Dalam pertemuan hari ini,Abi nak kongsikan sebahagian isi teks khutbah dari Jabatan Agama Islam Selangor berkenaan Ilmu.Jadi renung-renungkan bersama ye…!
“Di dalam Al-Quran, hadis-hadis nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan pandangan para sahabat banyak menceritakan perkara yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan kelebihan-kelebihannya. Antaranya ialah ;
1. Ilmu yang dimiliki dan diamalkan akan berkekalan sedangkan harta tidak kekal dan akan susut apabila digunakan. Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud: "Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalan-amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya". ( Muttafaqun alaih ).
2. Allah Subhanahu Wata'ala telah memilih orang-orang berilmu beserta para malaikat menjadi saksi akan keesaan-Nya. Firman Allah Subnahu Wata'ala di dalam surah Ali ‘Imran ayat ke 18 yang bermaksud;
"Allah menerangkan bahawasanya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, yang sentiasa mentadbir seluruh alam dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu, (mengakui dan menegaskan juga demikian); tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia yang mahaberkuasa lagi kuasa lagi maha bijaksana".

3. Ilmu merupakan pembuka jalan kepada orang-orang yang mempelajarinya untuk mendapatkan syurga Allah Subhanahu Wata'ala. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud;
"Barangsiapa yang mencari jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahkan jalan untuknya ke syurga". (Riwayat Muslim)
"Barangsiapa yang mencari jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahkan jalan untuknya ke syurga". (Riwayat Muslim)
4. Ilmu merupakan cahaya yang menyuluh jalan kepada hamba-hambaNya yang mencari petunjuk dan hidayah Allah Subhanahu Wata'ala. Begitu juga orang-orang berilmu yang diumpamakan oleh Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam seumpama bulan terang yang mengambang di tengah malam.
Demikianlah sebahagian nas-nas sahih yang menjelaskan tentang fadhilat dan kelebihan ilmu dan juga orang-orang yang memiliki ilmu. “
Semoga sama-sama beroleh manfaat..jumpa lagi..!