Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Monday, March 8, 2010

Catatan Rindu Dari Seorang Sahabat

Gambar: http://silakanterpesona.blogspot.com/


Sebuah catatan dari sebuah Blog (Sumber:
http://silakanterpesona.blogspot.com/ ) yang Abi rasa seorang sahabat kepada Almarhum Ustaz Asri Ibrahim Abi kongsikan semula dalam pertemuan hari ini.Mungkin untuk keluarga yang sentiasa merinduinya..

Nota Rindu Mengingatimu Biduan Syurga


Ini sekadar cebisan rindu tanpa berhujung pada sahabatku Asri Ibrahim. Sebuah ceritera dari himpunan kisah bersamanya, umpama sehelai benang kenangan dari sulaman nostalgia yang selalu mengetuk-ngetuk pintu ingatan padanya….




SEBULAN SEBELUM PEMERGIANNYA...


Jam : 2.30 pagi
Aku dan Asri yang baru sahaja selesai rakaman di rumah aku (*ini merupakan album khas yang paling panjang sesi rakamannya dan masih belum sempurna hingga kini) terus bergerak ke Bukit Beruntung – Bukit Sentosa. Kami berbual berkaitan album itu

ASRI IBRAHIM

…banyak lagi nak rakam tu.

AKU

Takper lah….pelan-pelan asal siap.

ASRI IBRAHIM

takut tak sempat jer….

AKU

masa rakaman tadi kan, meremang ana dengar…

ASRI hanya tergelak kecil.

AKU

Sayu jer....

ASRI IBRAHIM

Dah...dah….

Begitulah antara sikap ASRI yang enggan larut dalam kata sanjungan padanya walau sekecil apapun.

ASRI IBRAHIM


Anta jangan bagitau sape-sape
pasal album ni. biar siap dulu. Kalau boleh selagi tak siap, Sape pun tak boleh dengar….

AKU

Insya’Allah! No problem….

Selanjutnya kami berbual tentang album ‘Nostalgia Nada Murni’ – ada sesuatu yang mengusik hatinya…(aku akan kongsi kemudian cerita itu @ mungkin berdiam itu lebih baik). Bicara kami bertukar pada perbualan tentang perancangannya untuk keluarga. Kami sampai tempat yang ditujui – rumah ASRI yang sudah berubah wajah. Dua buah rumah diubah menjadi satu. Cantik. Indah. Aku bangga apa yag dihajatinya untuk membeli rumah sebelahnya termakbul. Sejujurnya itulah kali pertama aku datang ke rumahnya yang bernuansa baru itu.

ASRI IBRAHIM

Ni lah…yang dapat ana sediakan
untuk orang umah dan anak-anak.nak lebih lagi tak mampu.
Tu pun tak siap lagi, kat belakang tu…

AKU

Okey lah ni….

ASRI IBRAHIM

Ahah! Ana pun nak dorang selesa…

ana pun selalu tinggalkan dorang… jap
yer…

ASRI buat panggilan pada isterinya (KAK JANNAH) . Aku tengok jam sudah 3 pagi lebih.

ASRI maklumkan yang dia sudah sampai.

AKU

Lain kali bawak lah kunci rumah….

ASRI IBRAHIM

Bukan tak nak bawak tapi kak Jannah tu tak bagi,

dia yang nak buka sendiri, nak sambut ana balik

tak kisah lah pukul berapa pun…..

AKU

Mak aiii…. Romantik gilerrrr…

ASRI IBRAHIM

Mestilah….jeles ker?

Kalo jeles, anta kena kahwin.

Suara tawa kami pecah sama dalam keheningan pagi itu. Kemudian ASRI masuk ke dalam
rumah seketika dan keluar semula. Dikeluarkan Naza Ria terlebih dahulu dan diletakkan di hadapan rumah jirannya. Disusuli pula memasukkan kereta ke perkarangan rumahnya. Kami berbual lagi…

AKU

apa lagi yang anta nak tapi tak dapat lagi?

ASRI IBRAHIM

Apa maksud anta?


AKU

Yerlah…. Maksud ana yang anta rasa nak target
dapat dalam tahun ni….

ASRI IBRAHIM

Ada… Insya’Allah…ana nak…

Aku mendengar penuh berhati harapannya satu persatu, harapan seorang suami, ayah,
ketua, sahabat, da’I dan yang paling mengharukan aku ialah apabila mendengar
harapannya sebagai seorang hamba ALLAH. Katanya

ASRI IBRAHIM

Bulan ramadhan ni, ana nak khatamkan Qur’an…


Ya ALLAH ... belum sempat Ramadhan menjelang, sahabatku ini dijemput bersimpuh keharibaan-Mu. Ya RABBI…. Perkenankan cita-citanya untuk menjadi BIDUAN di Syurga-Mu. Ya Hannan Ya Mannan…. rindunya aku pada senyum tawanya… aku hentikan dulu kenangan ini….kolam mataku sudah tak tertampung lagi…

AL-FATIHAH UNTUK ALMARHUM...!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI