Dalam pertemuan hari ni Abi nak kongsikan 3 catatan yang tak sempat Abi nak kongsikan berapa bulan yang lepas ,Abi rangkumkan sekali untuk anda semua yang mahu berkongsi catatan ini.
Nur Dania Balqis Masuk Hospital (2009)
Tiga hari Nur Dania Balqis masuk hospital sangat merisaukan Abi dan Ummi,siapa yang tak risau bila anak sakit,betul tak..? selama tiga hari masuk hospital besar Tengku Ampuan Rahimah Klang,akibat demam,batuk-batuk dan selsema.Tiga hari Ummi menemani Nur Dania Balqis di hospital kebetulan cuti sekolah jadi senanglah.Abi pula terpaksalah ambik cuti…untuk sama-sama jaga si kecil ni.
Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang
Alhamdulillah hari jumaat petang Nur Dania Balqis dah boleh balik..Lihatlah aksi Nur Dania di hospital..dan semasa balik…
Tahlil Arwah Dan Kesyukuran Nur Dania Balqis (2009)
Kebetulan Keluarga Bukit Lanchong nak adakan tahlil arwah untuk Almarhum Ayahnda Hj Ibrahim dan arwah Almarhum Abang Asri,jadi Abi dan Ummi berbincang dengan Ummi untuk buat doa selamat dan kesyukuran untuk Nur Dania Balqis yang baru sembuh dari demam.Majlis di adakan sekali dengan tahlil arwah,ramai gaklah keluarga yang datang…Semoga permata hati Abi dan Ummi sihat selalu…Amin!!!..
Majlis Ringkas Kesyukuran Nur Dania Balqis Di Meru (2009)
Di meru kami buat majlis kesyukuran secara kecil-kecilan hanya untuk ahli keluarga,adik beradik meru je,majlis makan-makan dan doa selamat untuk Nur Dania Balqis juga doa kesyukuran untuk Ummi yang dapat pindah sekolah,Alhamdulillah…walaupun ringkas tapi meriah…terima kasih pada yang hadir…
Majlis di Meru
SEMOGA NUR DANIA BALQIS SEHAT SELALU...Amin..!!!..
1 comment:
salam ziarah kembali ust.
Mge Ust sekeluarga dalam rahmat dan lindungan ALlah sentiasa..
Akh TG
Post a Comment