lahir disana, 573 dari bayi tersebut menderita penyakit bibir sumbing. Ternyata ditemukan dalam penelitian, ibu-ibu bayi tersebut mempunyai kebiasaan merokok 10 batang sehari selama 3 bulan pertama kelahiran mereka demikian kutip detikhot dari Reutershealth, Senin (14/7/2008).

Ibu-ibu tadi memiliki resiko 2 kali lebih besar melahirkan anak berbibir sumbing dari pada ibu yang tidak merokok.

Bagi Anda yang tidak merokok bukan berarti bisa terbebas dari risiko di atas. Karena ternyata, ibu hamil perokok pasif yang mencium asap rokok 2 jam sehari atau lebih, memiliki risiko melahirkan anak berbibir sumbing sebanyak 60 persen.

Zat beracun di dalam rokok yang menyebabkan kelainan pada bibir bayi tadi. Racun itu mempengaruhi pertumbuhan janin saat usia kehamilan 5-9 minggu, yaitu saat bibir calon bayi terbentuk.

Jadi kasihanilah diri anda dan anak anda

http://infodunia-4u.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI