Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Tuesday, April 12, 2011

Bertemu lagi..!

Nur Dania Balqis


Assalamualaikum dan salam ukhwah semua,Alhamdulillah dengan kasih sayangNya,dapat bertemu,biarpun sudah beberapa bulan berlalu tidak dapat mengisi apa-apa pengisian di dalam blog ini,maklum saja,laptop mengalami kerosakan,sehingga menghilangkan mood untuk menulis sesuatu.Syukur pada hari ini,ada kekuatan untuk Abi mengetuk papan keyboard ini,untuk berkongsi sesuatu.Terlebih dahulu ingin merakamkan ribuan kemaafan kepada pengunjung blog ini,kerana asyik tak update bila berkunjung ke sini,asyik yang itu,itu saja,mesti boring..!.

Apa pun Abi ucapkan ribuan terima kasih kerana masih sudi berkunjung,Alhamdulillah Nur Dania Balqis kini dah menginjak masuk setahun sebelas bulan,menghampiri dua tahun.Adiknya masuk lima bulan,Muhammad Anas.Nur Dania Balqis makin manja dengan Abi,pantang Abi nak keluar mesti nak ikut.Ini antara perkembangan yang Abi lihat pada Nur Dania Balqis.Mungkin ada masa nanti,Abi akan tulis tentang perkembangan terkini pada Nur Dania Balqis pada pertemuan seterusnya.

Segalanya ketentuan ilahi.Bermacam ujian dan rencam dalam kehidupan yang kita lalui.Namun hidup mesti di teruskan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan pada Allah.Bergantunglah segala-galanya hanya kepada-Nya.Hanya Allah yang mampu menolong kita,setiap sesuatu pasti ada hikmah dan pengajarannya.

Bagi mereka yang telah mendirikan rumahtangga dan sudah memiliki cahaya mata di ucapkan tahniah,begitu juga pada mereka yang sudah berumahtangga,namun sehingga kini masih belum di rezkikan untuk menimang cahya mata,berusaha dan bersabarlah atas ujian yang Allah berikan.Lambat atau cepat itu kerja Allah yang menentukan,kita sebagai manusia hanya berusaha.Namun apa sekalipun kita kena usaha dalam ingin menikmati atau memiliki cahaya mata.Maklum sahaja,mungkin ada di antara pasangan masing-masing mempunyai masalah ataupun kelemahan.

Berusaha dan berikhtiarlah,pasti hujungnya ada kemanisannya untuk anda.Hidup tanpa kehadiran anak,pasti terasa sunyi.Jiwa akan terasa,bila di tanya tentang anak,kawan-kawan,ahli keluarga,ibu mertua masing-masing bertanyakan mana? Bila lagi?..belum ada lagi..?,inilah pertanyaan-pertanyaan yang kadang-kadang,jika tidak kuat akan merasa kecil hati,merajuk dan sebagainya.Jawablah dengan tenang dan bersabar jika di ajukan soalan sebegini.Adakalanya mereka yang bertanya ada berulang,dah tahu belum ada anak lagi tapi tanya berulang-ulang..sabarlah jawabnya.

Apa yang penting,kita balik pada yang Maha Kuasa,kerana hanya padaNya yang menentukan,setelah kita berusaha,berikhtiar,berdoa dan akhirnya bertawakal padaNya.Seperti yang Abi tulis di atas tadi..berusaha dan berikhtiarlah,pasti hujungnya manis..!.Insyallah segala usaha kita pasti Allah bantu.Jangan berputus asa dari Rahmat Allah,yakinlah Allah bersama-sama denga orang yang sabar.

Sampai jumpa lagi..selamat mendidik anak-anak..!

2 comments:

Teratak Hami said...

Salam, selamat kembali ke dunia blog!!!

Tahniah untuk kelahiran 2nd baby. Saya ketinggalan dengan berita gembira ini.

masshah said...

Terima kasih selamat berkunjung..;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI