Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Friday, September 4, 2009

Majlis Khatam Al-Quran Dan Berbuka Puasa Di Surau Darul Aman(Catatan Sepanjang Ramadhan 1430H)

Abi sedang tekun mendengar bacaan dari peserta khatam Quran
Peserta Khatam Quran lelaki
Peserta Khatam Quran perempuan
Memohon keberkatan dari Allah
Menerima duit raya
Ustaz Khald sedang menerima cenderahati dari Tuan Imam


Gambar Waktu Berbuka Puasa

Memilih makanan untuk berbuka
Sahabat Abi Saudara Farid Azizi
Memilih buah-buahan untuk berbuka
Sedang menikmati juadah berbuka puasa


Sabtu 29 HB 08 2009 bersamaan 8Ramadhan 1430H,


Majlis Khatam Al-Quran


Petang ni dalam pukul 6.15ptg pergi ke Surau Darul Aman ada program Khatam Al-Quran dan Berbuka puasa.Abi pergi dengan saudara Farid Azizi,sampai surau majlis sudah bermula dalam beberapa minit yang lalu,majlis ini di adakan sempena cuti sekolah yang menghimpunkan adik-adik dari kariah Surau Darul Aman,mereka telah menjalankan taddarus Al-Quran selama seminggu,jadi hari ini adalah kemuncak mereka dalam bertaddarus.Mereka telah berjaya mengkhatam Al-Quran dalam masa seminggu.Peserta-peserta bertaddarus terdiri dari adak-adik lelaki dan perempuan.


Kehadiran Ibu Bapa mereka meriahkan lagi majlis ini serta memberi suntikan semangat pada anak-anak untuk memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran kepada Ibu Bapa mereka,Majlis di pimpin oleh Ustaz Khalid selaku guru pembimbing taddarus,kehadiran penduduk kariah juga menggalakkan,Tuan Pengerusi Surau Darul Aman,Tuan Imam serta Ahlijawatankuasa surau pun kelihatan.Majlis khatam di akhiri dengan bacaan doa khatam Quran dari seorang peserta taddarus dan juga bacaan tahlil serta doa kesyukuran oleh Ustaz Khalid serta pemberian bunga telur dari adi-adik kepada Ibu Bapa mereka dan penduduk kariah yang datang, juga penyampaian duit raya kepada peserta taddarus Al-Quran juga cenderahati kepada Tuan Imam,Ustaz Khalid dan Ustaz Yazid yang disampaikan oleh Pengerusi Surau Tuan Haji Sulaiman Rahmat.


Waktu Berbuka Puasa


Waktu paling mengembirakan bagi orang berpuasa ialah ketika waktu berbuka puasa,ia merupakan nikmat yang mengembirakan,masing-masing mengambil juadah yang di sediakan bagi mengelakkan beratur panjang,pelbagai jenis makanan yang di sediakan oleh pihak surau dan juga ada yang di bawa oleh ahli kariah,Abi tidak ketinggalan mengambil berapa jenis makanan dan minuman.


Tuan Imam membacakan doa berbuka puasa,masing-masing dengan juadah yang dah diambil,Alhamdulillah selesai juga puasa hari ini..bisik hati Abi,kehadiran berbuka puasa pada hari ini menggalakkan,kalau tak silap Abi mungkin majlis berbuka puasa tahun ini akan di buat sebanyak tiga kali di surau untuk ahli kariah.Sambil makan berborak yang patut-patut dengan kawan sebelah.


Solat maghrib dulu nanti sambung lagi,solat berjemaah selesai,masing-masing ada yang sambung makan lagi termasuk Abi dan Farid Azizi,ada yang balik mungkin mereka sambung kat rumah masing-masing.Alhamdulillah..segalanya selesai,sempat bawak balik lauk-lauk yang lebih untuk buat sahur pagi nanti.Selepas kemas-kemas sikit Abi balik hantar lauk dan tukar pakaian untuk solat Terawih nanti.


ABI 09

Meru.



UNTUK CATATAN RAMADHAN YANG SETERUSNYA:

Catatan Ramadhan

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI