Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Sunday, April 18, 2010

Keluarga Bahagia Impian Bersama

Keluarga Bahagia

Assalamualaikum semua dan apa khabar pengunjung blog ni,rasa Abi dah lama tak berkongsi pendapat atau pandangan dengan anda semua,kalau kita lihat pada persekitaran kehidupan kita hari ini,kita telah di perlihatkan dengan berbagai-bagai masalah yang timbul,yang kadang-kadang kita rasa jemu,meluat,takut,geram dan pelbagai rasa dalam perasaan kita,mahu tidak mahu kita sebagai masyarakat akan berhadapan dengan karenah tersebut,dalam isu pembuangan bayi yang tiada kesudahannya,arak,judi ekor,penagihan dan pengedaran dadah,permerdagangan manusia,kebanjiran warga asing yang tak sudah,pembunuhan,kemalangan jalan raya dan pelbagai lagi rencam kehidupan yang terpaksa kita hadapi dan harungi.

Di mana anak-anak kita sekarang,adakah anda rasa selamat? Adakah anda rasa terjamin keselamatan anak-anak anda?..Jika kita melihat persekitaran kehidupan yang semakin rosak dengan gejala sosial yang semakin tenat dan menakutkan.Anak-anak yang kita didik dengan asuhan yang baik,di didik dengan agama,di sekolahkan di sekolah agama dan yang lainnya,apakah kita rasa cukup dengan itu semua dapat menjamin keselamatan mereka apabila di luar dari lingkungan kita.?Di mana mereka,ke mana mereka pergi? Apakah sebagai ibu bapa kita sanggup melihat anak-anak kita bergaul secara bebas lelaki perempuan tanpa batasannya…tentunya sebagai ibu bapa muslim kita tidak mahu perkara itu berlaku ke atas anak mereka.

Untuk itu sebagai keluarga muslim,ibu bapa muslim kita jadikan kehidupan keluarga kita,keluarga yang berlandaskan agama,hidupkan suasana dalam keluarga yang kita bina dengan suasana keislaman,makan bersama,solat berjamaah,usrah,tegur-menegur yang membolehkan suasana dalam keluarga itu harmoni dan bahagia,Alangkah indahnya…bayangkan anak-anak yang kita didik sedari kecil hinggalah dewasa mentaati kedua ibu bapanya,menyantuni ibu bapanya dengan akhlak yang indah dan terpuji,saling hormat menghormati antara adik dan abang,kakak dan adik dengan aman dan bahagia sekali..Agamalah yang membentuk nilai-nilai positif yang memberikan suntikan kasih sayang antara mereka..bukankah ini impian setiap keluarga muslim?.

Jadikanlah rumahtangga kita sebagai medan tarbiah yang berkesan untuk keluarga kita,anak-anak kita.Kita bina keluarga kita dengan Iman dan Taqwa pada Allah,maka dengan itu lahirlah sebuah masyarakat yang indah,aman dan harmoni.

Sekadar pandangan dari Abi,

Meru,
Jumaat:16hb 04 2010
Jam:7.10mlm.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI