Sabtu 12HB 09 2009 bersamaan 22Ramadhan 1430H,
BUBUR LAMBUK MEGA
4.00petang
Hari ni selepas balik kerja dalam pukul 4.00pm pergi ke Masjid At-Taqwa Bukit Kapar dengan sahabat Abi Farid Azizi.Sebelum ke majlis Program Kasih Ramadhan,Abi dan Farid Azizi ke Program Bubur Lambuk Mega Anjuran Pelajar –pelajar Uitm Shah Alam dan Jkkk kg Bukit Kapar di Masjid lama bersebelahan masjid baru,program mereka bermula jam 8.00 hingga 10.malam,mereka adalah pelajar dalam bidang Personal Devolepment,BBA HUMAN RESOURES.
Sampai je mereka sedang menyiapkan bubur lambuk untuk di masukkan dalam bekas untuk di edarkan kepada penduduk kampung dan juga untuk di agih-agihkan di setiap kariah yang ada di Bukit Kapar.Kedatangan kami pun sebenarnya adalah untuk membantu mereka mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai.Sementar mereka sedang menyiapkan pembungkusan bubur lambuk Abi dan Farid masuk ke Masjid Baru At-Taqwa untuk Program Kasih Ramadhan.
PROGRAM JALINAN KASIH RAMADHAN
5.00ptg
Program Kasih Ramadhan,Anjuran Biro Dakwah dan Biro Kebajikan Masjid At-Taqwa dan JKKK KG.BUKIT KAPAR.Majlis di rasmikan oleh Yb Meru Tuan Hj Dr.Abd Rani bin Osman,selaku Adun Meru.Majlis bermula dari pukul 4.00pm-8.00 malam,Sebelum itu Ustaz Fahrizan memberi ucapan alu-aluan dalam program ini,Dr Rani pula menyentuh peranan masjid yang bukan sahaja untuk orang Islam tetapi Masjid terbuka untuk semua kaum dan bangsa,masjid hendaklah sentiasa di buka dan jangan di tutup lebih-lebih lagi dalam 10 terakhir Ramadhan ini.
5.30ptg
Selepas ucapan perasmian dari Yb,Majlis seterusnya penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim,OKU,Ibu Tunggal dan fakir miskin dari kalangan penduduk Bukit Kapar.Sumbangan di sampaikan oleh Tuan Hj Abd Rani Osman kepada mereka.Di harapakan mereka merasa bersyukur dan bergembira dengan sumbangan yang di berikan kepada mereka.
JADI ‘SKUD BUBUR LAMBUK’
6.20petang
Majlis Program Ramadhan Kasih belum habis lagi,Oleh kerana ada misi yang nak di bereskan ,kami terpaksa meninggalkan majlis itu untuk misi mengedarkan bubur lambuk,Abi,Farid Azizi dan Zulhaili,kami mengedarkan bubur lambuk ke kariah sendiri Kariah Surau Darul Aman,Dalam 30 bekas bubur lambuk kami mengedarkan ke setiap rumah.Alhamdulillah selesai juga tugas kami sebagai Skud Bubur Lambuk,kami terus ke masjid lagi untuk majlis bebuka puasa pula.
BERBUKA PUASA
7.00malam
Kami membantu menyediakan dan menyusun makanan untuk berbuka puasa.Meriah juga lah petang ni berbuka puasa,ramai penduduk kampung yang berbuka di masjid,juga dari pelajar-pelajat Uitm yang sejak pagi bertungkus lumus menyiapkan bubur lambuk mereka.Juga dari peserta-peserta program mini tahfiz dari adik-adik dari kalangan anak-anak penduduk Bukit Kapar yang diadakan di masjid.Waktu berbuka masuk,masing-masing dengan juadah yang disediakan.Syukur pada-Mu ya..Allah..
Nampaknya memang padat Program yang di adakan di Bukit Kapar pada hari ini,sebelah pagi sebenarnya ada Program Kuliah Duhah yang di adakan di Pentas Warisan Batu 81/2,penceramah Ustaz Badrul Amin,Abi tak dapat datang sebab kerja sebelah pagi.Kuliah terpaksa di adakan hari ini sebab esok ada program lain di masjid.
SOLAT TERAWIH DAN TAZKIRAH
9.50 malam
Malam ni dengan sahabat,Farid dan Zulhaili bersolat Terawih di masjid At-Taqwa.Malam ni pihak masjid melaksanakan Solat Terawih 8 rakaat dan di akhiri 3 rakaat witir,Selepas dari itu diadakan majlis Tazkirah yang di sampaikan oleh Pengurus Tahfiz dari Sungai Udang Klang.Beliau membicarakan perihal malam lailatul Qadar.Alhamdulillah dapat ilmu malam ni.
QIAMULLAIL,BERSAHUR DAN KULIAH SUBUH
Pagi ni dalam pukul 3.45 Farid call Abi,nak pergi Qiamullail di masjid,bersiap-siap sebelum Farid datang.Memang mengantuk tetapi kena lawan nafsu.Sampai masjid dah ramai yang datang,ada yang tidur masjid.Qiamullail di pimpin oleh Ustaz Zawawi pensyarah kanan dari Uitn yang juga timbalan Nazir Masjid As-Syarif Meru.Ustaz agak lewat sedikit tapi Alhamdulillah Qiam dapat di laksanakna dengan syahdu sekali.Mudah-mudahan segala amalan hari ni di terima Allah swt.
Selepas Qiam,bersahur pula.makanan di sediakan oleh pihak masjid,Sambutan malam ni sangat menggalakkan,maklum saja malam 10 terakhir memang perlu di imarahkan masjid.Malam kemuncak dalam pencarian Lailatul Qadar…
Solat Subuh berjamaah,selepas itu Kuliah Subuh oleh Al-Ustaz Zawawi.Beliau membicarakan lebih kepada persoalan kematian seorang insan dan penerimaan Allah terhadap amalan si Hamba Allah.
Alhamdulillah,Mudah-mudahan segala amalan dan ibadah yang di laksanakan mendapat pahala dan keredhaan dari Allah.
ABI 09
Meru
UNTUK CATATAN RAMADHAN YANG TERDAHULU:
Catatan Ramadhan
9 comments:
salam.. wah aktiviti camni yg sronok apalagi bulan mulia nih
ya..kak mudah-mudahan di terima Allah segala amalan yang di lakukan:)
tahniah dan syabas atas kejayaan dan kerjasama semua terutama abi zaman dan abi farid.. inslh kita akan buat bnyk lg prog2 yg telah dan akan d rancang. moga2 komitmen tuan2 akan berterusan.
ini adalah kejayaan bersama,mudah-mudahan kejayaan akhirat pun turut dirasai..terima kasih.
Tahniah pada kalian.... saya amat tertarik terutamanya dengan skuad bubur lambuk tu... caya la.. teamwork spirit amat penting dalam kehidupan kita.. ianya akan membawa kita ke tahap kehidupan yang lebih tinggi dan berkualiti, sebab itu dalam islam itu sendiri amat digalakkan untuk kita berjemaah... semoga terus success..
Sya berminat nak buat temuduga utk pelajar lepasan spm pd 13/3/2016 ne dgn siapa patut sya berhubung ye blh bantu saya.bos saya nk segera no hp pegawai yg urus tadbir dewan masjid.bantu saya blh
Hubungi saya 0123068796
Hubungi saya 0123068796
Sya berminat nak buat temuduga utk pelajar lepasan spm pd 13/3/2016 ne dgn siapa patut sya berhubung ye blh bantu saya.bos saya nk segera no hp pegawai yg urus tadbir dewan masjid.bantu saya blh
Post a Comment